kalu aku la jadi ko....maybe dah lama kuor dari palapes segala tu...aku ni mmg penakut....rumah sendiri pun aku takut duk sorg2 kalau aku dah masuk board mps nih
aerolz posted on 7-10-2013 11:08 PM
So, malam tu, Ami start la buat sesi pengubatan. Gitu la kot orang panggil sesi tu. Dia suruh aku du ...
Dah ajar semua tu, dia suruh kiteorang bersilat. Time ni memang aku pandang semacam je la kan.. Aku mane reti bersilat.. Tapi dia cakap, dalam masa seminit je, kalau reti stabilizekan and fokus sepenuhnya, memang boleh bersilat. cakap je nak silat apa.. And yes. Malam tu, first time, aku bersilat walaupun langkah aku agak canggung.. hahaha..
ini skill macam movie the matrix..
kasi upload satu kali.. terus boleh berkungfu..
aku percaya pasal teknologi spiritual ni..
ini teknologi melayu lama..
teknologi dari tamadun melayu lama yang telah hilang/musnah..
ini termasuk teknologi telepathy & mind reading..
teleportation (lipat bumi) pun bukan mustahil (macam movie Jumper)..
agak2 aku bole berguru dengan ami tak TT?
beruntung si A.. ada sixth sense dah macam Constantine..
lepas tu dapat berguru direct dari si Ami..
dan menariknya.. Keanu Revees berlakon kedua filem ni..
Constantine & The Matrix..
Dah abis semua sesi mengubat sesi bermain silat excited bagai dengan ilmu baru ni,, kit ...
Bila kita dalam dunia ilmu dalaman, sebenarnya half soul kita kat dunia nyata, dan half lagi kat dunia pertengahan. Dimana tempat semua yang ghaib berada. Sesiapa yang tak mampu fokus atas nama Allah, yang berniat jahat, dengan senangnya iblis syaitan ni masuk campur. Siapa tak kuat, memang takkan senang2 diturunkan ilmu ni.. Itu yang aku tau.. Itu jugak salah satu sebab aku berhenti daripada semua ni.. Bahaya.. Sebab aku tau aku belum cukup kuat. Walaupun Ami selalu cakap, aku boleh fokus, aku cuma perlu percaya diri aku dan Allah. Tapi, memang sampai sekarang aku takut sebenarnya.. Sebab last aku buat, aku nampak yang lain.. Aku seliuhkan tangan kawan aku. Aku buat junior aku jatuh. Aku ubat orang lain, tapi aku sendiri sakit. Banyak la yang jadi, Tapi aku tak cukup kuat.. Aku quit. Aku tak berani dah main-main guna ilmu dalaman ni lagi.. Aku anggap semua tu jadi pengalaman hidup je..
satu lagi falsafah "The Matrix"..
dalam istilah sains, ada kaitan dengan parallel universe & multi-dimension..
sapa yang berminat nak ikut pengajian The Matrix..
boleh baca artikel2 nih..
compiled by one Mistisfiles avid reader..
btw, teruskan menulis TT.. it's my reading pleasure..
boleh di katakan thread ni adalah antara yang paling interesting dalam board nih..
The Matrix : Introduction
September 9, 2013 at 12:15am
Introduction - TopSecretFiles No. 000324199 : The Matrix
AKAN DATANG DI MistisFiles!!
Persoalan Matrix.
Apakah Matrix itu? Filem? Permainan video? Matematik?
Ketika filem The Matrix telah ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh dunia sekitar tahun 1999, pelbagai penafsiran telah dibuat mengenainya oleh pelbagai lapisan masyarakat. Setengah pihak teruja dengan kesan khas dan kecanggihan teknik penggambarannya, setengah pihak pula mengaitkannya dengan mindcontrol dan konspirasi. Ada yang kebingungan hingga ke saat ini, ada yang mula mendekatkan diri dengan Al-Quran dan ajaran Tasawuf.
Apa pun penafsirannya, persoalan Matrix (kata 'Matrix' diambil dari fenomena filemnya) adalah salah satu masalah penting dalam arkib MistisFiles, sehingga diwujudkan satu jabatan penyelidik khas untuknya. Rahsia The Matrix menjangkau beribu-ribu abad ke belakang, merangkumi masa kini dan era-era masa hadapan dalam pelbagai tulisan dari pelbagai kepercayaan, agama dan falsafah. Antara kandungan Fail The Matrix:
*Kepercayaan pelbagai agama
*Rahsia Matrix
*Dimensi dan Kuantum
*Pengetahuan Izazil tentang Matrix
*Terlihat atau Halimunan
*Jenis-jenis makhluk dalam tingkatan Matrix
*Matrix lebih tinggi
*Hubungan Dimensi dan Matrix
*Reinkarnasi dan kehidupan selepas kematian
*Falsafah esoterik Barat tentang Matrix
*Kajian kes: Micheal Topper
*The Source
*Merovingian
*The One
*Sentinel dan Zion
*Pengajian Tasawuf
*Sufism, Rosicrusian dan Necronomicon
*Singulariti
*Superstring
*Jin dan Syaitan
*Reptilian, Plaeidean dan entiti lainnya
*Teori Masa
*Hukum Graviti
*Teknologi Maya
*Ilusi Komputer
*Counter Strike dan Half-Life
*Para Hacker dan Nmap
*Port, Backdoor dan Trojan Horse
*Teori Mindcontrol
dan seterusnya.....
The Matrix bukan sekadar filem, terdapat maksud tersirat disebaliknya, melangkaui kepercayaan pelbagai agama khasnya Islam, dimana para orientalis banyak belajar dari falsafah Tasawuf (Sufism mengikut terminologi Barat) untuk mengetahui rahsia alam ini. Pengetahuan Matrix terbahagi kepada dua; dari Allah S.W.T kepada para malaikat seterusnya para Kekasih-Nya (khasnya Nabi Muhammad S.A.W) hingga kepada insan-insan beriman dan yang kedua, Izazil (Iblis) menurun kepada syaitan, Dajal dan seterusnya kepada Secret Societies. Izazil pula belajar tentang Matrix ketika dia menjadi Ketua Malaikat dari The Source, Allah Rabbul Izzati. Nabi Adam A.S pula setelah diciptakan turut belajar silibus Matrix dengan codename: 'NAMA-NAMA' (sila rujuk Al-Quran). The Matrix adalah kisah pencarian makhluk Tuhan bernama manusia kepada asal-usul dirinya, di mana sebenarnya dia berada, ke mana dia akan pergi dan kepada siapa dia akan kembali.
Nantikannya di Mistisfiles!!!
Posted by Mistis Organization at 11:26 PM
Friday, October 24, 2008
© MistisFiles & Mistis Organization
Apsal? Ada yg test ilmu kat ko ke? Aku rasa sebab tu la kebanyakan yg bukak thread yang best2 berhenti bercerita.. Macam ada yg mengganggu diorg..org nak berkongsi cerita pon susah..
aerolz posted on 9-10-2013 01:57 AM
Boleh tak aku cakap aku tiba-tiba rasa menyesal bukak benang ni?? huhuu
MEmang benar lah ye du ...
Insha Allah TT...takder mende dan tak perlu rasa menyesal...anggaplah kisah TT ni penghibur dikala sepi...penghibur dikala boring....so sesaper yg membacanya ...rs happu dan disamping dapat pengajaran berguna....akan dapat pahala....Allah Maha pemurah dan mengetahui niat sekelian hambanya...
aerolz posted on 9-10-2013 01:57 AM
Boleh tak aku cakap aku tiba-tiba rasa menyesal bukak benang ni?? huhuu
MEmang benar lah ye du ...
knape ni aerolz???
janganlah macam tu, teruskan perkongsian...ramai yg nak bace ni
banyak crite lagi kan
kiteorg support ko, u go girl
tapi kalo berkenaan kes ko belajar ilmu batin tu,
kalo rase tak selesa atau pun dah ade yg mengetest ko
skip je lah bab tu, teruskan citer pasal pengalaman2 misteri yg lain
aerolz posted on 9-10-2013 01:57 AM
Boleh tak aku cakap aku tiba-tiba rasa menyesal bukak benang ni?? huhuu
MEmang benar lah ye du ...
nape pulak TT???
hmm..
ade yang buat jahat secara halus ka???
tolong la korang...
jangan la buat TT camnih..
jangan nak cube2 ilmu ka apa ka..
kita just nak sharing ja kat forum nih..
pleaseee...