CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: transporter

UMRAH & HAJI XIII, PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH DAN MAKKAH (HARAMAIN)

 Close [Copy link]
Post time 23-10-2012 04:46 PM | Show all posts
aily posted on 23-10-2012 04:37 PM
Sedih jika terjadi begini kat kita. Macam tak patut sangat dibiarkan mak pak pergi dengan muassasa ...

Apa nak buat, contoh2 yang ada ni kita jadikan tauladan supaya sentiasa kita berbakti pada orang tua.Bagi jemaah yang hadapi situasi ni, mungkin Allah nak tingkatkan maqam untuk ambil peluang berbakti pada jemaah yang uzur tanpa ada ikatan kekeluargaan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2012 05:44 PM | Show all posts
JuanM posted on 23-10-2012 04:46 PM
Apa nak buat, contoh2 yang ada ni kita jadikan tauladan supaya sentiasa kita berbakti pada orang t ...

Betul, sedih sgt melihat situasi tu, lg2 km sebilik, kami cb call anaknya, tp x pernah dapat. risau juga mana la tahu umurnya x panjang. Anak sulong plk tu yg pergi sekali . Umur makcik tu sekitar 75 thn. Smg zuriat keturunan  kita sentiasa ada rasa rindu dgn kita semua dan dapat mendoakan kita kelak bila kita ke"sana" nanti.
Disaat itu sy sentiasa berdoa supaya hati saya terdidik utk berbakti dgn warga2 emas tersebut. lagipn masa buat rayuan utk kesana, saya pernah terkeluar ckp pada suami, blh tak saya jadi mana2 waris pd warga emas yang x de anak2 atau sedara mara yg nk pergi sekali. Hadiahnya di Haram saya dan suami sering bawak balik jemaah yg x dapat balik ke hotel masing sbb sesat. Masalahnya si penunjuk jalan pn sama, tak tahu jalan. heheehe. sudahnya bawak balik ke Marwah & serah kt Tabung Haji. Yg lucunya sampai saya buat Saie Haji pn ada jemaah yg nk ikut saya. Sudahnya saya buat Saie Haji asing2 ngan suami dan bapa mertua.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 09:34 PM | Show all posts
hafiz_ah posted on 23-10-2012 10:44 AM
Umrah CS Holidays bersama Hj. Sulaiman Group
7 Februari - 19 Februari 2013 (13hari 11malam)
Penerb ...

Assalamu'alaikum wbt

Maaf, nak tanya moderator, boleh ke buat iklan macam ni dalam forum? Tak melanggar peraturan forum ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:01 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 02:02 PM
Hehehe..laaa..ye ke..

tempat yg bertanda merah tu adalah kawasan kejadian..sampai sekarang saya ...

Kat food court tu ada gerai jual bakso goyang lidah





Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2012 10:15 PM | Show all posts
ibu128 posted on 23-10-2012 05:44 PM
Betul, sedih sgt melihat situasi tu, lg2 km sebilik, kami cb call anaknya, tp x pernah dapat. risa ...

Assalamu'alaikum wbt

Apa-apa pun kita pesangka baik jer la kat anak dia. Mana tahu anaknya demam ke, masuk hospital ke semasa di sana.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 01:42 AM | Show all posts
Assalamualaikum.

Tak tahu ada thread ni rupanya. Bila tengok gambar2 yg haji_one tempek ni, ya Allah, rindunya kat Tanah Suci. Pengalaman tido dalam khemah stor makanan kat Mina rasa macam baru semalam je berlaku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2012 07:27 AM | Show all posts
msaadhamid posted on 23-10-2012 10:15 PM
Assalamu'alaikum wbt

Apa-apa pun kita pesangka baik jer la kat anak dia. Mana tahu anaknya dema ...

Hmmm..ye la, bagi kita yang tak tahu apa2 ni, baik kita bersangka baik je la..hmm...tapi gembira juga sebab ada jemaah haji kita yang sanggup bersusah payah utk mengajalankan tanggungjawab sebagai 'saudara mara' utk menguruskan jemaah haji warga emas tu..tahniah pada JuanM..insyaAllah, segala kemudahan dan kesenangan jemaah haji yang datang dr bantuan JuanM akan dibalas dengan pahala dan haji yang mabrur. Amin.

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 07:29 AM | Show all posts
amirezu posted on 24-10-2012 01:42 AM
Assalamualaikum.

Tak tahu ada thread ni rupanya. Bila tengok gambar2 yg haji_one tempek ni, ya Al ...

Wa'laikumsalam wbr wbt..hehehe..jemput masuk amirezu..ala..gambar2 biasa je..takdak apa2 yang menarik sangat.

Cuba cerita, macamana la yang sampai boleh tidur kat stor makanan di Mina ni? aircond sejuk sangat ke atau khemah bocor sebab hujan ke? hehehehe...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-10-2012 08:34 AM | Show all posts
haji_one posted on 24-10-2012 07:29 AM
Wa'laikumsalam wbr wbt..hehehe..jemput masuk amirezu..ala..gambar2 biasa je..takdak apa2 yang mena ...

haji_one,

Tahun ni, kuota tambahan tak dapat atau dapat sikit aje, jadi pakej haji swasta (termasuk THTS) yang dah bayar kepada pihak arab di tanah haram ....... jemaah yang datang tidak sebanyak seperti tempahan bilik yang sudah dibuat. Adakah ini bermakna, ada kemungkinan jemaah yang pergi dengan pakej tahun ini mungkin dapat duduk 2 orang sebilik/keadaan lebih selesa di hotel ?

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 08:57 AM | Show all posts
haji_one posted on 24-10-2012 07:27 AM
Hmmm..ye la, bagi kita yang tak tahu apa2 ni, baik kita bersangka baik je la..hmm...tapi gembira j ...

Haji One, terima kasih atas doa dan saya sgt terharu   lebih-lebih lagi hari ni, jemaah dah mula nak bergerak ke Arafah.Terkenang semula detik2 perjalanan haji kami 3 tahun lepas.Apapun ibadah haji ni berbeza sangat dari ibadah rukun Islam yang lain.Ibadah yg lebih menumpu pada perbuatan fizikal berbanding bacaan& pada masa yang sama perlu prihatin pada keadaan orang disekeliling kita.Jadilah manusia yang memberi manafaat kepada orang lain.

Nak memahami falsafah haji bukannya mudah apatah lagi mencapai kemabruran haji yang dijanjikan syurga.Haji itu pengorbanan, mungkin bagi sesetengah org pengorbanan wang ringgit & masa.Tapi bagi saya semua kesenangan & keselesaan dunia kita korbankan.Apapun jika dinilai dari amalan kita masa mengerjakan haji amatlah jauh dari ibadah para sahabat untuk mendapat haji yang mabrur.Hanya rahmat & ihsanNya sahaja yang kita harapkan...Amin ya rab....
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:05 AM | Show all posts
transporter posted on 24-10-2012 08:34 AM
haji_one,

Tahun ni, kuota tambahan tak dapat atau dapat sikit aje, jadi pakej haji swasta (term ...

Salam. Saya rasa bagi mereka yg KT hujung-hujung tu akan berpeluang untuk duduk dengan selesa selepas kerja haji sebab KT yang awal2 dah mula berangkat pulang.
Bila bilik dah mula kosong, pihak pengurusan akan menawarkan bilik2 yang dah kosong tu pada mereka2 yang lain. Tak tahu laa samada perkara begini masih berlaku.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 09:16 AM | Show all posts
haji_one posted on 24-10-2012 07:29 AM
Wa'laikumsalam wbr wbt..hehehe..jemput masuk amirezu..ala..gambar2 biasa je..takdak apa2 yang mena ...

Amirezu, ini sama kes macam saya & rakan2 bila tak ada tempat tidur di Mina.Kes macam ni berlaku sebab dalam pakej kami ni adaler orang yang merasakan bayaran yang telah dibayar (cth pakej 2 org sebilik) tak layak tidor bersempit2 semasa di Arafah & Mina.Kalau seorg yg perangai mcm ni tak ape.Masalahnya mereka ni pergi dengan group.Khemah yg sepatutnya muat ramai,mereka akan letak beg yang macam nak camping 15malam .

Tiba aje di khemah kami jam 12 mlm slps buat tawaf & saie haji, tempat kami dah kena hijack.Takkan kami nak halau org2 yang nyenyak tidor.Mujur beg2 kami tak dicampak keluar.Saya bawa keluar beg kami, adalah sikit ruang utk mak nak tidor.Alhamdulillah.Saya & 7 org kawan2 cuba ikhtiar cara lain.Mengadu kat petugas Andalusia, dia cuma kata cuba selit kat mana2 khemah Andalusia yg lain itu sahaja nasihatnya.Lepas tu tengok semua khemah Andalusia penuh tak ada ruangpun nak menyelit.

Nak dijadikan cerita, masa tu pulak saya rasa nak buang air.By the time sy nak menuju ke bilik air saya terjumpa satu khemah yang kosong tak ada langsung org dalamnya, tapi bukan maktab kami.Lepas melepaskan hajat saya jumpa petugas TH, mintak kebenaran tidor dalam khemah tu sebab maktab sebelah.Alhamdulillah malam tu kami dapat khemah yang boleh muat 30org tapi kami cuma 7 org sahaja.Yang kelakarnya khemah yang luas tapi kami masih nak tidur rapat
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 11:57 AM | Show all posts
Assalam...

Syahdu sesangat membaca citer/pengalaman Haji di sini. Mengimbau kenangan sewaktu akak dijemput menjadi dhuyfurrahman pada tahun 2010, Alhamdulillah. Masih akak simpan segala tag, beg selepang, beg tarik (yang akak sumbat tahap maksima utk ke Mina! ), gelang getah muasassah, gelang besi THTS... Masih akak ingat nombor bilik hotel , nombor TILAM di Mina dan Arafah... Hati meronta-ronta nak pergi lagi dan lagi... Menitis air mata membaca cerita @haji_one tentang jemaah yang cacat penglihatan tu. Allahuakbar. Jazakkallahu khair kerana berkongsi pengalaman yg boleh dibuat iktibar bersama.

Nak tanya @haji_one , kalau mcm akak ni, yg daftar Haji pada tahun 2008, giliran katanya akan timbul pada tahun 2022... tapi dah pergi dengan pakej THTS, giliran akak yang pada tahun 2022 tu akan diberi pada jemaah lain lah kan? Atau macam mana?

Akak amat bersyukur kerana perkhidmatan yang diberi TH amat baik, segalanya berjalan lancar dan pada akak, lebih dari expectations. Cuma satuuuuu aje yg akak tak berapa 'best'... mungkin @haji_one boleh sebutkan dalam mana2 meeting dgn TH esok2 -- waktu wukuf di Arafah, waktu makbul du'a tu... banyaaaaaak sangat announcement tak perlu on the PA system... Jemaah nak concentrate berdu'a, meminta ampun tapi terpaksa dengar segala announcement pasal bas berlepas lah dsb. Akak paham yg announcement perlu dibuat tapi mungkin masa yang lebih sesuai patut dipilih utk perkara yg sebegitu... dan tidak mengambil time yg amat crucial (dan singkat) sewaktu du'a amat makbul itu. Maaf kalau apa yg akak sebut ni menyinggung, bukan niat nak kritik tak pepasal... sebab akak rasa pengurusan jemaah oleh TH adalah yang terbaik di Tanah Suci, Alhamdulillah. Yang banyak2 komplen tu, cuba try test tengok yg Pakistan punya pakej. Bayar sama dgn pakej Nilam THTS tapi kena tipu tidur kat hostel, katil bertingkat mcm asrama, khemah di Mina takdak tilam, tidur la atas pasir. Jemaah muasassah Malaysia jauh lebih selesa. Maka marilah kita bersyukur...
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:14 PM | Show all posts
haji_one posted on 23-10-2012 11:31 AM
Ibu128..Ustaz rosli..(yang kanan tu) sementara yang kiri tu pengurus maktab 88..

ustaz hj rosli hj othman ni salah sorang ustaz yg jadi pembimbing kursus haji di Penang. Saya penah la p kursus haji dgn dia dulu. Tapi saya rasa ,org tua2 rasanya tak berapa sesuai kursus haji dgn dia... ;) . Cara penyampaian dia mcm ngajar kat skolah... Kalau sapa2 yg nk kursus haji dgn dia, dia selalu di MAsjid Taqwa, Bertam Kepala BAtas.
dah dpt doktor ke dia...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:16 PM | Show all posts
akakbosan posted on 24-10-2012 11:57 AM
Assalam...

Syahdu sesangat membaca citer/pengalaman Haji di sini. Mengimbau kenangan sewaktu akak ...

pi haji cara susah2 mana ada tilam masa kat Mina, ngan pakej ja ada....cuma karpet je ada...kalau ada batu bawah tu...rasa la sakit belakang....hehehehe....tp ada apa hal..janji tak kena hujan dan panas syukur dah...

Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:22 PM | Show all posts
Mas916 posted on 24-10-2012 03:16 PM
pi haji cara susah2 mana ada tilam masa kat Mina, ngan pakej ja ada....cuma karpet je ada...kalau  ...

Assalam Mas...

Betul... kalau tak berpakej, tidor dlm khemah angkut sundri atas batu/tanah nan kering pun ada... Masalahnya, yg akak sebut ni... berpakej. Akak tahu sendiri sebab akak ada saudara-mara belah sinun. Derang bayar equivalent RM20+k jugaklah sorang, last2 kena tipu sebegitu sekali. Maybe bukan semua agen mcm tu, tapi akak dengar rata2 tak berapa nak.. "telus". Allahua'lam.

Kot pegi dgn niat hendak bermujahadah, pergi sendiri.. memanglah takde persediaan tilam bagai. Point akak di sini ialah, akak rasa TH jaga jemaah kita dengan cukup baik dah. Kekurangan sana sini tu biasalah... dak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-10-2012 03:30 PM | Show all posts
malam ni waktu msia jemaah bgerak ke arafah kan? semoga sume urusan mereka bjalan ngan lancar, insyaAllah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 03:32 PM | Show all posts
akakbosan posted on 24-10-2012 11:57 AM
Assalam...

Syahdu sesangat membaca citer/pengalaman Haji di sini. Mengimbau kenangan sewaktu akak ...

meow pon simpan segala menda yg bkaitan ... rs surat2 dr TH, sume simpan wat kenangan
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:54 PM | Show all posts
missus_meow posted on 24-10-2012 03:32 PM
meow pon simpan segala menda yg bkaitan ... rs surat2 dr TH, sume simpan wat kenangan  ...

Samalah kita... Boarding pass KT94 pergi balik pun akak simpan!
Reply

Use magic Report

Post time 24-10-2012 04:57 PM | Show all posts
Mas916 posted on 24-10-2012 03:16 PM
pi haji cara susah2 mana ada tilam masa kat Mina, ngan pakej ja ada....cuma karpet je ada...kalau  ...

Saja nak buat pembetulan.Maklumat nipun Juan dapat tahu dari org TH.Tak semua pakej Haji swasta dari Malaysia dapat kemudahan tilam.Kalau tak silap Juan, di Arafah & Mina yang biasanya sediakan semua logistik adalah pihak Muassassah yg ketuanya digelar Sheikh.Sheikh2 ni dilantik oleh Kementerian Haji Saudi. Tapi tak semua Sheikh ni bermurah hati nak sediakan tilam.Ikut nasibler kadangkala jemaah TH m'sia bukan pakejpun akan dapat tilam, kadang2 jemaah pakej swastapun cuma disediakan karpet aje.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.358278 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list