CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jofizo

Malaysia menuju negara kristian......?

  [Copy link]
Post time 9-5-2011 01:40 AM | Show all posts
Good move by the PM... Selidik dulu betul atau tidaknya kejadian itu...

In the meantime,  ...
Maideen. Post at 9-5-2011 00:54


yup, adakah JAKAKIM akan membina pusat pemulihan ahlak di hulu selangor..ppprrrggghhhhttttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 01:47 AM | Show all posts
Why not make Malaysia as secular state? That makes more sense
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by Maideen. at 9-5-2011 02:05
Sesiapa pon X bincang tentang kerasmian Islam di negara kita. Termasok org Islam sendiri. Semua tu dah ditulis dlm Perlembagaan Malaysia. Org bodo je yg takut agama lain akan ganti Islam di negara Malaysia..
KLKnight Post at 9-5-2011 01:21


Setuju!

Kenapa harus takut?

Selain dari kehilangan sumber dana nak buat Masjid, nak buat Sekolah Agama, nak buat Jabatan Isle kesana Isle kemari dengan menggunakan wang pembayar cukai, Maideen rasa tak ada hal lah kalau Kristian dijadikan agama resmi..

In fact, bila dilihat cara Kristian buat kebajikan, tidak diragukan lagi bahawa Malaysia akan menjadi Negra Kebajikan yang lebih efektif jika Kristianity menjadi agama resmi...


Dan sudah pasti Jabatan Kemajuan agama Kristian Malaysia (JAKAKIM) tidak akan membuat pusat tarbiyyah di Hulu Selangor dimana seorang India Kristian yang berkahwin dengan India Hindu akan ditangkap dan dipisahkan daripada suami dan anak anaknya akan dikurung dan dipaksa kembali kepada ajaran Bible yang sebener...

Begitu juga, Maideen rasa jika ada pemuda yang mahu keluar dari agama Kristian, Maideen rasa dia tidak akan dipaksa bertaubat under the threat of being sent to the Pusat Tarbiyyah Kristian di Hulu Selangor itu...

So kenapa harus takot?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:04 AM | Show all posts
yup, adakah JAKAKIM akan membina pusat pemulihan ahlak di hulu selangor..ppprrrggghhhhttttt
M5 Post at 9-5-2011 01:40

sama sama kita renungkan......
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:11 AM | Show all posts
apasal nak buat negara kristian pulak? dah majority penduduk malaysia ni beragama islam. jadi leboh bermakna kalau official religionnya adalah islam.
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 02:13 AM | Show all posts
Post Last Edit by Maideen. at 9-5-2011 02:15
apasal nak buat negara kristian pulak? dah majority penduduk malaysia ni beragama islam. jadi leboh  ...
merigigi Post at 9-5-2011 02:11


Siapa yang nak buat negara kristian dol? Negra kristian tu macamana? Melaksanakan hudud kristian ka?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2011 02:57 AM | Show all posts
Utusan patut melihat dari segi objektif dalam melaporkan sesuatu...

isu pendedahan mesti berdasarkan bukti yg jelas....perbincangan pasal agama mesti berdasarkan dialog bukan dengan provokasi....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by devil_fruit at 9-5-2011 08:47

Yang paling gembira dengan berita nie ialah...
Paderi Maideen lah...
Kih...Kih...Kih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 08:40 AM | Show all posts
sokkhabar jamban ni mula-mula plan nak keluarkan cerita bodoh ni 2 bulan lepas tetapi terpaksa di tangguhkan selepas pilihanraya negeri sarawak....
takut iban-iban mengamuk...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:45 AM | Show all posts
Reply 159# Maideen.


    kalau aku.
tak perlu title agama rasmi..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:47 AM | Show all posts
sokkhabar jamban ni mula-mula plan nak keluarkan cerita bodoh ni 2 bulan lepas tetapi terpaksa di ta ...
freebird Post at 9-5-2011 08:40



    dengan penuh konfiden je cina uraban ni
menabur kencing
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 08:56 AM | Show all posts
ai perasan tau..every year..nk dekat2 tarikh 13 Mei mesti ada issue nak hangatkan suasana tau..konon nak bagi peringatan..
hmm..bukan ke suratkhabar yg sama menekankan psl 1Malaysia and saling hormat menghormati?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:06 AM | Show all posts
kesian jgk PM, nk promote 1Malaysia, tapi suratkabar promote isu sensitif, ntah betul ntah tidak, kutip cite tepi jalan, masuk paper muka depan
memang crap sangat utusan ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:23 AM | Show all posts
Reply  Maideen.


    kalau aku.
tak perlu title agama rasmi..
atira Post at 9-5-2011 08:45

Kenapa Tira? Adakah Tira merasa ketidakadilan apabila wang pembayar cukai yang dikutip dari penganut bermacam agama hanya boleh digunakan untuk mendirikan masjid, sekolah agama Isle dan membayar gaji perkerja jabatan jabatan Isle kesana Isle kemari ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:25 AM | Show all posts
Why not make Malaysia as secular state? That makes more sense
ultra78 Post at 9-5-2011 01:47

Yup.......

Secularism is Islamic!  Memaksa orang mengikut kepercayaan kita, is not!
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 09:57 AM | Show all posts
Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa
Wira Arjuna
Mei 9, 11
8:10am
Dosa terbesar Umno terhadap orang Melayu ialah cengkaman dan taktiknya memenjarakan pemikiran Melayu dalam kotak agenda politiknya. Dari masa ke masa Umno secara sedar memilih agenda apa yang dihendak dimasukkan dalam petak pemikiran Melayu agar terus dibelenggu kebimbangan, kecurigaan dan ketakutan.

Apabila ini berlaku, Umno akan terus memasungkan jiwa Melayu agar takut terhadap cabaran kaum lain (terutama rakyat keturunan Cina); saingan agama lain (kini Kristian) dan institusi lain termasuk, raja- raja Melayu sendiri!

Natijahnya, Umno mahu orang Melayu terus menerus bergantung kepada pembelaannya dari angkara yang dibibitkan oleh Umno sendiri dalam pemikiran Melayu.

Lihat sahaja apa yang berlaku sekarang. Idea dan konsep Pakatan Rakyat semakin popular dan diterima sebagai alternatif kepada BN.

Pada pilihan raya - pilihan raya kecil seluruh negara selepas Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak bulan lalu, kemungkinan idea amalan sistem politik dua parti menjadi realiti di negara ini semakin mekar.

Ini membuat Umno jadi lebih kalut dan cuba memutamati pasung pemikiran ke atas orang Melayu dengan mencampuradukkan semua idea dan agenda politiknya agar orang Melayu terus bimbang, curiga dan takut pada pembaharuan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat.

Maka, digerakkanlah segala kudrat politiknya untuk terus menghunjam rasa ngeri dan ngilu rakyat pada perubahan atau reformasi yang ditegakkan oleh Pakatan Rakyat.
Upah yang tinggi

Segala televisyen, radio, akhbar dan majalah dikerahkan. Aparatus perang siber pun cuba dimonopoli. Soldadu siber direkrut dengan upah yang tinggi.

Semuanya bertujuan menutup ruang maklumat yang mungkin sampai kepada rakyat, khususnya Melayu (di luar bandar).

Kali ini taktik Umno kurang menjadi. Oleh kerana kebijakan politik Pakatan Rakyat dan pengisian maklumat yang lebih teratur dan bercambah di kalangan orang Melayu, sergahan- sergahan Umno pada jiwa Melayu kini menjadi semakin kalis.

Taktik lucah seperti konspirasi surat layang, fitnah video seks, tuduhan liwat, persengkongkolan politik dengan kaum Cina, kemaraan dan semaraknya ajaran Kristian semua terpaksa dihamburkan dengan harapan orang Melayu semakin keliru dan makin menebal rasa bimbang, curiga serta takut mereka.

Malangnya, ini tidak berlaku.

Taktik cemas dan haru biru Umno ini mulai dapat dihidu oleh orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya.

Kini rakyat lebih bijak berhujah bahawa daripada 222 kerusi Dewan Rakyat, majoritinya masih kerusi Melayu- Islam. Justeru, betapa padunya rakyat bukan Melayu dan bukan Islam berkonspirasi, mustahil mereka boleh menubuhkan kerajaan sendiri. Itu hakikat.

Namun Umno terus memutarkan mitos bahawa Malaysia akan jadi negara Kristian dan diperintah oleh kumpulan yang mewakili kepentingan bukan Melayu.

Mengenyit mata

Kumpulan itu mereka namakan sebagai Pakatan Rakyat!

Sebab itu, sejak selepas pilihanraya negeri Sarawak April lalu, serangan bertubi- tubi disasarkan kepada DAP dan Kristian. Serentak itu juga, Umno beria-ia benar dan tanpa rasa malu mengenyit mata pada PAS agar meninggalkan Pakatan Rakyat!

Ini bagi mengelakkan kemungkinan kononnya, DAP yang akan mendapat manfaat sepenuhnya daripada skim politik Pakatan Rakyat.

Sebenarnya kekalutan Umno dapat dibaca sejak dua belas tahun lalu.

Apabila rakyat keturunan Melayu bangkit memprotes keceluparan dan tindakan tidak bersusila Umno terhadap tokoh pemimpin Melayu- Islam, Anwar Ibrahim melalui kes fitnah liwat pertama pada 1998-99, Umno cuba berjinak dengan PAS.

Namun kengerian Umno kehilangan tampuk kuasa di Terengganu dan goyah di Kedah sekonyong- sekonyong terungkai apabila mereka yakin dapat menjinakkan pengundi bukan Melayu dengan pemberian pelbagai konsesi politik termasuk memperkenalkan skim Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Selaras itu, mengambil kesempatan dari kempen memerangi keganasan antarabangsa, Umno memutuskan untuk menarik balik bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat kerana Presiden George Bush Jr mengatakan madrasah-madrasah adalah sarang dan tempat pembiakan pengganas.

Tak akan dipatuk di lubang sama

Jika ada agenda mempertahankan kuasa politik Umno yang tidak berhasil sehingga hari ini ialah mengulangi usaha melamar PAS bekerjasama dengan Umno dalam Barisan Nasional pada 1974.

Oleh kerana tamak haloba kuasanya Umno mengusir PAS keluar dari pakatan politik itu apabila merasakan kehadiran PAS tidak diperlukan lagi pada 1978.

PAS kini sudah belajar dari kesilapannya. Berpandukan hadis nabi bahawa seseorang muslim itu tidak akan dipatuk di lubang yang sama dua kali, PAS menjauhi Umno.

Kini Umno terkapai- kapai bagai mana hendak menakut-nakutkan orang Melayu agar terus lari dan minta berlindung dibawah payung politiknya yang semakin rabak diulet fitnah, penipuan dan rasuah.

Gelagat lucu Umno ini kini jadi bahan ketawa rakyat. Keghairahan soldadu siber yang berlebih-lebihan memaki hamun Pakatan Rakyat dan pemimpinnya, serta kurang susila mereka menyebarkan bahan- bahanlucah dalam bentuk kertas siaran serta video yang menjijikkan adalah petanda Umno kini semakin lelah dan sesak dijerut dosanya memenjarakan pemikiran Melayu selama ini.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2011 10:02 AM | Show all posts
Siapa yang nak buat negara kristian dol?  Negra kristian tu macamana? Melaksanakan hudud k ...
Maideen. Post at 9-5-2011 02:13


Masalahnya takde org yg nak buat negara Christian, hnaya Maideen dan gang merepek kat sini je.. dan mamat PERKASA dan OTOSAN..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:04 AM | Show all posts
Masalahnya takde org yg nak buat negara Christian, hnaya Maideen dan gang merepek kat sini je..  ...
KLKnight Post at 9-5-2011 10:02



    Negra Kristian tu macamana Dol? Hudud ala Kristian dilaksanakan ka? Prrrrrrrrrpfffffftght

Maideen~Negra Kristian kunun........hahahahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:07 AM | Show all posts
Post Last Edit by Maideen. at 9-5-2011 10:08
Umno takut-takutkan Melayu untuk terus berkuasa
Wira Arjuna
Mei 9, 11
8:10am
Dosa terbesar Umno  ...
gergasi Post at 9-5-2011 09:57

Selagi Melayu takut agama lain menjadi agama resmi, selagi itu lah Umno akan memanipulasikan "fear" ini untuk mentadbir negra.

Ayoh orang orang Melayu....buangkan rasa takut itu!

Undi lah PAS. PAS tak kesah..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2011 10:07 AM | Show all posts
Yup.......

Secularism is Islamic!  Memaksa orang mengikut kepercayaan kita, is not!
Maideen. Post at 9-5-2011 09:25


fakta yg bernas, sesuai dgn saranan al Qur'an, secularism is the way forward for malaysia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 05:33 PM GMT+8 , Processed in 0.071458 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list