CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: eenaz

PROPERTIES AREA BANGI&KAJANG

 Close [Copy link]
Post time 7-6-2009 11:05 AM | Show all posts

Balas #1768 bby2124\ catat

cuba tengok kt www.tppt.com.my
ada projek baru kt puncak saujana...dekat dgn giant tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2009 04:08 PM | Show all posts
Hai, nie developer yang i amek untuk rumah i kat saujan impian 2.
resanya, phase2 yang sblm nie pun diorang yang buat.

http://www.farlim.com.my/html_file/property/SaujanaImpian.html
Reply

Use magic Report

Post time 8-6-2009 08:09 PM | Show all posts
my uncle dah lama nk jual umah corner lot die kt saujana impian, tp xdpt2 gak psl xde buyer...huhuu..tp xsure arga bape die taruk..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2009 02:39 PM | Show all posts
wow makin ramai yg nak duk area kajang nie..baguslah...n confirm tak lamer lagi akan ader jem sikit nie...
eenaz ader tgk rumah kat saujana impian 30*55 tue..not bad....eenaz suka sbb ader family hall n dapur dier besar jugak( melebar)
member asben ader beli...interest murah tak salah 3%kot...
kawasan kejiranan rumah eenaz pun dah bertambah....tak lamer lagi taman puncak saujana developer under TPPT akan ader yg masuk...dah dpt CF ..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2009 09:42 PM | Show all posts
salam semua...
i'm new forumer a buyer of Vista Emas, BBB. any new news on this project? my SnP dated 15 June 2007 will complete 2 years in a week time....i heard about penalty(wah...skeaping LONDON )...siapa yg kene penalty tue???
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 07:53 AM | Show all posts

Balas #1772 wkx5406\ catat

saujana impian ni yg melalui sek 8 bbb tu kan..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-6-2009 08:37 AM | Show all posts

Reply #1774 awang0401's post

penalty - for the developer if lambat bg vacant possession i.e exceed 2 years or tempoh lain drpd date of the snp yg dah ditetapkan untuk delivery of the vacant possession to the buyer. kira betul2 brapa penalty yg developer patut bayar..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 09:24 AM | Show all posts
Originally posted by awang0401 at 9-6-2009 21:42
salam semua...
i'm new forumer a buyer of Vista Emas, BBB. any new news on this project? my SnP dated 15 June 2007 will complete 2 years in a week time....i heard about penalty(wah...skeaping LO ...


my spouse pun ada sebijik kat situ.. snp 18 july 2007. kalau you 15 june kiranya lagie awal lah.. sure phase 1 punya kan? Row mana?

Dengar kata mr look, diorang akan bagi kunci dalam bulan nie. but CF not sure bila boleh dapat. So pendapat saya adalah jika developer akan serah kunci sebelum CF dapat.. better tak yah ambil.. sebab you punya snp date dah dekat... kalau ikut snp... developer akan dikenakan penalty 10% a year....  so kalau rumah harga 240k... bermakna 24k setahun atau bersaamaan dengan 2k sebulan. So jika developer lewat sebulan you boleh claim 2k pada developer.

Kalau pada sesiapa yang snp date lambat lagie.. bolehlah ambik kunci.. dapatgak lah panggil kontraktor utk buat pengukuran renovation dsbg....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-6-2009 09:48 AM | Show all posts

Reply #1777 actza's post

nampaknya vista emas pun tak dapat ikut proper path untuk vacant posession delivery yer....
i really hope my developer (UMland) jenis yg ikut proper channel... dapat CF first baru bagi kunci n then my defect liability period/warranty runs smoothly.. so does approval from the pBT for renovation... will not hesitate to complaint if it goes otherwise.... hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 12:05 PM | Show all posts

Balas #1775 koko2\ catat

Seksyen 8 BB ?? Bukan..bukan... Saujana Impian tu dekat Kajang Bypass Highway.
Jalan Nak ke Highway Lekas tu.. Ade highway baru siap.. Kajang-Seremban-KualaPilah..
Tu baru na naik kawasan kat sana.. macam saujana villa, Kajang perdana..
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:53 PM | Show all posts
RUMAH
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 03:54 PM | Show all posts
AKTA PEMBELI RUMAH

"Kami menerima 65 peratus aduan mengenai perumahan berbanding aduan lain seiak mengambil alih tugas di FOMCA. Macam-macam yang diadukan, paling sedih ada kes rumah belum siap, gaji telah lama dipotong. Walaupun kejadian tidak sehebat 10 tahun lalu tetapi masih berlaku hingga ke hari ini.

"Sebenarnya sudah sampai masanya kita mempunyai Akta Pembeli Rumah sendiri. Bunyinya seakan melawak tetapi itu adalah kenyataan yang wajar diambil tindakan secepat mungkin. Yang kita ada sekarang hak-hak pembeli rumah yang terkandung di dalam Peraturan-Peraturan (Kawalan dan Melesen) 1982 di bawah Perjanjian Surat Jual Beli Seragam tetapi tidak kuat menyokong pengguna.

"Memang kita mempunyai akta melindungi pengguna daripada penindasan pemaju rumah. Tahun 1966 kerajaan Malaysia menggubal Akta Pemaju Perumahan (Mengawal dan Melesen) 1966. Akta dikuatkuasakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia untuk mengawal kegiatan-kegiatan para pemaju dalam industri perumahan di Semenanjung Malaysia.

"Memastikan akta ini lebih berkesan, beberapa pindaan dibuat. Contohnya pada 1970 kaedah-kaedah (Mengawal dan Melesen) Pemaju perumahan 1970 telah diluluskan dan dikuatkuasakan pada 15 Julai 1970. Bagaimanapun memandangkan beberapa peruntukan di dalam akta berkenaan tidak lengkap dan jelas untuk melindungi pembeli, maka satu peraturan baru diluluskan iaitu Peraturan-Peraturan Pemaju Perumahan (Kawalan dan Melesen) 1982 dan dikuatkuasakan pada 1 Jun 1982.

"Tetapi soalnya sekarang, akta tersebut lebih memihak kepada pemaju. Begitu juga dengan Persatuan Pemaju Perumahan, ia lebih cenderung melindungi kepentingan pemaju itu sendiri," kesal Hamdan.

Masalah rumah terus tindih-menindih lebih teruk apabila terlalu banyak agensi terlibat dalam projek pembinaan. Misalnya Majlis Perbandaran di kawasan projek dibina, ia terbahagi kepada bahagian; tanah, kesihatan dan juruteknik. Semuanya itu mengambil "masa" untuk meluluskan banyak perkara.

Selepas rumah siap dibina, timbul pula isu prasarana tidak lengkap yang melambatkan proses rumah diduduki pembeli. Agak pelik bunyinya kerana masalah siasatan sama ada menepati syarat-syarat yang ditetapkan atau sebaliknya patut timbul di awal-awal pembinaan.

BAYARAN TIDAK SERAGAM

"Bayaran pula terbalik dan tidak seragam. Jika rumah kerajaan selepas siap dan arkitek berpuas hati barulah perjanjian ditandatangani. Tetapi projek yang diusahakan oleh pemaju akan dikenakan bayaran sebaik fasa diluluskan dan pembeli mesti membayar peratusan tertentu. Kenapa tidak diseragamkan, bukanlah tindakan seperti itu akan lebih melindungi pemaju?"

Sistem beli rumah kata Hamdan, bayar dahulu dapat tidak tahu bila dan berapa lama, banyak kelemahannya. Apa-apa juga hal yang berbangkit, misalnya ditipu pemaju pembeli yang terperangkap, kerana duit telah berada di dalam tangan mereka (pemaju).

"Katakanlah 10 tahun lamanya rumah terbengkalai kerana pemaju pertama tidak mampu menanggung kos pembinaan. Lantas dijual kepada pemaju lain. Bayangkanlah himpunan faedah pinjaman pembeli terus berjalan dan dibayar kepada bank. Wang kita hangus dan kalau mengadu sekalipun jika pemaju diiktiraf muflis apa lagi hak kita untuk menuntut?" soalnya.

Bunyinya kata beliau seolah-olah pihak kerajaan tidak melindungi pembeli. Benarkah begitu? "Sebenarnya kita kena kaji semula dengan rancangan Akta Pembeli Rumah kerana Akta Pemaju Rumah yang ada sekarang lebih cenderung membantu pemaju dan tertera banyak lagi kelemahannya.

"Kita boleh mengadu kepada Kementerian Perumahan tetapi selalunya mereka tidak 'mengambil kisah' walaupun aduan ini paling banyak diterima. Alasan mereka masalah yang timbul sepatutnya diselesaikan dengan pihak kewangan."

APA PERANAN KEMENTERIAN PERUMAHAN?

"Apabila berlaku permintaan melebihi penawaran. Rumah tidak cukup menyebabkan harganya semakin melambung. Sebab itu apabila timbul masalah rumah, pembeli perlu buat aduan tetapi kepada siapa? Logiknya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kerana mereka yang menguatkuasakan Akta Pemaju Perumahan. Sebaliknya aduan-aduan tidak membekas dan kes pembeli terpaksa dikendalikan sendiri. Walaupun akta telah dipinda demi kebaikan pembeli namun faedahnya masih kabur."

Melihat kerjasama antara pembeli dengan Kementerian Perumahan seperti ada jurang pemisah antaranya. Apa peranan Kementerian Perumahan sebenarnya?

"Ia berperanan memastikan pemaju perumahan bertanggungdawab. Jika berlaku kecurangan atau pembeli teraniaya, ia boleh diselesaikan tetapi akta yang ada sekarang tidak begitu kuat. Apa juga masalah yang menimpa pembeli terpaksa selesai sendiri.

Akta boleh diubah berdasarkan 'Housing Developing Act' yang ditambah atau dipinda setiap tahun tetapi 'sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 10-6-2009 04:33 PM | Show all posts
huh.. panjang lebor.......

kesimpulan yang aku dapat adalah.... jangan ambik kunci sebelum CF dapat...
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 01:31 PM | Show all posts
TQ for the advise....
sedikit soalan....adakah bermakna pada 16June2009(SnP date 15June 2007), saya dah layak menerima penalti Rm2k tue atau on 15July 2009 baru layak....?
katakanlah pemaju nak bg kunci tanpa CF sebelum atau pada 15 June nanti...apa yg perlu saya buat/katakan pada pemaju?
regarding CF...jika kita ambil kunci tanpa CF...apakah akibat yg perlu kita tanggung??
Jahil sungguh diriku ini...

actza : alamat rumah I nanti no 8, Jalan Vista Emas 5........second row.....masuk kanan ,rumah nombor 4 dari tepi....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 02:02 PM | Show all posts
Boleh kata kat developer kita tak nak ambik kunci selagi CF belum dapat... Jangan terperdaya dengan janji2 manis developer....

lapas 17 julai nanti baru dia akan kira 1 bulan.. so leh claim ngan developer.... mellaui lawyer dia...


ooo rumah dah ada nama jalan ke?
TNB dah masuk ke?

boleh lah buat persatuan penduduk hahahahhaha
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 03:24 PM | Show all posts

Balas #1784 actza\ catat

bestnyer korang dah boleh masuk rumah baru...
rumah kakyong tiang pun blom ada....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 05:37 PM | Show all posts

Balas #1784 actza\ catat

signage nama jalan mmg dah kelihatan 2minggu yg lalu....meter paip dan meter lektrik blum ade lagi......
melalui lawyer dia? mestila lawyer dia menyebelahi dia???
10% tue ikut harga rumah atau dari jumlah duit yg bank dah release??
pasal CF..ade member cakap...ade CF yg dikatakan temporary CF utk satu block bangunan/satu row.....lepas tue baru bg CF utk setiap individual....mmmmm..yg nie ape bende pulak???pening aku.....
Encik actza rumah yg mane satu?

[ Last edited by  awang0401 at 11-6-2009 17:45 ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 06:06 PM | Show all posts
awang ngko beli rumah kat vista emas ni mula2 berapa ratus ribu, 22x70 ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 06:55 PM | Show all posts

Balas #1787 evolutionary\ catat

22X70......beli mula2 harga rm243k......bayar deposit 3k pastu mamat salesman bernama Andy tue upkan harga rumah kepada rm267k supaya dia bleh cakap kat bank aku konon2nye dah bayar 10% downpayment so aku bleh dapat full loan....so loan aku campur MRTA adalah rm247k++.....bulan2 RM1446/=.....stakat nie dah bayar interest dekat2 7k.....belum bayar penuh sebab loan baru release around 195k.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 07:28 PM | Show all posts
untung banyak ko beli awal, last year 20x70 sahaja dah RM 265,800, tahun ni tak tahu la berapa, kalo dah siap lagi la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-10-2024 10:15 PM GMT+8 , Processed in 1.125679 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list