CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BondaQalQimy

Peniaga Online Kaki Auta

 Close [Copy link]
Post time 30-6-2010 10:15 AM | Show all posts
sebelom buat jualan ni sy pon pernah order online
so far puas hati
ari ni bank duit, esok brg dah sampai kt opis.

ada juga yang bila kita order, buat senyap jer
tak reply bg tau ada stok ke tidak, sampai ke sudah menunggu senyap jer
nak berniaga ke tak nak ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2010 05:52 PM | Show all posts
Post Last Edit by BondaQalQimy at 30-6-2010 17:57
Reply  BondaQalQimy

kalau nak register paypal, bukan kena ada kad kredit ke? bukan semua orang b ...
funz_universe Post at 30-6-2010 00:30


dear fanz..

aku buka akaun paypal aku kat uk.. pastu aku linkkan fund source tu ke kredit kadnye akaun n aku tambah akaun bank fund.. jadinya, sesapa yg xde kredit kad pun boleh guna paypal ni... segala pembayaran melalui paypal, depa akan minta confirmation kita tanya sama ada nk guna source yg mana satu? ada 3 pilihan, baki paypal, baki kad kredit ataupun baki akaun bank.. biasanya utk link akaun bank ni akan amik masa 5-7 hari waktu bekerja... (nnti aku cek, kalau xde kredit kad boleh buka ke x ye... kalau kt sini, leh pakai debit kad.. rasanya, sape yg ada kad maybank tu boleh kot...)

kebanyakan pembayaran tru paypal, aku guna source akaun bank aku aje.. aku x guna pun source kredit kad.. lam paypal ni, segala mak nenek korang punye transaction ada tersimpan.. sama ada complete, incomplete, status bila transfer n everything.. pendek kata, sume tersimpan.. resit bayaran everything ada..

kalau korang guna source akaun bank (kalau kt malaysia aku rasa boleh pakai gak), lam statement bank akan keluar payment to paypal vis (via instruction).. kan ke mudah tu.. kalau beli byk2 sekali n byk penjual korang kena byr just byr sekali lum sum kepada semua penjual tu, x perlu buat transaksi pembayaran byk2 kali..

kalau korang nk antar duit (sent money request) pun boleh.. bg yg diluar negara nk antar ke malaysia, just small fee aje, mmg berbaloi.. xdela berdentum fee hantar duitnye.. nk terima duit pun boleh...

aku sebelum ni main antar duit tru bank hsbc ke bank maybank di malaysia.. x pernah cek2 fee ke mende ke.. one day, tergerak nk cek fee bg penghantaran duit ni.. korang tau, mahal giler... kalau aku antar £100 ke maybank di m'sia, hsbc uk caj £17... pastu, maybank plak caj aku £10.. mampus aku membayar duit fee aje.. sudahnya, aku x antar duit dah.. tunggu aku balik krg, baru aku bagi sekali byk.. puas hati.. abis duit aku mmbayar fee bank aje.. now, aku antar duit pakai paypal aje.. mudah..

org yg terima duit pulak, duit tu akn masuk lam paypal balance.. n nk transfer ke akaun bank amik masa 5 hari bekerja.. tp, mmg jimat.. fee x perlu byr.. hehehe..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 05:52 PM | Show all posts
sebelom buat jualan ni sy pon pernah order online
so far puas hati
ari ni bank duit, esok brg dah  ...
kuchenta_81 Post at 30-6-2010 10:15


dia dh kaya agaknye.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2010 05:55 PM | Show all posts
Saya pun tgh bengang nih coz seller online nih dia sendiri mengaku tersilap hantar barang lain dari  ...
meya Post at 29-6-2010 22:04



inila seller kat m'sia... meniaga x fikir jauh ke depan... mcm ko la kan, dh dia buat mcm ni, ko nk deal ngn dia lagi ke? mampus ko x nak kan? kan ke rugi seller bengong tu... orang meniaga, bila menjual nk pembeli tu beli n beli n beli lagi.. berterusan gitu, baru maju.. mentaliti seller kita, rugi sikit xmo langsung.. x terpikir ke, dia dh kehilangan source untuk lebih untung n untung.. apa daa... akai letak kt lutut...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 04:11 PM | Show all posts
inila seller kat m'sia... meniaga x fikir jauh ke depan... mcm ko la kan, dh dia buat mcm ni,  ...
BondaQalQimy Post at 30-6-2010 17:55



Ha'ah saya nih sampai cakap kat dia bukan salah saya so kenapa saya kena tanggung?? Lainler kalau terang2 saya yg silap. Baru dia nak refund full.

Sebelum saya post ..saya mintalah dia refund duit saya balik, dia kata mana boleh camtu? Brg dah sampai baru dia refund.Klu masa membeli kita kena bayar dulu..

Saya diamkan ajek pasal saya kena keluar jugak duit utk pos balik brg tuh kat dia..takde pulak saya nak sound dia.  Memang takde ku cari pasal lagi free2 kena kuar duit brg takde ..
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2010 04:13 PM | Show all posts
Walhal sebelum bayar aritu dah tanya kat dia condition brg tuh. Sume okay katanya still dalam plastik.. Dia tak check betul2 yg brg tuh pun dah terang2 lain dari yg saya mahukan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-7-2010 04:17 PM | Show all posts
Funz and Kuchenta,

Memang tak dinafikan ada seller yg bagus gak mcm you all. Cuma segelintir saja..tapi pada customer klu dah terkena ...em...keinginan nak berurusan online adalah sangat berisiko!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2010 10:19 PM | Show all posts
Funz and Kuchenta,

Memang tak dinafikan ada seller yg bagus gak mcm you all. Cuma segelintir saja ...
meya Post at 1-7-2010 16:17


aku setuju.. aku setuju.. aku setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2010 09:54 AM | Show all posts
Reply 128# kakayau


blh pm saya nick seller tu x?
Takut lak terkena ngan seller macam tu.
dah la saya ni suka beli by online je
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 09:59 AM | Show all posts
Reply 169# arsih


    saya rasa nick dah tak aktif kat sini sebab saya perasaan threadnya di jual barang sudah lama tak up.. dia bahasakan dirinya kak fash even dalam fesbuk nama dier kak fash..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2010 11:53 AM | Show all posts
hari tu ada jugak search nick dia tapi tak jumpa pulak.

btw, 2,3 hari lepas saya ada try buat order dari website dia tapi tak check out la. dia ada kenakan VAT, macam tax je. VAT tu apa? Boleh ke dia kenakan charge macam tu?
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2010 06:04 AM | Show all posts
la tak yah pm, bgtau je nama seller tu..klw die dtg hentam sini, kite bole nilai attitude die nt as a good seller or bad seller
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2010 04:54 PM | Show all posts
ayat kak fash neh macam ayat si isabella la plak aku baca
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 11:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by BondaQalQimy at 5-7-2010 23:27
hari tu ada jugak search nick dia tapi tak jumpa pulak.

btw, 2,3 hari lepas saya ada try buat ord ...
funz_universe Post at 2-7-2010 11:53


VAT ini cukai la... kita beli barang dia, kita dikenakan cukai la..

ini aku cari kat en. google..


Value added tax (VAT) is similar to a sales tax.It is a tax on the estimated market value added to a product ormaterial at each stage of its manufacture or distribution, ultimatelypassed on to the consumer. Maurice Lauré, Joint Director of the French Tax Authority, the Direction générale des impôts, was first to introduce VAT on April 10, 1954, although German industrialist Dr. Wilhelm von Siemensproposed the concept in 1918. Initially directed at large businesses,it was extended over time to include all business sectors. In France, it is the most important source of state finance, accounting for nearly 50% of state revenues.[1]
Personal end-consumers of products and services cannot recover VATon purchases, but businesses are able to recover VAT (input tax) on theproducts and services that they buy in order to produce further goodsor services that will be sold to yet another business in the supplychain or directly to a final consumer. In this way, the total taxlevied at each stage in the economic chain of supply is a constantfraction of the value added by a business to its products, and most ofthe cost of collecting the tax is borne by business, rather than by thestate. VAT was invented because very high sales taxes and tariffsencourage cheating and smuggling. Critics point out that itdisproportionately raises taxes on middle- and low-income homes.


ini aku cari lam en. google... untuk panduan kita semua..
http://www.saifulsham.com/

Cukai Percukaian Dalam Perniagaan InternetMar.24, 2007 inKeusahawanan,  Perniagaan Internet,  Sales


Salam Hormat Pembaca Budiman,
Hari ini saya akan berkongsi apa yang saya tahu mengenai percukaiandan cukai-cukai yang dikenakan dalam perniagaan internet. Soalan-soalanberkenaan cukai ini, banyak saya terima dari usahawan-usahawan ataubusinessman yang sedia ada dan berminat untuk mengembangkan perniagaanmereka di internet.
Dan saya tahu, ramai yang ingin tahu berkenaan perkara ini. Nasihatsaya, perkara ini adalah penting tapi bukan utama. Jadi jangan bimbang.Mari kita lihat.
Penafian: Saya bukan akauntan atau penaksir cukaibertauliah. Jika anda ingatkan nasihat professional sila rujuk kepadaakauntan atau penaksir cukai bertauliah.
Selalunya di internet sebagai pembeli, kita tidak dikenakan cukai.Harga barangan yang kita beli ditambah kos penghantaran (shipping) jikaada. Itulah harga bersih yang kita perlu bayar ataupun Cost of GoodSold, jika kita jual balik.
Kecuali…
Kecuali ketika anda di dalam proses menerima barangan tersebut, iaditahan kastam. Mengikut pengalaman kami, keadaan ini terjadi secararawak. Antara sebab-sebabnya adalah:
1) Barangan terlalu berat (lebih 5kg)
Tumpukan untuk menjual barangan yang mudah-mudah sahaja di Internet.
2) Barangan terlalu besar
Jangan menarik perhatian kastam   
3) Barangan dinilai terlalu berharga
Pastikan nilainya dibawah US$ 100. (Nilai tidak sama dengan harga)
4) Barangan tersebut dilabel sebagai “komersil”, tetapi anda tidak menyertakan invoicenya.
Invoice amat penting dalam urusan penghantaran barangan komersil.
5) Anda menghantar sesuati yang “Saspek”
Seperti CD & DVD. Walaupun ianya original, tetapi kastam akan tetapmembuka dan memastikannya sebab ketulenannya tidak dapat dinilai dariluar sampul surat.
Dalam kes barangan anda ditahan kastam, anda (penerima/pembeli)perlu membayar cukai kastam ataupun barangan tersebut akan dirampas.Walaubagaimanapun, jika anda tidak bersalah menyeludup dan sebagainya,jangan bimbang.
Itu dari aspek kita sebagai pembeli. Sebagai penjual pula, biar saya kategorikan kelas-kelas cukai yang ada.
1) VAT (Value Added Tax)
VAT ini selalunya dikenakan untuk segala transaksi yang berlaku diantara penjual dari Eropah dan juga pembeli dari Eropah. Untukmengelakkan double taxation (percukaian berganda untuk hasil yangsama), selalunya pembeli dari luar tidak akan dikenakan VAT oleh sellerdari sana.
2) Sales Tax (Amerika Syarikat)
Amerika Syarikat adalah kesatuan negeri-negeri seperti Malaysia(federal), jadi sistemnya kompleks. Di sini, cukai akan dikenakan jika,pembeli dan penjual dari state yang sama. Contohnya, jika penjual dariCalifornia, dan pembeli pun dari California, cukai akan dikenakan. Sayapernah mendengar bahawa peraturan ini bergantung kepada sesebuah negeritersebut. Delaware tidak mengenakan peraturan percukaian ini, sebab itubanyak syarikat asing mendaftarkan syarikat mereka di Delaware.
3) Good & Service Tax (GST)
Ia semacam cukai perkhidmatan yang kita bayar ketika mahu makan direstoran makanan segera. Cuma bezanya, ia tidak terhad kepada servis,tetapi juga barangan. Cukai ini telah berkuatkuasa di Australia danSingapura (kalau tidak salah). Dan cukai inilah yang ditakuti keranadengar khabarnya Kerajaan Malaysia sedang menimbang-nimbang untukmengenakan cukai ini kepada perniagaan internet. Jikalau ia dikenakan,maka kita harus membayarnya sebagai penjual. Kita boleh mengutip cukaiini dari pelanggan ataupun menolaknya dari margin keuntungan.
4) Service Tax
Jika anda menawarkan perkhidmatan servis dan mempunyai syarikatberdaftar, tidak kiralah sama ada service tersebut ditawarkan diInternet ataupun di dunia nyata, anda perlu membayar cukaiperkhidmatan. Cukai ini anda boleh kenakan kepada pelanggan ataupuntampung sendiri dari margin keuntungan. Cukai ini berkuatkuasa diMalaysia untuk pengetahuan anda. Cuma, anda dikenakan 5%, dan perlumembayarnya apabila kutipan anda mencecah RM 100,000 (revenue)
Perkara yang penting dalam percukaian:
1) Alamat syarikat anda berdaftar
2) Cara transaksi anda di rekod

Sedikit tips:

Jika anda ingin mencari konsultan cukai yang bertauliah, anda harustahu bahawa Edagang atau Perniagaan Internet ini sesuatu yang baru danmaya. Tidak ramai yang benar-benar tahu mengenainya dan ia adalah GrayArea, tiada hitam putih yang jelas. Cuma kelabu. Cari konsultan cukaiyang pakar mengenai “Double Taxation“. Konsultan ini dapat membantu anda menaksir cukai dengan lebih baik.
Pensyarah saya pernah memberitahu, “We must pay tax. We learn about tax, not to avoid it. Kita belajar mengenai tax supaya kita tidak membayar jumlah yang tidak perlu

Perkara Yang Lebih Utama Mengenai Cukai.

Cukai itu penting, tapi bukan utama. Buat sales (jualan ituutama). Jika anda tidak buat jualan, anda tidak akan dikenakan cukaibukan? Jadi belajar untuk membuat jualan dahulu…
Oh ya, itu saya belum sentuh mengenai jenis-jenis cukai yang perludibayar Syarikat lagi. Mungkin nanti saya ulas, tapi jangan gundahjuga. Penting, tetapi tidak utama. Syarikat perseorangan danperkongsian tidak dikenakan cukai syarikat, tetapi pemiliknya dikenakancukai pendapatan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 11:36 PM | Show all posts
kena pandai2 sdiri tgk n pilih penjualnye je stkt ni.... kalu yg aktif n nmpk sume xde mslh berurusa ...
hainina Post at 29-6-2010 19:01


bz sgt kot.. tempahan banyak masuk.. hehehe.. bersangka baik.. by the way, duit aku masih x nampak bayang... kalau dh masuk lam akaun bank aku nanti, aku stori kat korang disini ye.. buat masa ni, usahkan byg.. mimpi pun xde lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-7-2010 11:57 PM | Show all posts
hari tu ada jugak search nick dia tapi tak jumpa pulak.

btw, 2,3 hari lepas saya ada try buat ord ...
funz_universe Post at 2-7-2010 11:53


Kak fash ni nak caj vat, dia ni niaga dh sampai kutipan RM100,000.00 ker? setau aku, kalau beli online x kena vat bagai ni? n sepanjang aku terlibat lam dunia pembelian online ni, x pernah pulak aku dikenakan vat? masa aku order dgn dia ni dulu pun, aku x cek pun vat apa tu, aku tgk harga barang n tanya leh antar ke uk ke x.. itu aje... x perasan la.. ada sesiapa yg lebih arif hal ni x??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2010 09:09 AM | Show all posts
Lagi satu beli secara online nih memanjang kata baju tuh very the stylish ler very the good quality ler nampak gambar memang the very cantik!!! Bila sampai kat tangan kita the very the banyak kurengnya!!!!

Yang kelakar tuh ada yg kata sekenhen tapi bila sampai kat kita hubby kata macam barang org dah buang kat tong sampah!
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2010 09:12 AM | Show all posts
Korang sure tahu kan blog2 yg ada menjual barang baby and kids yg sekenhen tuh.  Banyak sekarang nih...mana diorang dapat ek barang2 tuh?
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:14 AM | Show all posts
Sebab itulah saya tak nak jual barang dah -- takut pembeli tak puas hati dgn mutu pakaian etc.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2010 08:25 AM | Show all posts
Sebab itulah saya tak nak jual barang dah -- takut pembeli tak puas hati dgn mutu pakaian etc.
DARSITA Post at 8-7-2010 08:14 AM



    Hai kak Dar...takkan dah mengalah kot/?tu sumer cobaan je Kak Dar...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 09:46 PM GMT+8 , Processed in 0.488034 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list