|
Post Last Edit by amirezu at 5-7-2011 19:23
Berkenaan dengan Azazil
Al-Kahf [50] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya…
Iblis pada mulanya bernama Azazil dan tinggal di bumi. Azazil adalah jin yang taat kepada Allah. Dia menyembah Allah selama 1000 tahun, lalu Allah swt mengangkatnya ke langit pertama. Di langit pertama, Azazil beribadah menyembah Allah swt selama 1000 tahun. Kemudian dia diangkat ke langit kedua. Begitu seterusnya hingga akhirnya dia diangkat menjadi imam kepada para malaikat. Apa pun perintah Allah kepada malaikat juga adalah perintah baginya, kerana dialah imam para malaikat yang memimpin malaikat.
Azazil adalah imam kepada kepada seluruh malaikat. Ibadahnya kepada Allah banyak. Ada riwayat yang menyatakan Azazil beribadah kepada Allah selama 80,000 tahun dan tiada tempat di dunia ini yang tidak dijadikan tempat sujudnya ke hadrat Allah.
Dalam satu riwayat menceritakan, akan malaikat Israfil melihat yang tersurat di Loh Mahfuz ada tercatat satu suratan berkenaan :
“Adanya satu hamba Allah yang beribadah selama 80,000 tahun tetapi hanya kerana satu kesalahan, maka ibadah hamba itu tidak diterima Allah dan hamba itu terlaknat sehingga hari Kiamat”
Maka menangislah Israfil kerana bimbang makhluk yang tersurat di Loh Mahfuz itu adalah dirinya. Maka diceritakanlah Israfil kepada segala malaikat pengalamannya melihat apa yang tersurat di Loh Mahfuz. Maka menangislah sekelian malaikat kerana takut dan bimbang nasib mereka. Lalu kesemua malaikat datang menemui Azazil yang menjadi imam kepada para malaikat, agar Azazil akan mendoakan keselamatan dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat. Azazil pun mendoakan keselamatan di dunia dan akhirat kepada seluruh malaikat dengan doa :
“Ya Allah, Janganlah ENGKAU murka terhadap mereka (para malaikat)”
Malangnya, Azazil lupa untuk mendoakan keselamatan untuk dirinya. Selepas mendoakan kesemua para malaikat, Azazil terus menuju ke syurga. Di atas pintu syurga, Azazil terlihat suratan yang menyatakan :
“Ada satu hamba dari kalangan hamba-hamba Allah yang muqarrabin yang telah diperintahkan Allah untuk membuat satu tugasan, tapi hamba tersebut mengengkari perintah Allah. Lalu dia tergolong dalam golongan yang sesat dan terlaknat”
Lalu Allah Menciptakan Adam a.s., dan memerintahkan malaikat untuk sujud menghormat kepada Adam a.s. Azazil, sebagai imam para malaikat, sepatutnya lebih dahulu bersujud memimpin para malaikat. Tetapi, dia menolak, kerana dia merasa bahawa dirinya lebih baik dari pada Adam. Sementara para malaikat lain terus sujud tanpa dipimpin oleh Azazil.
Bukan sahaja dia enggan sujud, malah sombong dan menjawab kepada Allah :-
Israa [61] Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang diadun)?
Keengganan sujud ini berpunca dari hasad dengki iblis@Azazil, yang irihati apabila Allah hendak melantik nabi Adam sebagai khalifah di bumi kerana ia dijadikan dari api sedangkan manusia dijadikan dari tanah yang busuk dan melekat. Ia derhaka kepada Allah, takabbur dan lupa daratan.
Maka terhalaulah Azazil dari syurga. Namanya diubah kepada Iblis. Apabila Iblis diturunkan ke bumi, dia berjanji akan menyesatkan manusia serta keturunannya.
Israa [62] Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya) |
|
|
|
|
|
|
|
Iblis dari satu gulungan jin, dan Azazil tu adalah kepala iblis seperti yang dikisahkan di atas.. keturunan azazil ni merupakan jenis iblis yang juga meneruskan tugas menyesatkan manusia (adam dan keturunannya). |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 161# amirezu
Salamun alaik..
Terima kasih dengan penerangan ini.
Pemahaman saya sama seperti saudara. Bagi saya yang bukan kasyaf ini, Azazil adalah nama Iblis laknatullah sebelum dilaknat oleh Allah s.w.t.
Walau apapun, diharap perbezaan pendapat ini tidak menimbulkan pertelingkahan antara forumer. Selagi tidak menjejaskan aqidah dan tauhid, maka perselisihan pendapat ini adalah dibenarkan di dalam Islam, sesuai dengan peranan manusia sebagai makhluk yang mampu berfikir dengan akal dan mendalami ilmu di mana sahaja ia berada. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 163# evilcooler
betul tu. berbincang dan bertukar pendapat memang digalakkan selagi akidah masih terjaga.
ilmu Allah s.w.t. itu sangat luas dan kita dibolehkan utk berbincang selagi mana tidak bercanggah dengan perkara2 asas |
|
|
|
|
|
|
|
Cepat2 perbetulkan kawan yang silap.. Banyak manusia tertipu bila senang percaya khabar dan cerita dari jin sendiri!.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takde sape yg boleh tambah ke.
Aku google.pun tak jumpe ape ape.
Diorang ni yeti kot.
(posted by mobile) |
|
|
|
|
|
|
|
ya betul. Azazil adalah nama asal Iblis sebelum dilaknat Allah SWT. Ia adalah sekadar nama.
Azazil merujuk kpd maksud "yang dimuliakan Allah", tetapi selepas dilaknat Allah SWT kerana enggan sujud hormat kpd Adam AS, ia bertukar huduh dan lepas itu di panggil Iblis yg bermaksud "terputus dari rahmat Allah".
Bagaimana Iblis boleh ada ramai sedangkan Iblis pernah muncul dan berdialog dgn Nabi SAW bersama para sahabat dgn menjelma menjadi seorang tua, bongkok dan buta sebelah mata (akibat kena cucuk dgn jarum oleh Nabi Idris AS pada masa lampau).
Camner pun, paling penting dan jelas, Iblis, syaitan dan jin kafir mmg musuh nyata manusia. Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dikaji Al-Quran perihal makhluk ni, dalam Al-Quran dah dijelaskan hanya ada 4 jenis makhluk:
1) Manusia asal Tanah
2) Malaikat asal Nur
3) Jin asal Api
4) Makhluk yg melata (spt haiwan, tumbukan, bakteria, virus etc)
Jika benar Al-Hin wujud dan ghaib, maybe antara jenis 1 atau 3. Boleh jadi jenis manusia yg dighaibkan spt berlaku kpd Nabi Khidir? Atau sememangnya suku-sakat jin? Wallahulam. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat...
Kisah ini diceritakan oleh ustaz Khairul Syakirin dari Rawatan Islam darul Manzil (RIDAM)...
Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.
Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.
Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin 'masih belum ada rasi ubat' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..
Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..
Maka, saya ambil pendekatan segera dengan 'teknik scan' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..
Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin 'badan' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...
Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..
Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...
Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"
Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.
Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"
Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "
Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."
Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..
Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".
Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"
Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."
Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"
Pesakit: "Agama Monoteisme"
Saya: "Agama apa tu..?"
Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"
*Terkena jugak RIDAM..
Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."
*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...
Pesakit: "Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"
*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..
Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"
Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."
Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."
Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."
Kemudian dia menangis teresak-esak..
Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..
Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..
Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"
Seraya itu dia mengangguk..
Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."
Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"
Dia terdiam sejenak..
Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat 'scan' kau tadi? Mana kau menyorok?"
Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."
Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"
Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."
Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?"
Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."
Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"
Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."
Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..
Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..
Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"
Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?"
Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."
Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."
Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56
Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.'
Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."
*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..
Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"
Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."
Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"
Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."
Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."
Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"
Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"
Pesakit: "Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"
Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"
Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"
Saya: "A'ah...kenapa?"
Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."
Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."
Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."
Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"
Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."
Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."
Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."
Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"
Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"
Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."
Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"
Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."
Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..
Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..
---------
3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..
----------
Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..
Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu'alam.. Mungkin itu mainan mimpi....
link: http://darulmanzil.blogspot.com/2010...-malaikat.html |
|
|
|
|
|
|
|
Saya jumpa ayat ini dalam Al-Quran:
1)Al Ankabuut - Ayat 19
Dan apakah mereka tidak memperhatikan bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya , kemudian mengulanginya (kembali) . Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
2)Al An-am - Ayat 6
Apakah mereka tidak memperhatikan berapa banyak generasi yang telah Kami binasakan sebelum mereka, padahal (generasi itu) telah Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, yaitu keteguhan yang belum pernah Kami berikan kepadamu , dan Kami curahkan hujan yang lebat atas mereka dan Kami jadikan sungai-sungai mengalir di bawah mereka , kemudian . Kami binasakan mereka karena dosa mereka sendiri, dan Kami ciptakan sesudah mereka generasi yang lain.
3)Kisah bumi tak bagi malaikat ambil tanah untuk dijadikan manusia.
Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam, manusia pertama. Akan tetapi apabila Jibril sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam, kerana bumi khuatir Adam jadi maksiat kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Tuhan, kerana ia tidak dapat berbuat apa-apa, setelah mendengar sumpah bumi. Seterusnya, Allah memerintah malaikat Mikail, jawapan bumi masih sama dan selepas itu Allah memerintahkan malaikat Israfil, tetapi malangnya jawapan bumi masih tidak berganjak, dan masing-masing kembali dengan tangan kosong.
Lalu yang terakhir, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi. Firman Allah, Hai Izrail, engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, bagaimanapun jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjakan atas perintah dan atas namaKu. Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya barulah bumi mengizinkan akan tanahnya itu diambil.
Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah dia ke hadrat Allah.Lalu Allah berfirman; Ya Izrail, pertama engkau yang Ku-tugaskan mengambil tanah, dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut roh manusia. Maka Izrail khuatir kerana bimbang dibenci oleh umat manusia kelak. Lalu Allah berfirman lagi; Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu, Aku yang mengaturnya, dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab, terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
|
|
menarik. ada elaboration lagi tak untuk topic ini? |
|
|
|
|
|
|
|
thread pasal al-hin ni dah ada. nanti akan dimerge, tq |
|
|
|
|
|
|
|
memang sah yang ilmu kita ada hanya sedikit sahaja. terima kasih kerana kongsi segala ilmu. |
|
|
|
|
|
|
|
Citer yg sangat menarik & berinformasi ...byknya rahsia alam yg belum terungkai..subhanallah!!! |
|
|
|
|
|
|
|
ADA BACA LAM NOVEL, MMG KARYA RAMLEE AWANG MURSYID, LAU RAJIN, JENGAH LAH KAT LAMPIRAN NOVEL, pages blakang skali...
ada kat situ antara buku rujukan2 nya...
kak una mmg minat karya ramli ni...
ada juga dizahirkan kisah makhluk Allah ni... perjalanan laksamana sunan utk megambil semula sang ratu, isteri nya...
kat situ ada kisah ni....
trylah gugel ek... nak pinjam novel pun bleh~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 174# Santeira
tq mod.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada yang tidak mampu difikrkan secara logik akal, tetapi untuk menafikannya bermaksud kita meremehkan kebesaran Allah, 20 sifat wajib 20 mustahil .. dan satu yang harus... perawat dari darul Manzil itu berjaya merawat dan pesakit itu sembuh hanya dengan dialog, Alhamdulillah.. bagus tu.
tentang makhluk yang bergelar Al Hin ini sebenarnya adakah ia mendiami planet bumi atau hidup didalam 'parallel universe' seperti alam malakut adalah tidak diketahui,
Alam ini luas... dan lebih Luas lagi Ilmu Allah , terpulang kepada pembaca untuk percaya atau tidak kepada kisah diatas, |
|
|
|
|
|
|
|
teori adam sblm adam mgkn ade kesahihan di sini....wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|