Penolong Pendaftar Mah-kamah Majistret Peta-ling Jaya, Hairul Azhar Mohd. Ishak membenarkan tempoh tahanan reman ke atas Nizam Mydin Bacha Mydin dan Samirah Muzaffar bermula semalam sehingga Isnin depan bagi membolehkan polis me-lakukan siasatan lanjut berhubung kematian Nazrin.
Nizam dan Samirah masing-masing berusia 43 tahun.
Samirah dipercayai isteri ketiga Nazrin, 48.
Siasatan terhadap Samirah dan bekas suaminya yang merupakan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Seksyen 302 memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika mana-mana orang yang dituduh disabitkan ke-salahan.
Terdahulu, Samirah yang memakai baju-T hitam dan bekas suaminya tiba di mahkamah pada pukul 11 pagi dengan diiringi anggota polis.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.