|
Geram juga! Para artis, influencer, pendakwah sibuk tayang gaya hidup mewah, sibuk nak kumpul duit, sibuk nak tayang adegan sweet romantik segala.
Kita yang dah faham permainan dunia ni, memang tak heran dah semua tu. Tak terpedaya dah dengan dunia tipu-tipu.
Tapi kesian kat anak-anak kita yang baru nak kenal dunia. Mostly mudah terpengaruh dan anggap itulah nikmat dunia.
Saya selalu berprogram dengan remaja, kadang rasa sedih. Ramai remaja yang luah rasa kenapa mereka tak kaya, tak cantik ... .
Allah, sedihnya bila dah tak ada syukur dan qanaah dalam diri mereka!
Bahkan, ada yang luah pengharapan nak kahwin dengan jutawan, dengan suami sweet, romantik ... jarang-jarang dah dengar yang nak suami soleh.
Sedih!
Mak ayah, perhatikan anak-anak kita, pemikiran mereka, perasaan mereka, gaya hidup mereka.
Sekarang dunia media sosial, kehidupan orang lain sentiasa terpampang dan asyik lalu-lalang. Tua muda, masing-masing nak tunjuk 'terpaling'.
Hakikatnya, pemikiran kapitalis dan materialistik sedang terbentuk dalam pemikiran anak-anak kita.
Mereka fikir, bahagia itu ada pada berkereta mewah, ada rumah hebat, hidup yang glamour, pengaruh yang hebat ... .
Mereka sibuk bandingkan hidup mereka dengan orang lain. Ada yang jadi seronok nak show off. Ada pula yang rasa rendah diri.
Saya sendiri pun jenuh nak nasihat anak-anak. Bukan saja tentang apa yang mereka pandang dan fikir, bahkan tentang apa yang mereka pamer.
"Selfie sesekali, itu normal. Tapi kalau asyik-asyik upload gambar selfie, itu tak normal!"
"Sesekali tunjuk gambar apa yang kita makan, itu okey. Tapi kalau asyik-asyik tunjuk apa yang kita makan, itu tak okey!"
"Jangan layankan sangat apa yang kita nak tu. Itulah namanya nafsu. Nafsu tak pernah kenyang. Nabi kata, manusia ni kalau dapat 2 gunung emas pun tetap nak yang ketiga!"
Ulang, ulang dan ulang. Jangan jemu beri panduan dan peringatan.
Kita jadi mak ayah kena latih anak-anak untuk hidup bersederhana. Belajar untuk menikmati hidup biasa-biasa saja. Lebihkan fokus pada bakti kita dan usaha untuk ke syurga.
Sungguhlah, ini fasa akhir zaman dan dunia sedang menuju kehancuran. Satu per satu Allah dah tunjukkan.
Kita nak tegur para artis, influencer dan so call pendakwah ni supaya bersederhana, mana mahunya mereka nak dengar cakap kita.
Habis-habis hujah pun, mereka tuduh kita dengki. Allah, jem juga!
Jadi, kita fokuslah pada mendidik hati sendiri, mendidik anak-anak kita dan mereka yang hampir.
Beringat selalu, dunia ni macam air laut, makin diminum, makin haus!
By #BondaNor |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|