CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: lai1688

Reaksi Rakyat Singapura Terhadap Ulasan Mahathir Mengenai Melayu Singapura

   Close [Copy link]
Post time 28-6-2010 11:10 AM | Show all posts
SingaPORK = ISRAEL.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 11:13 AM | Show all posts
korangdok kutuk gila2 singapore pon....
tak dapat mengubah hakikat spore lebih baik dalam segala bidang (ekonomi, pendidikan, dll) berbanding malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:13 AM | Show all posts
aku doakan begitulah jugak....
m'sia memang boleh jadi jauh lebih hebat dari negara-negara asean yang lain sekiranya... pemerintahnya pandai ambil iktibar dari sejarah serta pandai memerintah negara....
rakyatnya pun perlu berganding sama dengan pemerintah agar negara korang jauh lebih hebat...
bukanlah takat rakyat yg letak otak kat bontot... yang tau kentot.. pot prottt sana sini...

tapi agak-agak korang.... bila tu ekk???
aku tengok wawasan 2020 yg mamak kutty dok canang-canang dulu tu pun macam dah nak masuk muzium....
tinggal memori ajee...

jangan risau Singapura, bila Malaysia dah tukar pemerintah, Malaysia akan lebih hebat drpd Singapura ...
DTECCONAN Post at 28-6-2010 10:50 AM
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:17 AM | Show all posts
Negara Sebesar Melaka tu BOLEHLAH....prff,......ftt,,,,,,
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:24 AM | Show all posts
hahahaHA.... dah dasar otak sekolah tadika...
gini je lah ko punya posting....

SingaPORK = ISRAEL.
crossfire Post at 28-6-2010 11:10 AM
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:39 AM | Show all posts
MELAYU DAN ISLAM DI SINGAPURA        



Jikalau Willoughby mencatatkan Muslim Vietnam dan Kampuchea sebagai most forgotten Muslim peoples, Muslim Singapura mungkin berada dalam keadaan yang lebih baik, namun masih boleh dianggap sebagai forgotten Muslims. Malahan, mungkin dalam konteks Melayu rantau ini sebagai forgotten Malays. Di tengah-tengah  ‘Lautan Melayu’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Melayu’ atau di tengah-tengah ‘Lautan Muslim’, Singapura bukan lagi ‘Pulau Muslim’. Ironisnya semua ini berlaku dalam pasang surut dan gelombang sejarah  Melayu-Muslim, dan kini ibarat duri dalam daging, ia sentiasa menusuk-nusuk hingga menikam jantung hati, melainkan  memang kita sudah tidak menyimpan perasaan lagi!  
    Dalam konteks sejarah rantau ini, memang sudah  lama kita semua terpaksa berputih mata; dan dalam konteks Tanah Melayu/Malaysia pula, kita bukan sahaja telah berputih mata, malahan agaknya kita telah membelah  hati dan memisahkannya  kepada dua secara tuntas. Bagi kita Melayu-Muslim Singapura seolah-olahnya telah menjadi semacam saudara jauh, malahan mungkin orang asing dan justru itu  hampir sahaja ataupun memang telah dilupakan!


Sorotan Sejarah


   Kerajaan Singapura mengambil tarikh ketibaan Raffles di Singapura pada 29 Januari 1819 sebagai tarikh permulaan sejarah Singapura. Sesungguhnya tarikh 1819 itu juga merupakan permulaan lakaran sejarah nasib umat Melayu-Muslim Singapura: selama 144 tahun ditentukan oleh penjajah Inggeris dan semenjak 1963 ditentukan oleh pemerintah yang didominasi orang Cina.
   Bila Raffles menjejak kaki di Singapura terdapat kira-kira 150 orang penduduk, hampir semuanya orang Melayu-Muslim di bawah Temenggong Abdul Rahman (keturunan Bugis). Raffles membuat perjanjian dan dibenarkan membuka gudang dan Temenggong diberikan sagu hati $3,000 setahun. Untuk mendapat kebenaran Sultan, Inggeris menaikkan  Tengku Long sebagai sultan (Sultan Husein) kerana Sultan Abdul Rahman yang memerintah dan berada di Riau Lingga tidak mengizinkannya. Pada 6 Februari 1819 Sultan Husein membuat perjanjian dan sebagai balasan beliau mendapat  sagu hati $5,000 setahun. Pada Jun 1823 Raffles berjaya mendapat kebenaran daripada sultan untuk mengawal semua perdagangan di Singapura. Apabila Temenggong Abdul Rahman meninggal pada tahun 1825 anaknya Ibrahim menggantikannya. Apabila Sultan Husein meninggal pada tahun 1835, Inggeris tidak mengiktiraf tuntutan anaknya Ali sebagai Sultan. Manakala pada tahun 1841 Temenggong Ibrahim telah dilantik sebagai Temenggong Seri Maharajah di Singapura di hadapan gabenor Inggeris. Inggeris menyokong Temenggong Ibrahim dalam rebutan kuasa dengan Ali, dan walaupun Ali disahkan sebagai Sultan pada tahun 1855,   kekuasaan sepenuhnya di negeri  Johor diberikan kepada Temenggong Ibrahim. Apabila beliau meninggal dunia pada tahun 1862, beliau digantikan oleh anaknya Abu Bakar. Dengan kematian Sultan Ali pula  pada tahun 1877 maka berakhirnya sultan keturunan Bendahara di negeri Johor dan bermulalah sultan dari keturunan Temenggong.     
   Pada tahun 1826 Inggeris telah menggabungkan Singapura dengan Pulau Pinang dan Melaka serta mewujudkan pemerintahan Negeri-Negeri Selat.  Pada tahun 1867 pula Singapura telah dijadikan tanah jajahan Inggeris, dan Inggeris terus berkuasa hingga 1963 (kecuali zaman Jepun) apabila Singapura diberikan kemerdekaan melalui Malaysia.
   Namun Singapura hanya berada selama dua tahun dalam persekutuan Malaysia, dan pada tahun 1965 ia telahpun keluar atau dikeluarkan dan menjadi sebuah negara yang berasingan. Semenjak merdeka Singapura telah berada di bawah parti PAP (ditubuhkan 1954 dan menang pilihanraya pertama 1959) bawah Lee Kuan Yew. Beliau menjadi Perdana Menteri semenjak 1959 dan berhenti pada tahun 1990. Namun beliau terus memainkan peranan sebagai Senior Minister hingga tahun 2004 dan Minister Mentor semenjak itu. Apa kata Lee Kuan Yew selepas sahaja Singapura berpisah dari Malaysia: Kita hidup di tengah-tengah lautan orang Melayu. Andainya lautan ini bertukar menjadi gelombang, dan gelombang itu bergerak memukul pulau ini, dan jika kita tidak  kuat kita akan ditenggelami oleh lautan itu!

   Persoalannya: Kepada siapa mesej ini ditujukan? Yang pastinya mesej itu bukan ditujukan kepada penduduk Melayu Singapura  kerana mereka juga merupakan sebahagian daripada ‘lautan Melayu’, lautan yang berkemungkinan bergabung menjadi gelombang. Dengan kata lain ia merupakan ingatan, amaran dan ancaman kepada penduduk Singapura bukan Melayu. Bagi Kerajaan Singapura/Lee Kuan Yew, ‘lautan’ ini mesti dikawal  agar ia tidak berpotensi menjadi gelombang, dan mungkin kalau berair sekalipun  ia hanya merupakan kolam (kolam renang? kolam ikan?).
   Sesungguhnya apa yang tersurat, yang terang lagi nyata, dan yang tersirat, yang juga terang lagi nyata, kenyataan ini menjadi asas kepada pembentukan dasar dan sikap Lee Kuan Yew dan kerajaan Singapura. Model survival negara Singapura adalah persis sama, malahan mencontohi model Israel, iaitu model confrontational. Bezanya ialah ia tidak bersifat militer. Demikianlah bentuk dan pola perhubungannya dengan jiran Melayu-Muslim dan dengan penduduk Melayu-Muslim Singapura.   

Penduduk


   Pada tahun 1819 hampir semua penduduk, kecuali beberapa orang Cina,  terdiri daripada Melayu -Muslim. Pada tahun 1824, daripada 10,000 ke 11,000 penduduk, peratus Melayu -Muslim telah menurun menjadi kurang daripada 50% dan Cina telah meningkat kepada sepertiga. Dengan kemajuan ekonomi lebih ramai lagi orang Cina datang ke Singapura menyebabkan peratusannya terus meningkat, manakala peratusan Melayu-Muslim terus merosot.
   Menurut CIA World Factbook: July 2005 penduduk Singapura berjumlah 4,425,720. Berdasarkan Banci 2000, 76.8 % ialah Cina, 13.9% Melayu, 7.9% India dan 1.4% Lain-lain. Dari segi agama pula banci yang sama mencatatkan peratusan Muslim sebanyak  14.9% (termasuk Muslim bukan Melayu). Justeru jumlah Melayu-Muslim ialah seramai 615,175 dan jumlah keseluruhan Muslim ialah 659,432.


Kerajaan Singapura Dan Islam


   Pada zaman penjajahan Inggeris, Singapura ditadbirkan sepenuhnya oleh Inggeris, dan penjajah tidak masuk dalam urusan agama. Muslim Singapura, sama ada Melayu atau lain-lain, menguruskan hal ehwal agama, membina masjid dan surau, dan juga menyediakan pendidikan  agama.

   Selepas merdeka Perlembagaan negara Singapura, Part XIII, General Provisions, Minorities, Special Position of Malays, Section 152, mencatatkan:

The government shall exercise its functions in such manner as to recognise the special position of the Malays, who are the indigeneous people of Singapore, and accordingly it shall be the responsibility of the Government to protect, safeguard, support, foster and promote their political, educational, religious, economic, social and cultural interests and the Malay language.   
   Menurut peruntukan ini, kerajaan bertanggungjawab melindungi, menjaga, membantu, memupuk dan menggalakkan agama. Kerajaan menubuhkan MUIS (Majlis Agama Islam Singapura), justeru MUIS merupakan badan kerajaan, dibiayai dan diuruskan oleh kakitangan kerajaan. Ini bermakna ia tertakluk sepenuhnya kepada wawasan, misi dan dasar-dasar kerajaan.  

   MUIS menguruskan masjid dan kini terdapat 70 buah semuanya dan madrasah/sekolah agama.

   Menurut Iqbal Fatagar (Islam Online,Singapore): The strong People’s Action Party (PAP) of Chief Minister Lee Kuan Yew has tight control on the Muslim organizations it helps set up and even lays down the rules to be followed by the organizations…MUIS has played a major role in securing the integration of the Muslims in the secular society. It has helped repress political Islam, but it has not prevented the Muslims from rejecting the absolute secularism preached by the regime.
   Walaupun terdapat peruntukan perlembagaan untuk melindungi agama orang Melayu, Muslim tidak bebas mengamalkan agama mereka. Dalam rencana Assessment for Malays in Singapore dicatatkan:  The Malays face restrictions on the practice of their religion and the celebration of group holidays.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2010 11:39 AM | Show all posts
Post Last Edit by crossfire at 28-6-2010 11:40

Selepas peristiwa 11 September Kerajaan Singapura telah mengetatkan lagi kawalan ke atas MUIS, masjid,  sekolah agama dan ke atas semua Muslim Singapura. Yang jelas sekali ialah Singapura merupakan negara sahabat Amerika Syarikat yang sangat akrab dan pendokong yang amat setia. Singapura juga bekerja rapat dengan Israel. Singapura menjadi fron untuk menentang JI dan teroris.
Pada September 2002 timbul isu tudung di sekolah nasional. Perdana Menteri Goh Chok Tong dan Kerajaan Singapura mengharamkan pemakaian tudung di sekolah kerana: amalan tersebut boleh mencetuskan perpecahan kaum dan agama dan ramai rakyat republik itu mengambil sikap berwaspada terhadap orang Islam sejak serangan 11 September dan penangkapan 13 lelaki Islam yang disyaki pengganas pada Disember 2001. Pada Disember 2002 pula timbul isu Kerajaan menghadkan bagi enam buah madrasah yang ada kepada 400 pelajar sahaja.


Kerajaan Singapura Dan Muslim


   Semenjak 1965 Kerajaan Singapura telah bertindak untuk membendung Melayu-Muslim Singapura dengan menghapuskan kawasan penempatan atau kampong Melayu dan menempatkan mereka dalam kawasan-kawasan perumahan yang tersebar di seluruh Singapura. Kerajaan menetapkan kuota penduduk Melayu –Muslim yang tinggal dalam sesuatu kawasan perumahan. Dalam tesis doktoral Lily Zubaidah Rahim berjudul ‘The Singapore Dilemma’ beliau menegaskan: All these measures undertaken ensure that the Malays, no matter dissatisfied, can never gather enough electoral support to push for their agenda. Dalam konteks Melayu –Muslim dasar Kerajaan Singapura adalah jelas, iaitu pecah perintah atau pecah takluk (divide and rule/divide and conquer) .
   Di samping itu, Kerajaan Singapura juga mahu memastikan bahawa peratusan penduduk Cina kekal pada paras  75%. Justeru apabila mereka menghadapi masalah kekurangan kelahiran di kalangan orang Cina, mereka membawa masuk imigran Cina untuk mengekalkan peratusan tersebut. Dalam konteks Melayu dan Muslim, mereka juga mahu mengekalkannya pada paras tersebut. Mereka juga menggalakkan orang asing, bukan orang Melayu, untuk berkahwin dengan wanita Singapura dan memberikan lelaki berkenaan taraf penduduk kekal.Keadaan yang dialami masyarakat Cina Singapura  kini turut dialami masyarakat Melayu-Muslim: kadar kelahiran telah berkurangan dan kadar yang kahwin lambat atau yang tidak berkahwin makin bertambah. Sesungguhnya ia merupakan berita baik kepada Kerajaan Singapura.
   Dari segi sosioekonomi rencana oleh Wolfgang Holzem/Erwan Shah bertajuk The Malays of Singapore (6 Ogos 2004) mencatatkan: Although very much a part of Singapore’s modernizing society, the Malays conspicuously occupied the bottom rungs of that society..With the lowest level of educational attainment of any ethnic group, the Malays were concentrated at the low end of occupational hierarchy and had average earnings that were 70% of those of Chinese. Kebanyakannya merupakan boroh.
   Diskriminasi adalah amat jelas dilakukan oleh Kerajaan dan juga swasta. Malahan Presiden Habibie Indonesia mengatakan negara Singapura bersifat rasis. Dalam tahun-tahun 1960an dan 70an bilangan  Melayu dalam polis telah dikurangkan secara drastik. Apabila tentera British meninggalkan Singapura (1970-75), mereka kehilangan jawatan dalam tentera. Tentera Singapura tidak mengutamakan orang Melayu (malahan untuk satu dekad anak-anak Melayu tidak dilibatkan dalam kerahan tenaga/latihan ketenteraan). Tidak ada yang memegang jawatan tinggi. Hal ini berkaitan dengan keselamatan negara dan ternyata Kerajaan Singapura tidak percaya dan meragui kesetiaan orang Melayu. Lee Kuan Yew  membahaskan tentang kesetiaan Melayu-Muslim Singapura pada November/Disember 1986. Beliau mengatakan bancian yang dibuat sebelum dan sesudah kedatangan Presiden Israel Chiam Herzog ke Singapura menunjukkan jumlah yang tidak bersetuju bertambah selepas kunjungan tersebut. LKY menyatakan: ..in certain circumstances, the Malay Singaporean react with the emphasis on Malay/Muslim rather than Singaporean.
   Anaknya Lee Hsien Loong menegaskan (Februari 1987):  ..Malays do not hold sensitive positions in the armed forces…no Malay fighter pilots, for example, because of their religion might conflict with their duty to Singapore. Dalam konteks yang sama akhbar Straits Times, Singapore bertarikh 9 September, 1999 melaporkan:  If for instance, you put a Malay officer who’s very religious and who has family ties in Malaysia, in charge of a machine gun unit, that’s very tricky business.   

     Syarikat-syarikat  dan peniaga-peniaga Cina pula mengutamakan orang lain daripada orang Melayu. Mereka meletakkan pelbagai syarat, dan yang terutama ialah bahasa Cina.
   Melayu-Muslim Singapura juga ketinggalan dalam bidang pendidikan. Misalnya pada tahun 1980, siswazah Melayu ialah kira-kira 1.5% dan penuntut di peringkat pendidikan tinggi sekitar 2.5% sahaja. Walaupun pada masa kini keadaan telah bertambah baik, namun berbanding dengan kaum-kaum lain,  mereka masih jauh ketinggalan. Keadaan ini meletakkan Melayu-Muslim dalam keadaan lemah dan merugikan, lebih-lebih lagi Kerajaan Singapura kini mengamalkan meritokrasi (hak istimewa pribumi hanya tinggal teori dan ilusi!).
   Keadaan yang menimpa Melayu-Muslim – berselerak dalam jumlah yang kecil di seluruh pulau Singapura, taraf sosioekonomi pendidikan yang rendah, dan dihimpit oleh roda kehidupan hidup yang sangat pantas dan kompetitif serta kejam - telah melemahkan semangat dan daya juang. Akibatnya mereka ditimpa pelbagai masalah sosial. Kadar jenayah lebih tinggi daripada kumpulan lain dan pada tahun 1987 merupakan 47% daripada penagih dadah heroin.

Respon Melayu-Muslim

   Dari segi politik ada orang Melayu yang telah menyertai PAP dan ada yang menang dalam pilihanraya, menyertai parlimen dan ada juga dilantik menjadi menteri untuk menjaga hal ehwal agama Islam. Walaupun mereka boleh membawa suara Melayu Muslim dalam parlimen, tetapi mereka terpaksa akur kepada dasar dan kehendak PAP. Di luar PAP dan di arena politik wujud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Singapura (SMNO) yang turut terlibat dalam pilihan raya. Antara objektif utama SMNO ialah memelihara dan menggalakkan kemajuan Islam.SMNO, tanpa kawasan majoriti Melayu atau kawasan Melayu, sukar untuk meraih kemenangan.
   Hasil  banci penduduk 1980  menunjukkan keadaan Melayu-Muslim adalah serba teruk. Justeru para pemimpin masyarakat Melayu telah bersetuju untuk menubuhkan Majlis Pendidikan Anak-Anak Islam/MENDAKI pada tahun 1981. Tumpuan ialah kepada tuisyen, biasiswa, menggalakkan penglibatan ibu bapa dalam pendidikan dan memberi anugerah kepada anak-anak Melayu yang berjaya.
   Di kalangan profesional Melayu-Muslim pula ditubuhkan  Persatuan Profesional Muslim yang bertujuan untuk membantu meningkatkan kemajuan umat.

Penutup

   Cabaran ke atas Melayu dan Muslim di Singapura terus meningkat. Kenyataan bahawa mereka berada di tengah-tengah ’Lautan Orang Melayu’ akan sentiasa menghantui LKY dan konco-konconya, PAP dan Kerajaan Singapura. Di samping itu kenyataan yang tersurat dan tersirat bahawa ’teroris itu Islamis’ akan meningkatkan lagi penghantuan diri pada LKY, konco-konco dan Kerajaan Singapura.

   Seterusnya cabaran berada dalam sebuah negara maju, yang bersifat kompetitif dan menekankan meritokrasi, akan terus meningkat hingga menyebabkan jurang perbezaan memacu dengan pantas dan jurang kekecewaan akan menjadi semakin mendalam dan parah.

   Mutakhir ini pula, untuk meningkatkan daya saing ekonomi dan tarikan, Kerajaan Singapura menjdi semakin terbuka dan liberal. Dengan masuknya kasino,kelab topless/separa bogel/bogel dan pelbagai lagi aktiviti maksiat akan menukarkan seluruh lanskap Singapura menjadi sebuah Las Vegas!

   Persoalannya: Mampukah Melayu –Muslim/Muslim Singapura, yang diri dan agama terus menerus ditindih dan ditindas, bertahan dan tidak menjadi forgotten Malays and forgotten Muslims?


* Inilah nasib melayu SingaPORK.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:52 AM | Show all posts
jangan risau Malaysia tak akan kekurangan air sampai nak kena minum bahan kumbahan sendiri

Malaysia pun kalau boleh nak lari drpd bayangan Israel

Singapura bolehlah, bergantung kpd Israel, asalkan boleh maju

Malaysia ni nak kena jaga hati panatik2 PAS lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 11:55 AM | Show all posts
Melayu SingaPORK = forgotten Malays.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 11:57 AM | Show all posts
well i hope soo.....
memang M'sia takkan kekurangan air... tapi kualiti air perlulah dijaga....
Ni aku tepek sokkabar lama... harap-harap... by time sekarang... kualiti air di M'sia dah terjamin...





jangan risau Malaysia tak akan kekurangan air sampai nak kena minum bahan kumbahan sendiri

Malays ...
DTECCONAN Post at 28-6-2010 11:52 AM
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:00 PM | Show all posts
tak apa la, minum ler air bekas buangan sendiri tu

walaupun ada yg bekerja dekat Singapura bukannya bermakna semua org Melayu terhegeh2 nak duduk Singapura
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:00 PM | Show all posts
hahahah kesian aku nengok balaci2 urban pengkagum s'pore ni..
Transparen la konon, tapi semua akaun2, duit2 penyagak 3rd world countries yg depa pegang, bila kerajaan yg sah mintak tengok, depa kata tak buleh... piiraahhhh

Lagi satu pasai investment, dah memang sistem kapitalis pun, semua negara akan mintak org invest, bukan m'sia ja. Dan negara yg byk duit haram mcm s'pore pun akan mintak org bagi dia invest. Tak bagi kang dia main pulas tangan.  Lebih2 lagi kt m'sia yg byk potensi ni sampai indon, bangla, paki, cina, india, pinoy  besabung nyawa nak dtg sini. Ngeh ngeh ngeh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:03 PM | Show all posts
dan rasa2nya org Melayu Malaysia pun tak terhegeh2 nak tau pasal Singapura
sbb tu la tak ramai org x tahu sangat pasal Singapura ni, yg kenal pun Lee Hsien Loong
tak ada benda menarik pun pasal Singapura
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:11 PM | Show all posts
dan rasa2nya org Melayu Malaysia pun tak terhegeh2 nak tau pasal Singapura
sbb tu la tak ramai org ...
DTECCONAN Post at 28-6-2010 12:03

budak2 kata SS.  syok sundri...pfthhfkdjkgd
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:17 PM | Show all posts
dan rasa2nya org Melayu Malaysia pun tak terhegeh2 nak tau pasal Singapura
sbb tu la tak ramai org ...
DTECCONAN Post at 28-6-2010 12:03


Laaaaa, haku iingatkan PM s'pore Goh chok tong...... ooo suda tukkarr ka. Yg Lee sin leong ni sapa pulak?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:17 PM | Show all posts
Berani melayu2 singapork tu nak sokong ckp mahadet??nak kena??
FaithNoMore Post at 27-6-2010 09:53


kena saman sehelai sepinggang nanti......merempat nak balik mesia.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2010 12:20 PM | Show all posts
kena saman sehelai sepinggang nanti......merempat nak balik mesia.....
anya8797 Post at 28-6-2010 12:17



pendekata MELAYU SINGAPORK=BACUL...

MAS SELAMAT lari, Polis Malaysia yg tangkap, bikin malu saja, Moden Konon, Sekuriti Ketat.......last2 lari ikut tingkap tandas aja...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:20 PM | Show all posts
Kat CI bergaduh dgn porumer S'pore..
Kat Gossip bergaduh dgn porumer Brunei..

Tapi bila masuk cite pasal Indon..pandai la pulak memasing bersatu hati
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:21 PM | Show all posts
tapi artis melayu singapore reti tulis lirik yg sebegini....artis melayu kat malaysia...mampu?
...
alesandra Post at 28-6-2010 11:00

why do you suppose the lyrics is as such?......
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 12:22 PM | Show all posts
Kat CI bergaduh dgn porumer S'pore..
Kat Gossip bergaduh dgn porumer Brunei..

Tapi bila masuk ci ...
carold Post at 28-6-2010 12:20



    carold: Abg cross menulis berdasarkan fakta, tapi mereka tak dpt terima Melayu SingaPORK dipinggirkan..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 05:26 PM GMT+8 , Processed in 0.170385 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list