|
tak dak lagi ker.....hmmmm hampa |
|
|
|
|
|
|
|
sabar nooo
kalau tak mlm ni esok pagi ada n3
sbb tengah fikir nak buat ending ke... ..nak buat konplik lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1782# sang_arjuna
smiley.... jgn ending cepat sangat.... banyak page lagi nie...huhuuhu.... |
|
|
|
|
|
|
|
sabar nooo
kalau tak mlm ni esok pagi ada n3
sbb tengah fikir nak buat ending ke... ..nak buat ...
sang_arjuna Post at 1-6-2010 09:37 
dua-dua pun boleh, kasi konflik manja-manja allrightlah |
|
|
|
|
|
|
|
sabar nooo
kalau tak mlm ni esok pagi ada n3
sbb tengah fikir nak buat ending ke... ..nak buat ...
sang_arjuna Post at 1-6-2010 09:37 
Aiman tak kesah...apa2 pun blh...janji ada n3..... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn konplik lebih2 ye juna...
mcm bling cakap..konplik manja2 aje ye |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lama2 juna... kalau blh malam ni tepeklah sikit.......
Dah rindu2an kat lala & yem ni |
|
|
|
|
|
|
|
yem & lala pun rindu kat semua
...................................................................................................
“ Call Puan Yana, Insani Holdings.” Kata kata yang tercatit di kertas Post it warna kuning yang tertampal di skrin laptop Najlah. Dia baru pulang ke ofis dari restoran yang sedang di ubahsuainya dan belum sempat pun meletak beg. Bukan sedikit rasa cuak yang timbul. Najlah menggaru kepala. Kenapa Puan Yana cari aku? Setahu aku kerja di rumah bosnya sudah siap sebelum aku cuti kahwin lagi. Lebih dua bulan telah berlalu tanpa maklumbalas dari pihak klien. Sekarang baru tak puas hati kah? Dengan berat hati dia mendial nombor Puan Yana.
“ Hi Naj. How are you? How’s married life?” suara ceria Puan Yana melegakan sedikit resah Najlah.
“ I’m ok. Macam biasa saja” Takkan nak cakap aku sangat happy, best giler kahwin.
“ Eh.. takkanlah macam biasa. Mesti seronok. Its great to be with someone who loves you, kan? Lagipun you dengan your hubby tak kenal lama so sekarang ni boleh berdating sakan. I know how it feels. I pun kenal suami I sekejap saja sebelum kahwin.”
Najlah tersenyum. Betul lah kata Yana. Seronoknya lain macam. Every day is a surprise. Cuma yang tak bestnya Adham kerap pergi outstation. Sudah tiga hari dia di JB. Rinduuu… rindu serindu rindu nyaaaa. Aura jiwang karat mula menyerang.
“ Anyway, I call ni sebab CEO I nak jumpa you, Naj”
Perasaan Najlah bercampur aduk. Ada rasa teruja untuk berjumpa tuanrumah yang begitu pemurah dan tak banyak kerenah. Tapi perasaan takut pun ada. Mesti ada yang tak kena dengan hasil kerja aku. Tapi aku tak bersalah. Dia sendiri yang suruh aku hias ikut citarasa aku. Dia tak boleh nak saman aku.
“ Er.. why? Apa pasal your boss nak jumpa dengan I? Dia tak happy dengan my work? ” Najlah mengetuk hujung pensel di meja sambil berfikir apa yang tak kena.
“ I pun tak tahu kenapa dia nak jumpa you. Dia cuma suruh I contact you and fix an appointment to see him. Mungkin ada job baru yang dia nak bagi kat you. “ Hati Najlah kembali berbunga.
“ Betul kah? Where and when can we meet?” Najlah terus mencapai organizer. Alhamdulillah kalau dapat lagi satu job dari Mr CEO Insani Holdings. Lumayan beb! Tambah pula sekarang dia memang kekeringan. Banyak projek sudah hampir siap. Projek baru belum ada lagi. Puan Azura pun dah bising.
“ The sooner the better. Pukul 2.30 hari ni boleh?”
“ Okay, I’ll be there” Senyum Najlah lebar.
Tasha mendekati kubikelnya dan menunjukkan jam di tangan. Isyarat menandakan waktu lunch. Najlah berpamitan dengan Puan Yana.
“ Ada klien baru kah?” soal Tasha. Dah lama tak tengok muka Najlah begini teruja.
“ Tak juga. CEO Insani Holdings nak jumpa aku. Ingat tak rumah yang…”
“ Di Duta Nusantara tu?” sampuk Tasha. “Wah, finally kau dapat jumpa jejaka misteri. Jangan kau jatuh hati sudahlah. ”
Najlah menekan butang lif “ Mana kau tahu dia jejaka? Kot kot Pakcik atau Atuk. Tapi tak apa, aku akan introduce kat engkau kalau kau nak”
“ Ya, make sure you do that kalau CEO itu handsome. Jangan nak pulun semua. Report kat Adham nanti” ugut Tasha. Ketawa mereka pecah serentak.
………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
Setengah jam kemudian mereka tiba di Wangsa Walk. Sebaik saja memakir kereta,Tasha menonong masuk dan menuju Popeye’s Fried Chicken. Dia memang hantu ayam goreng. Restoran itu sudah penuh dan mata mereka melilau mencari tempat duduk. Seorang lelaki melambai ke arah mereka. Najlah memincing mata. Macam aku kenal.
“ Sha!“ Lelaki berkaca mata itu memanggil. Tasha memandang dengan keliru selama beberapa saat kemudian terus bergegas ke arahnya.
“ Man! Apa kau buat disini? Bila kau balik?”
“ Dah sebulan aku balik. Apa aku buat di sini? Makanlah, apa lagi.”
Oh… Norman sepupu Tasha rupanya. Rambutnya di potong kemas dan dia nampak gelap sedikit berbanding waktu mereka bertemu di Melbourne. Kalau di bandingkan dengan Adham , Norman lebh kurang sama kacak. Cuma Adham muka naughty, Norman berwajah serius. Bekas nerd yang dah makin handsome. Ishh… apalah aku ni, nak bandingkan suami sendiri dengan orang lain. Belajar belajarlah bersyukur. Masih segar di ingatannya bagaimana dia di marahi Adham di sebabkan Norman. Najlah merapati meja Norman dengan teragak agak.
“ Duduklah sini. Dah tak ada meja kosong” pelawa Norman. Senyumannya lebar menampakkan gigi tersusun cantik. Ini hari bertuah aku. Tak sangka dapat berjumpa semula dengan Najlah. Masa di Melbourne dulu, terlupa pula nak minta nombor telefonnya.
“Kami tak mengacau kah? Mana tahu , kau tengah tunggu makwe” kata Tasha. Namun dia sudah menarik kerusi depan Norman dan meletakkan tray berisi set ayam goreng di meja.
“ Tak adalah. Aku pergi jumpa kawan di Celebrity Fitness tadi. Malas nak balik sebab jam jadi aku makan dulu. Najlah, duduklah. Takkan malu kat I..”
“ Wah, Man! Kau ingat lagi Naj, cinta monyet kau dulu. Lepas sepuluh tahun pun kau masih cam muka dia. Dahsyat!” Najlah menyiku Tasha. Celupar benor. Sudahlah suara kuat macam orang jual ubat kat tepi jalan. Malu aku!
“ Mana boleh lupa. Walaupun Najlah dah makin cantik sekarang. Jumpa kat mana mana dalam dunia pun I boleh cam”
“ Kau dengarlah temberang dia. Sebenarnya aku jumpa Norman di Melbourne baru ni. Lupa nak cakap kat kau” Najlah menundukkan mata bila menyedari Norman memandangnya tanpa kelip. Dia menyisip teh o ais.
“ Ya kah? Laa.. kau tak cerita kat aku pun. Man, kau pun satu. Balik sini tak cakap pun .Apa punya saudara lah. Mana souvenier aku?” Tasha bercakap dengan mulut penuh ayam.
“Ada kat rumah. Bila senang datanglah.” Pandangannya berlabuh pada Najlah.
“ Dah mula kerja kah Dr Norman?” tanya Najlah tanpa memandang tepat pada Norman
“ Minggu depan I mula di Hospital Sg Buluh. Dua tahun kena on call hari hari. Masa inilah yang paling mencabar mental dan fisikal.”
“ Kesian. Itulah, siapa suruh pandai sangat. Kan dah kena jadi doctor.” Usik Najlah. Dari sekolah lagi Norman di kenali ramai kerana otaknya yang geliga. Setiap tahun , dia lah pelajar cemerlang. Selepas SPM , dia terus di tawarkan biasiswa untuk bidang perubatan di luar negara.
Perbualan semakin rancak. Tasha Banyak cerita tentang kawan lama di imbau kembali. Kisah zaman sekolah beralih pada kehidupan di universiti.Tanpa di sedari masa begitu cepat berlalu.
“ Alamak! Dah pukul 2. Aku ada appointment pukul 2.30” Najlah terus bangun membasuh tangan di sinki. Habislah aku. Kena balik ofis ambil kereta dulu. Mustahil dapat sampai Jalan Duta dalam masa setengah jam.
“ I boleh hantar you. I nak balik PJ. Its on the way” Norman mempelawa. Peluang keemasan jangan di lepaskan.
“ Tapi kereta I macam mana? Siapa nak hantar I balik ofis nanti?” Dahi Najlah berkerut.
“ Kau naik teksi sajalah balik ofis nanti. Apa susah? Kalau tak pun, suruh Mr CEO hantar” cadang Tasha. Najlah rasa serba tak kena.
“ Jomlah, nanti lambat pula” gesa Norman
Najlah setuju dalam terpaksa. Lagipun takkanlah Norman nak melencong ke mana mana yang tak sepatutnya. Cuma sebagai seorang isteri tak manis dia menaiki kereta berdua dengan lelaki ajnabi tanpa kebenaran suami. Ah… ini emergency atas dasar urusan kerja. Bukan aku ada niat lain pun.
………………………………………………………………………… |
|
|
|
|
|
|
|
“ Sorry sebab susahkan you.” Kata Najlah sambil memasang seatbelt. Kereta BMW 3 series di pandu Norman dari Wangsa Maju terus ke Lebuhraya Duke.
“ Its okay. Not a problem. Kalau balik PJ, I memang ikut jalan ni sebab tak jam. Anyway, I dapat peluang berbual dengan kawan lama”
“ You tinggal di PJ kat mana?” Najlah sekadar bertanya. Bukannya aku nak pergi rumah dia pun.
“ Kampung Tunku. I tinggal dengan family abang I. Parents I dah balik kampung bila bapa I pencen. Bila dah start kerja nanti I kena pindah ke Sg Buluh. Najlah masih tinggal di Taman Tun?”
Najlah mengangguk. Tumpuannya lari dari perbualan bersama Norman. Matanya mengerling jam di tangan. Sudah 2.20 minit. Cepatlah sikit tuan doctor woi, desaknya dalam hati. Apa guna drive Beemer kalau pandu 60 km sejam. Motosikal kapcai pun boleh potong.
“ Najlah seronok kerja ID? Tak penat?“ Norman masih ingat lagi masa di sekolah menengah lagi Najlah sudah bercita cita menjadi penghias dalaman walaupun bapanya ingin dia menjadi peguam.
“ Ya. Memang seronok kerja ni. Kalau dah minat , penat pun tak terasa.”
“ Nanti bila I ada rumah sendiri I nak you jadi interior decorator I, okay?” Norman senyum penuh makna namun maknanya tak di tangkap oleh Najlah
“ Boleh. No problem. Kalau you ada klinik, hospital swasta… semua pun I boleh buat. I kasi discount untuk kawan lama”
Norman membelok ke kiri bila sampai ke Masjid Wilayah. Fuhh… harap harap Puan Yana dan bosnya tak menunggu terlalu lama.
“ I turun kat guard house saja. Terimakasih banyak banyak Norman” ucap Najlah sebelum melangkah laju ke arah rumah Mr CEO.
“ Kasih di terima sama banyak” Norman tersenyum senang. Dia menunggu hingga kelibat Najlah hilang dari pandangan. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh...najlah telah buat satu silap besar...as a wife she should minta izin husband dia tak kira apa2 pun hal yg berlaku |
|
|
|
|
|
|
|
“ Sorry sebab susahkan you.” Kata Najlah sambil memasang seatbelt. Kereta BMW 3 series di pandu No ...
sang_arjuna Post at 1-6-2010 22:18  ...adehhhhh. Laki aku mmg marahlah kalau buat kerja macam ni dulu-dulu, boleh gak sentap sejam dua...after 13 years ...tak kisahlah kalau pasal kerja |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1793# gembira
ya.. betul
kdg2 sbb kesilapan kecil boleh jadi kecoh |
|
|
|
|
|
|
|
juna sambung skit lg...xsabar nak tahu sapa CEO insani tu..
adakah adham????
betul ckp yg len sepatutnya lala call yem kasik tahu...klu x masalah akan muncul... |
|
|
|
|
|
|
|
nak lagi...nak lagi...naklagi....mana cukup tu....lalu kat celah gigi jek...tak sampai dalam mulut pung... |
|
|
|
|
|
|
|
“ Puan Yana , minta maaf sebab terlambat. Dah lama tunggu?” Najlah bersalaman dengan wanita yang sentiasa bergaya itu. Pencil skirt warna kelabu di padankan dengan blaus putih beropol di kolar menyerlah keanggunannya. Mata Najlah melingas sekeliling mencari CEO Insani Holdings.
“ I baru sampai. My boss belum sampai lagi” Najlah melepaskan nafas lega. Sepanjang perjalanan tadi dia resah. Lebih lagi bila Norman memainkan CD lagu lagu romantis yang mendayu dayu. Ada makna yang tersirat kah? Najlah tak selesa bila teringat perilaku Norman. Bukannya dia buat sesuatu yang tak senonoh tapi matanya sentiasa mencuri pandang. Renungannya redup. Mustahil dia masih menaruh perasaan pada aku yang dah jadi bini orang. Uh oh… aku tak pernah beritahu dia yang aku dah kahwin. Tasha pun sama. Norman pun tak pernah tanya tentang status aku. Silap aku rupanya. Najlah menggeleng.
Puan Yana melangkah ke bawah porch dan duduk di kerusi kayu jati. Jari jemarinya sibuk menekan butang handphone.
Najlah berjalan di sekeliling rumah berkembar dua itu. Pokok pokok yang di tanam sudah mula membesar. Mesti Inche CEO menggajikan tukang kebun. Rumput “ pearl” membuat halaman nampak kemas dan rata. Najlah menurut bila Puan Yana mengajak dia duduk di kerusi kayu bawah porch.
“ Rumah ini masih kosong ? Boss you nak sewakan kah?”
“ Kenapa ? Najlah minat nak sewa ?”
Dalam mimpi saja. Area elit macam ni , tambah pula dengan security 24 jam. Busuk busuk pun mesti RM 8 ribu sebulan.
“ I dengan husband I memang tengah cari rumah sewa. Tapi mana lah I mampu tempat macam ni. Sewa sebulan sama dengan gaji kita” balasnya disusuli tawa.
“ Ha … itu dia . Boss I dah sampai” Puan Yana bangun sebaik saja kereta berwarna gelap berhenti di seberang jalan. Najlah pantas melurut blaus pink berjalur putih yang sedikit kedut. Tudung nya di kemaskan. Dia berdiri tegak di samping Puan Yana sambil meninjau ke arah kereta tadi. Seorang lelaki yang agak tinggi dan berkaca mata hitam berjalan menuju mereka. Rahang Najlah jatuh. Inikah gerangan CEO Insani Holdings.
“ Boss, inilah Najlah. The interior decorator for your house. Najlah, meet my CEO. “
Najlah terpaku. Bibirnya bergerak tapi tiada suara yang keluar.
“ Terimakasih Yana. You boleh balik sekarang”
“ Ok boss. I pun ada hal kena settle kat ofis” Yana meminta diri. Dia mengenyit mata pada Najlah sambil berbisik “ Handsome kan boss I. Have fun”
Najlah masih membatu. Bingung dan buntu. Apa maknanya semua ini? Kenapa mamat ni berdiri di depan aku?
“ You.. you… macam mana you jadi CEO Insani Holdings. Siapa you sebenarnya?” Soalan Najlah di sambut dengan tawa.
“ Lala… kenapa terkejut sampai macam tu sekali? Its me. I bukan hantu raya. Ini business card I”
Najlah menyambut kad yang di hulur. |
|
|
|
|
|
|
|
kasi saspen kejap
kalau ada yg saspen lah....
kalau tak saspen buat buat saspen
 |
|
|
|
|
|
|
|
walawei smiley sapa tuh.... yem ka... tapi macam bukan yem...cepatlahhhhhhhhhhhh sambung....dah tak tahan menggelitik nak tau nih.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|