|
Berbalik kepada thread, terlebih dahulu saya ingin beritahu saya lebih suka bersikap neutral ketika bercampur dengan mana-mana golongan, individu dan sebagainya kerana? Saya yakin pasti ada sesuatu yang boleh dimanfaatkan untuk keinsafan diri sendiri.
Sepertimana ilmu agama asas yang disebutkan sebagai syariat, saya bukanlah terlalu pandai atau terlalu bodoh... Selain itu, saya juga pernah mengikuti tarikat, bukan sekadar duduk berbual kosong tetapi menjadi anak murid...
Suka untuk saya ceritakan pengalaman saya ketika mengikuti ajaran tarikat ini... Sebenarnya saya memang suka kepada ilmu tanpa mengira apa sahaja bahagiannya sama ada duniawi, rohaniah, sains, dan sebagainya...
Ketika mula mengikuti tarikat, saya telah menerima ajaran dari seorang hamba Allah yang agak tinggi ilmu tarikatnya... Dia yang beria-ia mengajak saya dan rakan-rakan mendalami ilmu agama... |
|
|
|
|
|
|
|
Sori agak meleret.... Tetapi pandangan saya terhadap tarikat adalah tersangat baik. Tetapi pernah suatu ketika saya tidak begitu suka apabila hamba Allah yang mengajak saya begitu beria-ia meletakkan darjat orang tarikat lebih tinggi berbanding orang syariat... Sedikit demi sedikit saya mula menolak ajaran ini.
Namun pertemuan saya dengan seorang guru (guru kepada hamba Allah yang mengajar saya tentang tarikat dan dikatakan sebagai wali walaupun guru itu sendiri menafikannya - guru itu dikatakan anak kepada wali terdahulu) mengubah pemikiran saya secara keseluruhannya... Kedatangannya setiap enam bulan sekali adalah untuk memperbetulkan tanggapan pelajar tarikat. Saya cukup respek apabila dia sendiri meminta agar tidak meng'kelas'kan orang Islam. Katanya, setiap muslim adalah sama kecuali amal ibadah yang dilakukannya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #168 cecada's post
Memanglah tak baik cabar mencabar.Masalahnya kalau Saudara Highlander ni nak buka topik terangkanlah dengan lengkap.Jangan bagi forumer lain tertanya-tanya.Ni asyik buka pastu tutup.Tak ada penyelesaiannya.Pastu kalau nak marah kat org pun janganlah dok libatkan org kampung ke bandar ker.Nanti forumer lain pun jadi bengang.Dia kata dia member baik Si Selamat budak forum cvt tu.Tapi si Selamat tu tulis kat forum jelas dan ok.Tak de lah melalut mcm Highlander.Sebab byk melalutlah forumer lain jadi bengang.Kalau rase diri kita betul dan apa yang kita tahu tu tak sesuai untuk golongan awam, tak payah le bincang kat forum. |
|
|
|
|
|
|
|
Baiklah, bagi sesiapa yang ingin mengetahui tentang tarikat, mungkin ini akan membantu sedikit sebanyak...
Tarikat sebenarnya merupakan suatu ilmu dan amalan ke arah kerohanian dan mendekati Tuhan. Ada juga yang mengatakan ianya sebagai suatu ilmu mengenal diri dan mengenal Tuhan (tolong jangan buat andaian sendiri dan rujuk mereka yang arif).
Perbezaan tentang syariat dan tarikat:
Syariat - Sembahyang lima waktu sehari semalam bagi mendekatkan diri kepada Tuhan.
Tarikat - Sembahyang lima waktu sehari semalam, berzikir dengan kalimah Laailahaillallah setiap naik dan turun nafas sebagai cara untuk menjadi lebih 'rapat' dengan Tuhan dan beberapa zikir selepas solat wajib sebagai persiapan di hari kematian dan banyak lagi...
Syariat - diajarkan dan diberitahu bahawa amal ibadah adalah untuk mendapatkan pahala bagi mendapat tempat di syurga.
Tarikat - diajar untuk melakukan amal ibadah sebanyak mungkin bagi menempatkan diri di kalangan orang-orang yang mulia di sisiNya. Diajar supaya ikhlas melakukan ibadah dan banyak lagi. Masih lagi berpandukan kepada sunnah Rasulullah.
Itu adalah penerangan secara ringkas. Jika ada yang masih tidak difahami, boleh rujuk kepada yang lebih arif.
Perlu diketahui terdapat beberapa tarikat diharamkan di negara kita kerana bercanggah dengan ajaran Islam yang sepatutnya. Sebagai contoh, ada yang menolak Nabi Muhammad S.A.W sebagai rasul, menolak solat Jumaat, dan sebagainya... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya tarikat adalah jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. selain mengenaliNya. Bukannya suatu ilmu untuk dimegah-megahkan. Mereka yang mempelajari tarikat sepatutnya lebih merendah diri, tidak bermegah dan sentiasa bersederhana. Tetapi jika ada yang anda lihat tidak kena, maka terpulang kepada penilaian masing-masing.
Satu lagi, saya juga diajar untuk bersangka baik seperti memikirkan sekurang-kurangnya 20 kebaikan seseorang sebelum memikirkan keburukannya atau menegurnya dengan cara yang kasar. Alhamdulillah... Kehidupan saya menjadi lebih bahagia dengan cara pemikiran sebegini. |
|
|
|
|
|
|
|
Tentang pecahannya pula seperti tarikat, hakikat, makrifat, perlu ada penerangan terperinci. Tidak boleh melalui forum sahaja. Saya pernah diberitahu untuk mencapai tahap kepandaian makrifat, seseorang itu perlu bersih sebersihnya... Jadi, usah begitu mudah berbicara tentang makrifat...
[ Last edited by cecada at 27-11-2007 04:57 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Tentang Iblis pula... Memang kita sudah sedia maklum ia sebelum itu merupakan ketua malaikat dan merupakan yang paling rapat dengan Allah S.W.T.
Sekadar peringatan:
Kita seringkali mengeji Iblis, mencacinya... Tetapi sebenarnya, layakkah kita? Bagus sangat ke kita sebagai manusia? Ingat!!! Iblis pun masih lagi meminta keizinanNya untuk menyesatkan manusia... Kita? Nak makan pun belum tentu membaca Bismillah, apatah lagi doa makan, apatah lagi untuk meminta keizinan makan. Ingat!!! Seburuk-buruk Iblis dan sudah dijanjikan tempatnya di Neraka Jahannam, ia tetap mengaku Allah S.W.T. sebagai Tuhannya. Kita? masih ada lagi yang was2. Iblis melakukan agendanya bersungguh2 untuk menyesatkan manusia. Kita? Sembahyang lima waktu pun masih lagi berat dilakukan.
Kita seringkali menyalahkan Iblis kononnya menghasut kita membuat jahat dan sebagainya yang jahat2 sahaja. Tetapi bagaimana pula di bulan puasa? Iblis diikat ketika itu. Siapa yang perlu dipersalahkan? Nafsu? Cubalah terima hakikat, kita masih banyak kelemahan... |
|
|
|
|
|
|
|
Hmm... tentang iblis ni, lebih elok kita mengenalinya. Lebih banyak kita mengenali musuh kita, lebih mudah menewaskannya atau sekurang-kurangnya mempertahankan diri.
[ Last edited by cecada at 27-11-2007 05:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #171 sayapghaib's post
Itulah kesilapannya. Maafkan sahaja dia... setiap ilmu boleh disampaikan kepada semua. Selebihnya terpulang kepada penerimaan masing2. Jangan menganggap ada sesetengah orang tidak layak menerimanya. Anggap sahaja semua orang layak menerima info tersebut. Cubalah berkongsi. Kita sama-sama memperbetulkan yang mana salah. Semua orang ada kelemahan dan kesilapan.
Satu lagi pengalaman saya, isim atau gila kerana terlalu dalam mempelajari atau memikirkan tentang sesuatu sangat sukar untuk terjadi. Kita diberikan otak yang dan akal untuk menyerap setiap ilmu. Bukankan sains turut mengakui semakin banyak maklumat diisi ke otak, semakin besar ruangnya. Bukannya takbur, InsyaAllah ia tidak akan terjadi jika kita tidak taksub ataupun fanatik tentang sesuatu.
Kita tidak semestinya boleh menjadi orang paling hebat dalam dunia, dan tidak semestinya dipandang sebagai hamba yang mulia di sisiNya hanya disebabkan mempunyai ilmu tinggi.
Kepada en. Highlander07, berikan sahaja info yang diketahui untuk dikongsi bersama. Bukannya saya menuduh, tetapi melalui cara yang encik tunjukkan, ada dua kesimpulan boleh dibuat tentang diri encik:
1. Encik tidak begitu mengetahui tentang perkara yang ingin disampaikan tetapi berpura-pura sudah memahaminya.
2. Encik sudah mengetahui tetapi menganggap orang lain tidak layak untuk mengetahuinya.
Kerjasama encik amatlah dihargai. |
|
|
|
|
|
|
|
Merenget2 dan memfitnah..
Originally posted by Nujum^Rewang at 25-11-2007 12:53 AM
KATA KAU....KAU SUKA BERPERANG......
TAKKAN BARU CABARAN DARI AKU YANG JAGUH KAMPUNG,SUKA MAKAN DUIT YURAN ANAK MURID,YANG SUKA BERANGAN SEPERTIMANA YANG KAU NYATAKAN TAK BERANI KU SAHUT?
DGN I ... Anak Melayu tak bangsat..maknaPM tu adalah KAU ANAK BANGSAT MELAYU..Hari2 Mencabar dan menghina Kamidgn PM tak henti2..Mengaku sebagai Pendekar Kelana (Bangga sebab gurukau bagi-bukan Allah beri).dan menunjukkan boleh datang secara ghaibdgn panggil nama shj..kemudian mengagung2 perguruan..meluat kamiKaminak tanya bangsat ni : Siapa dulu cabar kami?.Kami dah amat menyampahdan sampai bila kami nak membisu..Kemdian putar-belit PM kami..inikahpemegang amanah Usul Huduri..jadilah kamu jurukakak tua smpai mati..bye2 |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
kalau tak berani nak jawab cabaran jangan la sampai nak memaklumkan pada semua...adeiiiiiiiiiiiii
banyak songeh pulak mamat highlander07 ni.....ini ker yang dikatakan berilmu tinggi dari kita? saya bagi cabaran untuk dia buktikan kebenaran dia,saya hina dia sebab dia memperlekehkan ilmu orang lain dan saya memang nak buat dia menyampah atas dasar utk die terus timbul dan berkomunikasi supaya saya dapat tahu siapa dia sebenarnya mamat highlander07 nih.......
wassalam |
|
|
|
|
|
|
|
bawak mengucap, beristighfar banyak2 . Bod ni dah jadi medan perang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #172 cecada's post
ada tarikat yg menolak nabi Muhammad sbg Rasul???
setahu aku,kalimah Islam ialah Tiada Tuhan melainkan Allah,Nabi Muhammad pesuruh Allah..kalau dah tak mengaku nabi Muhammad sebagai rasul,bukan Islam lagi dah namanya.....jadi aku rasa yg tu bukannya tarikat,tetapi ayah pin punya ajaran daaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #180 daun_jampi's post
bod ni jadi medan perang sebab ada "wali" yang tak menyampaikan ilmu dgn betul.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
rasanya mamat ni dari AJARAN KAHAR ker? yang mengaku diri sebagai rasul tu? |
|
|
|
|
|
|
|
join? rasa2 kalau bleh tahan dgn "daulat" di highlander07, di persilakan......... |
|
|
|
|
|
|
|
assalammualiakum sy ah lame peratikan perdebatan ini.perdebatan yang dipenuhi dgn kemrahan.tlg lah henti kan perdebatan yg merumit kan kerna banyak fakta yg
memening kan kepale.kpd saudare H07 anda hanya megeruh kan keadaan dgn
fakta2 yg penuh dgn persoalan.KALAU benar apa yang anda tahu,tlg lah sampai
kan.kerna ia megundang persoalan yang membeban kan sesungguh
ny kebenaran ttp kebenaran. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #178 highlander07's post
rakan2 semua......sedar tak yg highlander ni tak pernah berminat nak beri salam dengan elok dan lebih gemar ucap "bye2"...dan beliau yg taqbur itu juga tidak pernah berminat mengajak para forumers beramal ibadat kepada Allah SWT dan patuh dengan ketentuan Allah....sebaliknya beliau yg bangsat ini lebih gemar mereka2 cerita tentang hukum alam yg sepatutnya dibawah kekuasaan Allah...serta lebih gemar menghina mencaci org lain kerana telah dirasakan dirinya sendiri cukup bagus...macam good good jek... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #184 akunie's post
anda nak join kat side mane..?
kalau side Incik Highlander,sila hujah dengan bijak...
kalau sebagai pemerhati, hati2 lah...
kalau side yg menentang incik sesat ini, bersedia lah untuk digolongkan ke dalam golongan org2 yg menjadi katak bawah tempurung....
sekian, terima kasih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|