|
Originally posted by tweetytweety at 11-10-2006 10:19 AM
M. Nasir Enggan Komen Pendirian Mawi
"Soalan tidak relevan. Datang pejabat lah cerita panjang," demikian jawab komposer terkenal M. Nasir selepas berakhirnya program Zoom In Bersama ...
aku rasa reputz yg tulis article ni mmg dah terdesak
terdesak sesangat sbb tak dapat jatuhkan mawi... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm ...selagi mawi masih kukuh dalm industri seni ni...
selagi tu dia org tak berenti..... |
|
|
|
|
|
|
|
taknak komen pun salah....dah komen, jadi kontroversi..kang jadi besar..aparrrrraaaaaaa wartawan mcm ni.....cehhhhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
nk wat camne....masih bertahan lagi mawi...sbb tu ramai yg sakit hati... |
|
|
|
|
|
|
|
bagus pendirian mnasir tu...!!
nanti bila komen....lain plak jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
m nasir pun byk kontroversi kenyataan dia masa dulu2...tapi dia maintain kool....tu yg dia still bertahan.... |
|
|
|
|
|
|
|
saya akan mergekan topic ni
dengan topic mawi berlakon filem
kerana ia adalah mengenai pendirian
mawi tak mahu pegang tangan bila berlakon
etc etc.....
thanks.. |
|
|
|
|
|
|
|
the word is "tak nak pegang tangan bila berlakon" |
|
|
|
|
|
|
|
yg pastinya mawi akan menang anugerah pelakon popular kategori sms ... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by jai09 at 11-10-2006 02:58 PM
the word is "tak nak pegang tangan bila berlakon"
mau tunjuk alim kah ?.. yg ina cium tangan dia tu apa kes ?.. pastu pegang tangan si marsha tu apa cite plak ...
dia alim-alim kucing jee... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fazamania at 13-10-2006 06:12 AM
yg pastinya mawi akan menang anugerah pelakon popular kategori sms ...
lol:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #170 fazamania's post
Ina tu nak cium takkan nak salahkan Mawi, depan tv siaran langsung, kalau Mawi tepis kata plak dia masih marah Ina tu
Masa bila dia pegang2 tangan Marsha tanpa sebab? :lol |
|
|
|
|
|
|
|
forum utusan malaysia, 13/10/06
Enggan bersentuh tetapi dilihat berpegangan tangan
SEMUA orang tahu bahawa Mawi begitu popular selepas menjuarai Akademi Fantasia 3, tetapi ini bukan bermakna Mawi boleh mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya mengenai pelbagai perkara.
Saya menyanjung tinggi pendirian Mawi untuk tidak bersentuhan dengan wanita sekiranya beliau berlakon dalam filem. Dan saya akan lebih menghormati pendirian beliau jika konsisten sejak awal.
Persoalannya, kenapa pada majis sebelum ini beliau ada bersalaman dengan wanita.
Pada majlis Anugerah Filem Malaysia baru-baru ini, beliau diberi penghormatan untuk menyampaikan anugerah bersama Syarifah Amani. Mereka kelihatan berpegangan tangan ketika tampil di pentas.
|
|
|
|
|
|
|
|
berpegangan tangan?....
ala udahlah.....kalau artis lain keluar kenyataan cenggini..
tentu korang tak pertikaikankan?...
kalau tak minat sudahlah... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ikz at 13-10-2006 08:06 AM
berpegangan tangan?....
ala udahlah.....kalau artis lain keluar kenyataan cenggini..
tentu korang tak pertikaikankan?...
kalau tak minat sudahlah...
masalahnya di sini ialah CAKAP TAK SERUPA BIKIN.
p/s Nanti aku upkan gambar Mawi aand the golden girls baru korang tahu...... |
|
|
|
|
|
|
|
M. Nasir harapkan tuah Mawi dalam Aduh Saliha? - UTUSAN
RAMAI orang sudah tahu bahawa Mawi akan terjun ke dunia lakonan tidak lama lagi menerusi filem Aduh Saliha. Mawi dikatakan menerima tawaran itu kerana mahu mengembangkan sayapnya dalam bidang seni selain permintaan daripada para peminat yang teringin melihat kemunculannya di layar perak.
Bagaimanapun, juara program realiti TV Akademi Fantasia 3 (AF3) itu mungkin belum mempunyai butiran yang banyak untuk diperkatakan tentang filem pertama lakonannya itu.
Justeru, pengarah Aduh Saliha iaitu M. Nasir merupakan antara orang yang paling banyak mempunyai butiran sebelum filem itu memulakan penggambarannya Januari depan.
Mega sempat menemui beliau di Studio Luncai Emas miliknya di Sungai Buloh, Selangor untuk mengetahui tentang perkembangan filem yang menelan kos lebih RM1 juta itu.
Namun, sebelum filem hasil skrip tulisan Loloq itu di angkat ke layar lebar pelbagai pertikaian tercetus terutamanya membabitkan M. Nasir.
Antaranya, sejauh manakah kemampuannya mengarahkan Aduh Saliha selepas hampir 10 tahun tidak mengarah filem.
Apatah lagi filem pertama arahannya yang berjudul Merah tidaklah mendapat sambutan daripada para peminat filem Melayu ketika ia ditayangkan suatu ketika dulu.
Apa komen beliau tentang perkara itu? Ikuti temu bual wartawan ABD. AZIZ ITAR dengan M. Nasir baru-baru ini.
Apakah keyakinan anda untuk kembali mengarah filem?
M. NASIR: Filem adalah passion saya. Saya memang meminati dunia perfileman sejak dari dulu lagi. Saya tidak akan rasa kecewa kalau sesebuah filem yang saya arahkan itu gagal mendapat sambutan daripada para penonton. Saya mahu tanya anda, berapa ramai pengarah atau penerbit filem yang menerbitkan filem dan terus mendapat sambutan ramai? Saya baru arahkan sebuah filem dan Aduh Saliha adalah filem kedua saya. Kegagalan pertama tidak semestinya saya akan gagal seterusnya. Malah, siapakah orang yang boleh meramalkan kejayaan sesebuah filem itu?
Sejauh manakah persiapan Aduh Saliha setakat ini?
Penggambaran filem ini akan dimulakan selepas Hari Raya Aidilfitri ini ataupun selewat-lewatnya pada awal Januari tahun depan. Setakat ini Aduh Saliha masih dalam pre-production. Skrip filem ini sudahpun siap ditulis oleh Loloq.
Aduh Saliha berkisar tentang kisah apa?
Saya tidak boleh beritahu jalan cerita filem ini kerana diarahkan oleh penerbit supaya merahsiakannya terlebih dahulu. Tetapi apa yang boleh saya katakan filem ini berkonsepkan muzikal, fantasi, cinta dan pengembaraan. Cerita filem ini adalah rekaan semata-mata dan ia tiada kena mengena dengan sesiapa termasuklah Mawi sendiri sebagai pelakon utama filem ini.
Daripada mana datangnya idea skrip dan konsep filem ini?
Idea dan konsep ini datangnya daripada saya dan Loloq. Jalan cerita filem ini ada kena mengena dengan tema dan konsepnya yang banyak menyelitkan unsur muzikal. Sebab itu saya akan selitkan beberapa lagu termasuk kesinambungan daripada lagu Aduh Saliha dalam filem ini nanti.
Siapakah penerbit dan berapakah bajet sebenar filem ini?
Mana boleh bagi tahu. Masih terlalu awal. Saya terpaksa merahsiakan siapakah penerbit filem ini. Penerbitnya merupakan orang dalam industri hiburan ini sendiri. Cuma bajet filem ini mungkin dalam RM1 juta lebih.
Bagaimana dengan persetujuan Mawi untuk berlakon dalam filem ini.
Saya sudah adakan pertemuan dengan Mawi dan berbincang secara lisan dengannya baru-baru ini. Saya pun sudah berbual dengan Mawi tentang filem ini. Dia (Mawi) bersetuju untuk berlakon dalam filem ini tetapi ada beberapa masalah teknikal yang kami harus bincangkan lagi.
Masalah teknikal yang bagaimana maksud anda?
Masalah yang membabitkan jadual dan masa Mawi sebagai penyanyi yang agak ketat. Bagaimanapun kita akan cuba sesuaikan dengan jadual sehariannya. Lagipun shooting filem bukannya lama sangat antara 35 hingga 45 hari mungkin boleh siap (penggambaran). Malah bukannya semua adegan filem itu ada dia (Mawi).
Apa komen anda apabila Mawi kata dia tidak mahu bersentuhan dengan pelakon wanita?
Isu itu tidak payah ceritalah. Saya tidak ada komen dalam isu itu. Tidak payahlah diperbesar-besarkan. Semua itu ikut keperluan jalan cerita.
Adakah anda memilih Mawi kerana anda tahu ia pasti akan mendapat sambutan daripada para penonton?
Itu terpulanglah kalau anda kata begitu. Saya pilih Mawi kerana watak itu sesuai dengannya. Filem itupun bukannya tentang kisah hidup Mawi. Nama watak Mawi dalam filem ini pun saya belum putuskan lagi sama ada gunakan nama Mawi ataupun nama yang lain.
Orang kata anda seorang yang suka berseni dan berfalsafah. Jadi di manakah letaknya nilai seni Aduh Saliha ?
Filem ini memang tetap akan ada nilai dan falsafahnya sendiri. Falsafah yang menjurus kepada kebaikan. Setiap orang ada masa-masanya yang telah ditentukan untuk berjaya. Begitu juga dengan watak utama yang digambarkan dalam filem ini. Cuma dalam bentuk apa kejayaan itu bergantung kepada diri masing-masing.
Bagaimana pula dengan unsur komersial dalam Aduh Saliha?
Kenalah ada lagu-lagu yang bagus dalam filem ini. Lakonan yang bagus dan pelakon-pelakon yang popular. Kombinasi ini penting supaya ia menjadi adunan rencah yang boleh membantu menguatkan lagi filem ini. Filem yang menarik perlu ada macam-macam rencah seperti unsur lucu, percintaan, adventure, special effect dan sebagainya.
Selain Mawi siapakah pelakon lain yang akan membintangi filem ini?
Setakat ini kita belum tetapkan lagi siapakah pelakon lain. Kita akan adakan uji bakat selepas Hari Raya Aidilfitri ini untuk mencari pelakon yang sesuai.
Adakah anda mempergunakan Mawi untuk kepentingan anda? Contohnya dengan mencipta lagu Aduh Saliha dan berduet dengan Mawi?
Saya diminta mencipta lagu itu untuk Mawi. Dan saya rasa dia sesuai menyanyikan lagu itu. Bukan saya seorang tetapi komposer lain juga banyak yang mencipta lagu. Tetapi lagu komposer mana yang sesuai untuk dinyanyikan oleh Mawi terpulanglah kepada pihak-pihak tertentu yang menguruskan Mawi untuk menerimanya. Mereka juga ada community mereka sendiri yang memilih. Saya pula mencipta lagu itu bersesuaian dengan kebolehan Mawi. Dalam hal ini kita kena ada chemistry, barulah sesebuah lagu itu berjaya. Saya sudah banyak mencipta lagu tetapi bukannya semua lagu saya mendapat sambutan. Saya juga beri banyak lagu untuk dinyanyikan oleh penyanyi lain dan bukannya Mawi seorang.
Akhir sekali, apakah komen anda apabila sejak akhir-akhir ini karya anda lebih berbau komersial dan ada yang menganggapnya sebagai karya sampah?
Terpulanglah. Mungkin anda atau orang yang kata itu mereka tidak sukakan karya-karya saya. Lagipun takkanlah saya mahu buat benda-benda yang sama macam yang pernah saya buat suatu ketika dulu. Ada masanya nanti saya akan lakukan kembali. Masa berubah-ubah. Saya sudah mencipta lebih 1,500 buah lagu dan bukan semua lagu-lagu saya diterima oleh pendengar. Tetapi setiap lagu yang saya cipta itu memang saya suka. Saya beri lagu itu kerana ada orang yang minta. Mungkin lagu itu sesuai untuk dinyanyikan oleh seseorang penyanyi itu, tidak kiralah siapa. |
|
|
|
|
|
|
|
maka confirmlah mmg mawi akan berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
AKU HARAP HEROINNYA BIOLA MARSHA. MAWI NI PEMALU ORANGNYA. KALAU TAK KENA ORANGNYA NANTI TAK FEEL PULAK.PEMALU KE ENGKO MAWI? KAH....KAH...KAH... HANYA AKU YANG TAHU. |
|
|
|
|
|
|
|
baik belajar nyayyi bagi teror dulu... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by firyanz at 20-10-2006 11:03 AM
baik belajar nyayyi bagi teror dulu...
skang ni kalau nak idup kena pandai multitasking. |
|
|
|
|
|
|
| |
|