Kenyataan Akhbar KPK 27 Mei 2021 – Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia[size=0.8em]BY DG OF HEALTH ON MAY 27, 2021
SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA 27 MEI 2021 Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 27 Mei 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 4,598 kes (469,325 kes kumulatif, 86.7%);
- Kes baharu : 7,857 kes (541,224 kes kumulatif);
- Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 7,849 kes [7,340 warganegara (93.5%); 509 bukan warganegara (6.5%)];
- Kes aktif : 69,408 kes;
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) :771 kes;
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 392 kes;
- Kes kematian : 59 kes (2,491 kes kumulatif, 0.46%; 59 warganegara);
- Jumlah kluster : 2,102kluster;
- Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat :1,498 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 604 kluster.
Sebanyak 59 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 19 kes di Selangor, sembilan (9) kes di Sarawak, tujuh (7) kes di Johor, enam (6) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lima (5) kes di Kelantan, empat (4) kes di Negeri Sembilan, tiga (3) kes di Pulau Pinang, dua (2) kes di Kedah, serta masing-masing satu (1) kes di Sabah, Melaka, Perak, dan Terengganu. Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4yang disertakan bersama kenyataan media ini. STATUS TERKINI KLUSTER TEMPAT KERJA Sejak bermulanya pandemik COVID-19 pada 25 Januari 2020 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 129,322 kes. Namun kebelakangan ini, terdapat peningkatan tren kluster tempat kerja yang semakin membimbangkan. Bermula 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021, sebanyak 287 kluster tempat kerja telah dilaporkan dengan jumlah 17,087 kes (Rajah 1). Daripada jumlah itu, 233 kluster tempat kerja ini adalah masih aktif, melibatkan sejumlah 16,785 kes aktif. Tiga (3) negeri yang melaporkan jumlah kluster tempat kerja yang tertinggi dalam tempoh ini merupakan negeri Selangor dengan 74 kluster (25.78 peratus), negeri Johor dengan 53 kluster (18.47 peratus) dan negeri Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80 peratus).
Rajah 1: Bilangan kluster COVID-19 di tempat kerja yang direkodkan dari 1 April 2021 sehingga 26 Mei 2021 di Malaysia.
Analisa terperinci sub-kategori tempat kerja pula mendapati sektor pengilangan melaporkan bilangan kluster yang tertinggi berbanding sub-kategori yang lain, iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh yang sama. Ini diikuti dengan sektor perkhidmatan yang melaporkan 57 kluster (20 peratus). Walaupun kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan PKP 3.0 bermula pada 12 Mei 2021, namun tren kluster di tempat kerja masih tidak menunjukkan penurunan yang ketara. Sebanyak 115 kluster tempat kerja dengan 5,392 kes telah dilaporkan di antara 12 Mei 2021 sehingga 26 Mei 2021 di mana lebih separuh daripada jumlah tersebut melibatkan sektor pengilangan (62 kluster, 53.4 peratus). Oleh itu, KKM menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan SOP baharu dikenali sebagai Safe@work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan COVID-19 seperti penubuhan pasukan kecemasan COVID-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis, dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja. KKM menasihatkan para majikan untuk memastikan langkah-langkah berikut adalah dilaksanakan di tempat kerja: - Penyediaan tempat mencuci tangan atau hand sanitizer;
- Pekerja mengenakan pelitup muka setiap masa;
- Amalan penjarakkan sosial yang selamat iaitu sekurang-kurangya 1 meter termasuk di ruang kerja dan ruang makan;
- Elakkan pekerja berkumpul di ruang yang sempit (confined space)
- Elakkan terlalu ramai pekerja bersama pada satu masa (crowded place)
- Amalkan jarak 1 meter semasa bertutur (close conversation)
- Kerap melaksanakan proses nyah kuman dan nyah cemar, terutamanya di ruang guna sama;
Majikan juga disaran proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan COVID-19 turut diambil dan diikuti oleh pekerja di tempat penginapan mereka seperti berikut: - Elakkan 3C / 3S seperti yang telah disarankan;
- Pastikan katil atau tempat tidur disusun mengikut penjarakkan sekurang-kurangya 1 hingga 2 meter antara satu sama lain;
- Elakkan penyediaan makanan secara berkumpulan atau beramai-ramai;
- Elakkan makan beramai-ramai di ruang makan;
- Pastikan tempat tonton TV atau ruang rehat tidak sesak pada masa yang sama;
- Pastikan kebersihan tempat penginapan termasuk tandas dan persekitarannya sentiasa dijaga dengan kerap menjalankan sanitasi dan pembersihan.
Bagi pekerja-pekerja pula, adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan semasa di tempat kerja denganmenjaga keselamatan diri, memakai pelitup muka, tidak bersembang dekat, menjaga kebersihan tempat makan atau fasiliti gunasama dan memantau gejala, serta memaklumkan kepada majikan dengan kadar segera sekiranya bergejala. Elakkan datang bertugas bagi mengurangkan risiko penyebaran penyakit dan dapatkan pemeriksaan segera. Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan. Ini akan mengurangkan risiko jangkitan COVID-19 dan juga lain-lain jangkitan. NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat). Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn). Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 27 Mei 2021 @ 6.30 petang. LAMPIRAN 1 BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA (SEHINGGA 27 MEI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI) NEGERI | BILANGAN KES BAHARU *( ) | BILANGAN KES KUMULATIF | SELANGOR | 2,675 | 177,450 | SABAH | 217 (1) | 61,274 | JOHOR | 549 (1) | 56,231 | WP KUALA LUMPUR | 561 (2) | 56,032 | SARAWAK | 772 | 44,738 | PULAU PINANG | 365 | 27,284 | KELANTAN | 754 | 24,723 | NEGERI SEMBILAN | 353 | 24,166 | PERAK | 228 (4) | 19,490 | KEDAH | 441 | 17,011 | MELAKA | 234 | 10,812 | PAHANG | 238 | 8,649 | TERENGGANU | 282 | 7,957 | WP LABUAN | 170 | 3,164 | WP PUTRAJAYA | 12 | 1,778 | PERLIS | 6 | 465 | JUMLAH KESELURUHAN | 7,857 (8) | 541,224 |
*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import LAMPIRAN 2 Ringkasan 59 kes kematian pada 27 Mei 2021 adalah seperti berikut: No. Kematian | Negeri | Jantina (warganegara) | Umur (Tahun) | Hospital / Tempat Kematian | Latar belakang | 2433 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Kuala Lumpur | – | 2434 | Johor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi | 2435 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | – | 2436 | Selangor | Lelaki (WN) | 65 | Hospital Sungai Buloh | Kencing manis dan darah tinggi | 2437 | Sabah | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Lahad Datu | Penyakit kencing manis dan jantung | 2438 | Selangor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Ampang | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia | 2439 | Sarawak | Perempuan (WN) | 72 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, gout, dan hypothyroidism | 2440 | Selangor | Perempuan (WN) | 64 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok | 2441 | Johor | Lelaki (WN) | 44 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Talasemia | 2442 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 92 | Hospital Sungai Buloh | – | 2443 | Selangor | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Sungai Buloh | – | 2444 | Selangor | Perempuan (WN) | 58 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik | 2445 | Sarawak | Lelaki (WN) | 91 | Hospital Sibu | – | 2446 | Kedah | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dislipidemia, gout, dan strok | 2447 | Selangor | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Serdang | Penyakit darah tinggi | 2448 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras | – | 2449 | Sarawak | Perempuan (WN) | 46 | Hospital Bintulu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2450 | Sarawak | Perempuan (WN) | 61 | Hospital Sibu | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti | 2451 | Kelantan | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2452 | Melaka | Lelaki (WN) | 52 | Hospital Melaka | – | 2453 | Kelantan | Perempuan (WN) | 79 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit jantung | 2454 | Selangor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik | 2455 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout | 2456 | Sarawak | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Sibu | Penyakit hati kronik | 2457 | Terengganu | Lelaki (WN) | 49 | Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu | Obesiti | 2458 | Selangor | Lelaki (WN) | 71 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit darah tinggi dan gout | 2459 | Johor | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar | Penyakit strok | 2460 | WP Kuala Lumpur | Lelaki (WN) | 79 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan gout | 2461 | WP Kuala Lumpur | Perempuan (WN) | 66 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, dan strok | 2462 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 49 | Hospital Tampin | Obesiti | 2463 | Kelantan | Perempuan (WN) | 70 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | – | 2464 | Johor | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Segamat | Obesiti | 2465 | Johor | Lelaki (WN) | 55 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis dan obesiti | 2466 | Pulau Pinang | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan dislipidemia | 2467 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 67 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, paru-paru kronik, buah pinggang kronik, dan strok | 2468 | Selangor | Perempuan (WN) | 74 | Hospital Kuala Lumpur | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung | 2469 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, buah pinggang kronik, dan kanser usus | 2470 | Kelantan | Perempuan (WN) | 84 | Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan strok | 2471 | Sarawak | Lelaki (WN) | 82 | Hospital Sibu | Penyakit darah tinggi, dislipidemia, buah pinggang kronik, dan paru-paru kronik | 2472 | Sarawak | Perempuan (WN) | 72 | Jenazah dibawa ke Hospital Sibu | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2473 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 85 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia | 2474 | Negeri Sembilan | Lelaki (WN) | 56 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan obesiti | 2475 | Kelantan | Perempuan (WN) | 81 | Hospital Tumpat | Penyakit paru-paru kronik | 2476 | Sarawak | Perempuan (WN) | 33 | Jenazah dibawa ke Hospital Miri | Penyakit kencing manis dan asma | 2477 | Kedah | Lelaki (WN) | 66 | Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani | Penyakit darah tinggi dan dislipidemia | 2478 | Selangor | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit darah tinggi, jantung, dan strok | 2479 | Selangor | Lelaki (WN) | 75 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit darah tinggi | 2480 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik | 2481 | Selangor | Lelaki (WN) | 70 | Hospital Shah Alam | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik | 2482 | Selangor | Perempuan (WN) | 33 | Hospital Sungai Buloh | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik | 2483 | Sarawak | Lelaki (WN) | 63 | Hospital Miri | Penyakit jantung | 2484 | Negeri Sembilan | Perempuan (WN) | 47 | Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban | Penyakit kencing manis, gout, dan obesiti | 2485 | Selangor | Lelaki (WN) | 72 | Jenazah dibawa ke Hospital Serdang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2486 | Selangor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Serdang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok | 2487 | Selangor | Perempuan (WN) | 62 | Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang | Penyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik | 2488 | Johor | Lelaki (WN) | 99 | Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru | Penyakit darah tinggi | 2489 | Johor | Lelaki (WN) | 46 | Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2490 | Pulau Pinang | Perempuan (WN) | 80 | Hospital Pulau Pinang | Penyakit kencing manis dan darah tinggi | 2491 | Perak | Lelaki (WN) | 74 | Hospital Teluk Intan | Penyakit kencing manis, darah tinggi, dan strok |
*WN merujuk kepada warganegara. LAMPIRAN 3 Perincian 7,857 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 27 Mei 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: NEGERI | JUMLAH KES | KLUSTER | KONTAK RAPAT | IMPORT A* | LAIN-LAIN | SELANGOR | 2,675 | 60 | 2,034 | – | 581 | SARAWAK | 772 | 36 | 558 | – | 178 | KELANTAN | 754 | 182 | 436 | – | 136 | WP KUALA LUMPUR | 561 | 124 | 298 | 2 | 137 | JOHOR | 549 | 64 | 340 | 1 | 144 | KEDAH | 441 | 36 | 281 | – | 124 | PULAU PINANG | 365 | 52 | 137 | – | 176 | NEGERI SEMBILAN | 353 | 51 | 236 | – | 66 | TERENGGANU | 282 | 60 | 184 | – | 38 | PAHANG | 238 | 97 | 120 | – | 21 | MELAKA | 234 | 70 | 131 | – | 33 | PERAK | 228 | 32 | 123 | 4 | 69 | SABAH | 217 | 44 | 113 | 1 | 59 | WP LABUAN | 170 | 90 | 43 | – | 37 | WP PUTRAJAYA | 12 | 0 | 8 | – | 4 | PERLIS | 6 | 0 | 1 | – | 5 | JUMLAH KESELURUHAN | 7,857 | 998 | 5,043 | 8 | 1,808 |
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara LAMPIRAN 4 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 27 MEI 2021 No. | Nama Kluster | Kategori Kluster | Negeri | Daerah | Jumlah Kes | Jumlah Disaring | 1 | Jalan Pinang 39 | Komuniti | Johor | Johor Bahru | 16 | 95 | 2 | Jalan Wawasan Tanjung | Komuniti | Johor | Kota Tinggi dan Johor Bahru | 16 | 98 | 3 | Serom Lima | Komuniti | Johor | Tangkak | 19 | 71 | 4 | Jalan Rusa Waha | Komuniti | Johor | Kota Tinggi dan Johor Bahru | 23 | 195 | 5 | Sri Sentosa | Komuniti | Kelantan | Bachok | 24 | 94 | 6 | Telok Kemunting | Komuniti | Kelantan | Bachok | 19 | 35 | 7 | Kampung Banggol Petaling | Komuniti | Kelantan | Pasir Mas | 21 | 44 | 8 | Desa Ranggu | Komuniti | Sabah | Tawau | 18 | 63 | 9 | Beg Berkunci | Tempat Kerja | Selangor | Hulu Selangor | 12 | 55 | 10 | Persiaran Kuala 2 | Tempat Kerja | Selangor | Petaling, Klang, Gombak, dan Kuala Langat | 32 | 2,804 | 11 | Selumit | Tempat Kerja | Sarawak | Sibu dan Tanjung Manis | 19 | 91 | 12 | Sri Mahang | Tempat Kerja | Kelantan | Kota Bharu dan Pasir Puteh | 24 | 77 | 13 | Jalan Tahana Industri | Tempat Kerja | Johor | Johor Bahru | 6 | 123 | 14 | Taman Shamelin | Tempat Kerja | WP Kuala Lumpur | Cheras | 31 | 61 | 15 | Batu Sepuluh Jalan Gambang | Tempat Kerja | Pahang | Kuantan | 7 | 140 | 16 | Tebuk Binjai | Keagamaan | Selangor | Sabak Bernam | 14 | 71 | 17 | Jalan Syawal | Keagamaan | Pahang | Jerantut | 10 | 20 | 18 | Jalan Cenderawasih | Keagamaan | Perak | Kinta dan Kuala Kangsar | 80 | 230 | 19 | DTI Tanah Merah | Pusat Tahanan | Kelantan | Tanah Merah | 105 | 372 | 20 | Jalan Kolej Yayasan | Institusi Pendidikan Swasta Berdaftar di bawah KPM | Melaka | Alor Gajah | 16 | 56 |
|