CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Lana

Tempat

[Copy link]
Post time 3-7-2005 06:37 PM | Show all posts
cakap pasal jalan pisang aku lupa nak cakap korang...

smalam...aku gi Mak's Place..

korang tahu aku sampai sana 11.30malam, full house sey...kerusi meja semua dah susun all the way sampai the other end pun semua pack...
very2 sambutan hangat ah...

aku tak makan aku nengok kawan aku makan steak mushroom sauce, prompt jugak la serving dia, tapi waiters semua stress sey aku nengok, agak ramai orang jugak...
si Mak the owner tu pun sibuk serve2 ambik order...
by the time aku leave 12.30am pung, masih ada customers baru sampai.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


puteri81 This user has been deleted
Post time 4-7-2005 11:08 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 2005-7-4 08:47 AM:
i saw a yong tau foo shop dekat ngan darul ma'wa...

nanti kalo senang2 i drop by that area with wife...


ok best...kasi report ngan alamat dia skali...
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 09:18 PM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 4-7-2005 08:47 AM:
i saw a yong tau foo shop dekat ngan darul ma'wa...

nanti kalo senang2 i drop by that area with wife...



pegi ah matz......

calling2 aku sekali ah turun...belanja aku makan lollollol  ( hari ni hari muka tak malu aku )
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2005 09:20 PM | Show all posts
Originally posted by puteri81 at 4-7-2005 11:08 AM:


ok best...kasi report ngan alamat dia skali...




ni dah pernah cakap dah kat sini...

chic dah makan tak salah....dia depan eden sebelah 7-11 , belakang dia Teluk Kurau Secondary. Sebelah Daruk Makwe ( sorry tak tahu spell ) diagonal dari mesjid Darul Aman. Ada bus stop betul2 depan kedai.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2005 02:56 PM | Show all posts
hari ni masuk sokkabar melayu pasal Ayam Penyek....

Nanti aku scan tampal sini gambar2 dia...

Cam ayam pecah rumah je aku nengok......

Ekstra! : 6 Julai 2005   
  Mudah cetak  | E-mel
AYAM PENYET DARI SURABAYA Oleh
Alijah Batcha

USIANYA baru 'setahun jagung', tetapi beliau boleh dianggap sebagai seorang ahli perniagaan yang berkebolehan, setelah memperolehi hak francais untuk makanan popular Indonesia, Ayam Penyet, di sini.

Dengan dua rakan kongsi yang lain, Encik Edy Ongkowijaya, seorang warga Indonesia dan juga penduduk tetap Singapura, telah membuka restoran Ayam Penyet Ria beberapa bulan lalu.

Ia merupakan satu-satunya restoran Ayam Penyet di Singapura dan telah pun mendapat sijil halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).

Setakat ini, restoran itu mendapat sambutan di luar dugaan beliau.

Berkelulusan politeknik tempatan, Encik Edy telah belajar memasak ayam penyet di Batam tempat restoran ini mula-mula dibuka dalam 1996.

Beliau juga adalah rakan kongsi restoran Es Teller di Far East Plaza.

Restoran Ayam Penyet Ria yang terletak di Lucky Plaza ini boleh menampung lebih kurang 90 orang dan dibuka setiap hari dari 12 tengah hari hingga 9 malam.

Bukan sahaja hidangan yang disediakan di restoran ini unik, bahkan hiasannya pun begitu menarik juga.

Lampu hiasan yang digunakan adalah mirip tanglung kertas Jepun.

Tembok sekeliling restoran ini dipenuhi sama ada dengan poster memaparkan cara hidup orang Indonesia ataupun foto-foto orang kenamaan seperti Yusuf Kalla, Naib Presiden Indonesia, dan Ari Wibowo, seorang pelakon terkenal yang telah menjamu selera di restoran Ayam Penyet Ria.

Ayam Penyet adalah sejenis hidangan dari Jawa Timur, atau lebih tepat lagi dari Surabaya.

Ia dihidangkan bersama nasi.

Restoran ini mengamalkan konsep restoran makanan segera iaitu bayar dahulu makan kemudian.

Bagaimana caya ayam dimasak?

Daging ayam bahagian paha atau dada direbus dahulu bersama rempah dan kunyit selama dua jam sebelum dicelup dalam bumbu tepung dan digoreng secara berendam.

Kerak atau dipanggil uwur-uwur daripada gorengan ayam itu ditapis dan ditaburkan ke atas ayam sebelum dihidangkan.

'Dengan harga $5 sepinggan atau lebih tepat secobek sebab kami menggunakan cobek untuk semua hidangan, ia sungguh berbaloi.

'Hidangan ini diberi nama ayam penyet sebab setelah digoreng, ia diketuk dengan ulek rojak supaya menjadi leper,' jelas Encik Edy lagi.

Memang benar, hidangan ini sungguh popular di kalangan orang Indonesia di sini dan juga orang-orang Melayu setempat.

Dalam masa 40 minit saya duduk berbual dengan Encik Edy, restoran ini telah penuh dengan pelanggan sehingga ada yang terpaksa menunggu giliran untuk duduk.

Apakah rasa ayam penyet?

Kulit ayamnya garing tetapi isinya lembut dan terasa rempahnya. Ia dimakan dengan tauhu dan tempe yang digoreng, timun, kubis mentah dan kangkung rebus.

Yang membuat hidangan ini menarik ialah sambal terasi yang dibuat daripada campuran cili padi, cili merah dan cili hijau dari Indonesia yang dimakan bersama ayam.

Kata Encik Edy, cili dari Singapura tidak begitu sesuai sebab ia cepat menjadi birat setelah ditumbuk. Lagipun cili dari Indonesia lebih pedas lagi.

Jika anda tidak gemar memakan daging ayam bolehlah anda memilih sama ada ikan bawal penyet, bakso penyet ataupun pecel lele (ikan keli).

Semua hidangan disertakan dengan nasi.

Apabila ke restoran ini jangan lupa menempah sayur asem.

Rasa kuahnya masam-masam dan disertakan dengan sayur-sayuran seperti kacang panjang, labu, jagung dan sayur kubis.

Sup seperti sup buntut dan soto ayam juga boleh didapati dari restoran ini. Begitu juga dengan lauk rawon. Setiap hidangan adalah untuk seorang.

Harga hidangan paling tinggi dari restoran ini ialah $6 iaitu untuk ikan bawal penyet dan pecel lele.

Ada lebih kurang 13 jenis hidangan dan 20 jenis minuman yang anda boleh pilih.

Antara yang digemari ramai ialah Soda Gembira (Happy Soda), Alpukat Jus dan Teh Botol Sosro yang rasanya seperti bunga melur.

Saya telah cuba Es Kacang Ijo iaitu ais diparut dan dicampur dengan kacang hijau yang dimasak bersama santan.

Restoran Ayam Penyet terletak di #04-25 Lucky Plaza dan juga di 350 Joo Chiat Road.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2005 02:59 PM | Show all posts
ni nama dia " ikan lele penyet " lollol  tak appetiezing langsung ( sorry tak tahu spell )


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-7-2005 03:05 PM | Show all posts
so ni dia ayam penyek  lollol:lol   



Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2005 03:12 PM | Show all posts
aku dari dulu fikir kedai ni sadistik ah, pasal torture2 ayam tak bersalah
ni, korang nengok ni staff dia, muka punye happy masa siksa kasi penyek2 ayam tu


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


matz_rockz This user has been deleted
Post time 7-7-2005 08:20 AM | Show all posts
tengok dorang bedal kat seoul garden seram seh...

saw this 2 girls....badan size kecik...

mak ooi dorang makan i see terperanjat....

pinggan besar ada 4 on first serving.plate semua full.
they took second round n third and fourth.ni tak masok dessert.

the guy next table,ambik udang ada 40 keping .....
ni betul punya bedal....daging dorang makan about 1 kilo
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 08:35 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 7-7-2005 08:24:



boleh descride IKAN LELE.....



ikan lele panggilan org indonesia
in Singapore and Malaysia.... it is called ikan sembilang or ikan keli la abg mat.. ikan yg ada misai.. ikan air tawar

kalau u gi pasar basah.. it is the live fishes yg dorang taruk dlm tong tu.. warna kulit itam



[ Last edited by cranko21 on 7-7-2005 at 08:54 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 12:36 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 7-7-2005 12:01 PM:




Wooo best eh.....aku mula2 geli sey nak makan....pasal nengok cam lendir2 hingus gitu

skali dah rasa wooo besh nye....


Eh Dilah, Spore mana kedai ada jual ah jelly kaki ayam ni ...


ok, name dia .. Evertop Hainanese Boneless Chicken Rice ,  Blk 46-1 Commonwealth Drive

and kena datang siang2.. sebab q selalu panjang..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 03:36 PM | Show all posts
Originally posted by puteri81 at 7-7-2005 01:23 PM:


commonwealth drive? ni dkt atas market eh? naik escalator?
ke yg kat jtc factory punya food ctr?



meh put layan peta ..nengok ada star tu..  aku tak paham sey area commonwealth ni.... aku tahu mekdonald atas air tu je satu...



Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2005 09:14 PM | Show all posts

kaki ayam

hah meh aku dah jumpa gambar dia kat internet...ni ah kedai aku cakap kat KL tu...

dia dulu kedai kayu ah, then tukar management or renovate then terus dah modern tapi very expensive la untuk aku...

















.
.
.
.






hah and this is it....Ni dia KAKI AYAM....

Korang nengok....so delifingerlickingtambahlagisaturoundcious.:love::love:






cek out the putih2 tu....cam otak eh?? hehehehe tapi best wooo sejuk aje....
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 02:26 PM | Show all posts
Originally posted by puteri81 at 11-7-2005 02:23 PM:


kalo me tk silap...kat Far East Plaza pon ada...
me tgk byk melayu(yg pki tudung pon ada) jugak mkn, tk perasan plak ada halal cert ke tak...


Put....Sakura ni ada 2 macam. Yg pat Far East Plaza tu memang halal, ada 2 outlets, satu tingkat 5 satu tingkat 2 They serve Chinese-Thai cuisine. Yg Sakura baru halal ni lain punya. Nama sama tapi diorang serve Japanese cuisine ala buffet....:ah:
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2005 10:03 PM | Show all posts
okie semua last Sat.. aku makan kat Blue Diamond.. kat tekka...dorang dah bukak lagi satu cawagan..mcm2 makanan dorang adakan..ade style Asian, North Indian, South Indian & mcm lagi2..

woo best.. firstly aku bedal nasi briyani dam.. nasi briyani dia.. tak berminyak sngt.. makan ni dgn lauk dhal.. woo sedap..:love:..

lepas tu bedal 4 keping roti nan.. flavour Kashmir nan & Keema nan.. Keema nan ni dlmnyer.. ada daging cincang.. makan dgn daging tandoori..fuyoo.. dagaing tandoori warna merah & sgnt pedas jugak..

minuman yg i order.. is Mango Lassie.. lain daripada yg lain..my Bil tengok i minum .. dorang tanya.. "tak manis ke"?

hehehe... taste very sweet.. mixture of yogurt & mango.. but really2.. fulling..:love::love:

[ Last edited by SweetCandy on 11-7-2005 at 10:05 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2005 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by matz_rockz at 12-7-2005 08:12 AM:



address please...thaks.....



blue diamond eh??

ko tahu bus stop tekka tu? yang orang naik bas nak balik hougang, tampines tu semua kan....
hah, ko jalan kebawah dari bus stop tu....
kan nanti the very first lane, ada kedai2 going inside..
One of them is blue diamond la...
kira the blue diamond tu facing the tekka jugak la....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2005 09:35 PM | Show all posts
hah kan tu hari borak2 pasal Kaki Ayam kan?
Kalo kat KL tu kedai nasik ayam dia bila order kaki ayam dia serve cam jelly2 gitu kan...

tapi kalo korang gi Dim Sum Cafe ke apa tu, yang kat Bukit Timah opposite Beauty World tu,
kalo korang order kaki ayam, this is what you get, physically kaki ayam ngan bones dia semua, unlike cam jelly2 dah kikis gitu...:ah: dia masak pedas manis gitu.
So kira, lain padang lain belalang...


Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2005 12:19 AM | Show all posts
Originally posted by suzie at 19-7-2005 11:55 PM:
what about paradiz centre..got halal food or not?



Now I thinking for you a few places ah surround paradiz or those just one or two bus stop away or within walking distance..

~ i think sure got those cafetarias where there is one stall selling halal food inside the building itself...

~ Like Dilah say, Opposite Paradiz building, across the road, there is REX ( a chinese but halal chicken rice food ), and also I think got one indian muslim stall which opens 24hrs...

~ If you walk backtrack to Dhouby Ghaut Plaza Spura which is the end of Orchard, there is plenty of fast food like mc, bk, kfc ( all halal certified )

~ if you walk towards forward or take any bus and stop two bus stop ahead, you will reach Little India, where there is Tekka , which have those public food stalls selling all kinds of halal food, also there are simple indian restaurants selling halal food.
Anyway, being Little India there is a lot of vegetarian indian stalls, and they are strictly vegetarian, so for me, I never was was to eat their food.

~ If from paradiz, u cross the road, and walk towards Fortune Center, there is also a few halal shops run by Malays and Indians at ground floor of Fortune Center.

You will get to understand about different locations and how expensive or cheap each stall will be.. And what dish will cost more etc...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 03:37 PM | Show all posts
Originally posted by deaf4ever at 23-7-2005 01:02 PM:
sokkabar melayu smalam ada ceta2 pasal 5 kedai jual tosei...

In full color ada gambar2 semua....


nanti aku kalo senang aku scan eh...kalo senang la...dan kalo sokkabar tu masih ada lagi ...

Dep.. scan cepat2.. btw.. aku teplk kat sini dorang punya address..

1)RESTORAN YA SALAM
(Block 127, Bedok North Street 1)


SETIAP pagi kelihatan mak cik-mak cik yang ke pasar ataupun kaum Adam dan Hawa yang dalam perjalanan ke pejabat berhenti seketika untuk membeli makanan dari Restoran Ya Salam terutama dari gerai tose.

Bukan sahaja tose yang dijual malah apom, roti perata, vadeh dan putu mayam. Selain dari apom yang lembut dan menyelerakan, gerai ini juga popular kerana tosenya.

Kulit tose digoreng garing dan sedap dimakan panas-panas.

Kentang masala dalam tose berwarna kuning pucat dan sederhana banyaknya.

Separuh daripada kentangnya dile nyek dan separuh lagi berketulan, lengkap dengan daun kari dan daun bawang. Rasanya boleh tahan. Cuma kalau orang yang kuat makan, mungkin tidak cukup. Harga $1.50.

2) RESTORAN NADERAH
(Block 1, Changi Village)

APABILA saya membuka lipatan bungkusan tose masala dari restoran ini, saya dapati tosenya lembap. Sebabnya, sambal lada dan sambal kelapa dibungkus sama dengan tose. Ah... itulah yang saya mahukan. Apabila bungkusan dibuka, lada dan sambal sudah menjadi satu dengan tose ... baru syok dimakan.

Memang sedap dimakan mungkin setengah atau paling lama satu jam setelah membelinya kerana lada dan kelapa telah menyerap ke dalam tose. Kentang masala dicincang kasar-kasar dan dicampur dengan jagung dan kacang pi.

Ia banyak menggunakan rempah tumis, iaitu sejenis bahan yang digunakan untuk memasak lauk kari dan baunya harum.

Rasa kentangnya sedap, begitu juga dengan dal sayur yang pekat yang dimasukkan lobak putih dan kentang.

Jika tose masala dari Komala Vilas memuaskan, tose masala dari restoran Naderah ini adalah yang 'best' di antara semua tose yang saya cuba. Dengan harga $1.50 sebungkus memang berbaloi.

Paling 'best' rasanya. Lain kali nak pergi lagi.


3)KOMALA VILAS
(76-78, Serangoon Road

SETIAP kali apabila saya teringin memakan tose, tiada tempat lain yang saya tuju melainkan Komala Vilas.

Saya cuba juga membeli tose dari beberapa gerai atau restoran lain tapi rasanya tose dari Komala Vilas jugalah yang jadi pilihan saya.

Tose masala dari restoran ini mempunyai kulit yang garing dan tebal.

Kentang masala dilenyek dan dimasak dengan lobak merah, lada hijau dan bawang hiris.

Rasanya cukup enak kalau dimakan begitu sahaja tanpa sambal kelapa dan sambal lada. Kerap juga saya memakan tose dari restoran ini dan rasanya tidak pernah berbeza.

Bagaimanapun sambal lada dari restoran ini agak cair tetapi sambal kelapanya sedap. Harga $1.90.


Rasanya yang kedua paling enak di antara lima restoran


4)RESTORAN MADRAS NEW WOODLANDS
(12, Upper Dickson Road

WALAUPUN nama restoran ini Madras New Woodlands, letaknya di Serangoon Road, tempat terdapat puluhan restoran lain yang menjual makanan yang sama.

Kulit tose tidak digoreng garing dan pucat warnanya walaupun tosenya ditebar lebar.

Kentang masala bertongkol-tongkol dan ada yang kulitnya belum dibuang. Jika anda tidak suka memakan ubi kentang dilenyek, tose dari restoran ini memang sesuai. Terdapat banyak hirisan bawang besar dan kacang dal sebiji-sebiji. Tosenya tidak menarik dan rasanya pun tiada apa-apa istimewa. Yang enak hanyalah sambal ladanya - pekat dan pedas.

Harga $2.30.
Kurang enak dan tidak menarik berbanding dengan yang lain


5)BRINDA'S
(Block 162, Bukit Merah Central)

RESTORAN yang dibuka 24 jam ini menyediakan beberapa jenis tose sahaja seperti tose masala, tose keema dan tose telur.

Tose masala dari restoran ini kecil saiznya dan kentang masala yang diisikan pun tidak banyak sehinggakan rasanya tidak cukup apabila dimakan.

Kentang masala dalam tose dilenyek dan setelah tose dilipat ia hampir kelihatan seperti tidak ada isinya.

Dal sayur mengandungi sayur labu dan lobak merah.

Sambal lada dan sambal kelapa rasanya enak.

Keseluruhannya tose masala dari Brinda's ini boleh tahan rasanya.
Harga: $2.30.



Rasanya OK, tapi saiznya kecil dan harganya tinggi

[ Last edited by SweetCandy on 23-7-2005 at 03:43 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2005 07:40 PM | Show all posts
Originally posted by SweetCandy at 23-7-2005 03:37 PM:

Dep.. scan cepat2.. btw.. aku teplk kat sini dorang punya address..

1)RESTORAN YA SALAM
(Block 127, Bedok North Street 1)


SETIAP pagi ...




http://img328.imageshack.us/img328/2940/file0055a8xq.jpg




http://img311.imageshack.us/img311/8034/file0056a5jb.jpg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.175241 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list