teman,
desiran waktu yang menghempas putaran masa
hingga terkadang persahabatan di lupa
mencuba mencuri lebihan detik dan ketika
untuk menyatakan yang aku bukan sekadar sisa
Teman..
Aku rindu masa kita bergelak ketawa..
Aku rindu masa kita seiring sejalan mengharungi susah payah dunia..
Aku rindu masa kita menangis lantas berpelukan mesra...
Aku rindu masa lalu..
Teman..
Aku mahu kamu disampingku selalu
Aku mahu kamu sentiasa gembira tanpa setitis airmata
Aku mahu kamu sentiasa mengecapi apa yang kamu impikan..
OH Teman...
Penat ku menjaga hati mu
Penat ku menjaga perasaan mu
Namunn kau...
Tidak bisa melakukan seperti aku lakukan..
Kau tinggalkan aku dengan tanda tanya..
Kau pergi...kerana...engkau lupa siapa yang sering berada di sisi susah dahulu...