|
Bapa rayu darah jenis AB
KUCHING: "Dua anak sayarentung, saya cuma berharap anak perempuan saya ini diselamatkan danterus hidup," kata Dumit Ugay, 32, sambil memandang Rosalinda, 4, yangmelecur hampir 70 peratus tubuhnya selepas kediaman mereka di SungaiKunyit, Sibu, musnah terbakar, Jumaat lalu.
Rosalinda kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Umum Sarawak di sini dan keadaannya dilaporkan kritikal.
揂nak saya gagal menjalani pembedahan berikutan kehabisan darah AB dihospital itu. Saya merayu orang ramai yang mempunyai darah jenis samasegera membantu," katanya yang berasal dari Sarikei, kira-kira 450kilometer dari sini.
Beliau yang ditemui Berita Harian di HUS di sini, semalam berkata,kebakaran yang mengorbankan dua anaknya termasuk mencederakan anakperempuan dan ibu mentuanya dalam kejadian malam Jumaat lalu,menyebabkannya dia kehilangan segala-galanya.
"Saya tiada apa-apa lagi untuk menampung kos rawatan dan tempat tinggal di Kuching," katanya.
Ibu mentuanya yang melecur 50 peratus, kini dirawat di Hospital Sibu.
Dalam kejadian 19 Oktober lalu, kuarters pekerja yang didiami Dumitterbakar kira-kira jam 9.45 malam, menyebabkan dua anak lelakinya,Johny, 8, dan Johan, 3, maut.
Mayat Johny ditemui rentung dalam runtuhan bangunan, manakala Johandijumpai petang Sabtu hari berikutnya dan kedua-dua mereka disemadi diKampung Tembulat, Bintagor, Rabu lalu.
Rosalinda dan Rangayan kemudian dimasukkan ke Hospital Sibu, namunberikutan keadaan semakin kritikal, Rosalinda dipindahkan ke HUS akibathampir keseluruhan tubuhnya kecuali perut melecur.
Dumit berkata, dia mempunyai sembilan anak, dua daripadanya diserahkankepada orang lain untuk dipelihara sejak kecil manakala anak sulungnyaElizabeth Jenai, 11, dan anak kedua Jenifer, 10, baru berhenti sekolahberikutan kesempitan hidup.
"Saya hanya bekerja di kilang kayu dengan pendapatan sebulan sekitarRM200 dan isteri bekerja sebagai pengawal keselamatan sekolahberdekatan kuarters kami," katanya.
Sementara itu, jurucakap hospital berkata, Rosalinda dijadualkandibedah pagi semalam, namun doktor yang merawatnya enggan mengambilrisiko kerana bekalan darah tidak mencukupi untuk menampung prosedurberkenaan.
Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh datang terus ke HUS atau menghubungi saudara Dumit, Chris di talian 014-8889140.
sedihnyaa..
|
|