CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: latahzan

share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah

  [Copy link]
Post time 24-1-2012 03:50 PM | Show all posts
iReply  wangbesar

ni kes aku tengok sendiri kat mahkamah, kes dia suami dia lafazkan kalau kuar  ...
dahliea Post at 24-1-2012 15:41



  isteri dia dah nekad nak cerai kot..tu yang dia langgar taklik yang suami die dah lafaz...ic..0k..at least tq for sharing...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2012 03:53 PM | Show all posts
Reply  wangbesar

kes mcm makcik ko ni memang lame kalau minta taklik daripada ape yang dlafazkan ...
dahliea Post at 24-1-2012 15:48



   ohh..patutla..memang suami dia banyak songeh pun..putar belit alam...kesian kat makcik aku..sendirian membesarkan 2 anak...tapi kami sekeluarga sentiasa tolong mana mampu..

dahliea..mohon taklik macam makcik saya ni ke? selalunya berapa lama setel?
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 04:27 PM | Show all posts

share pengalaman dlm dewan mahkamah syariah

   yes..very sure..taklik tu maksudnya yang si suami dah berjanji sesuatu/beberapa perkara...my ...
wangbesar Post at 24-1-2012 07:29


Oohh..pelik lak taklik tu.negeri mana?3/4 bulan?itu x smpai sebulan..
Mine..kalau suami tinggalkan tanpa nafkah zahir batin selama 4 bln.


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 07:11 PM | Show all posts
Reply 163# MamaMima711

lain negeri lain takliknya. de setengah negeri 3 bulan n de yang 4 bulan tanpa nafkah zahir n batin leh tuntut taklik. tak semua negeri kalau hb pukul isteri termasuk dalam taklik.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2012 09:27 PM | Show all posts
Oohh..pelik lak taklik tu.negeri mana?3/4 bulan?itu x smpai sebulan..
Mine..kalau suami tinggal ...
MamaMima711 Post at 24-1-2012 16:27


   maaf..3/4 bulan = 3 atau 4 bulan..ade yang 3 ada yang 4 bulan..apa-apa pun boleh rujuk dekat surat nikah..ikutlah nikah kat negeri mana..

Kalau suami dah buat/langgar taklik tu bolehla failkan tuntutan taklik di mahkamah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 01:33 PM | Show all posts
aku rasa penah cite my experience kat thread lain.. tp takper la.. aku cite gak..

ada satu couple ni.. drpd apa yg aku tgk lam perbicaraan tu, it seems that ms malam pertama si isteri telah diminta oleh suami utk berjanji bahawa dia tidak akan kuar ngan laki bukan muhrim berdua2an tanpa kebenaran suami.. if isteri langgar janji tu, automatik jatuh cerai.. kirenya tu la yg diorg janji di malam pertama yg serba indah..

nak dijadikan cite, si isteri dah mula kuar ngan member satu opis.. lelaki bkn muhrim.. few times.. suami dpt tau drpd org lain.. so suami g la carik diorg.. jmpe kat shopping complex yg dibgtau oleh informer dia..

samb..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-1-2012 01:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nash^Roy at 25-1-2012 13:37

samb.

so kes ni g mahkamah cos suami kater talak dah jatuh.. tp isteri kata tak.. bila hakim tanya, si isteri ckp wpun dia kuar berdua ngan laki tu, tp diorg kat shopping complex, ada ramai org di situ.. so kire bkn berdua2 an la ..

then..

hakim : awak pegi shopping complex tu naik kereta? bas?
isteri : naik kereta
hakim : kereta sape?
si isteri dah mula gelabah.. dia jawab dia naik kereta mamat bkn muhrim tu..

hakim: jadi awak berdua2 an dgn lelaki bkn muhrim dalam kereta kan?
isteri : err..

hakim memutuskan dah jatuh talak.. si isteri mula nangis.. si suami melangkah keluar dr dewan ngan penuh macho..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 01:47 PM | Show all posts
samb.

so kes ni g mahkamah cos suami kater talak dah jatuh.. tp isteri kata tak.. bila hakim tany ...
Nash^Roy Post at 25-1-2012 13:36



   dan di luar mahkamah buah hati sedang menanti si jantung hati
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2012 05:15 PM | Show all posts
Nk share pengalaman aku di court hari ni..
pukul 10 baru mula..sejam menunggu..byk gak case yg berjalan. ada sorang makcik tu dtg kat kaunter dgn slang englishnya..pastu byk songeh lak tu.kerani2 kat situ mmg fed up nak layan smpai mrk terpksa jawab dgn kasar..mcm2 benda dia tanya.aku musykil lak samada dia ni malaysian atau tidak.for sure lah malaysian wpun lakinya macam arab..
masuk court..jantung x berenti berdegup..mcm2 jens manusia..semuanya bermuka serius termasuk aku

kes 1- couple bersama peguam mrk..yg lelaki macam kerek je,.yg isteri tu muka muram je tapi lawa.tak tahu kes apa sbb peguam mrk ckp slow sgt..tahu2 kes ditangguh.keluar court, si suami tersenyum sinis kat isteri yg maintain cool..
kes-2- pakcik dtg sorang..kes faraid kot tapi hakim  tangguh 2 bulan sbb mtk pakcik tu kemukakan bukti bahawa si mati(tak tahu sape) tu tiada waris lain..
kes 3-sorang balu cantik...dpt 3/4 dari 24 bahagian harta suami..
*masa ni aku dah tenang skit sbb takde kes yg serius lagi dan sama dgn kes aku..kes berikutnya agak lucu sampai kami tergelak dan jadi pengajaran bagi aku agar lebih bersedia..
kes 4- kes talak taklik..sebelum tu si suami di tegur oleh hakim sbb dtg dgn pakai t shirt dan jeans.katanya dia tak dpt surat saman.kesnya dia taklik kan isterinya.yg lucunya, si plaintif(isteri) mmg nampak x bersedia,dah lah pergi melenggang je depan hakim tanpa apa2 dokumen.bila ditanya kronologi peristiwa, mengelabah tak ingat tarikh, waktu dsb sampai hakim tegur"mana borang permohonan kamu?sepatutnya kamu rujuk, bawak ke mari.kalau kamu tak pandai menjawab, baik kamu upah peguam"jam tu gak si isteri ke tmpat duduk dan ambik semua dokumen dia.dan masa ni gak aku mula mencatat apa2 je yg penting sbb aku taknak kena tegur dek hakim masa kes aku disebut.tapi yg lucunya, keterangan si isteri mmg berbelit2..mmg konpius sampai kan hakim tu kata 'saya yang salah tulis ke, awak yg salah bagi keterangan?sekejap pukul 5, pukul 4, sekejap kata sampai opis, sekejap kata chek in pulak"masa ni lah kami gelak sbb gaya hakim tu mmg kelakar.bila time defendan(suami) disoal hakim, pun sama. mcm blur.last2 hakim tangguhkan kes dan suruh plaintif balik  karang kronologi peristiwa dulu.
kes 5-sorang suami dah lafazkan cerai tahun 2010 tp sekarang baru nak difilekan, itu pun sbb nak kawin bulan 2.defendan(isteri tak hadir) sbb enggan bekerjasama.so si suami ni kena 'tazirah' lah sikit dgn hakim tu pasal lengahkan kes penceraian tahun 2010 tu.
hakim=isteri kamu sekarang di sabah?
plaintif= ye..saya pergi sana hantar sendiri tuntutan saman
hakim= sabah di mana?
plaintif=Petra Jaya
Hakim=Petra Jaya tu sabah ke??
plaintif=err.Sarawak....
kes ditangguh ke pukul 4 petang..

kes 6- ehem kes aku..tapi x yah citer la..tunggu citer di benang aku..

teringin nak tgk kes makcik speaking tu dgn suami foreigner dia tu..tapi syng turn aku dah tiba dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 05:22 PM | Show all posts
aku ingat nak amik cuti.. lepak2 kat mahkamah jap..
kot ada isu2 menarik leh la dibuat modal kat FD neh hihihiihi..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2012 09:00 PM | Show all posts
tenkiu en mod parin bagi saya extra angpow..
nanti kalau en mod dah pergi mahkamah...mahkamah syariah tau..jangan pegi mahkamah lain plak...bolehlah cerita kat sini...
ai pun nak teman aunty ai la nanti kalau dah masuk bicara...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2012 12:33 PM | Show all posts
Salam semua..
Aku tak tau lah tindakan aku bercerita kisah hidup kat sini betul atau tak..
Cuma aku nak berkongsi Dan bertanyaaa..
Perbicaraan aku di mahkamah shariah akan berlansung 27 hb Feb nanti.
Tuduhan suami yg mulakan pd aku...tuntutan nusyuz dan kembali taat.
Aku keluar dari rumah membawa 2 org anak setelah berlaku pertengkaran..masa tu lagi 3 hari sahaja sebelum ulangtahun perkahwinan kami yg ke-5... Hanya tuhan je yg tau betapa hibanya hati aku masa tu..
Aku keluar dari rumah dlm perasaan yg sangat marah. Selalunya mmg kami suami isteri Akan bergaduh pasaltanggungjwb. Setakat ni tak pernah ade gangguan org ke-3, kecuali campurtangan keluarga..aku dan suami kedua2nya anak bongsu dan kesayangan keluarga di kedua- dua belah pihak.
Setelah aku keluar dari rumah..tujuan aku cuma satu..nak kaji kekurangan kelebihan masing2 sementara idup berasingan. Tapi suami aku ego, dia tak dtg menjemput kami anak beranal secara diplomasi..tetapi dtg membawa ibunya sekali ke rumah aku, tujuan nak bela diri dia Dan highlight kan kekurangan aku sbg isteri. Contoh; aku tak masakkan breakfast utk dia, aku kurang ajar dengan dia. Kebetulan ibunya mmg tak suka aku sejak dulu lagi..alasannya aku ni org negeri sembilan dan latar belakang pendidikan aku yg lebih tinggi dr suami.

Masa dia dtg aku belum bersedia nak berjumpa dgn dia, Dan aku lari membawa anak- anak keluar dr rumah. Dan dia rasa tercabar, lagu dia hantar Surat JAIS mintak aku dtg utk kaunselling. Tapi aku call JAIS mengatakan aku tak dpt hadir kerana masalah kesihatan. Jari kelingking aku telah patah gara2 pertengkaran di hari aku keluar rumah tu. Jd aku takdpt drive jauh. Walhal aku boleh je dtg, cumanya aku sgt2 kecewa dgn suami aku Dan tak mau melihat wajah dia pd ketika itu. Tahun 2009 kami pernah pg kaunselling, tapi masih issue tanggungjwb yg menjadi Nanah dlm rumahtangga kami.

Seminggu lepas tu suami aku hantar Surat lawyer tuntutan nusyuz Dan kembali taat. Aku tak kembali, Malah aku ambik peguam syariah utk membela aku. Mcmana aku nak kembali taat sekiranya aku sangsi Dan tak pasti samada kami masih lg suami isteri kerana dia telah melafazkan kata2 yg seolah2 nak menceraikan aku Dan telah menukar kunci mangga rumah. Bila aku buat statement pembelaan, rumahtangga kami seakan2 makin tidak dpt diselamatkan lagi. Dia punye bukti seperti SMS, video, what's app Dan gambar menunjukkan aku ade me maki hamun dia. Walhal aku tak pernah terlintas dihati nak simpan penghinaan dia pd aku selama ni. Prinsip aku selalu let bygones be bygones.

Sekarang hati aku dh mula Sejuk Dan aku nak settle kes luar mahkamah. Biarlah aku mengalah kerana bg aku org yg mengalah tidak semestinya kalah, Malah lebuh mulia di sisi Allah.
Aku rela utk kembali taat pd suami aku kerana kesiankan anak2 yg masih kecil. Namun suami aku sudah membuat kata putus utk melepaskan aku tp dia Akan fight utk mendptkan hak penjagaan anak kami yga sulung. Aku bukannya meninggalkan dia kerana dia tidak punye harta, tp aku nak pujuk hati aku yg luka yg mana selama 5 thn kami berkawin, aku selalu pujuk sendiri hati aku yg bernanah ni,aku yg byk mengalah Demi kebahagiaan rumahtangga. Tapi akhirnya suami aku dgn begitu mudah melepaskan aku.

Aku pernah terbaca satu pepatah inggeris, if a man loves a woman, he will never let the woman go, no matter how hard it is. If a woman loves a man, she will stick around,regardless of how frequent she's being hurt. Dan bg aku, kasih sayang suami aku pd aku sgt rapuh kerana dia tidak bersungguh menghalang aku dr pergi. Dan aku sbg isteri masih sayang kan dia tidak Kira berapa Kali hati aku dipijak2 Dan Dihina seperti sampah. Namun skrg aku dah Redha dgn ketentuan Allah, aku merelakan diri aku dilepaskan oleh suami yg tidak sanggup meredah kesusahan utk hidup bersama aku.

Sori panjang Lebar Dan aku menumpang luah perasaan di benang ni.dan doakan aku kuat semasa hari perbicaraan nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 04:19 PM | Show all posts
ini pengalaman aku pulak..kita orang pegi mahkamah sama2..duduk dekat2 pasal takut dan segan terjumpa yg kenal..takut pasal tak penah melalui proses mahkamah ni..bila turn kt org nama dipanggil dan kami setuju cerai secara baik..hakim soh salam..masa lafaz cerai tu air mata aku mengalir jugak tp buat relax je..anggap aku mesti kene tempuh jugak proses ni..pastu balik umah..ex balik umah amik kain baju dia pastu keluar..aku sedih tak mampu menjadi seorg isteri yg baik dan penyabar tp aku lega episod duka tu dah berakhir..

sebelum pegi mahkamah ni aku takut jugak ex tak bagi kejasama sbb sblm tu dia dah besumpah takkan ceraikan aku wlau apapun yg terjadi..tp aku nekad..mula2 tu mmg begaduh teruk..famili dia masuk campur sekali..abang2 dia jumpa ex aku ni erus bagi sedas dua penumbuk..abg2 dia bawak ex aku ni balik kpg konon nak berubat takut ex aku ni terkena ilmu bagai..

aku kesian pulak tengok ex aku ni angau dgn gefren dia dok merengek cari dia telefon kat umah..aku bincang dgn ex aku baik2 yg aku mmg tetap nak berpisah jugak dgn dia ..ms ni aku mmg mengalah..aku terpaksa berlembut asalkan ex aku bg kerjasama spy kami blh bercerai dgn cara baik..aku cakap kl ada jodoh kt rujuk balik ceh..ceh..manisnya mulut aku ms tu..(padahal dlm ati aku cakap..jgn harap lah aku nak toleh ke belakang)..yg penting skrg dia mesti lepaskan aku..ex aku ni kl blh nak pasang dua sekali tp rahsia da bocor dan dia tak blh selamatkan lg..dan aku pilih undur diri psl akau tak nampak da ada ms depan yg cerah dgn ex aku lg kecuali gelap gulitap..

semua borang2 nak cerai aku yg isikan..no ic ex mmg aku  ada simpan..pastu t.tgn dia aku buatkn..aku gi submit borang sorg2..kerani tu tanya ni nak cerai sama2 setuju ke..aku angguk je..dia terus cop dan bg tarikh datang mahkamah utk lafaz cerai plak..kami krisis awal oktober dan ujung bln november sah bercerai..
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2012 04:24 PM | Show all posts
ini pengalaman aku pulak..kita orang pegi mahkamah sama2..duduk dekat2 pasal takut dan segan terjump ...
lanayna Post at 29-1-2012 16:19



    alhamdulillah...senang urusan u kan...setengah isteri lain bertahun2 menderita digantung x bertali..
tak blh menahan pasal dia kena tumbuk dgn abag2 dia..ingat abg u yg memumbuk
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2012 10:28 AM | Show all posts
sometimes, lebih baik bercerai .. drpd menyusahkan diri sendiri..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2012 12:45 AM | Show all posts
akupun setuju gak bila tengok ramai yg bergaduh, maki hamun, tak bahagia bertahun-tahun, masalah yg sama tak pernah settle, tak pernah rasa nak improve, tak pernah ada initiatif utk berubah, dah tua-tua pelik memekik. Iman tu langsung tak timbul, sepatutnya bila kita gundah, sedih dan tegang kita cari Allah. Kita ngadu, ini tak bawa kereta keluar jln-jln kedai kopi, bini pulak pi jumpa jiran gelak hu ha hu ha, cerita buruk laki sana sini...mana nak mai rahmat dlm r/tangga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2012 07:35 PM | Show all posts
last month aku ikut aunty aku pegi mahkamah..best dapat masuk..dengar kes orang lain..

ade sorang brader india muslim....

Hakim:   awak ni tak fasih berbahasa melayu?

brader:  boleh la sikit-sikit

Hakim:   ini mahkamah di malaysia, menggunakan bahasa melayu sebagai pengantaraan

brader:  saya boleh kasi terang..saya mau anak saya ada sama saya...(pastu dia cakap     
meleret-leret...sampai hakim kerut leher) dia cakap pasal agama kan main panjang lebar sampai lawyer mintak dia berhenti cakap sebab susah nak paham..aku pun siap terkebil-kebil mata..sikit je yang dapat

Hakim: saya terpaksa tangguh kes awak sebab perlukan translator...

Kes 2...Brader belajar oversea

Hakim:  apa lafaz taklik yang awak dah lafazkan kepada isteri? sila sebut dengan jelas

Brader: saya nak lepaskan awak selepas 2 minggu saya sampai di malaysia...

Hakim : bila lafaz di sebut? bagaimana keadaan lafaz disebut?di mana?

Brader : lafaz disebut ketika saya masih di Jordan..saya berchatting melalui ym(yahoo messengger) dengan isteri...kemudian setelah beberapa sesi perbualan..saya melafazkan lafaz taklik tersebut..saya taip melalui ym tu...seingat saya ketika itu seminggu selepas aidilfitri..(brader terus bagi tarikh dlm kalender islam)
------aku x dengar dah sgt pastu----

Hakim : baiklah..saya akan beri keputusan pada hari ini(selepas lawyer/pendakwa bertanya kepada hakim bagaimana status kes brader ni)

Hakim : (menerangkan lafaz talak dengan panjang lebar)
antara input penting : lafaz talak mestilah jelas, immediate..

.contoh 1-"aku jatuhkan talak 1 pada kau mulai hari ini'..maka jatuhlah talak...ini adalah lafaz soreh( yang jelas..tiada syarat, maksudnya talak tu tak bergantung/bersandar pada apa-apa perkara.

contoh 2- "aku jatuhkan talak pada kau sekiranya kau keluar dari rumah ni"...maka talak akan jatuh sekiranya si isteri keluar rumah..ini adalah lafaz kinayah ( yang talaknya bergantung/bersandar pada sesuatu perkara/hal)...

hakim highlite lagi...lafaz talak mesti immediate & jelas...
contoh 3-" saya nak ceraikan awak minggu depan"....maka talak tak jatuh minggu depannya sekiranya pada minggu depan tu suami tu tak lafazkan talak dengan jelas& immediate...

lafaz talak yang immediate dan jelas adalah seperti contoh 1.. manakala contoh 2..talak tu dah jatuh cuma die bergantung kepada perkara yang dilafazkan tu je..kalau langgar benda yang disandarkan pada lafaz,,maka jatuh talak...

hakim juga cakap...talak tak boleh ditarik balik..kalau dah lafaz memang dah permenant...so..berhati2lah para suami yer...begitu juga para isteri...

maka pada penjelasan hakim tu..lafaz talak brader tu tidak menepati ciri lafaz taklik yang sempurna...

Hakim: dukacitanya saya memberitahu kes anda ditolak..anda masih suami isteri..walaupun anda berkehendakan cerai dengan isteri...

(dalam hati aku...kesiannya isteri dia)

aku rasa lafaz talak die x valid sebab dia pakai ayat " saya nak ceraikan"..ini tak immediate kot...and ada pada suatu masa lain pulak diletakkan dalam lafaz talak dia tu iaitu 2minggu lagi'

harap dapat bagi sedikit sebanyak ilmu pada harini...aku pun baru topup ilmu ni bulan lepas...ada kes 3..bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 01:58 PM | Show all posts
Saya pun nak share masa mula2 menjejakkan kaki ke dalam Mahkamah Syariah tu..ada 1 pasangan ni yg bercerai secara baik la..dah 3 kali naik mahkamah baru hari tu la suami dia mau lpaskan isteri dia..lepas tuan hakim tanya pada perempuan tu samada keadaan suci atau tidak..perempuan tu kte suci..

so tuan hakim tu suh pompuan tu bersalaman dan mintak maaf kat suami dia..suami pun sama..tapi bila pompuan tu hulur tangan boleh suami dia wat "derk" je..tuan hakim suh salam..suami die tetap buat xtau...tuan hakim kate kamu ni xhormat kat saya ke?suami dia tetap buat derk jgk...so hakim suruh pompuan tu je minta maaf kat suami dia walaupun xbersalaman..pastu boleh plak lelaki tu kte tuan hakim saya xkan maafkan segala yang dia buat pada saya..sombong btol lelaki tu..

Saya sempat tanya kat mak pompuan tu npe mintak cerai..maknye kata suami panas baran..asek kne pukul..gulp..dalam hati saya "macam suami aku jgk barannye"
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 02:10 PM | Show all posts
[quote]ahkak latahzan ni hakim mahkamah syariah ke??  

ni mesti x baca thread dari mula ...

...
latahzan Post at 13-4-2010 13:53



hahaha kelakar la akak latahzan kite ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2012 11:33 PM | Show all posts
Mcm citer eks ... Mudahan aku x perlu kesana
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.536401 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list