dok tau nok kabo....dulu masa wartawan malaysia gi melawat dier kat US,dier penah suruh wartawan malaysia solat sebab dah hampir habis waktu.kirenya dier ingat lagi yang dier penoh solat masa dulu2.
Di Malaysia, gajah merupakan haiwan yang tidak asing lagi kepada masyarakat setempat. Ini kerana, manusia dan gajah telah saling bekerjasama semenjak zaman dahulu kala. Ini terbukti melalui sejarah Hang Tuah hasil penulisan Tun Sri Lanang di mana terdapat cerita di mana terdapat gajah perang anak raja Terengganu yang bernama Syah Kertas yang telah dibawa ke medan perang untuk menawan Kerajaan Melaka .
Selain itu, gajah turut dikaitkan dengan upacara keagamaan di negara-negara Asia yang lain seperti di India, di mana gajah telah ditonjolkan di dalam bendera dan disembah sebagai dewa Ganesh manakala lain pula halnya di Thailand, gajah putih telah dipuja dan dianggap sebagai pemberi tuah. Pada masa kini, kebanyakan gajah telah digunakan untuk menarik kayu balak di kawasan pedalaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara-negara di Asia telah mula mengharamkan aktiviti penarikan balak menggunakan gajah ini.
aku dok penoh dengo pung pasal syah kertas ni..........
[ Last edited by BeachBoys at 25-9-2008 11:58 PM ]
bahkan negeri terengganu...benderanya memenuhi ciri-ciri al-uqab..panji utama kekuasaan pemerintahan daulah uthmaniyyah.bagi panji-panji utama daulah Uthmaniyyah...bendera mereka yang berbentuksegi empat sama..berwarna serba hitam. sedang bagi wilayah naungan mereka...benderanya berwarna hitam putih dan ada di di antara wilayah2 mereka ditambah dengan bulan dan bintang di tengah2 bendera hitam putih tersebut.
tak ramai generasi muda yang tahu sejarah bendera negeri terengganu nie..apatah lagi mereka yang dikalangan orang2 lama.
kesultanan negeri pun..berakar daripada kesultanan Johor...yang dibuktikan melalui kajian salahsilah...berketurunan rasulullah saw.
[ Last edited by BeachBoys at 25-9-2008 11:51 PM ]
Perjanjian Burney tidak menentukan dengan jelas hubungan Kelantan dan Terengganu dengan Siam. Akibatnya, Kelantan menerima pertuanan Siam tetapi Terengganu menolaknya.Terengganu menganggap negerinya tidak pernah dijajah oleh Siam. Penghantaran bunga emas hanya menjadi tradisi dan mengekalkan persahabatan dengan Siam. Oleh itu, Siam berusaha untuk mengukuhkan pengaruhnya di Terengganu dan mengekalkan pengaruhnya ke Pahang. Usaha ini dijalankan dengan melibatkan diri dalam perang saudara di Pahang (1857-1863) antara Wan Ahmad dan Wan Mutahir. Pada Oktober1862, satu angkatan Siam telah tiba di Kuala Terengganu dalam usaha membantu Wan Ahmad menyerang Pahang.
Selain itu, kehadiran angkatan tersebut juga bertujua nmembantu Sultan Mahmud dari Lingga merampas takhta Terengganu daripada bapa saudaranya, Sultan Omar yang tidak menerima pertuanan Siam. Kekacauan yang berlaku bukan sahaja mengganggu perdagangan di Pahang tetapi juga di Kelantan dan Terengganu.
Akibat dari desakan pedagang-pedagang, gabenor Negeri-negeri Selat, iaitu Cavenagh telah menghantar sebuah kapal perang ke Kuala Terengganu pada November 1862 dengan tujuan hendak mendesak Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam perang saudara Pahang. Keengganan Siam telah menyebabkan kapal perang British membedil Kuala Terengganu pada 4 November 1862. Akibatnya, angkatan tentera Siam dan Sultan Mahmud dari Lingga mengundurkan diri. Tindakan British ini berjaya menghalang pengaruh Siam dan merebak ke Pahang.
[ Last edited by BeachBoys at 25-9-2008 11:53 PM ]