CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Buku] Saya sedang baca buku... [bah 2]

 Close [Copy link]
Post time 13-4-2018 06:56 AM | Show all posts
Sixteen-year-old Starr Carter moves between two worlds: the poor neighborhood where she lives and the fancy suburban prep school she attends. The uneasy balance between these worlds is shattered when Starr witnesses the fatal shooting of her childhood best friend Khalil at the hands of a police officer. Khalil was unarmed.

Soon afterward, his death is a national headline. Some are calling him a thug, maybe even a drug dealer and a gangbanger. Protesters are taking to the streets in Khalil's name. Some cops and the local drug lord try to intimidate Starr and her family. What everyone wants to know is: what really went down that night? And the only person alive who can answer that is Starr.

But what Starr does or does not say could upend her community. It could also endanger her life.


lepas habis Legasi Tombiruo ... ingat nak baca Gone With The Wind
tapi ... macam susah nak imaginasi
font tulisan adehhh kocik .. bukan godang ...
kena pakai kanta pembesar kalau nak seleso
jadi kena jadi poligamy reader .. tukar-tukar dengan buku ni ...


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2018 03:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MELAHIRKAN UMMAT WASATAN oleh Khairuddin Said

Skimming and scanning kandungan, menarik tentang persoalan zina, hubungan, fitnah dsbnya.
Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 10:13 AM | Show all posts
Cinta itu anugerah. Sudah tertulis sebelum roh ditiup bahawa dia akan menjadi milik kita.

1911
Naskah Terakhir Laura Isabell telah menimbulkan tanda tanya kepada pewarisnya. Catatan kisah cinta yang menyentuh hati itu telah membuatkan setiap pewarisnya berkelana ingin mencari kesudahan kisah tersebut.

2008
Dean, waris terakhir yang diwasiatkan memikul amanah itu. Namun, amanah yang dipikul datang bersama sebuah tanggungjawab yang berat.

Laura Isabell. Sepasang nama yang sering membuatkan diri si gadis Melayu jati itu disalah faham. Namun dia tidak menyangka, ada rahsia yang tersimpan berabad lamanya di sebalik nama itu.

Mampukah Dean melaksanakan amanahnya? Dan apakah rahsia di sebalik nama Laura Isabell?

Segalanya bakal terungkai di dalam Naskah Terakhir Laura Isabell... cinta yang merentasi batas waktu.

disebabkan baca 2 buku serentak
ambil masa nak habiskan The Hate U Give
memang menarik lah ... kira memang wujud lah racism kat US
especially pada orang kulit hitam dan minority ...
then tak semua orang kulit putih tu teruk .. ada yang memang sokong kulit hitam
dan lagaknya seperti orang kulit hitam ..

lawak la parents Starr ... maknya bapaknya
nama semua unik .. abang nama Seven, adik nama Sekani
then bapaknya ada anak tiri 2 orang .. Lyric and Kenya

then Starr ni couple dengan white boy
chemistry diorang .. tv series Fresh Prince of Bel Air ...
memang best series ni masa sekolah selalu layan
and terasa alahai kan best ada boyfriend macam Chris .. tak perfect tapi jenis memahami
how cool is he ...
Chris anak orang kaya gila babas ... sehinggakan Devante .. terkejut part main game
dari tak suka jadi suka .. hehehe
baca ler menarik ... walaupun main isunya racism ...
takde la berat sangat novel ni ... lagipun reality memang terjadi ..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-4-2018 09:56 PM | Show all posts
Dr Alpha Male - Anjell

Tk abis lagi baca buku nie tapi dah lama x gelak sorang2 baca buku dlm train
Betul2 terhibur...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2018 06:51 AM | Show all posts
~HANYA KEBENARAN JALAN KELUAR~

“Jika Aku mind reader, adakah ia satu keistimewaan atau ketulahan?”

Teja, gadis mind reader yang terpaksa memecilkan diri kerana kelebihan itu membuatkan dia takut hendak mendengar setiap pemikiran orang lain yang ada saja menyakitkan hati.

Sehinggalah hatinya terpikat pada seorang jejaka. Jejaka yang penuh misteri dan sering menimbulkan tanda tanya. Tetapi, demi untuk tidak mengecewakan diri sendiri, cukup dia meminati lelaki itu dari jauh.

Namun, lain yang dirancang lain pula yang terjadi. Demi menghalang sebuah jenayah berlaku, Teja terpaksa mendekati lelaki itu. Sudahnya, kehidupan Teja yang menjadi huru-hara. Semakin dia mengenali lelaki itu, dia semakin keliru.

Ada rahsia disembunyikan. Ada rahsia perlu dirungkaikan.

Antara realiti dan ilusi, yang manakah kebenarannya? Yang pasti, dia perlu cari kebenaran itu.

Kerana... Hanya kebenaran jalan keluarnya.
.
.
.
"Eleh, macamlah dia tu lawa sangat. Sempat aku menjeling ke sebelah. Emm...okey, dia memang lawa. Tapi... lawa kan subjektif. Mungkin bagi aku minah sebelah lebih lawa, tapi bagi si dia, aku lebih lawa... hee... okey, cukup Teja! Cukup. Aku geleng kepala. Kembali menatap skrin telefon bimbit."


sambil baca Gone With The Wind ... baca buku Jika Aku
sebab takde lah terlalu stress dengan Gone With The Wind ...
nasib ingat jalan cerita hehehe ...
Gone With The Wind baru 44% ... jauh lagi nak sampai 100%
lagi 2-3 minggu kot ...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 11:42 AM | Show all posts
dah abis baca buku ni.....
Gegar Hati Bang Gazza

meh kita review sikitmula2 igt buku ni kisah perang2 sbb nama Gazza kot2 cinta kat Gaza, dh la da geg\ar2 puloks tu.... rupa2nya mmg best! x de la pasal perang apa cuma pasalpenderita disleksia. mmg bagus untuk pengetahuan walaupun x sebayak mana tp sekurang2nya novel ni buat kita buka mata bahawa disleksia bukan sejenis penyakit & ianya boleh dirawat sekiranya betul dengan cara. dan ternyata ramai tokoh2 yang kita tau sebenarnya penderita disleksia & mereka berjaya menjadi orang yang berjaya.
terbaik buku ni, x rugi baca

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2018 11:47 AM | Show all posts
dah abis baca jugak :
Missing Pages <-- terbitan Prolog media (gigih beli online ni!(

mula2  ambik buku ni nak baca, aura dia, mak aiiii....macam ada misteri tersirat je. macam nak hadap kamus pun ada! < ni yg kucen rasa. dan bila dh start baca dari satu penulis ke satu penulis & bila abis...wow, hebat! x rugi baca. mmg pelik sikit sbb berkisar tentang time travel semua tp mmg best! untuk yg minat novel ian dari yg lain, kucen cadangkan try dapatkan buku2 terbitan prolog media. x rugi pun.<-- mohtips pomots? hahaha....jangan marah, pomot buku best je...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2018 11:49 AM | Show all posts
sedang baca : Cempaka Melati - zahida zarkasi
keluaran Prolog Media
berdebar2 je baca buku ni sbb baru baca....hehehe

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2018 12:52 PM | Show all posts
Tika malam melabuhkan tirai... dia muncul. Kemunculannya mengundang misteri... misteri yang perlu dibongkar sejarahnya. Siapa dia sebenarnya? Pemburu... pemangsa... atau penyelamat? Jika dia pemburu... ya... sememangnya dia pemburu yang hebat. Penyamaran demi penyamaran membenihkan kepuasan yang mutlak bagi dirinya. Darah... kerana darah dia dimomokkan sebagai pemangsa yang kejam. Tiap titis darah yang mengalir bagaikan satu nikmat hingga sukar untuk diungkapkan dengan kalimah. Darah diumpamakan tenaga kehidupannya. Kerana semangat juang pahlawan Melayu begitu muncah di jiwa, dia mempertahankan bumi Melaka tercinta. Bersama Kasturi dia bermati-matian menegakkan kegemilangan Melaka. Dan bermula dari titik inilah lakaran sejarah seorang vampiro bermula. Dari seorang hamba... dia belayar, menjelajah serta meneroka keseluruh pelosok dunia. Namun matlamatnya hanya satu... umat manusia perlu diselamatkan.



ni kali kedua baca novel ni
first baca versi e-book tapi macam ada yang tak seronok
nampak buku ni kat TESCO Kampar atau TESCO Klang
ada sebuah jer tinggal .. jadi kita pun sambar tanpa buang masa
buku Gone With The Wind masih baca .. kena tukar-tukar ...
kalau tak ... serabut kot .. hehe



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 01:40 PM | Show all posts
Di manakah kesudahan hidupnya andai kecundang dalam perjuangan? Dimanakah terhenti sebuah impian andai diri tewas dalam berjihad? Namun dia pasrah pada suratan, tega pada penghinaan... Tak mungkin si gagak hitam mampu menggoyah keimanan...

dah habis baca Awang Vampiro
memang best gila lah .. dah 2x baca memang best

Gone with the wind masih baca ..
in progress 64% ... baca sambil nak marah-marah hati ni dengan Scarlett
rasa macam debush debish ...

so sambil-sambil tu kita baca Mereka Yang Tertewas 2 oleh Hasanuddin Md. Isa
tak tahu ada bahagian 2 ... Mereka Yang Tertewas 1 dah baca masa sekolah
rasa nak marah juga le sebab free sungguh masa penduduk kampung membawang fitnah Lebai Pa
jadi ... mari kita baca ...
saya beli melalui Kolektor Buku2 Semalaysia kat Facebook

la ni tengah cari Hikayat Amir Hamzah Jilid 1-3 oleh Abdul Latip Talib
out of stock .. no more print ... unless beli kat Buku Sentral
beli e-book .. price dalam belasan ...
nak beli tu takde masalah kot cuma tablet belum sampai ditangan ...
bateri tak sampai lagi .. haisss ...
see how lah ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2018 04:41 PM | Show all posts
dah abis dh baca - Cempaka melati
okey je, x de yg x best. mcm biasa prolog media buka dia ala2 twist tp mudah faham.

dah abis jugak baca - Tsssy....Rahsia
best! mula2 duk fikir mcm ni, mcm tu tapi sampai kat satu bab, eh? gitu ye? rupanya mcm tu? ala2 split personality la jugak sbb watak utama nk lari dari hidup lama dia & dia create diri dia yg baru untuk jalani hidup baru dan watak hero puloks....mmg betul2 menarik la. x rugi baca!

sedang baca - Maia
setakat ni best sgt2. siap baca nanti kucen review deh?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2018 12:42 PM | Show all posts
tengah baca novel kelabu by nadia khan...
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2018 08:21 AM | Show all posts
Kisah pengembomam ke atas Hiroshima. Menceritakan bagaimana ia berlaku dan siapa yang menyebabkannya berlaku. Banyak fakta mengejutkan akan ditemukan dalam novel ini.


Mereka Yang Tertewas 2 dah habis
baca dalam komuter ...
ermmm entah ler kenapa la orang yang baik, niat baik ada jer halangan?
Lebai Pa niat dia baik tapi dibenci oleh segelintir ...
sehingga sanggup buat fitnah .... tapi bila susah cari juga Lebai Pa
dan Milah isteri Lebai Pa tragis nya ... mungkin zaman tu
perubatan belum maju sangat ... Milah meninggal
puncanya kaki tercucuk besi cerucuk ... kesiannya ...

dah habis tu .. kita pilih tentang perang Hiroshima ...
takde mood nak baca Gone With the Wind
nanti dulu ya ..



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 07:03 AM | Show all posts
Apa yang anda sanggup lakukan jika 'nyawa' anda berada di tangan orang lain?

Telefon adalah nyawanya, rahsianya, gambar, idea, manuskrip, nota, diari, password... Akaun sosial media, segalanya di telefon pintarnya.
Tiya dan Duta tertukar telefon. Dalam sebesar dan seluas dunia macam mana telefon yang sama jenis, sama warna, sama casing, sama password dan sama wallpaper, boleh tertukar?
Mustahil!
Tetapi itulah yang terjadi pada Tiya. Mulai detik itu kehidupannya yang aman damai mula huru-hara. Tiya bukan saja terperangkap dalam masalah cinta dan jodoh Duta tetapi dia juga terperangkap dalam masalah lain yang lebih besar. Yang menyebabkan kehidupan Tiya berubah 360 darjah. Yang menyebabkan dia terpaksa melawan diri sendiri.
Ada rahsia yang tersembunyi.
Ada jiwa yang akan terseksa.
Ada hati yang akan terluka.
Masih wujudkah happily-ever-after dalam hidup Tiya?
"Hello... it's me."


baca buku tak sampai few hours .. tu pun delay kan
not bad juga lah sebab lain dari yang lain
kalau author ni jangan bergantung pada sinopsis
sinopsis je macam cerita cinta tapi ... actually tidak
yang ni boleh diterima ... hehehe ...
dan buku ni ada kaitan dengan Jika Aku ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2018 07:05 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 12-5-2018 07:15 AM

Artakus telah berjaya menyatukan kelana Aurora dan semakin terkenal sebagai panglima yang tidak pernah kalah dalam peperangan. Namun Naktai, seorang pemimpin Aurora yang berpengaruh, mahu menjatuhkannya. Komplot tersebut berjaya memecah-belahkan kelana Aurora sehinggakan Artakus terpaksa berangkat ke medan perang dengan hanya seratus kesatria. Keputusan itu mengecewakan Laira, gadis jelita dari Vala Arvan. Perselisihan tersebut memisahkan mereka, namun pahlawan Aurora itu tetap bertegas dengan pendiriannya.

Artakus kini berhadapan dengan dua puluh ribu tentera Morrok di bawah pimpinan Odetakhun Agrikola, panglima berida yang ditugaskan untuk menghancurkan pemberontakan Aurora. Kehadiran morokunzen, pahlawan elit dari Uzru, menjanjikan cabaran sengit, mendahului peperangan yang bakal menentukan kelangsungan bangsa Aurora di benua Imagina. Saat paling getir, yang terkenal dalam sejarah dengan hanya satu gelaran.

Legenda Numerius.

dah habis buku Anna Lee pada hari yang sama
dok fikir buku apa yang nak dibaca ... sekali baru teringat
saga Artakusiad ... tak habis lagi termasuk Kronika Nashan
buku ni no ke 7 kalau tak salah
fly dah baca Cabaran Lodra no 8 dulu sebab masa tu buku Legenda Numerius takde dalam stok ...
bila dah jumpa apa lagi ... rembat ler termasuk ler buku terakhir Seru Katanaga

dan prekuel pun ada juga ...
ni ler masalah kalau tab belum siap lagi
dah berapa bulan .. bateri tak sampai-sampai lagi
haisss ... ni kalau takde juga .. tandanya .. nak collect balik
and cari Kindle jer lah ..
lebih sebulan .. hadoii ..

anyway, serius bahasa dia indah ... setara dengan penulis sasterawan negara
rasa terbuai-buai dalam alam cerita ...
takde bahasa pasar .. takde bahasa rojak ...
sehingga penggunaan perkataan bahasa malaysia yang tak pernah fly dengar

kalau budak zaman sekarang baca beberapa perenggan terus blur ...
buku ni patut keep .. ada nilai tinggi ...

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 07:12 AM | Show all posts
Numerius.

Sebuah genting sempit di tengah Aurora, yang terletak di kawasan beting banjaran Sonan Nadir di timur Morudalun, kota indung raja dahulu kala. Dan kini menjadi kunci kepada masa hadapan negara itu, medan perang yang bakal menentukan bukan sahaja siapakah yang akan berkuasa di timur buana, malah Perang Bayang di antara Arasis dan Osria.

Empat ratus kesatria Aurora, menentang dua puluh ribu renggular Morrok.

Barisan perisai mereka kini bertemu dalam pertempuran seru di Numerius. Sebuah peperangan, yang bakal terkenal ke penghujung sejarah para kelana, selaku legenda kepahlawanan terulung dalam babad keperwiraan bangsa Aurora.

Dan barangkali, pertempuran terakhir Artakus, Lodra Perang Aurora.

ending Legenda Numerius tergantung
Artakus telah mengalahkan 3 pahlawam Morrok dengan jayanya
heh .. tak caya yer ... percayalah
terasa nak join lawan sekali
tapi kesian ler Laira ... diorang ni tak pula nak luahkan rasa cinta
dah perempuan ni nangis berendam air mata
berapa kali kena tinggal ... adakah peperangan kali ni ada pengakhiran?
yang pasti Seru Katanaga will be bloody ...
so ni ada buku terakhir untuk Saga Artakusiad ...

cadang untuk baca prekuel ... hari tu dah baca Kronika Nashan
tinggal Wizra, Kesatria dan Korona Imperium ....

alert buku Ahmad Patria ni ... memerlukan imaginasi yang tinggi
bahasa pula indah ...
kalau lah ada peluang dijadikan filem
wow!!!!! ... bayangkan filem Saga Artakusiad ala macam filem LOTR



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-5-2018 12:43 PM | Show all posts
okeyh, ari tu kucen bgtau kucen baca Maia 'kan?
meh kita review sikit buku ni

mcm biasa novel trbitan Prolog Media ada twist & x membosankan sbb x de la cintan cintun sangat. nk kata x de, mesti la ada 'kan?
Mia ni berkisah tentang watak utama Maian yg mampu lihat hati orang sekeliling dia. apa yg nyata di lidah x semestinya sama dia hati. it yang maia nampak & dari situ dia cuba memencilkan diri sbb dia x suka tgk kata yg berbeza antara hati dan lisan tu. jadi kerana itu dia tiada kawan sejak kecil hingga memilih utk bekerja di sebuah kedai yg berkaitan dengan kucing. kerana bagi dia, berbual dgn kucing lebih seronok kerana dia tidak akan nampak semua yg buruk itu dari binatang berbulu tersebut sehinggalah dia bertemu dengan watak hero (lupa dh nama apa...hahaha ) dari situ dia hairan kenapa dia x boleh 'baca' hati hero tu sehinggalah dia ditemukan dengan orang2 istimewa yg lain & akhirnya dia tahu kenapa dia mendapat anugerah yg dipanggil sumpahan. segalanya terbongkar di situ & byk perkara lagi yang dia tidak tahu turut terbongkar.

overall, citer ni best. ala2 baca kisah x-men yg ada magneto, ada sekolah utk anak2 yang ada kuasa luar bisa. hahahaha.....dh melalut dh kucen ni. tp apa2 pun, buku ni best!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:50 PM | Show all posts
dh abis baca Hatiku Untuk Dia karya Rose Harissa

haa....byk pengetahuan dalam ni. akta utk pembuli siber, pasal muzik & instrument. pasal penyakit HIV & banyak lagi. tebalnye mmg dh tahap kamus dewan dah tp bila baca, mcm2 rasa. x rugi utk sapa2 beli sbb byk pengajaran bagaima Reza (watak utama) hadap adik2nya yg masih muda remaja & bagaimana rupanya cinta sejati. cinta Reza pada Elvina yg disahkan sebagai pengidap SLE beberapa minggu sebelum kahwin dengan tunang dia & kerana penyakit itu tunang Vi membatakan perkahwinan mereka dan kemudia Reza dengan penuh ikhlas menerima Vi seadanya. kemudian kisah Sara yang cintakan Alfan biarpun Alfan penghidap HIV.

salute ngan penulis ni sbb byk ilmu yg kita boleh dapat. x rugi baca tau!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2018 12:50 PM | Show all posts
sedang baca : I'm Not Monster - Sara Aisha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2018 06:46 AM | Show all posts
Pembaca yang mebaca buku ini, dipercayai, walau sejahil mana pun anda, sedikit sebanyak akan ada modal untuk bercakap bab agama terutama apabila diajak bersembang bersama bapa mertua atau rakan niaga.

Penting untuk kita mempunyai sedikit kebolehan menyampuk sepatah dua kata dalam bab agama sewaktu berborak kerana bila kita dah jadi mayat kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘berborak’ bab agama, yang mana jika kita diam tak reti nak bercakap bab agama, maka malaikat kubur akan hantukkan kepala kita ke tanah!


tak sangka boleh habis baca Seru Katanaga
buku yang ke-9 ni ... terasa meremang bulu roma
sebab teringat babak terakhir LOTR ... dimana peperangan besar ditempat terbuka
jumlah askar Morrok berkali ganda banyak berbanding askar Aurora
ternyata Artakus adalah pahlawan terbilang
cuma kisah cinta Artakus dan Laira ni tergantung kena fikir sama ada wujud atau mati
sebab Laira datang membantu Artakus ...
imagine lah diorang kena bertahan dan melawan askar Morrok yang besar ... dan ada juga askar yang jenis Serigala
oh man ... !
mereka bertahan sebab mahukan bendera Morrok lupa apa panggil nya
sebab kelemahan askar Morrok tu pada bendera tu ..
waktu perang kan ada orang yang bawa bendera ... kalau yang pembawa asal tu terkorban akan ada gantinya
tapi yang Morrok ni kalau yang pembawa asal tu terkorban dan dipegang oleh pihak lawan
peperangan terhenti dan kalah instantly ..
ni adalah hasil nasihat seseorang yang membantu Artakus ...
buku ni fly beli dengan Elaira Book Cafe .. tak tahu ada lagi ke tidak
limited edition .. untuk prekuel buku ke-2 .. Wizra selepas kita baca Semusim Di Neraka

pasal buku ni ... i have no idea tentang apa .. fly beli 3 tahun lepas
Semusim Di Neraka dan Semusim Di Syurga ...
malam tadi baca sedikit .. cara penceritaan agak santai tapi ada isi ...
baru berapa muka surat je .. tak boleh nak cerita panjang ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 1.305067 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list