CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tupaiterbang

[Tempatan] Dyana Sofya: Menang POPULARITI kerana RUPA!

[Copy link]
Post time 24-5-2014 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
katanya umno x sesuai dgn jiwa..tp bselendang pun ala2 wanita umno jugek..
yelah nk msk pas kena tudung pulek..
x sesuai dgn jiwa jugek..
pkr ado??? Last edited by iza.moha on 24-5-2014 12:32 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-5-2014 12:30 PM | Show all posts
iza.moha posted on 24-5-2014 12:25 PM
org cina nk dptkan sesuatu mmg diorg akan mpergunakan org melayu yg nk cepat naik ni..
sama mcm klu ...

tu formula sukses turun tumurun..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 12:38 PM | Show all posts
Pemilihan Dyana timbul rasa tidak puas hati DAP Perak

KUALA LUMPUR 23 Mei - Tindakan DAP yang mencalonkan Dyana Sofya Mohd. Daud dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan didakwa menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli parti itu, terutama di peringkat negeri Perak.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat berkata, ini berikutan masih terdapat ramai calon yang berpengalaman dan layak bertanding berbanding peguam muda yang berusia 27 tahun itu.

"Difahamkan, Penge-rusi DAP Perak, Nga Kor Ming, Penasihat DAP negeri, Datuk Ngeh Koo Ham dan Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kulasegaran menghantar tiga cadangan nama calon kepada pimpinan Pusat supaya mereka boleh memilih sebagaimana yang diinginkan oleh kepimpinan ne-geri tersebut.

"Jadi kenapa Dyana diletakkan sebagai calon? Setidak-tidaknya hormat ke-pada kepimpinan di Perak. Hanya Penasihat DAP, Lim Kit Siang sahaja yang boleh menjawab soalan ini. Mengapa mereka memilih dia dengan membelakangkan cadangan ketiga-tiga pemimpin tersebut.

"Malah, jika dilihat pada kempen mereka, tiga pemimpin itu tidak kelihatan bersama membantu turun padang," katanya dalam sidang akhbar mengenai Kit Siang sebagai Setiausaha Politik Dyana di sini hari ini.

Dalam pada itu, Tuan Tat turut membayangkan pencalonan Dyana dilihat lebih kepada mempunyai agenda tersendiri.

"Pemilihan Dyana dilihat seolah-olah mahu menidakkan ‘suara’ ahli-ahli politik DAP Perak. Malah, terdapat ramai anak tempatan yang sangat berkaliber dalam parti tersebut yang boleh diletakkan sebagai calon di kawasan tersebut. Namun mereka mengikut perasaan sendiri. Beginilah sikap beberapa pemimpin tertinggi DAP. Kalau bertindak demikian dalam parti sendiri bagaimana mereka boleh memimpin sebuah negara.

"Oleh itu, ahli DAP perlu berani melawan dan bangkit menentang kepimpinan sedia ada sekiranya wujud unsur-unsur penindasan melibatkan kuasa empayar besar di dalam parti itu," katanya.

Sementara itu, Tuan Tat mempersoalkan status pencalonan Dyana sama ada mendapat persetujuan daripada pemimpin tertinggi di Perak.

Ini berikutan, sepanjang tempoh berkempen dilihat beberapa pemimpin tertentu sahaja yang memberi sokongan kepada Dyana.

"Ketika di hadapan pemberita, Kit Siang mengatakan bahawa Dyana sebagai Setiausaha Politik beliau. Namun jelas kita dapat lihat di televisyen Kit Siang menjadi Setiausaha Politik kepada Dyana dengan membantu dia menjawab soalan daripada wartawan. Kit Siang perlu menghentikan hipokrasi ini, Setiap pergerakan Dyana dilihat seperti tersekat," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... Perak#ixzz32bYPAaai
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 12:45 PM | Show all posts
so sebenarnya dia lawyer in practice ke atau apa sbnrnya??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 12:48 PM | Show all posts
Dyana Sofya dibayangi pemimpin DAP - Muhyiddin

TELUK INTAN 23 Mei - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, dibayangi oleh barisan pemimpin DAP terutama penasihatnya Lim Kit Siang.

"Saya diberitahu apabila calon (DAP) ke mana-mana, di belakangnya (Lim) Kit Siang. Ada wawancara, sebelah dia Kit Siang, dia tidak dapat jawab soalan, Kit Siang rampas mikrofon.

"Kerana itu adalah bayang-bayang calon," katanya semasa melancarkan Kempen Membaca Perpustakaan Bergerak di Kampung Sungai Manila, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata tindakan DAP meletakkan calon Melayu wanita muda untuk kerusi itu adalah untuk mengaburi mata orang Melayu kerana parti itu sejak dahulu lagi dikenali sebagai parti chauvinist. - BERNAMA



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... iddin#ixzz32bajRViS
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 12:55 PM | Show all posts


Sampai buat lori camnih sekali parti gerakan umjo bn nih berkempen untuk raih pengundi cina sana... lahat kemain... macai2 melayu umno jadi anjing belaan cina gerakanjatuhkan sesama melayu islam demi cina gerakan... pastuh laung idop melayu... jijik, najis umjo celaka ni...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-5-2014 01:01 PM | Show all posts
Demi tuan besar cina apek tua gerakan yg rembat tanah2 hak org melayu dipenang selama nih yg juga sapu org melayu dengan penyapu besar 13 mei dolu, macai2 umno jilat sehabis licin demi menjatuhkan sesmaa melayu islam....

Umno pejuang melayu,...? Pembela melayu...? Harkk tuihhhh munafik laknatullah laa umno pejuang melayu, bleh tgk sendiri dalam sini macai umjo jilat sapa... calon melayu islam kaa cina..?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 01:05 PM | Show all posts
totokreturn posted on 24-5-2014 12:55 PM
Sampai buat lori camnih sekali parti gerakan umjo bn nih berkempen untuk raih pengundi cina sana ...

lembooooo celaka dlm porem ni nampak dah x de isu ke alpak batu nesan? wa tgk abis lemboooo2 ni cuba konar...panas kot...
Last edited by razhar on 24-5-2014 01:22 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 01:30 PM | Show all posts
Gagal jawab media, Dyana dikritik
WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Mei 2014
Share on facebook Share on twitter Share on google_plusone_share More Sharing Services
1
Hoi Keong (dua, kiri) menunjukkan poster Siew Keong yang disembur cat hitam ketika sidang media, semalam. Hoi Keong (dua, kiri) menunjukkan poster Siew Keong yang disembur cat hitam ketika sidang media, semalam.
< 1 / 1 >
TELUK INTAN - Gerakan menyifatkan calon DAP untuk PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud, tidak matang dan tiada kredibiliti.

Setiausaha Penganjur Kebangsaannya, Lau Hoi Keong berkata, penilaian itu dibuat berdasarkan apa yang dianggapnya sebagai kegagalan Dyana Sofya menjawab secara spontan soalan-soalan yang diajukan wartawan.

Menurutnya, banyak persoalan yang dibangkitkan, terutamanya ketika sidang media, tidak dijawab sendiri oleh calon itu.

Katanya, insiden perebutan mikrofon ketika sidang media melibatkan beberapa pemimpin DAP, termasuk Penasihatnya, Lim Kit Siang untuk menjawab soalan dikemukakan petugas media, jelas menunjukkan mereka tidak yakin dengan jawapan bakal diberikan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah itu.

“Sebagai calon ahli Parlimen, beliau perlu menunjukkan kematangan dan berani untuk menjawab setiap soalan yang ditanya sebagai persediaan membawa masalah rakyat di Parlimen.

“Pengundi Teluk Intan hendak tahu kenapa mereka memilih seorang calon seperti itu kerana jika dipilih sebagai wakil rakyat, Dyana perlu membawa hasrat dan permintaan rakyat Teluk Intan di Parlimen,” katanya ketika sidang media, semalam.

Beliau berkata, antara soalan tidak dijawab Dyana Sofya adalah pendiriannya secara jelas dan menyeluruh terhadap pelaksanaan hukum hudud, sedangkan ia diperjuangkan parti sekutu DAP, iaitu Pas.

“Dyana juga tidak dapat menjawab soalan mengenai kedudukan ahli DAP berbangsa Melayu yang akan mengikut jejak (bekas Naib Pengerusi DAP) Tunku Aziz Tunku Ibrahim,” katanya.

Hoi Keong berkata, pengundi juga mahu tahu adakah Dyana Sofya hanya bertanding sebagai wakil DAP atau wakil rakyat yang dipilih untuk ke Parlimen.

Difahamkan, sebelum ini, terdapat beberapa adegan merampas mikrofon oleh Kit Siang dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching ketika sidang media untuk membantu menjawab soalan yang dikemukakan kepada Dyana Sofya.

Dalam perkembangan lain, Hoi Keong berkata, beliau kesal apabila poster calon BN, Datuk Mah Siew Keong disembur cat hitam.      

Katanya, terdapat juga provokasi yang dipercayai dilakukan oleh penyokong DAP, berdasarkan warna pakaian dan bendera DAP dipasang pada basikal yang sengaja ditunggang berulang alik di hadapan trak Gerakan ketika mereka mengadakan ceramah pagi, semalam.

Sementara itu, Dyana Sofya mengakui memerlukan bantuan pemimpin DAP untuk menjawab soalan wartawan melibatkan isu.

Difahamkan, calon DAP itu juga gagal menjelaskan berkaitan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz, yang keluar parti pada 2012 gara-gara perbezaan pendirian dengan pemimpin kanan DAP.

Sementara itu mengulas lanjut mengenainya, Dyana Sofya berkata, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah, sesuai menjawab soalan mengenai isu Tunku Abdul Aziz keluar parti memandangkan ia timbul semasa beliau belum menyertai DAP lagi.

“Jika anda tanya soalan itu, saya tidak boleh jawab. Saya akan berikan mikrofon itu kepadanya (Kit Siang). Saya rasa tidak salah mendapatkan bantuan orang lain untuk menjawab, malah ia amalan yang biasa berlaku.

“Dalam mana-mana sidang media pun, akan ada orang di sebelah untuk bercakap, jadi ia bukan isu.

"Namun, untuk ceramah dan sidang media sebelum ini, termasuk artikel disiarkan, semuanya ditulis dan saya sendiri cakap, bukan Kit Siang,” katanya pada di Pusat Operasi DAP.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 01:45 PM | Show all posts
Dunia2..muka dyana pn jd bahan kutukan..yg kutuk2 tuh cer tgk muka sendr perfect sgt kh mau kutuk2 muka org??
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 01:47 PM | Show all posts
ahkak pink pun transform juga...
dari cun jadi xcun....
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 02:01 PM | Show all posts
Cun sangat ke? To me macam biasa jer, kenapa orang asyik cakap cun hehe. Definisi tak cun macam mana la agaknya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 02:08 PM | Show all posts
truly posted on 24-5-2014 02:01 PM
Cun sangat ke? To me macam biasa jer, kenapa orang asyik cakap cun hehe. Definisi tak cun macam mana ...

tu jek yang ada kut.. takkan nak buh Mak Mah..dia ligat nak honey moon pas kawin

tak cun langsung..cam adik jual kipap tepi jalan aje..mencari sesuap maggi

melahjanda lagi cun walo anak 3..mentennnnnnn yo



Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:06 PM | Show all posts
Strategi DAP letak Dyana di Teluk Intan bakar diri
SABTU, 24 MEI 2014 12:00         WARTAWAN AGENDADAILY



telukintan-dyanaceramahHari demi hari di Teluk Intan makin banyak sok-sek mengenai calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud kedengaran. Bermula dari gosip wartawan yang kemudiannya disiasat dan dilaporkan.

Persoalan mengenai apakah benar beliau seorang peguam, apa pekerjaan sebenar beliau di sebuah firma guaman di Cyberjaya, dan macam-macam lagi.

Orang kata apabila publisiti menggunung, kesan positif dan negetifnya pun tinggi juga. Makin ramai yang kenal siapa Dyana tampil bercerita, kisah-kisah yang disembunyikan oleh DAp bagi menunjukkan calon mereka bak bidadari dari kayangan.

telukintan-mahtangan

Selepas enam hari berkempen, ada khabar yang berlegar bahawa DAP mendapati bahawa strategi meletakan calon Melayu muda di PRK Parlimen Teluk Intan merugikan mereka.

Ia berbanding jika mereka memilih untuk mengekalkan calon Cina seperti dalam PRU ke13 lalu, peluang mereka untuk menang dan meningkatkan jumlah majoriti jauh lebih cerah.

Keadaan tidak berbaloi ini  tak ubah seperti ibarat undi melayu tak dapat,undi cina ketirisan.

Untuk rekod Dyana dan DAP tidak diterima di hampir kebanyakkan kampung melayu di Teluk Intan. Video beliau disergah 'penunggu kampung' ketika rombongan DAP cuba masuk
Kampung Bahagia kini viral di youtube.

Bukan di Kampung Bahagia sahaja, boleh dikatakan di kebanyakkan kampung-kampung Melayu, bayangan DAP dan Dyana masih dilihat macam 'puaka' yang mesti dijauhi.

Jentera PAS di Teluk Intan juga mengakui hakikat tersebut.

Selain penerimaan di kawasan Melayu, calon muda ini juga kekurangan pengalaman untuk berinteraksi serta menjawab soalan pengundi.

Beliau yang baru berusia 27 tahun diakatakan tiada skill berinteraksi hingga menyebabkan DAP jadi mengsa kritikan.

telukintan-jamuan

Menurut Setiausaha Penganjur Parti Gerakan, Lau Hoi Keong  timbul insiden Lim Kit Siang dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching 'merampas mikrofon' untuk menjawab soalan.

"Adakah terdapat kematangan pemikiran calon DAP ini ke atas isu yang dibangkitkan, bukan sahaja daripada pemberita tetapi juga pengundi Teluk Intan.

"Pengundi  hendak tahu kenapa mereka memilih seorang calon seperti itu kerana jika dipilih sebagai wakil rakyat, perlu membawa hasrat dan permintaan rakyat Teluk Intan
di Parlimen," katanya.

Ho mendakwa antara soalan tidak dijawab berhubung pelaksanaan hukum hudud, sedangkan ia diperjuangkan parti sekutu DAP iaitu PAS.

"Dyana juga tidak dapat menjawab soalan mengenai kedudukan ahli DAP berbangsa Melayu yang akan mengikut jejak Tunku Aziz Tunku Ibrahim," katanya.

Kini perkara ini sudah menjadi  bahan perbualan pengundi Cina serta juga para pengatur strategi di peringkat akar umbi. Perkembangan ini memberi kelebihan pada calon
BN iaitu Datuk Mah Siew Keong menjelang hari pembuangan undi pada 31 Mei kelak.

telukintan-matmaslan

DAP  pada peringkat awal cuba mempermodal isu wanita Melayu sebagai calon bagi menarik golongan muda dan pengundi Melayu tetapi Dyana gagal menjadi ikon itu.
Dyana dikritik kerana  selain tidak melambangkan wajah Islam, ia juga tidak tebal dengan semangat kemelayuan. Setelah teruk dikritik Dyana masih tidak bertudung atau
menutup aurat walaupun disisi lslam ia wajib.

Menyedari kelemahan ini Dyana bijak apabila muncul dipentas PAS, dia dengan kain selendang membaluti kepala begitu juga ketika memasuki kampung-kampung Melayu. Di
kawasan Cina dan India, dia “free hair” mempamer sikap double standard.

Dyana sebagai seorang muslim wajib menyokong perlaksanaan hukum hudud tetapi oleh kerana tebalnya tuntan parti, dia  memilih menentang dan jika terpilih sebagai wakil
rakyat akan menyokong DAP di parlimen menentang hudud yang dibentangkan PAS.

Dan satu lagi isu yang backfire atau membakar diri ialah isu UiTM. Dyana cuba menjuarai isu ini dengan menuduh UMNO berfahaman perkauman yang sempit dan tebal
menubuhkan UiTM semata-mata untuk kaum Melayu dan Bumiputra. Bagi Dyana kaum Cina dan India juga patut memperoleh keistimewaan seperti UiTM atau dengan lain erti
membuka pintu UiTM pada mereka juga.

Dyana sedar kesilapannya kini isu UiTM dipetisejukkan. DAP pun nampaknya tidak lagi menjajanya seolah-olah sedar isu ini satu liability buat mereka.

Di peringkat akar umbi,isu-isu yang ditimbulkan Dyana membakar diri atau backfire sehingga menjadikan dirinya liabiliti pada parti. Ini mengambil kira 40 peratus
pengundi Teluk Intan adalah Melayu atau 24,000 orang.

telukintan-pemuda

Sindiran terhadap tiga isu di atas dapat dibaca melaui laman-laman sesawang. Tetapi terbaru entri FB pendakwah bebas nombor satu negara Ustaz Kazim Elias (UKE) menjadi
perbualan paling hot. Sehingga berita ini ditulis terdapat  “9,190 likes” . Kita petik entri FBnya seperti berikut:

“Demi politik.... Demi undi... Kesian bilaku perhatikan.. Hilang prinsip, hilang gah, hilang nilai perjuangan, skrg semua dah boleh gamaknya.. agaknya dah x mgapa
kalau x bertudung malah kalau tolak hudud terang2 pun dah boleh bekerjasama...politik oh politik...Kejadian ini berlaku di Afrika, tiada kena mengena dgn Malaysia,
harap maklum.”

Dyana kini seperti cacing kepanasan. Dengan lain erti ia satu strategi politik yang silap ataupun kini dilihat membakar diri atau back fire. Harapan memperoleh undi
dari pengundi Melayu dijangka merosot, begitu juga undi dari kaum Cina.

Sebelum hari penamaan calon pada Isnin lalu, ada kumpulan dalam DAP yang mahukan anak tempatan atau setidak-tidaknya calon  berbangsa Cina diturun sebagai calon. Ini
kerana Teluk Intan sejak puluhan tahun merupakan kubu kuat parti itu.

telukintan-postermah

Sebagai contoh dalam PRU ke12, calon DAP menang hanya 1,470 majorti berbanding kemenangan Seah Leong Peng (DAP) dalam PRU ke13 dengan majoriti 7,313.

Dalam PRU ke 12,  DAP mempertaruhkan calon India, M.Manogaran yang menentang Mah memperoleh 18,486 undi berbanding Mah, 17,016 atau majoritinya, 1,470. Ironinya undi
rosak ialah 1,153. Dalam pilihanraya sebelumnya Mah menang dengan majoriti 10,041.

Maknanya pengundi di Teluk Intan lebih selesa jika calon DAP ataupun BN terdiri dari calon-calon Cina. Ini seperti disebut tadi apabila calon DAP berbangsa India calon
itu menang dengan undi  tipis.

Bacaan yang dibuat oleh penganalisis politik kini menunjukkan calon BN, Mah Siew Keong, berasaskan program turun padang dan sebagainya, memperoleh sokongan yang agak
luarbiasa dari para pengundi Cina.

Kalau dalam PRU lalu, beliau ibarat mendaki gunung bagi meraih sokongan pengundi Cina tapi kali ini program turun padangnya bagi berinteraksi dengan para pengundi
mendapat sambutan paling baik.

Dengan tidak segan silu pengundi Cina berada disisinya disepanjang  program-program itu. Mereka juga tidak lagi takut berdepan lensa kamera ataupun ditemuramah media
elektronik dan media cetak.

Komen-komen seperti “kami akan undi Mah serta Mah calon terbaik . . . .”bukan lagi dicipta malah ia mewakili pandangan masyarakat Cina.

Nampak gayanya, peluang Datuk mah lebih cerah dari Dyana di Teluk Intan. Pun begitu, jentera BN perlu lebih melipat gandakan usaha. DAP yang tertekan pasti akan melakukan apa saja untuk mempertahankan kerusi Parlimen mereka dalam PRK 31 Mei ini.-24/5/2014
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:09 PM | Show all posts
Huk alah.. artis cam Siti Nurhaliza pun kau compare dengan pakai make up dengan tak ber make up mmg jauh beza pun.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:17 PM | Show all posts
aku tak tau pasal sangat teluk intan.. but yang aku tau satu je
1 billion kperak .. mana pergi duit..

aku balik kampung pun malas gi teluk  intan..  takde bende(bidor ke teluk intan).
if diorang promote  bidor as tempat ktm .+++ win for teluk intan  orang.
if diroang upgrade jalan bidor teluk intan +++.

** jangan mare pakcik an , nak sokong lawa..
** lagipun ada trend budak melayu la. sokong whatever melayu if bn or dap,pkr or pas. janji nama melayu keluar.** rasis sikit da.
Last edited by alien3d on 24-5-2014 04:18 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2014 04:20 PM | Show all posts
Jangan lah kamu jadi pembunuh, pembunuh!
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:21 PM | Show all posts
alien3d posted on 24-5-2014 04:17 PM
aku tak tau pasal sangat teluk intan.. but yang aku tau satu je
1 billion kperak .. mana pergi duit ...

Mmmmm..dah biasa dengar dah..janji Melayu, cantik, lawa, cun melecun..kita kan nak pilih artis melalui AF kan..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:30 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-5-2014 04:21 PM
Mmmmm..dah biasa dengar dah..janji Melayu, cantik, lawa, cun melecun..kita kan nak pilih artis mel ...

haha.. kena lawa .kalau mng.. hari hari ada serbu mau complain..
Dulu zaman agong perak. memang bagus..
masuk ehm ehm menteri baru bn,kes kperak 1b  muncul. lepas 2 senyap.. asal nak buat infra perak wireless free cam penang.last last kena bayar .
contoh jaring wifi. rasa teluk intan pun ada
http://wirelessperak.blogspot.com/
Entahlah pakcik an,bn yang okay out.. yang ehm masuk..
For utara ,infra is good ,for timur is infra very bad.. tengok lebuh raya terengganu.bilo mau siap ma.. dah bulan 5 patut siap dah.

** aku sokong yang bagus je pakcik an..  dan cun


Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2014 04:34 PM | Show all posts
tepek artikel panjang2 tapi isi nan hado...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:59 AM GMT+8 , Processed in 0.211272 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list