CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: periwinkle..

MERGED : All About Terengganu [Syd]

[Copy link]
Post time 25-5-2007 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by sayang_papa at 20-5-2007 07:05 PM
Grand continental ada lagi ke? aku lalu depan last month... macam
dah tutup je... ke under renovation


tak mungkin grand con tutup.... renovate kot..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-5-2007 02:22 AM | Show all posts
Originally posted by Ekka at 24-5-2007 08:44 PM
Terima kasih daun keladi
kepada dvpro kerana mempersembahkan peta
dan seri atas info yang diberi .

Nak tanya lagi , harap jawab lagi :
Anggaran berapa km jarak kedai tu dari pusat bandar ...


Tak sampai 10km. Yg ni pulak peta dah zoomed out.
Reply

Use magic Report

puteriteja This user has been deleted
Post time 29-5-2007 09:54 AM | Show all posts
nak tanya ni.. teja nak pegi pulau kapas hari jumaat ni.. teja ade search internet untuk konfomkan jalan ke sana. ini yang teja dapat.. betul ke ni? ade sesape leh tolong tak? tak paham la.. teja nak ikut highway je..

KL to K. Trg (approx. 455 km): 2 option the coastal road or Jerangau Jabor :
Highway 2 KL (Gombak Toll) on Karak Highway and continuewith ECE (East Coast Expressway) to Kuantan exit.Highway 3 Kuantan exit  to Kuala Terengganu (Coastal road to Kemaman, Dungun and Kuala Terengganu)(223km)

Highway 2 KL (Gombak Toll) on Karak Highway and continue with ECE (East Coast Expressway) to Kuantan exit. Highway 3 Kuantan exit to Bukit Besi (20+km) - turn left
Highway 14 Bukit Besi turn off to Dungun/Ajil (114km) - turn left
Highway 14 Dungun/Ajil to Ajil/Kuala Berang (42km) - turn right
Highway 14 Ajil to Kuala Terengganu (35km)
Reply

Use magic Report

puteriteja This user has been deleted
Post time 29-5-2007 11:59 AM | Show all posts
takde sape ke nak tolong teja
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 12:03 PM | Show all posts
Highway sampai Kuantan je, lps tu boleh pilih samada ikut jalan pantai (pemandangan menarik) atau jln dalam (cepat sikit tapi byk lori). Kalau nak, dvpro boleh extract kan imej peta utk tempat2 yg kena buat turning. Kena pilih la nak ikut jln mana dulu la (kalau nak rilek2, ikut jalan pantai la).

[ Last edited by  dvpro at 29-5-2007 12:20 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2007 12:11 PM | Show all posts
selamat bercuti!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-5-2007 02:12 PM | Show all posts

Ke Jeti Pulau Kapas, Marang ikut jalan pantai (coastal).


Dari Plaza Tol Gombak drive sampai habis Highway (last exit) kat Kuantan (+-230KM), lepas Plaza Tol ikut kiri
(point A).


Dari point A, drive +-9KM sampai point B, exit ke Laluan 3 (kalau terus menghala ke Kuantan).


Point B-C +-19KM, exit ke Gebeng Bypass (point C-E +-17KM), pastu masuk balik Laluan 3. Kalau di point C nak
terus pun boleh, tapi laluan ni byk kenderaan berat menghala ke pelabuhan.


Selepas tu ikut je Laluan 3 dah takde simpang2, cuma pass thru Kemaman (Chukai), 30KM dari point E.


Paka, +-49KM dari Kemaman.


Dungun, +-23KM dari Paka.


Finally, Marang +-61KM dari Dungun. NOTE: Total length from Gombak Toll Plaza +-430KM.

Have a pleasant and safe journey!!!


[ Last edited by  dvpro at 29-5-2007 02:16 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 01:44 AM | Show all posts
negeriku yg terchenta...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-5-2007 01:15 PM | Show all posts
jaga2 g ganu...air milo ais skrg mahal dulu heboh nasik dagang yg mahal
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2007 03:21 PM | Show all posts
Bukan semua kedai la macamtu .
Yang mahal tu dah didendapun , jadi yang lain takut nak naikkan .
Reply

Use magic Report

puteriteja This user has been deleted
Post time 31-5-2007 10:20 AM | Show all posts

Reply #187 dvpro's post

mekasih bebanyak dvpro.  harap2 perjalanan kesana nanti lancar la hendaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 12:50 PM | Show all posts
mmg seronok kalau drive ikut pantai... leh jamu mata...
Reply

Use magic Report

Post time 31-5-2007 06:22 PM | Show all posts
Originally posted by attyra at 31-5-2007 12:50 PM
mmg seronok kalau drive ikut pantai... leh jamu mata...



ha siap ajelah pakai spek hitam, baju putih panjang, krim kulit..panas gile sampai hangus kulit dibuat!
Reply

Use magic Report

LongSleeve This user has been deleted
Post time 3-6-2007 07:13 PM | Show all posts
pulau apa yg paling best kat trg?



bila smsialdarsita memakan 30 kredit,ciipapnya akan mengemut 30 kali
bila dia makan 100kredit,ciipapnya akan mengemut 100kali
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2007 10:49 AM | Show all posts

Reply #194 LongSleeve's post

pulau yang best kat trg mesti la pulau redang, pulau kapas not bad la...tapi cuaca kat Kt skrg perghhhhh....mcm dalam oven la....panas gilerr....
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2007 12:53 PM | Show all posts
bulan baper yg ok dan cuaca ok gak kalau nak lawat terengganu n kelantan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2007 06:18 PM | Show all posts
[quote]Originally posted by attyra at 19-6-2007 12:53 PM
bulan baper yg ok dan cuaca ok gak kalau nak lawat terengganu n kelantan? [/quote

selalunya musim tengkujuh bulan 11- 1 .. tapi skrang ni cuaca dah tek menentu dah....kadang2 balik cuti bulan 12 langsung tak hujan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 12:15 PM | Show all posts

Tahun Melawat Terengganu 2008

Terengganu: Alam semula jadi memayungi warisanOleh Nazura Ngah dan Suhana Roslan

Santuari gajah menjadi produk berasaskan alam sekitar sebagai tarikan baru Tahun Melawat Terengganu 2008

PENGALAMAN bermain dan mandi bersama gajah bakal menjadi pemandangan biasa bagi pengunjung ke tasik buatan manusia terbesar di Asia Tenggara, Tasik Kenyir di Hulu Terengganu.


Ia antara perancangan dalam pembangunan pelancongan di tasik seluas 209,199 hektar yang memiliki 340 pulau dan menjadi antara pintu masuk ke Taman Negara.

Langkah mewujudkan santuari gajah bukan saja menjadi produk tarikan baru berasaskan alam sekitar, malah mampu menyelesaikan masalah pencerobohan gajah liar di kawasan penempatan penduduk di pedalaman.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata jika sebelum ini Tasik Kenyir memiliki santuari kelah di Sungai Petang, kewujudan santuari gajah bakal mencetuskan pengalaman baru bagi pengunjung yang gemar aktiviti mencabar bersama hidupan liar.

"Jalan Kuala Berang-Simpang Pulai, Ipoh memiliki jambatan khas memberi laluan pada hidupan liar antara konsep pemuliharaan alam sekitar yang diberi perhatian serius Kerajaan Terengganu dalam membangunkan pelancongan berasaskan air dan alam sekitar (aqua eco-tourism)," katanya.

Idris yakin gugusan pulau yang menjadi destinasi utama pengunjung apabila memilih Terengganu sebagai lokasi percutian akan berubah ke tanah besar sebelum diteruskan ke kawasan pedalaman sama ada Taman Negara mahupun Tasik Kenyir.

Malah beliau turut menyuarakan hasrat untuk meningkatkan populasi burung enggang (hornbill) yang menurut penduduk Kuala Berang, Hulu Terengganu boleh di lihat di beberapa lokasi Tasik Kenyir dan yakin populasi haiwan berkenaan mampu `menjual' tasik itu di kalangan pengunjung.

Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2008 tidak hanya terhenti selepas setahun dianjurkan, sebaliknya akan diteruskan kerana yakin sektor pelancongan mampu menyumbang 20 peratus pada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negeri bagi tempoh tujuh dan lapan tahun akan datang.

Jika sebelum ini sektor pelancongan menyumbang sekitar tiga peratus, peratusan itu kini meningkat kepada tujuh peratus.

Idris yakin dengan iltizam semua pihak terutama agensi berkaitan sektor pelancongan, sumbangan sektor berkenaan kepada KDNK akan meningkat kepada 10 peratus dalam tempoh tiga tahun, sebelum mencapai sasaran 20 peratus.

Keyakinan itu berasaskan peningkatan bilangan pelancong ke Terengganu iaitu meningkat 15 peratus pada 2005, 26 peratus (2006) dan dijangkakan terus meningkat antara 20 hingga 30 peratus (2007).

Dijangkakan bagi 2007 jumlah pengunjung meningkat kepada antara tiga hingga empat juta berbanding dua tahun lalu.

Bagi memastikan TMT 2008 berjalan seperti yang dirancang, kerajaan negeri giat membangunkan infrastruktur, kemudahan dan pemikiran pemain dalam sektor berkenaan.

Dengan siapnya projek pembesaran terminal Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di Kuala Terengganu Oktober ini, pengunjung akan menikmati kemudahan lebih moden dan selesa di pintu masuk laluan udara.

Malah, penjenamaan kereta sewa LTSM penghujung bulan lalu turut memberi nafas baru kepada pengusaha terbabit sekali gus meningkatkan imej kemudahan pengangkutan awam di Terengganu.

Bagi mereka yang melalui laluan darat, pemandangan indah di sepanjang perjalanan memberikan 1001 pengalaman baru khususnya kepada mereka yang jarang berpeluang menikmati udara segar dari laut.

"Seramai 1,000 belia mengikuti kursus pemandu pelancong bagi membolehkan kehebatan Terengganu sebagai negeri warisan, ilmu dan inovasi dapat di terjemahkan dengan lebih berkesan kepada pelancong.

"Harapan kerajaan negeri sempena TMT 2008 adalah untuk melihat pelancong disajikan dengan adat warisan dan cara hidup ketimuran orang Terengganu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri dan Pelancongan negeri, Datuk Mohamed Awang Tera, berkata kerajaan negeri akan menekankan tiga aspek utama dalam mempromosikan Terengganu sempena TMT 2008.

Beliau berkata, tiga elemen yang akan digabungkan adalah alam semula jadi, warisan dan tradisional yang memfokuskan kepada keindahan pulau yang terkenal dengan kecantikan flora dan fauna seperti Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Perhentian dan Pulau Tenggol.

"Selain itu, warisan membabitkan sejarah negeri yang ditempatkan di Muzium Negeri Terengganu untuk membolehkan pelancong mengetahui latar belakang negeri ini yang terkenal sebagai negeri yang menjumpai batu bersurat dan tokoh pejuang sebelum kemerdekaan.

"Malah, ciri-ciri tradisional Terengganu yang terkenal dengan mutu buatan tangan seperti songket, batik dan kraf sedang giat dipromosikan dalam memastikan warisan ini tidak dilupakan generasi muda selain memperkenalkan tarian kebudayaan serta makanan tempatan," katanya.

Katanya, lebih 25 aktiviti utama bertaraf antarabangsa akan dibuat pada tahun depan sebagai cara dalam menarik pelancong luar untuk mengunjungi Terengganu sekali gus mampu meningkatkan jumlah pelancong dan menjana pendapatan kepada penduduk tempatan.

Antara aktiviti itu adalah World Endurance 2008, Festival Gamelan Sedunia, Terengganu International 4WD Rainforest Challenge, Terengganu International Bridge Run, Perhentian Discovery, International Superbike Conference, Paintball World Cup Series Asia, International Superbike Conference dan Piala Monsun.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 12:23 PM | Show all posts
yeay...dtg la ke terengganu...

Archer bleh jadik pemandu pelancong
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2007 12:26 PM | Show all posts
welcome to terengganu! terengganu makin maju skang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.248753 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list