|
KPH - VILLA 100TH ~ DAPATKAN ALBUM KEDUA HAFIZ DI PASARAN SKRG!!!!
[Copy link]
|
|
kasutburuk posted on 6-6-2013 08:19 PM
novelis nie...
boleh letak nama hafiz untuk hero novel terbaru nnt...
hero hafiz..heroin?
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 6-6-2013 12:34 PM
yang pakai kemeja biru tu manager hafiz kah?
|
|
|
|
|
|
|
|
‘Pemanasan’ berharga buat Hafiz
Pencapaian penyanyi berusia 23 tahun ini cukup besar untuk dibanggakan meskipun baru beberapa tahun menapak dalam industri. Mana tidaknya, bintang kelahiran program realiti fenomena Akademi Fantasia musim ketujuh ini terus-menerus mencipta kejayaan.
Usah disenarai pendek pengiktirafan dibolot penyanyi kelahiran Bumi Kenyalang ini, bakat luar biasa menyanyi dimilikinya sudah cukup meletakkan dia di kelas tersendiri.
Buktinya, setiap kali muncul dengan lagu baru, boleh dikatakan hampir semua lagu itu pastinya akan jadi siulan malah cemerlang di carta. Kuasa vokalnya memang tidak boleh disangkal lagi.
Hebat dan diakui menyanyikan genre balada, dia satu-satunya penyanyi yang dilihat bakal menjadi pengganti kepada penyanyi hebat terdahulu termasuklah Allahyarham Tan Sri Ramlee, Allahyarham Datuk Sudirman, Jamal Abdillah mahupun Anuar Zain.
MENAMPILKAN Alyah sebagai teman duet.
Maka, tidak hairanlah Mohd Hafiz Mohd Suip atau Hafiz dipilih mengisi segmen Dewan Filharmonik Petronas (DFP ) Spotlight untuk musim 2012/2013 di pentas penuh berprestij itu kerana sememangnya dia layak.
Beraksi di pentas sedemikian, tambahan pula buat pertama kali semestinya bukan tugasan mudah lantaran demografik penonton hadir bukannya seperti konsert terbuka yang lain.
Turut merasakan ketegangan itu, Hafiz sendiri mengakui perasaannya berbaur sewaktu melunaskan konsert sulungnya malam Isnin lalu sehingga jelas terserlah dia gementar terutama di awal persembahan.
Malah ditemui selepas meluangkan masa untuk sesi autograf sebaik tamat konsertnya, menurutnya dia masih menggigil dalam keterujaan.
“Perasaan mengadakan konsert solo dengan membuat persembahan di acara besar yang lain memang sangat berbeza. Ketakutan itu nyata lebih terasa dan macam-macam terlintas di fikiran terutamanya penerimaan penonton.
“Saya akui, ada kekurangan pada persembahan kali ini kerana selain gementar, saya juga keletihan kerana sejak pagi menjalankan raptai penuh beberapa kali. Bagaimanapun, lega rasanya dapat memberikan yang terbaik pada malam ini dan sambutan penonton pun amat menggembirakan,” katanya.
Mungkin tidak sempurna, namun seperkara yang perlu dipuji mengenai Hafiz adalah dia tidak pernah mengecewakan penonton dengan alunan vokal merdunya.
Dimulakan dengan lagu Noktah Cinta, kemudian disusuli Masih Jelas dan Ku Akui, dia berjaya mendapatkan momentum sewaktu mendendangkan lagu ‘cover version’ When I Was Your Man nyanyian asal Bruno Mars yang ternyata begitu menusuk.
Hanya diiringi mainan piano pengarah muzik tersohor Aubrey Suwito , dia memukau dewan berkapasiti 900 penonton itu menyanyi sepenuh hati lagu balada kegilaan masa kini itu.
Tidak berseorangan, dia turut menampilkan penyanyi lagu Kisah Hati, Alyah untuk berduet dengannya menerusi dua lagu duet berhantu nyanyiannya, Ombak Rindu dan Muara Hati.
Dengan iringan band pemuzik yang dipilihnya sendiri, dia juga sempat memperdengarkan buat kali pertama lagu berjudul Matahari sebelum mendendangkan lagu I Believe I Can Fly dan Awan Nano.
Paling dinantikan, ternyata penonton bersorak gembira sewaktu dia menyanyikan single terbarunya Bahagiamu Deritaku dan kedengaran penonton bernyanyi sama untuk lagu terbabit. Antara lagu lain dinyanyikannya adalah She Will Be Loved (Maroon 5), Ilham Pujangga (Ismail Haron) dan Pelangi Petang (Sudirman).
Mengulas mengenai pemilihan lagunya malam itu, selain lagu hit miliknya sendiri, menurutnya lagu ‘cover version’ yang didendangkan dipilih kerana mempunyai kaitan serta makna tertentu buatnya.
“Seperti lagu She Will Be Loved itu sendiri, ia ada kenangan tersendiri sewaktu saya berada di bangku sekolah, manakala Ilham Pujangga pula saya mahu dedikasikan khas buat ibu tercinta dan I Believe I Can Fly memang lagu kegemaran saya.
“Dengan persiapan sebulan, tipu jika saya katakan tidak kecewa dengan kekurangan pada konsert kali ini kerana saya percaya boleh melakukan lebih baik lagi. Syukurlah, penonton memberikan reaksi yang amat memberangsangkan,” katanya.
Sumbang dua lagu dalam album baru
Amat berbesar hati dan tidak sangka akan diberikan peluang keemasan berkenaan seawal itu, Hafiz sebaliknya menyifatkan pengalaman terbabit banyak memberikannya pengajaran baru.
“Paling utama adalah bagaimana untuk mengatur keseluruhan konsert itu sendiri kerana persembahan itu khas buat peminat yang memang datang semata-mata untuk saya. Jadi saya perlu pastikan semua yang saya lakukan tidak menghampakan mereka.
“Tidak ketinggalan, penjagaan teknikal suara juga cukup penting untuk persembahan sebegini apatah lagi saya kena menyanyi secara berterusan. Terima kasih buat guru vokal saya Cikgu Syafi yang banyak membantu dalam hal ini,” katanya.
Selepas Yuna, Aizat dan Najwa Mahiaddin, Hafiz diberi kepercayaan mengisi slot DFP Spotlight yang bertujuan mengetengahkan penyanyi berpotensi serta menarik penonton baru untuk DFP.
Bercerita mengenai album terbaru pula, kali ini peminat bakal mendengar sentuhan Hafiz sendiri yang akan turut menyumbang dua lagu untuk album berjudul Hafiz itu.
“Album baru saya lebih kepada mini majalah album yang mana akan turut menampilkan lagu ciptaan saya sendiri berjudul Mungkinkah serta Deklamasiku. Berdebar juga, harapnya penerimaan lagu terbabit akan hebat seperti lagu sedia ada saya,” katanya.
~~~ hmetro.com.my ~~~ Last edited by blackberry90 on 7-6-2013 07:47 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 4-6-2013 10:55 PM
Wow tak sangka Hafiz boleh bawak lagu ni....best gileee |
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 5-6-2013 11:13 PM
Lagu bahagiamu deritaku..live..patut cikgu Safi kata dia terngiang2 dengar lagu ni. Memang cemerlang Hafiz bawak. Dalam rakaman pun best, live tentu lebih gempak... |
|
|
|
|
|
|
|
Delete, double posting. He he Last edited by Teh_90 on 7-6-2013 08:37 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Thursday, June 6, 2013
Konsert Hafiz di Dewan Filharmonik Petronas Pt 2
Gara-gara entri saya mengenai Konsert Hafiz semalam... seseorang menegur saya... "Amboi! Sejak bila pandai pergi tengok konsert ni? Kelas kau Maria..."
"Hehehe... mesti baca kat blog kan?" balas saya.
Tapi memang betul pun, selama ni mana pernah saya tengok konsert? Sebab itu la kawan tu terkejut. Dia tau saya bukan jenis yang suka bersesak-sesak dengan orang ramai. (Kecuali PBAKL di PWTC. Sesesak mana pun, selagi saya diberikan kesihatan... Insya-Allah saya tetap akan hadir saban tahun demi pembacaku tersayang)
Tapi memandangkan konsert tu diadakan di DFP... tak perlu nak bersesak-sesak dengan ramai orang, itu yang saya jadi berminat nak pergi. Paling penting, konsert Hafiz... kalau penyanyi lain mungkin tak kut... (hehehe... nampak tak diskriminasi kat situ?)
Gara-gara review saya tentang Konsert Hafiz tu juga, pageviews untuk blog saya hari ini mencanak naik. Wow! Nampak kan betapa ramainya peminat Hafiz... melebihi peminat Mimie Afinie sendiri... hehehe... Kalau macam tu, apa kata saya postkan entri mengenai Hafiz saja lepas ni? Gerenti ramai yang menyinggah ke blog saya. Hahaha... ya la tu...
*Teringat gurauan suami sebelum saya ke konsert hari Isnin tu... "Bawa la dua tiga buah novel bagi kat Hafiz... asyik awak aje dengar lagu dia... sesekali bagi dia baca novel awak pulak. Baru la fair and square... hahaha... Tak ada maknanya Hafiz nak baca novel saya...
http://mimie-afinie.blogspot.com ... -filharmonik_6.html |
|
|
|
|
|
|
|
Gara-gara review saya tentang Konsert Hafiz tu juga, pageviews untuk blog saya hari ini mencanak naik. Wow! Nampak kan betapa ramainya peminat Hafiz... melebihi peminat Mimie Afinie sendiri... hehehe... Kalau macam tu, apa kata saya postkan entri mengenai Hafiz saja lepas ni? Gerenti ramai yang menyinggah ke blog saya. Hahaha... ya la tu...
*Teringat gurauan suami sebelum saya ke konsert hari Isnin tu... "Bawa la dua tiga buah novel bagi kat Hafiz... asyik awak aje dengar lagu dia... sesekali bagi dia baca novel awak pulak. Baru la fair and square... hahaha... Tak ada maknanya Hafiz nak baca novel saya...
Apa kata kalo Puan Mimie tulis satu novel berjudul "Bahagiamu Deritaku?....hehe....
Last edited by blackberry90 on 7-6-2013 09:06 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
hafeeza posted on 6-6-2013 02:56 PM
kan ni...suka sgt die nyanyi lagu Ilham pujangga tu...mcm lagu die je ..sedap sgt...apepun kon ...
KANNNNN harap ada la diorg tuh kuarkan cd rakaman sepanjang tuh.. fuhhhhhhh...
best! harap ada lagi konsert yg lebih panjang...
|
|
|
|
|
|
|
|
nemobarracuda posted on 7-6-2013 10:22 AM
KANNNNN harap ada la diorg tuh kuarkan cd rakaman sepanjang tuh.. fuhhhhhhh...
best! harap ada ...
kalu ade..mmg confirm beli...sbb sedap2 belaka lagu die nyanyi
|
|
|
|
|
|
|
|
blackberry90 posted on 6-6-2013 09:33 PM
Views utk MTV Bahagiamu Deritaku dah mencecah sejuta lebih : 1,004,227
tahniah |
|
|
|
|
|
|
|
sumbangan kecik dari iols...
hi semua.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah hafiz suib.
maaf tak dapat pergi konsert disebabkan kekangan masa dan tugasan runtuhan sejak dua menjak ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
btw hai semua!
lama tak menyinggah.
kipap de gud werk gegerls...
and guys too! |
|
|
|
|
|
|
|
kurunsing posted on 7-6-2013 05:45 PM
tahniah hafiz suib.
maaf tak dapat pergi konsert disebabkan kekangan masa dan tugasan runtuhan se ...
Faham...faham.....tu tambah satu lagi keje link kedua pulak......cian.....
|
|
|
|
|
|
|
|
kurunsing posted on 7-6-2013 05:46 PM
btw hai semua!
lama tak menyinggah.
Hi kuruns.......dah bersawang dah rumah ni baru nak masuk.....
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah Mohd Hafiz...
tak follow up pun dengan Nemo pasal tiket.. kot2 ada yg ter'cancel' tempahan. memang rancang nak tengok Hafiz, tp dah book cuti2 Malaysia bersama family.
Kepada semua KPH dan sewaktu dengannya...
kalau nak dengar lagu baru daripada suara merdu Hafiz ni... keep supporting hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
|