|
byk x taulah......baguslah ada article ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #189 batman_2007's post
boleh....ada satu tempat tu takde soltann....kat plenet Marikh...boleh. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni tragedi sejarah pulok tajok dier hok tadi tu penyelwngan sejarah! ingat ko isi thread lebih kure dgn tajok pnyelwngn sjarah rupanyer tk sangkot paut. |
|
|
|
|
|
|
|
bah meghoh ado 2 kali...satu dalam taung 1926 dan satu lagi sekitar 1965-67...cuba check lah ado doh dlm paper itu hari.. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 munkyG\ catat
bagus dapat baca sejarah kelantan ni...menambahkan lagi pengetahuan...timo kasih munkyg.......... |
|
|
|
|
|
|
|
LONG Gafar adalah seorang pahlawan yang mempunyai pengaruh dan peranan penting dalam memastikan kesinambungan pemerintahan Almarhum Long Yunus Long Sulaiman di Kelantan dari 1762 hingga 1794.
Mukaddimah pun dah mengarut sakan...sapo la sumber dia ?
|
|
|
|
|
|
|
|
ahlawan itu bukan saja memastikan berjaya mengembalikan tampuk pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus selepas dirampas Long Deraman pada 1756
Ni pun mengarut...sambungan kepada kepala cerita tadi
|
|
|
|
|
|
|
|
...malah membantu Yang Dipertuan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis.
....yang ni memang BETUL lagi SOHEH
|
|
|
|
|
|
|
|
Putera Raja kerajaan Reman yang bersempadan dengan Perak, Kelantan dan Thailand ketika itu mempunyai hubungan baik dengan kerajaan Kelantan.
...yang ni sebahagiannya benar...memang Baginda Long Gaffar adalah Putera Reman...Kelantan dalam istilah negeri "Kelantan" belum wujud. Yang ada hanyalah "Negeri Tanah Serendah (Seri Indah) Sekebun Bunga, Kisaran Payung, Negeri Cik Siti Wan Kembang". Hubungan yang wujud ialah lebih kepada hubungan Kerajaan Pusat iaitu Reman dengan negeri naungan iaitu negeri "Kelantan" atau lebih tepat KOTA KUBANG LABU. Kebetulan Isteri Raja Kota Kubang Labu yang bernama Long Pandak iaitu Puteri Neng Mas adalah adik angkat (sepupu...anak Long Deraman raja Legeh) Long Gaffar. Hubungan Reman/Legeh dengan Kota Kubang Labu TEGANG selepas Long Pandak membunuh Puteri Neng Mas dengan KEJAM dengam membelah perutnya dan diletakkan di atas gajah Neng Malai pemberian Long Deraman iaitu bapa mertuanya lalu dihalau balik ke Legeh...inilah punca kemarahan Legeh dan Reman ke atas "Kelantan". |
|
|
|
|
|
|
|
Long Gafar diamanahkan menjaga kawasan Reman dan berkuasa mengutip hasil cukai serta melaksanakan undang-undang kecuali hukuman bunuh.
...mengarut...mengarut !!! Ni versi yang diadaptasi dan diubahsuai dari kisah pemerintahan Long Gaffar di KELANTAN (berasal dari perkataan negeri Kerat Lintang). Selepas menguasai dan mengasaskan Kelantan, Long Gaffar telah menganugerahkan LONG YUNUS sebahagian wilayah pesisir pantai Kelantan untuk ditadbir sebagai WAKIL kepada Baginda LONG GAFFAR. Long Yunus boleh mentadbir dengan bebas dan boleh melaksanakan semua undang-undang kecuali hukuman MATI yang mana perlu terlebih dahulu dirujuk kepada kerajaan pusat di LIMBAT yang diperintah oleh Baginda Long Gaffar. |
|
|
|
|
|
|
|
...Menariknya, beliau mempunyai satu hobi iaitu menyabung ayam dan kegemarannya itu jugalah yang membantu kerajaan Terengganu menang dalam pertaruhannya dengan Panglima Bugis..
Memang benar Baginda Long Gaffar gemar menyabung...pada masa itu sabung ayam menjadi permainan kegemaran masyarakat Melayu khususnya Kelantan. Tetapi WAJIB diingat Long Gaffar adalah seorang yang ALIM...sudah menjadi tanggungjawab baginda untuk menDAKWAH dan mendekati rakyatnya. Baginda dikatakan tidak pernah sesekali bertaruh/berjudi dalam permainan ini. |
|
|
|
|
|
|
|
[quote].....ayamnya diberi nama 態ekas Racun |
|
|
|
|
|
|
|
Beliau juga bertanggungjawab mengembalikan hak kuasa pemerintahan Kelantan kepada Long Yunus pada 1756. Atas sumbangan serta keberaniannya, beliau dikurniakan pangkat dan kuasa.
Oh tidak....SALOH ....Sapo Tuan dan sapo kuli sebenarnya....Telah saya jelaskan di atas bahawa Long Gaffar lah TUAN iaitu ketua rombongan dalam peristiwa laga ayam tersebut. Manakala Long Yunus iaitu seorang "BUDAK" lagi....tidak lebih sebagai orang suruhan sahaja. Malah ada versi yang lebih "ganas' mengatakan Long Yunus atau "JUNUH" hanyalah budak penjaga ayam Long Gaffar sahaja...tidak lebih. Tapi dalam versi yang lebih lembut menurut sumber rasmi Kerabat Long Gaffar, Long Yunus yang ketika itu masih "budak' adalah sahabat karib yang berpangkat ADIK kepada Long Gaffar, malah Long Gaffar sendiri dalam perbualan baginda dengan Long Yunus membahasakan dirinya ( Long Gaffar) "ABANG", manakala Long Yunus pula dipanggil "ADIK".
Tidak timbul soal Long Gaffar mengembalikan pemerintahan kepada Long Yunus...Long Gaffar adalah Yang Dipertuan Kelantan (Negeri Kerat Lintang)...sebenarnya Long Yunus lah yang diberikan kawasan pemerintahan di pesisir pantai Kelantan iaitu dari Tabal (Takbai) hingga ke pantai Semerak sebagai WAKIL kepada pemerintahan pusat di Limbat yang dikuasai oleh Baginda Long Gaffar. Long Yunus diberikan hadiah berupa wilayah pemerintahan oleh Long Gaffar kerana banyak membantu baginda terutamanya semasa laga ayam di Terengganu. Jadi jelas di sini Long Yunus lah yang menerima "anugerah" dan yang memberi "anugerah" ialah Baginda Long Gaffar sebagai RAJA dan Yang Dipertuan Negeri Kerat Lintang. |
|
|
|
|
|
|
|
...Berdasarkan sejarah lisan, Long Gafar yang digelar Engku Serimahraja Perdana Menteri pernah tinggal di Kampung Jeram, Pasir Puteh dan berpindah ke Kampung Limbat lalu membina istana di situ.
.
...Habis lintang pukang cerita sebenar...rosak...rosak...MENGARUT ! Ada ke gelaran "Tengku Perdana Menteri" kepada anak Long Gaffar iaitu Long Seri dan gelaran "Seri Maharaja" kepada cucu baginda iaitu Long Demor dicampur aduk...3+1... diberi kepada Long Gaffar. Untuk pengetahuan semua Long Gaffar tidak ada gelaran lain...hanya "BAGINDA" sahaja ! Manakala semua gelaran yang ditulis itu sebenarnya "ANUGERAH" (semua ini perangkap zuriat Long Yunus iaitu Long Senik Mulut Merah) Long Senik Mulut Merah yang menggantikan Long Yunus di Kota Bharu yang diberikan kepada Baginda Long Seri iaitu putera Long Gaffar dan puteranya iaitu Long Demor bagi membalas jasa bapa mertuanya (Long Senik Mulut Merah mengahwini puteri Long Seri yang digelar PUTERI GUNUNG) kerana membantunya menyekat serangan Raja Bukit (Marak) yang mahu menyerang Kota Bharu. Sebagai mengenang jasa Long Seri (iaitu bapa mertuanya yang juga pemerintah Kelantan), satu keramaian diadakan di Kota Bharu selama 7 hari 7 malam bagi. Dalam majlis itu satu "muslihat" bagi mengambil alih pemerintahan Kelantan telah di atur, di mana anugerah TENGKU PERDANA MENTERI telah dianugerahkan kepada LONG SERI. Manakala putera baginda iaitu Long Demor telah dianugerahkan gelaran Tengku Seri Maharaja.
Satu lagi Long Gaffar tidak pernah mendirikan istana di Jeram, Pasir Puteh. Istana Jeram dibina oleh cucunda baginda iaitu Long Demor atas arahan ayahandanya iaitu Baginda Long Seri (pemerintah Kelantan selepas Long Gaffar). Dipercayai bahawa pelan dan tukang bagi membina istana Jeram adalah sama dengan pelan dan tukang yang membina Istana Balai Besar di Kota Bharu yang menjadi tempat bersemayam Long Senik Mulut Merah. Kedua-dua istana ini iaitu istana Jeram dan istana Balai Besar adalah dibina atas arahan Baginda LONG SERI...kalu tak silap sekitar awal tahun 1840an atau lebih awal. Jelas di sini bahawa Long Gaffar ...sepanjang hayat pemerintahan baginda hanya BERSEMAYAM di singgahsana di ISTANA KOTA LIMBAT sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
INFO: Long Gafar
....Diberi kuasa sebagai pesuruhjaya bagi kawasan bersempadan mulai Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut, ke timur hingga ke Terengganu dan ke barat hingga ke Kelantan dan ke selatan hingga ke Kuala Krai..
Ha...ha...habis cerita diputar belit
Telah saya jelaskan di atas...yang sebenarnya menjadi "pesuruhjaya" atau "pegawai daerah" ialah Long Yunus. Long Yunus telah dilantik sebagai "ESURUHJAYA" bagi kawasan-kawasan pesisir pantai bagi mentadbir dan mengawal wilayah itu dari dicerobohi oleh musuh...dan bagi melindungi kerajaan pusat yang berpusat di ISTANA KOTA LIMBAT di Limbat, Pasir Tumboh, Kota Bharu. Sempadan bagi "wilayah" Long Yunus dengan Kerajaan Pusat ialah SUNGAI PASIR TUMBOH. Dari pembahagian wilayah inilah lahir nama negeri "KERAT LINTANG", yang mana lama kelamaan hanya di kenali sebagai KELANTAN sahaja. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|