|
Mcm mana nk bg OREN tahan lama? |
|
|
|
|
|
|
|
nak share petua memasak
kalau goreng ikan or pape dlm kuali
tak nak bagi lekat
masukkan asam keping dulu
pastue baru grglah apa nak digoreng |
|
|
|
|
|
|
|
Petua & Kesihatan
********************
Menghilangkan Panau.
Ambil lengkuas atau bawang putih, gosokkan pada panau itu sehingga kulit anda terasa perit dan kemerah-merahan. Ulangi selama seminggu. Insyaallah panau anda akan beransur hilang dan kulit anda akan kelihatan lebih menarik.
Merawat Ketumbit
Caranya, ambil seulas bawang putih, guris sedikit bahagian hujungnya dengan kuku agar keluar airnya dan sapukan pada kelopak mata yang ber ketumbit tadi 3 kali sehari. Insyaallah ketumbit akan beransur baik dalam masa singkat.
Legakan Sakit Kepala
Ambil tiga atau empat keping asam gelugor atau asam keping. Rendamkan dalam air suam semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya. Insyaallah sakit kepala anda akan hilang serta merta.
Sembuhkan luka selepas bersalin
Ambil beberapa helai daun jambu batu dan dua keping asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka tadi dengan menggunakanair tersebut.
Rawati Kulit Melecur
Tuangkan susu cair atau susu pekat manis keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.
Mengurangkan Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak. Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkan sedikit air. Setelah itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya, minumlah air tersebut. Ulangi petua ini hingga beberapa hari. Insya Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.
Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.
Gusi bengkak
Atasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.
Sengatan kala jengking
Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.
Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.
Masalah senggugut
Daun betik dikatakan boleh menghilangkan sengugut. Ambillah segengam ditumbuk dan airnya hendaklah diminum pada setiap pagi selama tiga hari pada setiap bulan.
Masalah kembung perut
Atasi masaalah kembung perut dengan dua ulas bawang putih. Bakar bawang putih tersebut dan kupas kulitnya dahulu serta makanlah bawang putih berkenaan.
kredit utk pahang fm http://pahang.dapat.fm/MohWehTengok/PetuaKesihatan/tabid/4666/Default.aspx |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #171 arifah_72's post
semua jenis kutu termasuk kutu babi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #174 monorail's post
ahah........ lepas tu cer cucuh api..... sure mejadik!!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #175 arifah_72's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #177 arifah_72's post
heepppppp... mana ada ....dia suka kat org pempuan jer... |
|
|
|
|
|
|
|
Petua Sembuhkan Sakit Batu Karang
Bagi pengidap batu karang, kupas sebiji nanas dan cincang. Campurkan segelas air serta sedikit garam dan kisar halus. Minum air nanas segelas setiap hari. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|