PUTRAJAYA – Seramai 203,123 orang pembayar cukai disekat perjalanan ke luar negara berikutan tunggakan cukai sehingga 30 September lalu.
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan, sekatan itu melibatkan 175,656 orang dibawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 (Individu) dan Seksyen 75A 1976 (Syarikat) (15,070).
Ia diikuti 12,205 orang dibawah Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976 (Individu) manakala Seksyen 22 Subperenggan 5(1A) ACKHT 1976 (Syarikat) (192).
“LHDN ingin menasihatkan kepada semua pembayar cukai yang ingin ke luar negara untuk menyemak status tunggakan cukai masing-masing terlebih dahulu menerusi portal MyTax yang boleh dicapai di
https://mytax.hasil.gov.my/.“Selain itu, semakan sekatan perjalanan ke luar negara boleh dilakukan menerusi portal rasmi Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di
https://sspi.imi.gov.my/sspi/,” katanya hari ini.
LHDN berkata, menurut Seksyen 104 dan 75A ACP 1967, dan Seksyen 22 ACKHT 1976, pihaknya adalah diberi kuasa untuk menghalang mana-mana individu daripada meninggalkan Malaysia jika mereka atau
syarikat mereka mempunyai tunggakan cukai yang tidak dijelaskan kepada kerajaan.“Sekatan perjalanan merupakan tindakan terakhir yang boleh dikenakan sekiranya pembayar cukai masih lagi gagal membuat bayaran terhadap baki cukai yang tertunggak (individu dan syarikat) selepas pelbagai peringatan dan notis telah diberikan,” ujarnya.
Kenyataan itu berkata, bermula 4 Mac lalu, permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian menerusi pekhidmatan e-Sekatan Perjalanan yang boleh diakses menerusi portal MyTax.
“Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi LHDN Contact Centre di talian 03-8911 1000 atau hadir ke
pejabat HASiL berhampiran.
https://www.kosmo.com.my/2024/12/10/tunggakan-cukai-203123-individu-disekat-ke-luar-negara/