|
[MERGED] Occupational Safety & Health /NIOSH
[Copy link]
|
|
Originally posted by pressor at 10-11-2008 11:51 AM
mm..x pasti ah..sbb aku tak amek master pun..tp my lecturer tuh board director niosh..dulu lah taktau ah skrg mcmane...huhu...
ala...kalo kita ade basic safety mesti besh nye blaja master kat ...
name die Prof Dr Ismail Bahari. Die board director niosh dan chairman niosh exam. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by pressor at 10-11-2008 11:54 AM
x..bukan pure chemical pun..tp adelah sket2...
mmm..ntah aku pun taktau apa decent pas email kat gurl..tp kao gurl nak tgk bleh jer..kat situ ade semua senarai jenis bahan kimia ngn dia nya ra ...
Yg aku pas kat gegerl tu how nak wat report CHRA 2nd edition.
Anyway cite skit pasal pengalamn aku ngan CHRA
Kat kilang aku ade kat 350++ chemical. So nak kene assess semua la. Aku pun ikut die sambil nak belajar sebab die janji nak ajar aku. So pegi je tempat ade chem, die asses satu per satu, detail die buat. Mcm2 soalan die tnaye. Siap ada borang interview employee. Route of entry pun die check habis. Die amik masa 3 hari nak check semua. BIla dah abis check, dia mintak CSDS plak. Die check satu2. Yg mane dari supplier yg bagi, die buat catatan. Yang mane amik internet, die akan cross reference dengan Chemwatch. Yang mane xde csds, die akan rujuk chemwatch.
Die gak ade pesan kat aku, kalau nak cari CSDS/MSDS, jangan amik sebarangan dari internet nanti tak valid dan DOSH leh argue. So nak amik leh amik kat CHEMWATCH, NIOSH library dan manufacturer CD selain yg supplier bagi. Dia kata, kadang2 supplier pun bengong sebab donlod internet pastu bagi kita. Salah tuh. BOleh kene denda RM10K atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Sape2 minat wat freelance CHRA atau nak jadi assesor, ada skit nasihat. At least jadi assistant assesor CHRA sekurang-kurangnya macam pressor wat selama 2 tahun pastu baru boleh jadi full assessor. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #161 decent_sho\ catat
aku pun terpikir mcm tuh gak..lgpun tiap2 tahun dieorg kena wat inspection..tp masalah skrg equipment takde..aku ingat nak nyendeng2 ngn beberapa consultant yang kenal..so leh ah part time ngn dioerg huhu..tp skrg nih takde masa lagi..hhu..duit pun tak cukup ahakss... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #162 decent_sho\ catat
naik kejap nama prof mail..huhu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #165 auntie_girl\ catat
ala..gurl dah tua lah ek...huhu..br nak ngorat..hahah..
wat loan ok gak..tp aku dah tak sanggup nak berutang lagi..huhu..bg aku drp aku smbg master..baik aku abiskan duit aku amek semua competencies yang ada kat NIOSH tuh..huhu. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #168 auntie_girl\ catat
nak anto celah mana..huhu.. |
|
|
|
|
|
|
|
check PM mu pressor |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #170 auntie_girl\ catat
muda sthn jew dr gurl..hahaa...
huhu...kalo gurl dah nampak masa depan tuh..proceed je lah..
buang beli beli router br jer.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #175 auntie_girl\ catat
|
|
|
|
|
|
|
burpppppppp..alhamdulillah
baru pas makan baulu cicah sambal belacan + air asam |
|
|
|
|
|
|
|
Peniaga maut NGV buatan sendiri meletup
Oleh Badrul Hizar Ab Jabar
[email protected] / 09.11.08
TONG gas dipasang untuk sistem NGV pada sebuah van dipercayai punca letupan di stesen minyak Petronas di Batu Berendam, malam semalam.
MELAKA: Tindakan seorang peniaga mengubah suai sistem gas asli kenderaan (NGV) pada kenderaannya menggunakan tong gas memasak, membawa padah apabila dia maut selepas tangki itu meletup di sebuah stesen minyak di Jalan Datuk Seri Md Zin Abd Ghani, Batu Berendam, dekat sini, malam semalam.
Dalam kejadian jam 7.51 malam itu, kaki kiri Muhammad Hailmi Ishak, 25, hancur sehingga serpihan tulangnya tertinggal di dalam kenderaan terbabit dan perutnya terburai.
Mangsa yang berasal dari Kampung Parit Yusof Laut, Parit Sulong, Johor, meninggal dunia lima jam selepas dirawat di Hospital Melaka (HM). Abang mangsa, Mohd Rosli Ishak, 30, dan seorang lagi rakan mereka, Razali Md Zin, 31, yang berada di tempat kejadian cedera parah akibat letupan itu.
Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Balai Bomba Jalan Kubu, Komander Mokhtar Osman, berkata mangsa dipercayai berada di bahagian pemandu kenderaan terbabit dan tangki gas berkenaan terletak di bahagian bawah tempat duduk di hadapan.
"Siasatan awal mendapati letupan terbabit dipercayai berlaku akibat pengubahsuaian sistem NGV yang menggunakan tong gas memasak selain kegagalan mematikan enjin kenderaan ketika mengisi gas.
"Sistem NGV yang diubahsuai itu juga dipercayai dibuat sendiri oleh pemilik van berkenaan dan tangki gas memasak yang diletakkan di bahagian bawah tempat duduk di bahagian hadapan kenderaan itu hanya ditutup menggunakan kanvas," katanya ketika ditemui, di sini, semalam.
Mokhtar berkata, pasukan bomba mengambil masa 20 minit untuk menyelamatkan mangsa yang kemudiannya dikejarkan ke HM.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan R Gunarajan ketika dihubungi berkata, polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.
Sementara itu, bapa mentua mangsa, Zamrin Ibrahim, 50, berkata mangsa bersikap pelik pada isterinya, Norshahirah Zamrin, 23, sehari sebelum kejadian.
"Anak saya memaklumkan suaminya (mangsa) bertanyakan soalan "Kalau saya mati awak menangis tak? Kalau saya mati awak kahwin lagi tak?" sehari sebelum beliau meninggal dunia. Anak saya hanya menangis apabila ditanya begitu," katanya yang ditemui di bilik mayat HM, semalam.
Beliau berkata, Mohd Hailmi dan Norshahirah baru mendirikan rumah tangga awal Julai lalu dan isterinya kini mengandung dua bulan.
Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam turut meluangkan masa pagi semalam menziarahi jenazah serta dua mangsa yang cedera dalam kejadian itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dear OSH practioner, kom kita bincang kes di atas. Any comment?
p/s ni abg long mai dah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|