CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 22-3-2012 01:04 PM | Show all posts
salam..

nk tny ..jika seorg peminum arak, bertandang di umah kita, n kita hidangkan air utk dia, adakah cawan yg dia gunakan 2 perlu disucikn semula..tp mase 2, dia bebas dr arak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2012 01:45 PM | Show all posts
Reply 1799# mnm77


   tq for the reply.....
slalu bila member3 di sekitar start ckp2/kutuk3 org lain aku terus blah je...dr situh
skrng nih.....dah mmg x ckp sgt dgn org tuh.....diam je....
sampai dier plak tanya..asal aku diam....dan x tegur dier sgt....
bukan apo....kalo tegur....sure ade je bende dier nak kutuk......

pada aku....aku cuba kurangkan dosa....tapi pada padangan lain......aku mcm sombong....
uhuhuhuh.........ntah aaaaaaaa

bukan xmo kawan ngan depa.....cume letih telinga nih nak dgr....asyik kritik org je...
kalo depa nih bagus sgt.....conform keje...level boss......
nih......nan hado..........
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 08:12 PM | Show all posts
Reply 1800# mnm77


    thanks for replying..
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 08:14 PM | Show all posts
Reply 1797# marwang


    salam.. kisah marwang sama dgn freaky. kadang2 org umpat2/gossip.. freaky dengar tp x nyampuk.. tp kdg2 org tu xpuas ati.. mcm die nak kte sokong ape yg die umpatkan tuh.. kdg2 benda ni gak wat freaky xde kawan. hurm. biarlah.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2012 09:07 PM | Show all posts
Salam...

saya ingin bertanya, apa yg perlu dibuat kepada barang2 curi (dicuri dari supermarket)? pencuri ingin bertaubat. perlukah barang2 itu dibuang saja atau ada cara yg lebih baik boleh dilakukan?
terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 07:45 AM | Show all posts
Reply 1804# freakygirl

   btul3......mcm serupa je kes kite nih.....eheheheh.........sbb pd aku.....bende mcm nih x mendatangkan hasil......x menaikkan ekonomi negara.....
hati sakit ade aaa.............stress je.............


kekadang tuh sedih gak.....sbb kawan kurang.....uhuhuhu
nak buat camne...........
semoga allah....bagi yg lebih baik utk diri ku.....amin.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-3-2012 10:26 AM | Show all posts
salam..

nk tny ..jika seorg peminum arak, bertandang di umah kita, n kita hidangkan air utk dia, adakah cawan yg dia gunakan 2 perlu disucikn semula..tp mase 2, dia bebas dr arak.
aisaka_taiga Post at 22-3-2012 13:04


Salam...

Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan dengan perlu disucikan semula?

Umumnya, sesiapapun yang datang dan minum air dari cawan yang kita sediakan, kita akan basuh cawan tu kan? Bukankah itu maksud menyucikan cawan?   

Kalau ada orang khianat tuang arak dalam cawan kita, kita basuh aja lah. Bukannya nak kena samak atau apa pun cawan tu.

Kalau orang yang pernah minum arak, minum air dari cawan kita, ni sama kes macam peminum arak yang minum minuman biasa kat gerai...

Ada kerja kah nak pastikan semua cawan dan gelas kat gerai tu dipastikan mana-mana peminum arak tak pernah minum pun?

Melainkan jika cawan yang digunakan tu memang jenis cawan khusus minuman keras, maka janganlah minum dari cawan tersebut (bukan arak sekalipun) untuk elak dari fitnah dan pandangan serong orang lain terhadap kita.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2012 10:38 AM | Show all posts
Salam...

saya ingin bertanya, apa yg perlu dibuat kepada barang2 curi (dicuri dari supermarket)? pencuri ingin bertaubat. perlukah barang2 itu dibuang saja atau ada cara yg lebih baik boleh dilakukan?
terima kasih.
itchme Post at 22-3-2012 21:07


Salam...

Pada pendapat saya, jika barang itu masih elok boleh diusahakan untuk pulangkan barang tersebut, boleh guna orang ketiga (kawan) untuk urusan pemulangan jika identiti sendiri nak dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu.

Jika barang itu sudah tiada lagi atau keadaannya tidak sesuai untuk dipulangkan, maka bolehlah pulangkan nilai barang itu (wang) kepada pihak pengurusan kedai tu (tuan punya/owner BUKAN cashier/juruwang - melainkan juruwang dan owner tu orang yang sama, ok). Boleh beritahu keadaan barang tersebut jika owner nak tahu. Jika owner terima wang, barang tu dah jadi hak milik dan tak perlu dibuang. Jika owner halalkan dan tak terima wang, maka barang tu juga jadi hak milik, namun sebaiknya dipulangkan barang itu atas penyesalan, atau di-infaq-kan ke jalan yang bermanfaat.

Dalam apa kes pun bagi kesalahan mencuri, kena bertaubat dan mohon ampun dari Allah.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2012 11:55 AM | Show all posts
Post Last Edit by aisaka_taiga at 23-3-2012 11:58

Reply 1807# mnm77


    tq
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 09:17 AM | Show all posts
Reply 1798# mnm77

Assalamualaikum.

    Terima kasih tuan. Ada satu lagi soalan harap tuan sudi menjawabnya.

1. Seandainya seseorang melahirkan anak melalui hubungan yg tidah sah dan hanya berkahwin selepas anak tersebut dilahirkan,
apakah hubungan anak tersebut dengan si bapa? adakah dikira mahram sementara?

2. Bagaimana pula hubungan anak ini dengan saudara kandung si bapa ini?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 10:42 AM | Show all posts
salam..

bagaimana kita nak membantu mereka yang suke minum arak agar die tingalkan tabiat yg tidak sihat itu..
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 12:01 PM | Show all posts
Assalamualaikum.

    Terima kasih tuan. Ada satu lagi soalan harap tuan sudi menjawabnya.

1. Seandainya seseorang melahirkan anak melalui hubungan yg tidah sah dan hanya berkahwin selepas anak tersebut dilahirkan,
apakah hubungan anak tersebut dengan si bapa? adakah dikira mahram sementara?

2. Bagaimana pula hubungan anak ini dengan saudara kandung si bapa ini?
aLieNzDaToR Post at 26-3-2012 09:17


Wa'alaikumussalam...

Soalan tuan ni saya rasa jawapannya boleh ada khilaf (beza) pendapat. Setakat yang saya tahu:

1. Jika memang benar anak itu anaknya, anak itu kekal mahram kepadanya, hanya hubungan sebelum kahwin itu sahaja yang tidak sah dan berdosa. Tetapi boleh timbul masalah tentang status warisan harta, bagi anak yang dilahirkan luar nikah. Kena rujuk pejabat agama.

2. Macam bapa saudaranya sendiri, jika semua maklum akan status anak ini dan semua terima (percaya) siapa ibu dan bapa kandung anak ini.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 12:07 PM | Show all posts
salam..

bagaimana kita nak membantu mereka yang suke minum arak agar die tingalkan tabiat yg tidak sihat itu..
aisaka_taiga Post at 26-3-2012 10:42


Salam...

Boleh mulakan dengan memenangi hatinya dengan niat dakwah, boleh mulakan dengan ajak mengerjakan solat 5 waktu pada waktu-waktu yang ditetapkan, dengan syarat ketika itu dia tidak mabuk.

Sesungguhnya Solat itu mencegah dari perkara keji dan mungkar (Al-Ankabut, 45)

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 01:15 PM | Show all posts

Tetapi boleh timbul masalah tentang status warisan harta, bagi anak yang dilahirkan luar nikah. Kena rujuk pejabat agama.


Kenapa rujuk pejabat agama? kenapa tidak rujuk AlQuran?
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 01:52 PM | Show all posts
Reply 1814# Isyroqiyyin


    Mungkin kerana di pejabat agama, terdapat orang yang lebih arif dalam menentukan hukum ini. Lebih2 lagi berhubungan dengan perkara2 yang khilaf.
Reply

Use magic Report

Post time 26-3-2012 01:53 PM | Show all posts
Reply 1812# mnm77


    Terima kasih tuan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-3-2012 09:08 PM | Show all posts
Reply 1808# mnm77

salam.terima kasih menjawap persoalan.
sekiranya barang (ada dlm simpanan 'A') dipulangkan kepada si pencuri dan diberitahu apa yg perlu dilakukan, tetapi dia (si pencuri) kemudiannya enggan memulangkan barang tersebut kepada dept store terbabit, adakah 'A' akan dikira bersubahat dgn perbuatan jahatnya? atau 'A' dikira sudah menjalankan tanggungjawapnya dan terlepas dari dosa jadi tak perlu risau lagi?

terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 03:40 PM | Show all posts
As Salam...

Nak tanya.. hmmm mengenai lafaz taklik. Cemana kalau seoarang suami berkata pada isterinya dalam keadaan marah :

masa pergaduhan tue.. dia cakap pertama kali ayatnya "kalau awak tengok cerita indon lagi, jatuh talak satu".. kemudian dia tegaskan pulak lepas ayat pertama tue cam nie.. " kalau awak tgk cerita indon lagi dengan niat nak mengabaikan saya, jatuh talak 1"..


jadi soalanye..

1) adakah si isteri tak blh tgk cerita indon (seperti yg dinaytakan), atau  masih blh tgk selagi tidak ada niat nak mengabaikan suami

2) adakah 2 kali lafaz taklik pada masa pergaduhan tu kira 2 lafaz yg berbeza .. atau penegasan aje...

TQ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2012 04:53 PM | Show all posts
reply nichiyoubi

wa alaikum salam

1 dan 2 sepahaman saya, ianya tidak jatuh talak kerana dalam keadaan marah. jika ragu2, perlu menghadapkan kepada pejabat syariah unit rumahtangga untuk minta nasihat.

walau bagaimanapun, jatuh talak atau tidak itu akan hanya di jatuhkan hukumannya oleh hakim syarie. bukan ustaz, mufti, dan siapa2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2012 03:28 PM | Show all posts
Reply  mnm77


    Terima kasih tuan.
aLieNzDaToR Post at 26-3-2012 13:53


Sama-sama. Semoga Allah Memberi kefahaman yang benar kepada kita. Amin.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.165521 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list