|
rtm pindah ke sungai gadut... ni yg latest aku nampak.. nampak papantanda je lah... huhuhuhuh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #163 muor76's post
lokasi baru RTM jalan arah ke Rantau tu. Bersebelahan dgn Sekolah SDAR.. |
|
|
|
|
|
|
|
mod, tak do ko tacang bagi2 gambar nih ? |
|
|
|
|
|
|
|
luv baru je tengok senin lopeh lepas...... |
|
|
|
|
|
|
|
MAJLIS PELANCARAN
BAZAR RAMADAN PKT
KEBANGSAAN 1428 HIJRAH
Tempat: Perkarangan
Stadium Tuanku Abdul
Rahman, Paroi, Seremban
Pada: 15 September 2007
Masa: 4.00 ptg |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #168 sha_n's post
orghang Somban, apo laie.... jom poie ramai-ramai... |
|
|
|
|
|
|
|
Open House kek Umah MB di RAntau rayo ketigo. Jommmm |
|
|
|
|
|
|
|
Kita semua tau... angkasawan pertama negara kita, Dr Sheikh Muszaphar Shukor al-Masrie asalnya seremban telah pun selamat pergi dan balik dari angkasa lepas setelah berada di ISS selama 10 hari untuk menjalankan tugas memartabatkan nama negara dan menjalankan pelbagai kajian dan ujikaji. Beliau telah menjadi seorang hero sanjungan dan idola kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini juga menjadikan beliau sekarang seorang public firgure atau tumpuan masyarakat. Kerajaan juga bakal menjadikan beliau sebagai role model kepada murid2 sekolah yg bakal beliau temui untuk memberi perangsang agar mereka dapat menjadi seperti "beliau".
Satu perkara yg menjadi tarikan ramai orang sekarang ialah persoalan mengenai hubungan beliau dengan sorang chef masakan yg terkenal iaitu Chef Ismail. Akhbar tempoh hari telah mengambil langkah melapurkan hubungan akrab sebenar mereka sbg business partner di Restoran Rebung di Bangsar, KL.
Jadi saya percaya forumers bod N9 juga seperti org lain juga berminat dan berhak mengetahui kehidupan mereka, maka saya post gambar ini masa dulu-dulu mereka di satu Majlis Malam Pop Yeh Yeh yg sangat susah didapati untuk tatapan semua. Jadi terpulang kepada penilaian masing-masing dan komen masing-masing sama ada "ala, takda apa-apa" ataupun "dorang memang couple".
|
|
|
|
|
|
|
|
apa maksud ko itu? kan mereka tu bersahabat baik... |
|
|
|
|
|
|
|
Sekolah diarah sedia laporan pelajar digilis
(Berita Minggu - 28 Oct 2007)
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan pentadbiran Sekolah Menengah Agama Haji Mohd Yatim (SMHMY), Ulu Gadong, Rembau menyediakan laporan terperinci berhubung kejadian dua pelajar sekolah itu mati digilis kereta api dua hari lalu, termasuk berhubung disiplin dan pengawasan di asrama.
Timbalan Pengerusi Portfolio Pelajaran (Sekolah Menengah dan Pengajian Tinggi) negeri, Datuk Ismail Lasim, berkata laporan itu perlu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil, sekali gus mengelakkan kejadian sama berulang.
"SMHMY adalah sekolah di bawah kerajaan negeri, kita minta pengurusan sekolah berkenaan menyediakan laporan lengkap mengenai tragedi itu dan diserahkan secepat mungkin untuk tindakan lanjut," katanya, di sini semalam.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Pembangunan Usahawan negeri, berkata kerajaan negeri memandang serius masalah disiplin di kalangan pelajar dan mahu ia diatasi sepenuhnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Khamis lalu, Fazrul Asri Zulkeffli, 14, dari Taman Medan, Petaling Jaya dan rakannya, Mohd Hafiz Adnan, 14, dari Setapak, Kuala Lumpur, mati digilis kereta api barang di Kampung Tanjung, tidak jauh dari sekolah mereka.
Mereka dikatakan bersama lima lagi rakan melepak di atas landasan berkenaan selepas menyelinap keluar dari asrama sebelum dikatakan turut tertidur di atas landasan terbabit, tetapi lima rakan mereka berjaya menyelamatkan diri selepas menyedari ketibaan kereta api dari Kuala Lumpur ke Singapura itu.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom, dilaporkan berkata laporan bedah siasat dan ujian darah yang dijalankan ke atas kedua-dua pelajar berkenaan mendapati mereka negatif dadah atau alkohol.
Sementara itu, Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Shahriza Embi, berharap kejadian terbaru itu menjadi iktibar kepada orang ramai, terutama yang tinggal berhampiran landasan supaya tidak melanggar peraturan dengan menceroboh kawasan landasan.
"Kami turut sedih dan bersimpati dengan keluarga dua pelajar itu dan akan terus berusaha meningkatkan kesedaran orang ramai, termasuk melalui ceramah dan pengedaran risalah berhubung bahaya menceroboh landasan," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
慘ami ke landasan kerana takut dipukul senior抂/b]
(Mingguan Malaysia - 28 Oktober 2007)
REMBAU 27 Okt. |
|
|
|
|
|
|
|
kes buli ni tak habis2...Takziah buat keluarga yg terbabit. |
|
|
|
|
|
|
|
Pusat ikan hiasan marin dibina awal Disember
(Edisi Sentral )
SEREMBAN: Kerja pembinaan Pusat Akuakultur Ikan Hiasan Marin dan Pembenihan Ikan Laut terbesar seumpamanya di negara ini di kawasan peranginan Port Dickson bernilai RM5.2 juta akan dimulakan 1 Disember ini.
Pengarah Perikanan Negeri Sembilan/Melaka, Mohd Sufian Sulaiman, berkata selain pusat pengeluaran utama ikan hiasan marin, ia disasarkan membantu menjana ekonomi negeri dan negara.
Beliau berkata, sehingga ini tidak banyak negara memberi tumpuan kepada bidang itu dan pembinaan pusat itu diyakini mampu menggalakkan pembangunan industri ikan hiasan marin negara sebagai satu bidang baru berpotensi untuk diceburi.
"Ikan hiasan marin dikenal pasti sebagai komoditi strategik kepada ekonomi negara dengan anggaran nilai dagangan antarabangsa RM700 juta setahun.
"Justeru, pembinaan pusat itu bukan saja menyumbang ke arah menjana ekonomi negara, malah menjadi pusat penyelidikan ikan hiasan dan aktiviti sektor berkaitan," katanya.
Mohd Sufian berkata, pada peringkat awal, pusat yang dijadualkan siap menjelang Jun 2009 akan memfokus kepada pembangunan dan pemindahan teknologi pembiakan ikan hiasan marin termasuk pembenihan ikan laut.
Beliau berkata, antara spesies ikan yang dicadangkan dibiakkan ialah kuda laut, selain menjalankan aktiviti pembiakan batu karang serta pembenihan ikan laut komersial.
"Kita juga berharap pembinaan pusat ini yang turut menempatkan galeri pameran ikan hiasan marin mampu menjadi daya tarikan baru bagi sektor pelancongan di kawasan peranginan Port Dickson," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
ish...tak do sapo pun nak masuk ghumah ni yo...den dok merapu sensorang nampah eh... |
|
|
|
|
|
|
|
den pun nak join merapu kek sini, nak bagi nyawo sikit kek bonang NS ni cam tak ado penghuni yo... |
|
|
|
|
|
|
|
mehlah join gak merapu meraban ni ha |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 sapo lak jadi mb ns lopeh ni... |
|
|
|
|
|
|
|
dah la beggar.bega pulak tu.suko menyampuk la posting meraban ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|