baru lps tgk trailer movie nie....hurmmmm....xtau nak tgk atau x?
Filem AI selalunya hebat kat trailer aje....tapi kalau tgk kat panggung hancur....
tapi ade nely plak.....
Ahmad Idham - Foto Sinar Harian oleh Zulfadhli Zaki
[url=]<[/url] 1 / 1 [url=]>[/url]
PASTIKAN anda bawa tisu ke pawagam. Demikian pesanan Pengarah filem terkenal, Ahmad Idham kepada penonton yang bakal menyaksikan filem romantis karya terbarunya, Cinderella.
Beliau yakin, filem tersebut bakal meruntun hati penonton dek penangan garapan dan lakonan hebat teraju utama, Fizo Omar dan Nelydia Senrose.
"Ini cerita cinta. Saya dah lama tak buat. Selepas cerita cinta Erra Yusry dulu, lebih 10 tahun saya tak buat. Jadi, saya buat satu cerita cinta.
"Saya nak penonton merasai pengorbanan seorang gadis bernama Nurul...Cinderella Melayu yang melalui satu proses kehidupan yg penuh onak duri, suka duka," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas tayangan filem Cinderella.
Cinderella merupakan filem yang mengangkat nostalgia drama bersiri popular tahun 90-an, Cinderella lakonan Haliza Misbun dan Ahmad Idham.
Filem yang bakal menemui penonton 19 Disember ini dibintangi Fizo Omar sebagai Salman dan Nelydia Senrose sebagai Nurul.
Akui berpuas hati dengan hasil yang digarap Idham dan tim produksi, Fizo Omar lega.
"Pada saya percaturan filem ini berjaya. Kesemuanya saya puas hati. Ia satu kelaianan yang tidak dijangka.
"Saya percaya seorang pun tak jangka penghujungnya begitu. Saya rasa satu panggung akan menangis menonton filem ini," katanya.
Ketika ditanya soal babak yang memerlukannya mengeluarkan air mata, Fizo akui ia bukan mudah.
"Dalam filem ini, saya menangis bukan sebab 'frust' cinta ke apa. Dalam satu-satu filem, saya tak akan menangis kalau saya rasa ia tak memerlukan saya menangis.
"Tapi saya meletakkan diri sebagai Salman yang dijangkiti HIV. Bagaimana dia nak harungi hidup dengan penyakit itu. Memang berat," katanya.
Sementara Nelydia yang sudah semakin meningkat naik pula akui babak nostalgia pembuka tirai filem itu paling sukar dilaksanakan.
"Cerita ini kita tahu pernah jadi fenomena. Kali ini ceritanya sama tapi tak serupa. Ada babak-babak yang nostalgia yang penonton masih boleh ingat yg turut diselitkan.
"Sebagai contoh babak Nurul dirogol. Ia paling susah sebab ia babak nostalgia. Masih ada orang yang ingat lakonan Haliza Misbun. Saya cuba buat yang terbaik," katanya.
Cinderella turut dijayakan Kamal Adli, Erin Malek, Fauziah Nawi, Datuk Jalaludin Hassan, Azizah Mahzan dan Azlan Komen.
with abg mohd noor kadir (kuasatek)... pemilik cerita asal cinderella versi drama...
IG ahmad idham
-rata-rata komen dari preview semalam positif. ramai kata best n sedih. lain orang lain pendapat. so tunggu je lah 19 dec nanti. Last edited by charlizetheron on 1-12-2013 04:36 PM