CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zamirra

ORG MUOR - MEH SINI!

 Close [Copy link]
Post time 3-11-2006 08:48 AM | Show all posts
Originally posted by rorygilmore at 2-11-2006 03:49 PM
wah..sapa newrule5 nie ekk...
lorong bunga ros dekat ngan umah cikgu Hassan la ekk...

jejak kasih lagik nie...


power punya jejak kasih ada dlm nih hehehhe.. lawak lah korang ni.. btw aku pun nak join gak jejak kasih korang nihhh..

rory, cikgu hassan tu ada anak pompuan nama norhasniza ke? skrg lecturer kat uitm segamat??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 08:53 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 2-11-2006 05:30 PM

memang sempit jln tu.. tu ko lom masuk lagi lorong-lorong lain kat jln daud... lorongnyer kecik.. tapi kalo selisih kete leh lepas kalo dah biasa...


ya allah tension aku dgn jln2 kat dlm tu.. masa aku nak g umah pakcik ko dulu tu pun kawan aku terpaksa guide keta aku nak masuk ke area umah dia.. keluar peluh jantan betina nak manuovere keta kat jln2 sempit tu.. kalau selisih ngan keta lain memang menggelabah la..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 08:58 AM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 2-11-2006 05:33 PM

Aku setuju sangat2 apa yang kau cakap tu muor... Jiwa kemuoran orang2 muor ni lain sikit.... itu identiti muor sebenarnya... satu lagi, kalau orang tanya, 'kau asal mana....?", kita automatik jawap 'aku asal muor..."..!!! orang tak jawap "aku asal johor..."...kan..?

...


aku ingatkan aku ngan sorang kawan aku budak bakri bt 5 je yg perangai over camnih.. rupanya ada ramai geng.. best best.. kdg2 bila org tanya tu dgn otomatiknya keluar bunyi as "muo" lagi.. bila org tu tak paham, baru aku sedar & betulkan as "Muar".. infact hubby aku yg org JB tu pun pelik apa la aku bangga sgt ngan muo tu.. aku cakap bangga la sebab itu kg aku hehehhee..

1 lagi aku dah pasang niat, kalo aku tukar keta nanti, aku tetap nak register keta aku kat johor.. nak plate johor gak
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 09:14 AM | Show all posts
perghhh ada jejak kasih rupanya.ckp pasal jln daud aku pi rmh mak long hb aku kat situ.jln mmg sempitla.payah sket kalo kereta berselisih.

venom
bagus usaha ko war2kan kat kwn2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 09:17 AM | Show all posts
lagi satu kan... yg aku pasan lah.. mase aku bajor dulu... kalo terjumpe ngan budak muo... dia nyer exited nyer lain macam... kalo yg sekapala mule ler bukak citer pasal kat muo... hehehhehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by newrule5 at 2-11-2006 02:56 PM
Aku ajelah org muo yang setia kat sini kot! Pas habis belajar pun carik kerja kat sini....
Yeah, aku kenal family Zainal Alam, and Yasmin Ahmad. Rumah mak mertua Ramlah Ram pun dekat ngan rumah aku....


zainal alam tu org sg mati kan....ko tau tak dia sg mati kat ner....?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2006 09:50 AM | Show all posts

Reply #1786 NonaNaga's post

haah dia org sg. mati.. dgn bangganya dia penah cakap dlm paper.. dia siap nak bukak studio lagi kat situ.. tapi exactly kat mana rumah dia aku tak tau.. aku tau rumah ghani othman je, betul2 kat simpang 4 sg. mati tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by pitoq at 3-11-2006 08:44 AM


owhhhh masih pakai tv lagi ek org muor.... :hmm:... kat bp rmh memasing dah pakai lcd projektor.. derang ckp tgk tv tak puas... kecik sgt.... hwargh hwargh hwargh......



Kat muor kitaorang pakai lcd tu kat bilik air jer pitoq.... hahaha..


Apa la kita mengarut ni pitoq.....isk.....hahaha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 09:55 AM | Show all posts
Originally posted by Airis at 3-11-2006 08:58 AM


aku ingatkan aku ngan sorang kawan aku budak bakri bt 5 je yg perangai over camnih.. rupanya ada ramai geng.. best best.. kdg2 bila org tanya tu dgn otomatiknya keluar bunyi as "muo"  ...


itulah. sentimen kemuoran tu kuat sangat.
Banyak orang luar pun cakap, orang muor ada 'kesombongan' dan keakuan lain macam sikit.........
Tak tau kenapa, mungkin Muor76 boleh buat kajian terperinci..hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 10:39 AM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 3-11-2006 09:55 AM


itulah. sentimen kemuoran tu kuat sangat.
Banyak orang luar pun cakap, orang muor ada 'kesombongan' dan keakuan lain macam sikit.........
Tak tau kenapa, mungkin Muor76 boleh buat kajian te ...


ermm yg nih still dlm kajian lagi.. cume aku just boleh buat andaian jer lah.... hehehheheh
byk sebabnye mengapa org muo nih lain sket... maybe masa zaman parameswara dah mula dah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:05 AM | Show all posts
Keratan artikel ini memang dah lama tersimpan dengan baik. Aku pernah publish dlm blog aku dan kalau tak silap Muor76 pun pernah post kat sini....Dipetik dari ruangan "Nota Kaki" Berita Harian lebih sedekad yang lepas. Aku teruja nak post sekali lagi untuk yang belum pernah membacanya. Sebagai anak jati Muo, tulisan Johan Jaafar (sekarang bergelar Datuk ) ini membawa makna dan menyimpan nostalgia tersendiri.




SELAMAT DATANG KE MUO

Mungkin terlepas daripada perhatian rombongan Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad ke bandar Muar, Khamis lalu, sebuah kain pemidang kecil direntang di antara sepohon berembang dan sebatang pokok kelapa bantut di pinggir Sungai Muar, 'Selamat datang ke Muo.'

'Muo' ialah sebutan tempatan untuk bandar Maharani Muar yang sejarahnya sepanjang tamadun Melayu itu sendiri agaknya.

Besar kemungkinan di sini tempat singgahnya Parameswara yang diusir dari Temasik dalam perjalanan ke Melaka. Mungkin juga bandar ini ialah 'Biawak Busuk' yang dicatatkan dalam kitab Sejarah melayu. Inilah bandar yang menjadi induk bagi kawasan bersejarah yang dikenal sebagai 'Padang' bagi orang-tua di sini.

Muar, ialah bandar pencen dan malas di kuala sungai terbesar dan terpanjang di Johor. Orang Muar khabarnya lebih selesa memperkenalkan dirinya sebagai 'orang Muo' daripada 'orang Johor.' Orang Muar ada kebanggaan tersendiri, mungkin juga kesombongan setempat, dan menganggap diri mereka 'lain sedikit' atau 'lebih istimewa' daripada orang Johor lainnya.

Lain pula bandar ini kononnya tempat lahirnya cendekiawan Johor. Bandar ini tempat bermukimnya cerdik-pandai, calon cerdik-pandai dan bekas cerdik-pandai selain tentunya mereka yang mngaku cerdik-pandai.

Orang politik dari Muar juga heat-hebat. Nampaknya, salah satu pra-syarat menjadi Menteri Besar Johor mestilah seseorang itu berasal dari bandar ini.

Muar sentiasa sibuk waktu siang. Sebahagian puncanya kerana jalan sehalanya yang tidak pernah mengurangkan kesesakannya. Laluan diubah di bandar ini sekerap kemalangan yang membabitkan beca roda tiga yang masih menjadi raja jalan di sini.

Jambatan yang merentangi Sungai Muar dibuat di tengah-tengah bandar. Pada hari Ahad, kenderaan berjejal-jejal bermula dari pekan Parit Bunga lagi. Betul-betul di tepi jambatan itu Pasar Tani dibuka sedangkan Pasar Besar ditutup lalu memburukkan lagi keadaan lalu lintas.

Cerita Politik

Orang kampung biasanya keluar 'ke bando' pada pagi Sabtu. Kalau di Bazaar, siapapun yang lalu lalang akan dipangil 'cikgu' hari itu.

Muar mati waktu malam. Hotel terbesarnya tidak ada coffee-house. Bangunan UMNO yang menjadi tuan rumah hotel itu sehingga hari ini belum dirasmikan lagi.

Intrig di sebalik cerita bangunan ini lebih hebat dari novel politik sasterawan Arena wati. Hotel ini bagaimanapun boleh menjadi tempat strategik melihat barisan kedai ceti di hadapannya, mak nyah di perhentian teksi dan bas serta pasangan berdua-duaan di tepi sungai.

Orang berkunjung ke Tanjungnya kerana rojak petis dan mi jawa. Atau melihat rumah kolonial yang diduduki oleh pegawai daerah, penolong-penolongnya dam majistret setempat. Muar juga terkenal kerana mi bandungnya, selain sate. Orang Muar macam orang Kuching di Sarawak juga, makan sate pagi-pagi lagi.

Muar juga punya cerita politik menarik. Salah satu Dewan Undangan negerinya jatuh ke tangan Parti Semangat 46 dalam pilihanraya 1990. Calon popular Zakaria Mahadi, anak tempatan pertama menjadi wakil rakyat di Parit Jawa terpaksa dipindahkan ke Parit bakar untuk memberi laluan kepada seorang ustaz.

Akhirnya, Zakaria merupakan calon UMNO pertama kalah dalam pilihanraya umum di Johor. Ustaz berkenaan mendapat undi majoriti paling kecil dalam sejarah BN di kawasan berkenaan.

Selain legenda Panglima Lidah Hitam, saliwutang, Pendekar Raibah, penghulu Bakar dan cerita rakyar Si Tenggang versi Johor yang kononnya berlaku di Bukit Tereh, Muar juga ada cerita rakyat terbaru.

Sewaktu perebutan kerusi ketua bahagian di Muar tahun lalu, menurut riwayatnya, ada orang yang turun dengan helikopter mengagih-agihkan wang pada saat-saat terakhir. Cerita ini belum tentu benar, tapi ia menjadi sebahagian penglipurlara rakyat moden yang paling popular sekarang.

Muar juga agknya punya per kapita kilang haram yang tertinggi di negara ini. Di Parit Bakar, seuah pusat perubatan kecil milik kerajaan diapit oleh kilang-kilang yang mengeluarkan habuk.

Semua pekerja pusat itu memang sangat-sangat memerlukan rawatan. Bak bisa tegal biasa, tiada siapa agaknya yang mengambil berat nasib mereka - JOHAN JAAFFAR.

[ Last edited by  blackpurple at 3-11-2006 11:06 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:06 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 2-11-2006 05:30 PM


memang sempit jln tu.. tu ko lom masuk lagi lorong-lorong lain kat jln daud... lorongnyer kecik.. tapi kalo selisih kete leh lepas kalo dah biasa...


sebab itulah korang kalo tak dok jln daud or lorong bunga ros to be specific, silalah jgn lalu lorong tu!!! buat susah aku je!! :pmuka:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:11 AM | Show all posts
Originally posted by Airis at 3-11-2006 09:50 AM
haah dia org sg. mati.. dgn bangganya dia penah cakap dlm paper.. dia siap nak bukak studio lagi kat situ.. tapi exactly kat mana rumah dia aku tak tau.. aku tau rumah ghani othman je, betul2 kat s ...


aku pun tak tahu which part kat sg mati tu! ko pun tahu dia nak bukak studio eh? ari tu my dad jumpa his dad and bapak dia ada citer fasal alam nak bukak tempat jamming gitu..tak tahu dah start ke tidak...mungkin bapak alam ajak bapak aku jamming sama kot!!!

rumah nana and mak ac mizal korang tahu kan? dekat jln yang galmour tu..byk rumah besar2.

raya last year aku jumpa ac and his kids kat wetex, beli mainan! tak sangka beli mainan kat situ, aku ingat dia kuar masuk Toys r Us aje!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by pitoq at 2-11-2006 05:54 PM


:... blek.. betul ke statement kat atas tu... :.... meh blek tgk wayang kat bp meh... kat sini ada 3 cineplex yang sentiasa menyajikan cerita2 terkini.... :lol.. korum cukup ke tak ke... ci ...


ptoq - betul! aku dah byk kali terkena! part screen tak muat tu pun betul gak! bukan cineplex ler, sebab tu cekai sket! tapi kat dlm okay je cuma we all selalu complain fasal screen and sound system! aku pun tak tahu berapa lama panggung tu leh bertahan. tak make money sgt rasanya....
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by newrule5 at 3-11-2006 11:11 AM


rumah nana and mak ac mizal korang tahu kan? dekat jln yang galmour tu..byk rumah besar2.

terlupe laks aku pasal 2 org nih... heheheh dok kat jln glemer jugak ler... huhuhu

ermm kalo dulu... jln daud nih area panas... mase zaman bapak aku.. org luo tak berani masuk.. polis ker army ker...
kalo kurang ajor memang nak kene... samseng stadium pon masuk jln daud hilang telur..
pernah sekali tu jln daud kene kepong ngan polis kes bunuh... dan hasil nyer... 4 org melarikan diri.. sorang p dubai/mesir.. lagi sorang p jerman... 2 org lagi aku tak tau lak p mana..  tapi p obersea jugak lah...
mase mlm kejadian tu kalo tak barisan kedai kat jln daud tu dah kene bakar... benzin dah standby tapi sebab mata-mata cepat dtg.. tak dpt nak bakar..

tapi skang diorang dah balik rasenyer.. kes dah tutup dah.. ni mase zaman bapak aku muda lah
l pastu ade gak zaman panas pasal drug addict... hehehe ni tokleh tolong lah kan..

mase aku sekolah dulu.. ade ler jugak kes org kene bunuh kat jln daud tu.. huhuhu

pernah sekali aku hampir dibawa ke balai polis sebab alamat ic aku kat jalan daud.. hampeh betul polis tu.. cam sioottt

ermm zainal alam nak bukak studio jamming? bagus lah tu.. leh ler mengurangkan aktiviti tak bermoral remaja..
mase zaman nash dulu (zaman rock kapak bermula) ade seorang cikgu bukak studi jamming... dia ler yg pelawa nash n kawan-kawan dtg ke studio jamming tu (aku rase aku dah citer sebelum ni)

kan dulu ade group princess (tak bape top lah) 2 org dr group tu budak muo, awin (selalu nanyi kat kije kawin,kat pub, kat dangdut) sheery (selalu nyanyi kat karaoke, kat dangdut melaka, yg dulu pernah dok lepak ngan aku n kengkawan)
heheheh ni pon aku rase aku pernah citer.. tapi diorang nih tak bape bagus.. masuk sinaran passport kegemilangan pon tak dapat point yg baik sangat..

huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 11:52 AM | Show all posts
Originally posted by muor76 at 2-11-2006 02:42 PM


tu lah.. ramai budak muo merantau kuo dr muo... walau bagaimana jauhpon diorang merantau, mesti diorang akan balik ke muo jugak.. nak nak kalo ade sedare mara lagi kat muo
kat muo jugak tak ra ...


hehehe...setuju gak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2006 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by newrule5 at 3-11-2006 11:15 AM


ptoq - betul! aku dah byk kali terkena! part screen tak muat tu pun betul gak! bukan cineplex ler, sebab tu cekai sket! tapi kat dlm okay je cuma we all selalu complain fasal screen and sound s ...


kira bleh lagi laa ek kalo nak tgk wayang sambil makan kuaci... :bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:14 PM | Show all posts
Originally posted by pitoq at 3-11-2006 12:02 PM


kira bleh lagi laa ek kalo nak tgk wayang sambil makan kuaci... :bgrin:


Kau macam biasa jer ni pitoq...hehehe..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:20 PM | Show all posts
Originally posted by blackpurple at 3-11-2006 12:14 PM


Kau macam biasa jer ni pitoq...hehehe..


dulu2 waktu bp lum ada cineplex mmg biasa blek.... laaa ni besa makan popcorn jerk... kalo makan koci kena suluh... :lol
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2006 12:30 PM | Show all posts
Originally posted by pitoq at 3-11-2006 12:20 PM


dulu2 waktu bp lum ada cineplex mmg biasa blek.... laaa ni besa makan popcorn jerk... kalo makan koci kena suluh... :lol


Kena suluh makan kuaci ke kena suluh sebab buat wayang...? hahaha...tak senonoh betul la orang2 BP nih....hahaha...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.352646 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list