CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cmf_blingblings

Aku, Dia dan Kilah - (U)

  [Copy link]
 Author| Post time 5-9-2011 01:02 PM | Show all posts
Blings2....
nak lagiiiiiiii.....


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA
c2ni Post at 5-9-2011 13:00
lama tak nampak? Selamat hari raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 01:02 PM | Show all posts
saya suka zali.... vote for zali.. lelaki yang matang
Syafiya Post at 5-9-2011 12:55
ai....ada voting pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:03 PM | Show all posts
terbaik lah sis.....
selamat hari raya maaf zahir batin....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 01:03 PM | Show all posts
Blings, sambung lagi  .......
mertua Post at 5-9-2011 12:58
hokayyy...angin baik I hari ni
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:05 PM | Show all posts
kepo la kilah nie p balik la.....sibuk ja...dlu org mau dia xmau....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 01:06 PM | Show all posts
“Tak apa, tak apa, nanti bulan depan kami balik sana, Zali cuti, kan?” Syimah berpaling meminta kepastianku. Aku mengangguk pantas, nasib baik.

“Demam selsemakah, merah menyala hidung” emak menegur.

“Hmm, semalam dia tak boleh tidur. Jomlah kita hantar mak, kita singgah klinik sekali” aku terpaksa. Bukan sengaja nak menggesa mereka dari situ. Fikiranku berserabut, satu-satu datang dan pergi.

Dalam kereta masing-masing berbual kosong. Aku lebih banyak membisu, membiarkan anak-anak beranak itu berbual sendiri. Sesekali terasa diriku diperhatikan dari cermin kecil di atas kepala. Sudah-sudahlah Kilah, terasa seperti ingin aku luahkan ayat itu kepadanya. Akhirnya sampai juga di stesen bas.

“Nanti telefon Manan, suruh dia jemput dari stesen bas Kulim” aku ingatkan Kilah tapi dia seperti tak berminat nak menjawab.

“Manan tu kerja, payah sikit, tak pa, teksi banyak, Halimpun kadang-kadang ada kot lerah-lerah Kulim, beli-beli barang-barang kedai ka apa” Mak Su memberitahu.

“Ni untuk mak belanja” aku nampak Syimah masukkan segumpal wang dalam tangan emaknya.

“Mak dah ada duit, yang hari tupun banyak lagi, Mak Ngah hang bagi masa kenduri hari tu..”

“Tak apa, itu duit lain, ini Syimah bagi kot-kot mak nak bayar duit api ke air, lama mak tinggalkan rumah, nanti kena potong”

“Berapa duitlah sangat duit api air tu, Halim dah tolong bayar dah”

“Mak ni, dah kak bagi tu ambik ajalah, esok dia tak bagi mak pulak yang susah” Kilah menegur. Aku senyum saja melihat telatah mereka anak beranak.

“Ini untuk Kilah, duit belanja kat kampus sekali duit yuran semester depan” Syimah hulurkan sampul surat sederhana besar untuk Kilah. Aku hanya memerhati.

“Terima kasih kak”

“Belajar elok-elok, cepat-cepat grad” aku cuba nak beramah dengan Kilah. Dia senyum, tapi tawar.

“Kirim salam pada Manan” sekali lagi aku bersuara. Dia angguk.

“Nanti Zali balik sana Zali singgah tengok mak” Mak Su nampak gembira, puas hati agaknya melihat aku sudah menjadi menantunya.

“Eloklah tu, sunyi mak sorang-sorang” Mak Su bersalam denganku sebelum memasuki ke pintu bas.

“Kalau cuti-cuti pergi jaga Zali, makan minum dia semua kena jaga, kita dah isteri kena ubah perangai, jangan malas-malas” Mak Su mengingatkan Syimah. Aku tersengih, Syimah tersenyum kepadaku penuh makna. Gagal sekali bukan bererti gagal selamanya. Banyak yang perlu kami jelaskan nanti, bila hanya kami berdua di rumah.

“Mak balik dulu, hang duduk baik-baik, jangan melawan cakap suami” Syimah terdiam, merah mata menahan sebak bila emaknya sudah berada di dalam bas.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-9-2011 01:17 PM | Show all posts
“Abang…terima kasih banyak” di dalam kereta Syimah menyapa. Belum sempat aku bersuara, dia tarik aku. Aku biarkan saja dia peluk lenganku.

“Nak tidur luar?” aku sekadar bertanya. Matanya terkebil-kebil merenungku. Matanya yang berkaca-kaca berkedip-kedip.

“Mungkin nak tukar angin? You tak kerja lagi, kan?” aku menambah. Dia angguk.

“Nak, nak” aku tahu apa yang ada di dalam fikirannya.

“Since I dah nak balik, you ikut sekalilah” matanya makin bersinar-sinar.

“Tapi rumah tu ada kawan yang lagi seorang”

“Kita tidur tempat lainlah kalau dia ada” aku tariknya sedikit dekat, pipinya aku cium.

“I minta maaf, I yang salah” aku bersuara, kepalanya aku usap perlahan-lahan. Dia mengesat air mata, menangis lagi.

“Salah I” tersedu dia menangis.

“Minuman kesukaan suamipun I tak tahu, I rasa malu sangat”

“Sayang, itu hal kecil aja”

“Kalau hal kecil tak kan you tegur I sampai begitu?”

“I …salah, I rasa nak marah tiba-tiba, I minta maaf. Kita tak payah ungkit cerita-cerita lama”  

Mak dan abah tersenyum saja melihat kami mengusung beg. Pastinya faham hati orang muda, bukan mudah nak menyesuaikan diri, berkongsi hidup dengan manusia lain yang tak sama jenis. Masing-masing nak menjadi yang terbaik dan di masa yang sama tarikan asmara yang kuat sesama sendiri menyebabkan tekanan yang bukan sedikit.  Aku pesan pada mak agar tak bercerita apa-apa pula pada mertua, takut menimbulkan salah faham.

Tak banyak pakaian yang dibawa, bagaikan nak melarikan diri semalam dua di mana-mana. Nak memberi ruang kepada diri masing-masing dalam suasana yang nyaman tanpa ada unsur-unsur yang boleh mempengaruhi hati dan fikiran.

“Kawan abang telefon, dia cuti, balik kampung, maklumlah sama-sama orang kelamin, pantang cuti aja nak balik tengok bini”

“Kita tidur rumah tu?”

“Tak apa ke?”

“Boleh, tak apa, mana-manapun tak apa”

“Ke.. nak juga tidur kat Batu Feringgi?” dia menggeleng pantas.

Lewat petang itu kami sampai, sebelum terus ke rumah kami berhenti makan terlebih dulu. Rumah bujang itu memang tak menyimpan banyak stok makanan.

“Emm, berbaulah cadar ni” rungutnya sebaik saja masuk ke bilik tidurku. Aku tersengih-sengih sambil mencapai surat khabar yang berselerak di lantai. Almari bajuku dibuka.

“Baru aja tukar cadar tu” aku bersuara.

“Nanti gatal badan, dah seminggu tinggal tu” sehelai cadar baru dikeluarkan, itu yang baru dibelinya beberapa bulan lepas.

“Ya Allah, tudung tingkappun…” matanya merenung kain tudung tingkap yang berdaki dan jarang itu.

“Alah, siapa nak nampak tingkat sepuluh, susah-susah sangat tutup lampu”

“Ish! Teruk..” pantas dia tukar cadar di katil dengan sarung bantal sekali. Cadar kotor itu dibawanya ke bilik air. Jeritannya kuat tiba-tiba. Aku segera menerpa ke pintu.

“Kenapa banyak lipas?” jeritnya marah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 01:23 PM | Show all posts
“Entahlah, banyak sampah tak buang kot. Keluar, biar I spray. Cadar tu biar aja kat situ, esok abang hantar dobi, bawah ni ada” aku tersengih-sengih.

“Entah-entah tikuspun ada”

“Ada” aku usiknya.

“Hah? I takut tikus” mukanya cemas. Mata melilau ke kiri kanan. Tangan menggaru-garu badannya.

“Tikus mondok yang nak gomol awak malam ni” aku rangkul pinggangnya. Sepit rambutnya terbuka. Rambutnya mengurai ke bahu. Lehernya melekat di bibirku.

“Ya Allah, gelinya!” dia menjerit melepaskan diri. Aku tersenyum saja, dalam hati sudah berbunga mekar, pasti tak lena tidur kami malam itu.

“I nak mandi” tanganku ditepis-tepis.

“I pun” dia merenungku dengan mulut ternganga.

“Jangan! Gila ke apa? Tepi-tepi” ke manalah sangat dia nak lari dalam bilik tidur yang sempit itu.

“I mandi dulu!” laju dia menyelit melepaskan diri. Aku geleng kepala. Tak apa, bagi chance, nantilah….

Tuala yang tersimpan di dalam laci aku capai, ada lagi bilik mandi di ruang berdekatan dapur. Baru pukul enam, aku melihat jam di tangan. Selesai mandi aku menuju semula ke bilik tapi berkunci di dalam.

“Sayang, buka pintu kejap” aku ketuk beberapa kali.

“Kejap, kejap” sayup-sayup suaranya. Takut sangat dia, sedangkan akulah manusia yang paling rapat dengannya di saat ini selepas Tuhan Yang Maha Esa. Pintu itu terbuka akhirnya.  

“Buat apa lama sangat, hmm?”

“Tukar baju” Matanya tak berani melawan pandangan mataku.

“Hei, hei, nak pergi mana?” aku tarik tubuhnya pantas.

“Nak, nak..buat..a..”
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 01:24 PM | Show all posts
masing-masing mentelaah sampai senyap sunyi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 01:24 PM | Show all posts
to be continued
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:34 PM | Show all posts
Reply 1770# cmf_blingblings


    sambung lah lagi, sampai tangan U tak boleh hendak menaip, baru berhenti  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:38 PM | Show all posts
Reply 1769# cmf_blingblings


   perli kitaorang ye...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:44 PM | Show all posts
lama tak nampak? Selamat hari raya
cmf_blingblings Post at 5-9-2011 13:02



ada...jarang2 muncul...
silent reader aje...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 01:46 PM | Show all posts
Reply  cmf_blingblings


    sambung lah lagi, sampai tangan U tak boleh hendak menaip, baru ber ...
mertua Post at 5-9-2011 13:34
part lepas ni RA 12
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:53 PM | Show all posts
ha ha ha check belum mentelaah lagi sbb masih posa bsk dah raya check baru merempit baca ha ha ha ha
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 01:55 PM | Show all posts
Aduh kalau ada RA susah la nak baca kak bling.huhuhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-9-2011 02:02 PM | Show all posts
ha ha ha check belum mentelaah lagi sbb masih posa bsk dah raya check baru merempit baca ha ha ha ha
qimi08 Post at 5-9-2011 13:53
wah Qimi dah jd Warrior....jom perang...aku cuti awal pulak...elok2 settle raya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-9-2011 02:03 PM | Show all posts
Aduh kalau ada RA susah la nak baca kak bling.huhuhu
freddianza Post at 5-9-2011 13:55
kita maintain tak da RA, kayuh cepat2, kasi naik sikit credit
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 02:06 PM | Show all posts
hehehehe.kak bling kalau boleh nak kayuh 24/7..tapi masa pulak tak de.berpeluh-peluh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2011 02:06 PM | Show all posts
Reply 1777# cmf_blingblings


Allah bagi sedikit ujian......
So haku dah x berapa lagi aktif nak pos mana2 gambar atau
gi tempat2 yg mudah dpt credit ....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.051316 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list