CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Tashu

[Negeri Sembilan] RUMAH BORAK SELATAN: SUNSHINE IN SPRING BLOSSOMING ORCHARD

 Close [Copy link]
Post time 25-10-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts
mamanoni replied at 25-10-2024 05:10 PM
you post guna hp eh?

All the while yess
But those YT pakai lappy laarr
Dah laa terkial2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 05:13 PM From the mobile phone | Show all posts

Page 9
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:14 PM | Show all posts
Tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Kristine di Filipina setakat ini







Gambar hiasan







PUTRAJAYA: Setakat ini, tiada rakyat Malaysia terbabit atau terjejas akibat Taufan Tropika Kristine (Trami) yang menyebabkan banjir besar, tanah runtuh dan mengakibatkan ratusan penduduk di Filipina dipindahkan.
Kementerian Luar dalam kenyataan berkata, setakat ini, isyarat angin bagi Taufan Kristine yang dikategorikan sebagai siklon tropika Tahap Dua, masih aktif di Metro Manila dan kawasan di seluruh Luzon.
Katanya, taufan itu dijangka keluar dari Filipina hari ini.
"Kementerian Luar melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila, sedang memantau rapi perkembangan Taufan Tropika Kristine (Trami) yang membawa hujan lebat dan menyebabkan banjir serta tanah runtuh, selain mengakibatkan beberapa kematian, kecederaan dan pemindahan ratusan keluarga







"Bagaimanapun, setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit atau terjejas akibat taufan berkenaan," kata kenyataan itu.
Kementerian Luar menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan terjejas supaya sentiasa berwaspada dan mengikuti perkembangan serta panduan terkini disediakan pihak berkuasa tempatan.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsul boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila di Salcedo Village, 107 Tordesillas, Makati, 1227 Metro Manila, atau menghubungi talian telefon +63 2 8662 8200 atau 0917 864 0761, atau melalui e-mel di [email protected].
Mereka yang belum mendaftar dan mengemas kini lokasi serta butiran diri dinasihatkan berbuat demikian dengan segera di https://ekonsular.kln.gov.my
Sementara itu, Kementerian Luar sedang menyelaras dengan agensi berkaitan mengenai bantuan yang akan diberikan kepada Filipina.
"Malaysia mengucapkan takziah dan simpati kepada kerajaan dan rakyat Filipina, terutama kepada mangsa dan keluarga yang terjejas oleh kejadian ini," kata kenyataan itu.
Kementerian Luar turut memaklumkan, satu lagi taufan yang bakal dinamakan Leon kini berada 2,500 kilometer dari Visayas dan dijangka memasuki kawasan Filipina pada Ahad ini.
Xinhua melaporkan, angka korban akibat Taufan Tropika Trami yang melanda Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang, dengan sekurang-kurangnya 20 orang lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa hari ini.
Dalam satu laporan, Pentadbir Pejabat Pertahanan Awam, Ariel Nepomuceno menyatakan sembilan wilayah di seluruh negara melaporkan kematian berkaitan dengan Trami. –BERNAMA




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315849/tiada-rakyat-malaysia-terjejas-akibat-taufan-kristine-di-filipina









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
But at least i learn new things today
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahahhahah
Terpaksa belajar secara pantas demi….
Taschangsssssss
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:16 PM | Show all posts
Tentera Darat terbuka terima pilihan lain jika kontrak sewa Black Hawk dibatalkan








KUALA LUMPUR: Tentera Darat Malaysia (TDM) akan menerima apa saja pilihan masa depan berikutan kemungkinan Kementerian Pertahanan (MINDEF) membatalkan kontrak menyewa empat helikopter UH-60A Black Hawk untuk kegunaan agensinya.
Bagaimanapun, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, berkata pilihan untuk helikopter seharusnya mengikut kriteria yang sudah ditetapkan.
Beliau berkata, sekiranya kontrak itu ditamatkan, tentera diarahkan untuk mencari alternatif.
"Walau apapun pilihan akan berlaku, kami akan mematuhi peruntukan termasuk bahawa ia harus menjadi program penyewaan dengan nilai sama seperti diluluskan oleh kerajaan.





"Helikopter itu juga mestilah mempunyai spesifikasi ketenteraan dan mematuhi Keperluan Kakitangan Am (KESAM) tentera dan boleh dihantar dalam tempoh singkat," katanya kepada New Straits Times (NST) hari ini.
Hafizuddeain berkata, UH-60A Black Hawk adalah pilihan terbaik untuk TDM.
"Namun begitu, kami terbuka kepada sebarang pilihan jika mereka memenuhi keperluan operasi dan latihan seperti yang dinyatakan dalam spesifikasi," katanya.
Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dilaporkan berkata MINDEF dijangka membatalkan perjanjian pajakan empat helikopter UH-60A Black Hawk kerana pembekalnya gagal memenuhi tarikh akhir penghantaran yang berakhir Rabu ini.
Beliau berkata, keputusan muktamad akan dibuat jika kontraktor terlepas tarikh akhir penghantaran 30 Oktober itu, tetapi penyelesaian alternatif sedang dipertimbangkan untuk TDM.
Katanya, helikopter itu bertujuan sebagai langkah sementara di bawah tempoh pajakan lima tahun dan bukannya untuk pemerolehan tetap.
Pada 1 September lalu, MINDEF memberi tempoh kepada pembekal sehingga akhir bulan ini untuk menghantar empat helikopter berkenaan, tetapi apabila tarikh akhir semakin hampir, tiada penghantaran dibuat.
Pada Ogos lalu, Peguam Negara menggariskan pilihan untuk Black Hawk termasuk mencadangkan penamatan pajakan.
Helikopter itu bertujuan meningkatkan keupayaan operasi tentera untuk lima tahun akan datang.
Helikopter Black Hawk terkenal dengan kepelbagaian fungsi dalam kedua-dua misi pertempuran dan sokongan, dilihat sebagai aset utama untuk TDM.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315820/tentera-darat-terbuka-terima-pilihan-lain-jika-kontrak-sewa-black













Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-10-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
yangsemb replied at 25-10-2024 05:17 PM
https://youtu.be/wpPHgx3ebBQ?si=XRFnYx4rC3ViHpkC

Tak jadi aahh pakai hp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 05:17 PM | Show all posts
PM ambil maklum kebimbangan cadangan kenaikan gaji minimum, sumbangan wajib KWSP






Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA








PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil maklum semua pandangan dan kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibangkitkan pada mesyuarat Jemaah Menteri yang dipengerusikan Perdana Menteri hari ini.
"Beberapa keputusan atau pun pengumuman yang dibuat sewaktu pembentangan Belanjawan (2025) pada 18 Oktober, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sudah dimaklumkan mengenai pandangan ini.
"Sudah pasti beliau akan mengambil kira (semua pandangan serta kebimbangan) dan kita tunggu sebarang keputusan sewaktu penggulungan (belanjawan) nanti, Insya-Allah oleh pihak Kementerian Kewangan," katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.


Sebelum ini, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Malaysia) menyuarakan kebimbangan berhubung cadangan kenaikan gaji minimum serta peningkatan sumbangan wajib KWSP yang diumumkan dalam Belanjawan 2025.
Langkah itu, menurut persatuan berkenaan, mungkin memberikan tekanan kewangan yang tidak mampu ditanggung oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS), terutamanya pada saat perniagaan kecil masih dalam proses pemulihan selepas pandemik.
Presiden Kebangsaan SME Malaysia, Chin Chee Seong dilaporkan berkata, walaupun usaha kerajaan untuk meningkatkan kebajikan pekerja dihargai, pelaksanaan dasar itu tanpa sokongan tambahan bakal menggugat kelangsungan sektor PKS.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, selain SME, beberapa pandangan termasuk daripada syarikat pengusaha ladang turut dibangkitkan pada mesyuarat terbabit.
"Sudah pasti Perdana Menteri mengambil maklum semua pandangan ini," katanya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315813/pm-ambil-maklum-kebimbangan-cadangan-kenaikan-gaji-minimum-sumbangan


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Takde embeded
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ke haku yg xtau
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya merayap jap
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:19 PM | Show all posts
Anak polis bantuan, tukang jahit terima Anugerah Pelajaran Diraja






Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA), Datuk Dr Yuserrie Zainuddin (tengah) beramah mesra bersama penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) Choong Wai Kit (kanan) dan Fatini Nasuha Ahmad Puad (kiri) sempena Majlis Konvokesyen Ke-19 UMPSA di Kampus Gambang UMPSA, Kuantan. - Foto NSTP/Muhammad Delima Atan







KUANTAN: Anak polis bantuan dan tukang jahit diumumkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) pada Majlis Konvokesyen Kali ke-19 Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) di Dewan Kompleks Sukan Universiti, UMPSA Gambang, di sini esok.
Dua graduan universiti itu ialah Fatini Nasuha Ahmad Puad, 23 dari Shah Alam, Selangor dan Ipoh, Perak dan Choong Wai Kit, 24 berasal dari Ipoh, Perak, bakal menerima anugerah berkenaan daripada Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah yang juga Pro Canselor UMPSA.
Bagi Fatini Nasuha, dia bersyukur atas rezeki yang diberikan oleh Allah SWT berkat daripada sokongan daripada semua pihak termasuk ayah dan ibu, Ahmad Puad Mohd Isa, 60, dan Mulyani Munir, 58.
"Alhamdulillah, saya bersyukur dan anugerah ini bukan kejayaan saya seorang, malah dengan bantuan daripada pensyarah dan rakan dalam membantu sepanjang empat tahun di UMPSA.





"Sejujurnya pada tahun pertama memasuki pengajian ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memerlukan membiasakan diri dalam keadaan pengajaran dan pembelajaran (PdP).
"Saya juga gembira sepanjang pengajian kerana turut aktif dalam aktiviti sukarelawan kerana bukan sahaja focus kepada pengajian tetapi lebih kepada membina sahsiah dan memperkasakan diri," kata anak bongsu daripada tiga beradik.
Fatini Nasuha, pemegang Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Pembuatan (Farmaseutikal) dengan Kepujian Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP) ditemui selepas sidang media Majlis Konvokesyen UMPSA Ke-19 oleh Naib Canselor UMPSA Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, hari ini.
Wai Kit, pemegang Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Kejuruteraan Kimia dari FTKKP pula tidak menyangka diumumkan sebagai penerima anugerah berkenaan tetapi pada masa sama gembira dengan pencapaian itu.
Katanya, kejayaan itu juga daripada sokongan semua pihak terutama pensyarah dan rakan serta ibu, Yee Lai Shan, 52 serta kakak, Choong Wai Teng, 26.
"Ayah meninggal dunia sembilan tahun lalu dan saya bergantung sepenuhnya kepada ibu yang bekerja sebagai tukang jahit dan kakak yang turut membantu daripada segi kewangan," katanya.
Sementara itu, Dr Yuserrie berkata, UMPSA bakal meraikan 5,115 graduan pada Majlis Konvokesyen Kali ke-19 UMPSA selama tiga hari bermula esok.
"Baginda akan mencemar duli menganugerahkan Gelaran Profesor Emeritus kepada Datuk Seri Dr Daing Nasir Ibrahim yang merupakan penganugerahan tertinggi akademik atas pelbagai sumbangan yang dicurahkan kepada universiti dan pendidikan tinggi negara.
"Dr Daing Nasir merupakan Naib Canselor UMPSA ketiga yang berkhidmat selama 11 dari 2008 hingga 2019.
"Ketokohan beliau terserlah apabila kini, Dr Daing Nasir dilantik sebagai Rektor di Oxus University, Uzbekistan yang menyaksikan kecemerlangan pentadbiran beliau memimpin di institusi terkemuka dalam memartabatkan pendidikan tinggi negara di dalam negara dan di peringkat antarabangsa.
"Baginda turut berkenan menyempurnakan penganugerahan ijazah dan anugerah kecemerlangan kepada 27 penerima ijazah sarjana, kedoktoran dan ijazah termasuk 64 penerima ijazah dual serta 21 penerima anugerah kecemerlangan, katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315803/anak-polis-bantuan-tukang-jahit-terima-anugerah-pelajaran-diraja














Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:20 PM | Show all posts
'Jho Low anggap anak tiri Najib, Riza Shahriz sebagai kawan baik' - Bekas peguam 1MDB






Jho Low (kiri) dan Jasmine Loo Ai Swan. Gambar fail





KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Jasmine Loo Ai Swan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low menganggap anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak iaitu Riza Shahriz Abdul Aziz sebagai kawan baik.
Jasmine, 51, berkata dia adalah kenalan Riza Shahriz dan mereka pernah bertemu beberapa kali termasuk dalam satu percutian untuk bermain ski bersama Jho Low dan keluarganya di Whistler, Kanada, antara Disember 2012 hingga Januari 2013.
"Selepas saya meninggalkan jawatan di 1MDB, saya bertemu dan berkenalan dengannya (Riza Shahriz) ketika melancong ke luar negara bersama Jho Low," katanya ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 25 muka surat itu.
Jasmine memberi keterangan sebagai saksi plaintif 1MDB dan tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited yang memfailkan saman terhadap Riza Shahriz serta dua syarikatnya atas dakwaan menerima dana kira-kira AS$248 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah.





Ketika pemeriksaan balas oleh peguam Wan Azwan Aiman ​​Wan Fakhruddin yang mewakili Riza Shahriz, Jasmine ditanya sama ada dia cuba menggambarkan defendan pertama sebagai kawan rapat Jho Low dalam keterangannya.
"Saya tidak menafikan itu (mereka kawan baik)," menjelaskan bahawa pemahamannya adalah berdasarkan pemerhatian peribadi.
Wan Azwan Aiman: Jadi anda membuat andaian itu berdasarkan keterangan anda bertemu dengan defendan pertama (Riza Shahriz) ketika lawatan bermain ski di Kanada. Adakah itu penanda aras maksud kawan rapat anda?
Jasmine: Saya memberi contoh.
Wan Azwan Aiman: Anda juga pernah ke sana semasa lawatan ski. Adakah itu menjadikan anda kawan baik Jho Low juga?
Jasmine: Saya tidak menafikan itu.
Jasmine seterusnya menyatakan dia tidak mengetahui mengenai pemindahan AS$700 juta daripada 1MDB kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dikaitkan dengan Jho Low, sebagai pembayaran semula wang pendahuluan yang dikatakan.
Semasa berada di 1MDB, Jasmine menyatakan dia tidak mengetahui akaun bank di City National Bank di Los Angeles dan tidak mempunyai pengetahuan mengenai pemindahan lebih AS$10 juta ke dalam akaun itu yang dimaksudkan sebagai akaun operasi untuk Red Granite Pictures .
Pada 7 Mei 2021, 1MDB dan tiga anak syarikatnya iaitu 1MDB Energy Holdings Limited, 1MDB Energy Limited dan 1MDB Energy (Langat) Limited memfailkan saman terhadap Riza Shahriz serta dua syarikatnya atas dakwaan menerima dana kira-kira AS$248 juta yang disalah guna untuk kepentingan peribadi termasuk membiayai penerbitan filem serta membeli pelbagai hartanah.
1MDB selaku plaintif juga mendakwa semua defendan menerima dana itu yang diketahui diseleweng daripada syarikat itu dan secara tidak langsung membantu pelanggaran kewajipan fidusiari atau amanah oleh Jho Low.
Syarikat itu mendakwa Riza Shahriz adalah seorang yang tidak jujur dan beliau mempunyai pengetahuan bahawa urus niaga membabitkan penerimaan pelbagai pindahan wang dalam tempoh yang material iaitu antara 2010 hingga 2012 adalah urus niaga yang tidak jujur.
Kes itu didengar di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Raja Ahmad Mohzanuddin Shah Raja Mohzan.
Plaintif memohon deklarasi bahawa Riza Shahriz bertanggungjawab menyalahgunakan dana itu dan menuntut supaya ia dibayar balik.
Riza Shahriz dan dua syarikatnya dalam pernyataan pembelaan difailkan pada 25 Oktober 2021 mendakwa mendapat pinjaman daripada keluarga diraja Arab Saudi atau International Petroleum Investment Company untuk menerbitkan beberapa filem di Amerika Syarikat.
Pada Mei 2020, mahkamah melepas tanpa membebaskan (DNAA) Riza Shahriz bagi pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan AS$248 juta yang dikaitkan dengan dana 1MDB.
Keputusan itu adalah berkaitan kes jenayah dan bukan saman sivil yang difailkan 1MDB terhadapnya.




https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315774/jho-low-anggap-anak-tiri-najib-riza-shahriz-sebagai-kawan-baik-bekas










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 05:22 PM | Show all posts
Kesesakan di lebuh raya Pasir Gudang kembali parah







Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim. - Foto fail NSTP



PASIR GUDANG: Pengguna lebuh raya Pasir Gudang kembali berdepan dengan masalah kesesakan lalu lintas kira-kira dua hingga tiga jam hampir setiap hari sejak minggu lalu.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, berkata pihaknya menerima aduan berkaitan masalah kesesakan lalu lintas sejak minggu lalu yang turut menimbulkan tekanan kepada orang ramai.
Beliau berkata, pihaknya mendapati terlalu banyak kerja membaik pulih jalan raya dilakukan serentak dan ia dipercayai menyumbang kepada masalah itu.
Katanya, di Jalan Pantai dari Johor Bahru ke Permas Jaya pada minggu lalu dilaporkan berlaku kesesakan lalu lintas yang ketara.


"Ada aduan menyatakan pengguna jalan raya terbabit mengambil masa antara dua hingga tiga jam untuk sampai ke Taman Rinting.
"Contoh yang lain termasuk jalan berhadapan Jalan Permas 12 ditutup. Aduan diterima bahawa Lebuhraya Lebuh Raya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) ke Pasir Gudang iaitu selepas Jambatan Permas Jaya didapati sebahagian jalan raya yang di korek dibiarkan tanpa ditutup dan diturap. Keadaan ini amat membahayakan pengguna jalan raya itu," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, terdapat juga aduan diterima pada waktu malam berlaku keadaan di mana jalan raya dari Bakar Batu menuju ke Pasir Gudang ditutup sehingga pengguna terpaksa berpusing ke Lebuhraya Pasir Gudang yang agak jauh dari situ.
Katanya, orang ramai kecewa kerana tiada pemberitahuan yang jelas daripada pihak kontraktor yang menjalankan kerja pembaikan jalan atau dari Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru
(MBJB) untuk memaklumkan kepada orang ramai.
"Bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya itu sama ada kini ataupun masa akan datang, saya mencadangkan JKR bersama MBJB dan pihak polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam turun padang ke kawasan yang terbabit untuk memantau kerja dilakukan pihak konsesi kontraktor yang menjalankan kerja pembaikan jalan itu.
"Seterusnya saya cadangkan Pegawai Daerah Johor Bahru selaku Pengerusi Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Johor Bahru membincangkan perkara kesesakan jalan raya di Pasir Gudang dalam mesyuarat bulanan akan datang dengan meminta JKR dan MBJB memberi laporan usaha penyelesaian masalah kesesakan jalan raya di Pasir Gudang," katanya.



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1315772/kesesakan-di-lebuh-raya-pasir-gudang-kembali-parah



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:03 PM | Show all posts

Wuuuuuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2024 06:04 PM | Show all posts
nuki12 replied at 25-10-2024 05:22 PM
Kesesakan di lebuh raya Pasir Gudang kembali parah

Hi Nuki
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:04 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:18 PM | Show all posts
yangsemb replied at 25-10-2024 05:17 PM
https://youtu.be/wpPHgx3ebBQ?si=XRFnYx4rC3ViHpkC


Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2024 06:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 06:01 PM GMT+8 , Processed in 0.212039 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list