CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JulietTheOrange

Ditutup Pintu Jodoh

 Close [Copy link]
Post time 6-5-2008 07:58 PM | Show all posts
Originally posted by aurorae at 6-5-2008 02:23 AM


Julie, just want to share my own experience.  Sebenarnya aku dulu pun berat jodoh, tapi bukan sebab ada orang dengki ke apa, tapi sebab muka aku biasa-biasa je, takde daya penarik kata orang. ...


subhanallah... bestnya cite ko ni.. nk try gak la....

mana tau dpt jmpa jodoh yg baik kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 05:46 PM | Show all posts

Reply #154 aurorae's post

best nyer citer ko.... tom pun rasa tom pun kena berubah. dan berdoa byk2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 08:49 PM | Show all posts

Reply #154 aurorae's post

sukanya aku baca citer ko ni
rasanya klu berat jodoh tu..jgn pk yg tidak2
yg penting betulkan diri & niat dahulu
insyaAllah jodoh itu ada & telah dijanjikan
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 09:04 PM | Show all posts
betul, sesiapa yang belum lagi tu rajin2 bangun solat malam, solat taubat dulu lepas tu yg lain lain, serah diri betul betul lepas tu baru doa mintak.. biar sampai menangis nangis.

kalau dah sampai nangis nangis tu maknanya doa telah diperkenankan.. (tapi bukan nangis belakon.._
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 09:23 PM | Show all posts

Reply #155 GRINDSAKHTANIC's post

wahh,,,

mana ko ilang..???

lama x sembang ngan hang..

haha

sihat ka wei;..???
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 09:23 PM | Show all posts
bab jodoh neh kena usaha laa..

susah @ senang.. dugaan DIA ..

dah dapat..

insyaALLAH bahagia ke akhir hayat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2008 10:13 PM | Show all posts

Reply #154 aurorae's post

umo ko berapa masa ko kawen tuh ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2008 11:18 PM | Show all posts

Alhamdulillah, syukur dgn rahmat Allah....

Lupa nak tambah, disamping lamaran dari hubby aku, pada petang hari yg sama (kebetulan ke???), mak aku telefon bagitau ada rombongan datang  merisik.  Makcik tu nak pegi haji lepas tu, dan siap bagitau nak doa kat depan kaabah semoga aku terima lamaran dari anak dia.  Makcik tu jugak mintak aku jumpa dia sebelum dia bertolak ke Mekah.  Anak dia dah tengok gambar aku dan dah berkenan pun.  Berpeluh jugak aku sebab dah tau akan tolak dia, terpaksa bagi tau mak, aku dah ada pilihan.     Mak aku macam terkejut, bukannya sebelum ni aku sendiri cakap tak ada sesiapa?  Pegh... nasib baik hubby aku yg call dulu.

6 bulan lepas kawin, aku masih duduk dgn kawan2 single yg hampir sebaya dgn aku, sebab aku ditukarkan jauh dari hubby aku.  Jumpa masa weekend aje.  Tapi best tau, macam masih bercinta.  Hampir setahun macam tu.

Aku cerita semua experience aku kat one of my housemates, sebab dia nampak lembut hati sikit dan suka dengar nasihat aku.  Tapi dia kata everyday dia baca Quran (memang betulpun,  aku selalu dengar).  Aku kata itu baca without purpose, macam dah jadi kebiasaan.  Aku cuma suggest sekarang ni tambahkan niat dgn sepenuh hati semoga diberikan jodoh.  Aku tak pernah tanya dia ikut ke tak suggestion aku tu, sebab life style dia tak berubah, memang tiap hari baca Quran pun.  Homely pulak tu.

Sebulan lepas tu mak dia suruh balik kampung, suspens aje.  Rupanya ada orang kampung merisik dan terus masuk meminang.  Macam tak percaya kan?  Dia kawin setahun lepas tu.  Kira arranged marriage la ni, dah 3 anak dia.

... housemates yg lain2 tu so far masih single lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2008 11:23 PM | Show all posts
Originally posted by mesmerize at 7-5-2008 10:13 PM
umo ko berapa masa ko kawen tuh ?


Aku dilamar (pada hari jadi hubby aku rupanya), bertunang, dan kawin masa umur 27 tahun, semuanya ambik masa 7 bulan.

Bagi orang yg pernah bercinta, 27 tu masih muda.  Tapi bagi aku yg tak pernah merasai benda tu semua, 27 tahun tu dah lama sangat rasanya.

[ Last edited by  aurorae at 7-5-2008 11:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:54 AM | Show all posts
citer ko nih mmg membuka mata la
betapa besar kurnia & rahmah dr Nya
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 03:47 PM | Show all posts
baca post ko wat aku senyum sendiri....

** nak mintak malu lak kat Allah...         **

(nak kat dia tp ntah2 Allah bagi ke tak)




baru nak start posa (bayor yg tahun lepas tak abes lagik)
baru wat mcm ko wat tu...


(adeiiiii malu la    )
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:04 PM | Show all posts

Reply #169 aurorae's post

baca citer sis aurorae terpanggil lak nak kongsi sama citer saya kat sini.

saya juga berat jodoh...umur dah masuk early 30s...boyfren tak pernah putus...maksudnya 1 pergi ada saja yg dah standby....tapi semua hampa. jodoh memang berat sangat.

nak dijadikan cerita, one nite over dinner ada kawan lelaki saya, M, bercerita yg dia telah terkena buatan bekas tunangnya. padanlah dah 7 tahun putus tunang tapi M masih tetap mengharap & tak dapat lupakan bekas tunangnya. masa M citer pada saya, dia telah pun mula berubat dgn pakciknya yg ada ilmu dalam benda2 mcm ni.

selepas mendengar citer M, saya pun terpanggil utk check diri sendiri...saya mula mendengar banyak ceramah oleh Ust Jumadi Mustar mengenai sihir, jin & pelalau dan saya dapati saya ada tanda2 spt selalu mimpi jatuh dari tempat yg tinggi & selalu jugak mimpi jumpa hantu. saya berjumpa dgn seorang ust & dia mengesahkah yg memang saya terkena penghadang. sejak tu, saya pun berusaha utk membuang benda2 yg telah melekat pada saya dgn mengamalkan ayat2 ruqyah, dzikir serta puasa sunat.

dalam pada tu, hubungan saya dgn M bertambah rapat. jika selama 7 tahun ni kita sekadar berkawan, kini rasa concern yg melebihi perasaan utk seorang kawan singgah di hati saya. malangnya pada waktu yg sama M telah diperkenalkan dgn seorang wanita oleh sepupunya. dan M yg dulunya sukar utk menerima sesiapa dlm hidupnya telah terpaut hati pada wanita itu. apa yg menguris hati, M memang tahu layanan saya kepadanya melebihi seorang kawan dan dia dgn tidak berselindung memberitahu saya bahawa dia memilih wanita tu. hati mana yg tak remuk...tapi alhamdullilah saya masih dapat berfikir secara rasional & kerana saya sangat menghargai persahabatan kami saya mengambil keputusan utk terus bersahabat dgnnya...tanpa sekelumit rasa sakit hati atau dendam.

walaubagaimana pun, i took the heartbreak very badly. hilang selera makan dan tak blh tido langsung...3 hari saya bersekang mata & tak sebiji nasi pun singgah ke mulut. yg bestnya...hilang 6kg mcm tu jer...tak payah susah payah berdiet
lihat keadaan saya yg teruk sangat, mak minta kakak bawa saya utk berubat, supaya saya dapat lupakan M dan teruskan hidup mcm biasa. saya pun sudah nekad...nak minta ust air supaya dapat kembalikan semangat saya & supaya saya blh lupa pada M.

semasa jumpa ust, dia meminta nama M. bila saya tulis pada sekeping kertas, ust tu cakap...ni budak baik ni...kenapa nak lupakan dia? kakak pun citer hal yg sebenarnya & alangkah terkejut saya bila ust tu cakap yg wanita yg M gilakan skarang telah 'kenakan' dia & tidak jujur dlm hubungan mereka...tu pasal sekali jumpa M dah terus jatuh hati. ust tu cakap kalau saya ikhlas nakkan M, saya harus sentiasa berdoa pada Allah & insyaallah blh dapat apa yg kita inginkan...selagi niat kita ikhlas. dia pun tak setuju utk memberikan saya air utk lupakan M...which was my first intention when meeting him.

sejak dari tu saya tak putus berdoa. tapi entahlah...tak sampai hati utk menghalang kebahagian org lain hanya kerana mahu mencapai apa yg saya inginkan. jadi saya selalu meminta kepadaNya...berilah kebahagian pada kami berdua...kalau saya bukan jodohnya & dia bukan jodoh saya...saya yakin Allah akan berikan yg terbaik utk kami berdua. saya teruskan berkawan dgn M. malah bila dia bgtau yg wanita tu mcm tak layan pada dia, saya rasa sedih utknya walaupun ust telah bgtau yg wanita tu bukan org baik. selang beberapa bulan, sepupu M yg mengenalkannya pada wanita tu citer yg mereka dengar citer yg kurang elok tentang wanita tu.

walau saya berkawan dgn M, ada juga org lain yg cuba mengetuk pintu hati saya. saya layan tapi mcm tak bersungguh...entah kenapa. selang beberapa bulan teman lelaki saya yg baru melahirkan niat utk melamar tapi hati saya berat sungguh. tak tau kenapa awal pun dia mempunya perwatakan & kerjaya yg baik. nak kata saya masih mengharap pada M...tidak juga. malah saya sentiasa menyakinkan M yg Allah mesti ada seseorang yg istimewa utknya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 08:18 PM | Show all posts

sambung....

pada tahun baru cina tahun ni, M menjemput saya ke rumahnya. tidak lah pelik pun undangan tu sbb saya memang selalu ke sana. tapi yg luarbiasanya...sbb ibubapa M ingin berkenalan dgn saya. saya akui yg selama bertahun kami berkawan memang saya tidak pernah berjumpa ibubapa M dan saya pun tak pernah menjemput M ke rumah saya. jadi bila M mengatakan yg parents dia nak jumpa saya...saya rasa pelik but amused salah apa lah yg saya dah buat pada anak bujang harapan mereka

pertemuan kami berjalan lancar. tak putus parents dia & saya berciter walaupun tu lah kali pertama bertentang mata. yg kelakarnya, sebaik saya melangkah keluar dari rumah M, ibunya bertanya bila rombangan merisik blh dtg ke rumah saya...padahal kami memang takde hubungan istimewa masa tu walaupun saya memang tak pernah berhenti utk memanjat doa kepadaNya supaya kami berdua diberi kebahagian.

namun mungkin berkat doa kedua ibubapanya, jodoh kami tak dapat ditidakkan lagi. dan sekarang kami sedang sama sama menghitung hari menunggu masa diijabkabulkan awal bulan aug tahun ni insyaallah.

apa yg saya nak ketengahkan di sini adalah...hidup ni memang sentiasa ada halangan & cubaan...sbb dari pengalaman tu lah yg akan membentuk character kita supaya menjadi lebih teguh dan yakin. namun ada cara mudah dan amat berkesan utk atasi segala masalah dan cabaran...percaya dgn sepenuh jiwa yg Allah tidak akan memberi masalah yg tidak dapat kita tangani. berusaha & berserah sepenuhnya kepadaNya...hanya Dia yg menentukan jodoh pertemuan hidup & mati kita. berusaha tetapi pasrah dgn ketentuanNya. insyaallah...jika apa yg kita inginkan tu baik utk kita...Dia akan berikannya pada kita. namun jika Dia nak kita tunggu skit lagi...jgn putus doa kita kepadaNya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:37 PM | Show all posts
Originally posted by ahysa at 8-5-2008 08:18 PM
pada tahun baru cina tahun ni, M menjemput saya ke rumahnya. tidak lah pelik pun undangan tu sbb saya memang selalu ke sana. tapi yg luarbiasanya...sbb ibubapa M ingin berkenalan dgn saya. saya a ...


Alahamdulillah dan tahniah ahysa... hehehe

jumpa orang kuat ustaz jumadi ke? tapi hati hati tau, tengah darah manis tu orang kata, dugaan banyak.
Sentiasa beringat jin, syaitan dan iblis akan tidak pernah putus asa cuba menggagalkan pasangan manusia.
Semoga selamat kejinjang pelamin... amin...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 09:40 PM | Show all posts
Originally posted by sexyzangel at 8-5-2008 03:47 PM
baca post ko wat aku senyum sendiri....

** nak mintak malu lak kat Allah...         **

(nak kat dia tp ntah2 Allah bagi ke tak)

baru nak start posa (bayor yg tahun lepas tak ...


Malu tu sebahagian dari iman... tapi berdoa memohon tak boleh malu... hehehe  mintalah apa sahaja asal di dalam batas hukum insyaallah pasti diperkenankan...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 10:23 PM | Show all posts
aku baca citer korang sumer aku pun turut macam nak menangis...aku rasa aku pun berat jodoh jugak la.....

selendangmerah...

hai...lama tak jumpa..aku ke china outstation 4 bulan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-5-2008 11:04 PM | Show all posts

Reply #174 kupia's post

terimakasih kupia

saya berubat dgn seorang ust di johor bahru...dia pun kenal dgn ust jumadi.

insyaallah saya selalu beringat supaya berhati2. susah nak terima dek akal tapi zaman serba modern ni masih ramai yg berpaling pada unsur2 yg ghaib pada mata kita utk mencapai niat masing2. ada kalanya saya juga lalai jalankan tuntutan agama tapi bergegas cepat bila teringatkan masa2 perit yg saya lalui dulu...dan rasa bersyukur yg amat sangat atas nikmat yg telah diberikan pada saya skarang
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:08 PM | Show all posts

Reply #176 GRINDSAKHTANIC's post

tu lah....saya pun mcm tu...dulu bila M citerkan pasal dia terkena dgn bekas tunangnya...dan saya lihat sendiri mcm mana dia really pine for her, hati saya sedih sangat2. masa tu juga hati saya terdetik, kalau saya yg hanya seorang kawan sedih lihat  mcm mana tersiksa batinnya, apalagi ibubapanya yg menaruh sepenuh harapan kepadanya sbg anak sulung.

tak tercapai dek akal saya mcm mana seseorang tu boleh menyihir org lain utk kepentingan sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2008 11:10 PM | Show all posts
Originally posted by ahysa at 8-5-2008 11:08 PM
tu lah....saya pun mcm tu...dulu bila M citerkan pasal dia terkena dgn bekas tunangnya...dan saya lihat sendiri mcm mana dia really pine for her, hati saya sedih sangat2. masa tu juga hati saya t ...

nauzzubillah..mudah2an dijauhi kita dari sihir syaitan.......
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2008 01:58 PM | Show all posts
Originally posted by nashrudean at 3-3-2008 09:27 AM
eh tak lah..
puteri tu mcm bunian..
naper lak menyesatkan pulak..
puteri tu mcm pendinding..
aku mula2 cam rasa kurafat gak..
tapi kwn aku cite puteri ni selalu bagi guide.
baru2 mggu lepas ...


btol la ckp kupia. jgn pecaya sgt benda2 karut ni.

klau nk mintak perlindungan, mintak pada Allah dan bknnya benda tu...

tp bila ko pecaya benda tu yg jd pelindung mmg dah sesat lagi menyesatkan..

ingt.. yang baik tu dtg dari Allah.. mintak la apa2 shj..

InsyaAllah klau kita tk putus2 doa, lambat laun Allah akan makbulkan jugak...

Berusaha, berdoa dan tawakal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-2-2025 04:29 PM GMT+8 , Processed in 0.260403 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list