|
Reply #183 fa_stellar's post
aku sebenarnya kan fa... nak request FT buat la TTD 2.. nak tau gak sambungan kisah lam ping hai..
watak sampingannya kalau dikembangkan cerita sure best kan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by limau_nipis at 8-4-2008 08:50 AM
aku sebenarnya kan fa... nak request FT buat la TTD 2.. nak tau gak sambungan kisah lam ping hai..
watak sampingannya kalau dikembangkan cerita sure best kan
Suka sangat character Lam Ping Hai ni (selain aku biased sket sbb mmg suka cina/jepun/korea)
Aku tatau knapa aku mcm rasa ada sesuatu je watak Lam Ping Hai ngan adik ipar salsabila tu (apa ek nama die..lupa da)
Eh..weekend ni FT ada kat mana2 booth x? |
|
|
|
|
|
|
|
ske Lam Ping Hai gak |
|
|
|
|
|
|
|
semalam redrose beli 2 novel faisal tehrani...
Kekasih Sam Po Bo dgn Manikam Kalbu....redrose belek2 mcm best jerr..terus beli.....x penah try lagi baca buku dia ni...
kebetulan penulisnya ada smlm..terus mintak otograf....
muda lagi rupanya...ingatkan dah tua..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #191 ReDroSe!'s post
kalau nak try baca karya FT yang ringan.. tunggu teduh dulu lah paling best.. best best best...
mmg umph la, FT tu laki, tapi dia tulis tunggu teduh dulu tu dari watak seroang wanita bernama salsabila |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #192 limau_nipis's post
semalam redrose cari x jumpa....
tanya kat salesgirl tu kata x de pulak....
next time nak cari la..
tapi redrose dah belek2 manikam kalbu...rasa mcm best jer ceritanya...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #195 limau_nipis's post
ye ke....kena beli online ekkk....
ok cik puan tuan limau nipis....TQVMuchhh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #196 ReDroSe!'s post
Buku ni jual online je..kesian kwn aritu..penat die pusing2 kt bookfair cr buku nih.
aku tido ngan buku ni sbb suka sgt (espez pas FT autograph kan. ) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #197 fa_stellar's post
sama dgn redrose la tu...lepas baca komen2 kat sini redrose cari buku tu kat bf....tapi x jumpa..rupanya kena beli online..... |
|
|
|
|
|
|
|
knp la baru lani aku jumpa thread ni...aku salah sorang peminat FT since sekolah lg tp jarang beli buku dia sbb ms belajar duit aku limit n bila dah keja aku dpt baca buku dia free sbb aku keja lib. tp since tukar opis aku x lg ikut penulisan dia kecuali novel bersiri dlm metro setiap selasa tu. mmg bes...sinis n pedas!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #200 melur_draja's post
aku x ske sazali sbb aku rasa die pushy sgt.
Rambut panjang? tetiba2 kuar aura samurai sudah...~! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ReDroSe! at 9-4-2008 10:15 AM
semalam redrose beli 2 novel faisal tehrani...
Kekasih Sam Po Bo dgn Manikam Kalbu....redrose belek2 mcm best jerr..terus beli.....x penah try lagi baca buku dia ni...
kebetulan penulisnya ad ...
pembetulan...Kekasih Sam Po Bo nie koleksi Cerpen FT. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #203 insankecil's post
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh baca manikam kalbu..
tak sangka cerita itu sgt comel daripada kaca mata seekor kucing yang sgt comel |
|
|
|
|
|
|
|
Membaca Manikam Kalbu memberikan satu kelainan yang tidak dijangka. Seperti biasa, Faisal Tehrani, tidak mengecewakan. Bukan mudah menjadi seorang penulis, yang mampu mengkaji secara mendalam tentang satu-satu bidang yang ditulisnya.
Manikam Kalbu, merupakan sebuah kisah menarik yang diangkat tentang jahitan dan fesyen pakaian zaman tradisional. FT berjaya menarik minat pembaca dengan diselang selikan di antara setiap bab, kisah Ziyad dan nenenknya pada zaman kini, dan kisah seorang tukang jahit yang diberi nama Manikam Kalbu, yang hidup sekitar zaman kesultanan Melayu Melaka.
Ziyad yang namanya diangkat dari seorang tukang jahit terkenal dan ulama zaman kegemilangan Andalus, begitu memintai dengan kursus jahitan, sehingga sanggup menjadi pelajar lelaki tunggal yang mengambil kelas jahitan di sebuah sekolah teknik. Dugaan pada Ziyad, yang merupakan anak yatim, apabila dibela nneneknya seawal usia sekitar 4 tahun. Neneknya kemudian menghidap penyakit dementia ketika Ziyad berusia kira-kira 17 tahun. Walaupun sebegitu, Ziyad tetap kasih akan neneknya yang mempunyai ilmu & kepakaran dalam bidang jahitan. Ziyad turut belajar menjahit pakaian & menyulam manik serta kerawang untuk pelanggan.
Cerita tentang Manikam Kalbu turut menusuk perasaan. Manikam Kalbu merupakan hamba yang hidup di zaman Sultan Alauddin Syah. Dia sebenarnya sangat meminati jahitan pakaian & fesyen Melayu tradisional. Kisah Manikam Kalbu diceritakan oleh Manira, kucing montel yang mudah dibela dan disayangi. Manikan Kalbu turut menyertai pertandingan rekaan pakaian yang dianjurkan sultan, maka di saat-saat akhir, beliau berjaya menjadi pemenang. Tujuan Manikam Kalbu ingin mempertahankan budaya Melayu dan menuntut di Acheh, untuk mempelajari pakaian yang menutup aurat. Banyak ilmu yang diperolehi, terutamanya saat-saat melucukan turut timbul di mana Manikam Kalbu akibat rasa keluh dan kesah menanti seorang nenek mengajarnya cara menenun, terus berniat untuk mengahwini nenek tersebut supaya ilmu sampai kepadanya.
Manikam Kalbu turut diuji maharaja Cina ketika dibawa belayar ke sana. Bukan mudah soalan yang dilontarkan, antaranya, kenapa ikan banyak di laut? Bunyinya mudah, tetapi perlu dijawab dengan jahitan di atas sapu tangan sutera.
Berbalik kepada kisah Ziyah, dia turut diuji dengan pelbagai dugaan, antaranya dituduh berkelakuan tidak semenggah dengan perbuatannya oleh Cikgu Natasya. Ini membuatkn Ziyad sedih, tambahan pula pada masa yang sama, neneknya meninggal dunia. Apapun, semuanya berakhir dengan baik, di mana Ziyad diajar menjahit dengan semourna sekali oleh seorang lelaki tua, yang juga tanpa dijangka mengenali arwah nenek Ziyad yang merupakan bekas tukang jahit istana dan berhenti kerana kecewa dengan peloporan kononnya era kemodenan yang merubah warisan Melayu seperti baju kurung pesak Johor dan sebagainya.
Penghubung antara cerita adalah sebuah beg yang dibuat dari kulit kambing, yang digores dengan tulisan hak milik Manikam Kalbu, ditemui di kedai jahitan arwah nenek Ziyad.
Akhir cerita, Ziyah turut berusaha menggapai impiannya, walaupun jalanya bukan mudah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
aku lama x membaca buku FT..tp masa manikam kalbu ni kuar..aku mcm teruja nk bc sbb ade aura2 cite fashion..hehe |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|