CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aishah_Humaira

[Penulis] Norhayati Berahim (merged with pu3alia)

[Copy link]
Post time 25-10-2004 09:54 AM | Show all posts
last weekend perabih 3 novel NI nie. BEry takdela fanatik dia tp sbb kakak dan besfren bery fanatik, so bery pun tmpang sekaki.. point yg bery nak tambah:
1. Dlm seindah derita tu kira kureng logiklaa Hardina anak ustaz bleh selamba jek biarkan Johan tu cium2 dan peluk2 dia.. Nampak mcm takde tentangan langsung bila diperlakukan mcmtu..

2. Sbb byk sgt watak dlm novel, so cara NI nak selesaikan watak2 tu.. jadi byk sgt kebetulan dan semua watak dlm ada connection ngan each other.. so, agak kurang logik.. tp, bleh diterima..

3. Lelaki dlm novel tu sumenya kaya2.. usahawan or anak datuk..

4. tp yg bery plaing suka, heroin dlm sume novel dia pandai mengusik lelaki.. ie: pandai buat lawak..

5. novel dr Novel Creative takde intro psl author, so agak kurang menarik berbanding ngan Alaf21.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2004 11:20 PM | Show all posts
kite pun peminat novel NB gak..hmm sentuhan kasih la besh..hmm kalo susah nak jumpa kt bookstore bleh masuk laman web ni utk terbit dr creative:

www.cesb.net.my

bleh order secara pos melalui katalog tu sama cam alaf 21 la
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2004 07:05 AM | Show all posts
Nak beli sentuhan kasih...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2004 11:18 PM | Show all posts
sentuhan kasih..lupa plak..yg mane satu ek..
yg bape die dera die kecik2 dl ek...
okla..tak best sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2004 11:23 PM | Show all posts
bukanlah..sentuhan kasih ni yg citer kt oversea..
kt jerman ker norway ntah..
yg husband org sana ader darah campur2..
yg pompuan ni lari pas bercerai ngan laki dia ke sana..:hmm:
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2004 11:32 PM | Show all posts
Sentuhan Kasih
Norhayati Berahim



ISBN : 983-893-492-5
Tahun : 2003
Bil. Muka Surat : 459
Harga : RM22.90

sinopsis:   
Banjir kepiluan yang berladung di dalam hati tiada siapa yang rasa lemasnya melainkan dia... Namun dia rela menyimpan semuanya di dalam hati... tega membiarkan diri luka sendiri-sendiri. Tapi sampai bila harus disimpan lemas luka hatinya? Dia jauh di negara orang... lantaran ada yang sudi memberi dahan untuk berpaut, perlukah ditolak? Atau dia masih menanti rendangnya pohon memayungi tatkala turunnya salji, atau terus menanti panasnya bahang asmara untuk memanaskan dinginnya sekeping hati yang telah lama mati...

source: www.cesb.net.my

[ Last edited by ahlam_nabiha on 27-10-2004 at 11:33 PM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-10-2004 08:02 PM | Show all posts
Saya dengar citer buku ni best... Betul kan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 07:13 AM | Show all posts
Terima Kasih Kekasih

Alangkah payahnya mencari bahagia. Susahnya juga memburu bahagia. Sangkanya setia Imlan tidak kering biarpun mentari memancar. Rupanya hilang bila bulan menunjukkan rupa. Lelaki itu berubah kasih. Berubah rindu. Berubah arah. Meninggalkan Amna termangu-mangu mengait memori semalam. Dan sesungguhnya Amna Khilaf. Saat bunga tidak lagi mewangi, kumbang tidak lagi memperduli. Amna dianugerahkan cinta sejati. Terima Kasih Kekasih


Karya terbaru.... sebelum buku ni keluar aku kebetulan ada chat ngan tuan punya NZD ni kat irc. Sebab masa tu dier tanya aku...minat menulis tak... aku kata kurang minat tapi minat baca novel... tu la masa tu dia bagitau pasal novel ni...akan keluar... :stp::stp:pesal aku tak mintak email dier ekk... buduss... kalau tidak bole sampaikan komplen korang kat sini:gado::gado:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2004 07:20 AM | Show all posts
Nota Cinta Buatmu - Norhayati Brahim

Perpisahan .....terlalu sukar rasanya membuat keputusan. namun kerana harga diri, keran kasih sayang, Johanna rela berkorban. Biarlah dirawat hati yang luka, biarlah di lalui hari-hari mendatang tanpa suami di sisi. Pergilah Dihrran. Carilah kebahagiaan, carilah kasih sayang yang kau perlukan.

Hidup siapa menduga, Johanna dipertemukan dengan Graham. Lelaki yang tidak percaya kewujudan agama dan Tuhan. Namun lelaki ini istimewa, lalki yang sering mengerti dan paling cepat memahami. Hati yang luka diubati, jiwa yang kosong kini terisi.

Kalutnya rasa bila cinta datang kali kedua, perlukan diusir atau perlukan dibiarkan menghuni dalam hati. Cuma ketika cinta datang semula, Dihrran yang pernah membuangnya dahulu datang menagih hati, menagih simpati!!!

Hatinya sudah nekad, apa yang berlaki biarlah berlalu. Dirhan perlu diajar menghargai untuk menghormati. Dia bukan wanita mudah dibuang dan diambil kembali

Ahh...cerita luka...duka dan cinta ini perlu ada kesudahannya!!!!



Keluaran Alaf 21 sendirian berhad
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by melati-putih at 9-7-2003 03:02 PM:
for me...citer Norhayati Berahim
quite boring and cam tak sampai cite dia kat Melati
ini pendapat Melati la..
selalu kalau baca citer dia mesti separuh jalan
pastue..baca ending.....
Hati Seor ...



:setuju: penah baca cerita dia tapi disebabkan jalan cerita hampir sama terus malas nak habiskan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2004 12:46 PM | Show all posts
Terimakasih, Kasih best ker?
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2004 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by KRUfan at 29/11/2004 12:46 PM:
Terimakasih, Kasih best ker?

IMO, cam tak best sangat
citer pasal pakar forensik tu bertunang ngan sorang lelaki
tapi laki tu syok kat pompuan lain lerr plakk
tapi last2 kawan laki tu cina yg kawin ngan doktor tu

2bintang setengah jerr me kasik
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 10:43 AM | Show all posts
Eh, iyer ker?? Saya plan nak beli dah novel ni....
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2004 04:22 PM | Show all posts
oo sentuhan kasih yg citer kat oversea tu ek..
tak suka sgt citer tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2004 10:24 AM | Show all posts
Apasal tak suka Sentuhan Kasih? Ramai yg suka..
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2004 03:18 PM | Show all posts
Originally posted by ahlam_nabiha at 10/26/04 11:20 PM:
kite pun peminat novel NB gak..hmm sentuhan kasih la besh..hmm kalo susah nak jumpa kt bookstore bleh masuk laman web ni utk terbit dr creative:

www.cesb.net.my

bleh order secara p ...
order pos, ade diskaun tak???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-12-2004 08:55 AM | Show all posts
Klau ader, bagus gak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2004 01:42 PM | Show all posts

latest....

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2004 01:43 PM | Show all posts
Kesuma ingin disayangi dan dimanjai oleh lelaki itu. Didakap dalam kasih sayang yang sarat. Dicintai dalam simpulan kasih yang erat. Bersatu dalam paduan cinta. Hanya kerana lelaki itu... hanya kerana dia... lelaki yang berjaya mengetuk pintu hati lalu menghuni kamar asmaranya. Dia yang telah mengukir kata cinta di layar impiannya. Hanya kerana dia... Kesuma nekad dengan keputusannya. Membawa diri... Kesuma menjejak kekasih yang telah kembali ke bumi asal bersama pencarian dan persoalan yang telah selesai. Lalu di sanalah cintanya diarak pulang untuk disandingkan di singgahsana bahagia. Dan air mawar pun direnjis mengiringi sebuah perjalanan yang baru bermula...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2004 07:51 PM | Show all posts
thanks for the sinopsis, robab...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-12-2024 10:10 AM GMT+8 , Processed in 0.236767 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list