|
Reply #1782 axl_bach's post
thanks update....
then bye2....
hakikatnya....
kita masih jauh ketinggalan...
aku ingat, liga kita sudah maju....rupanya tak....
takpa la...usaha lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1783 ussopp's post
tak jauh sangat pon ketinggalan...... yg skor utk dorang pon player import brazil. tuh pon dapat penalti sebijik ... kita budak muda fazli baharom jer skor...
kita hanya kekurangan sriker yg power....... apatah lagik stiker dorang tak payah posa..![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1785 rambutan\ catat
sokong kekekekekeke....
ada import pun x kuat tadak import lagik la....
kuikuikuikuikuikuikuikuikuikui |
|
|
|
|
|
|
|
erm..
makin naik la saham si fadly ni
**seriusly, aku ttp x paham apa connection/signifikan pemain import dgn ketidakhebatan pasukan/player m'sia..
alasan kelakar cam apa je..
tgk liga2 utama cam england, spain, italy etc. sume ada pemain import.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenari tumpas
Oleh Bashah Zainol Abidin
[email protected]
KEPUTUSAN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak membenarkan pemain import beraksi dalam skuad tempatan musim depan akhirnya mengundang natijah yang pertama khususnya buat Kedah yang kecundang besar, 7-1 secara agregat kepada Muharraq, suku akhir kedua Piala AFC 2008, malam tadi.
Ternyata badan induk berkenaan sudah membuat kesilapan yang mungkin sukar dimaafkan semua pasukan dan kesan daripada itu, riwayat pasukan Kedah akhirnya sekadar bernafas di peringkat suku akhir saja.
Kedah tewas 1-2 pada suku akhir kedua di Alor Star menyaksikan skuad elit itu tempang selain menjadi bahan ketawa semua pihak dan semuanya angkara keputusan yang tidak pernah dijangkakan.
Ketua jurulatih Kedah, Azraai Khor Abdullah mengakui kekalahan itu berpunca daripada ketiadaan pemain import yang membuatkan anak buahnya menjadi mangsa belasahan.
“Kami tidak tahu lagi nasib kami musim depan. Ketika ada pemain import kami mara ke suku akhir tapi apabila beraksi tanpa mereka (pemain import), impian kami mungkin tidak mencapai tahap ini.
“Sudah tentu ketiadaan pemain import akan menyukarkan kami menghadapi kejohanan sama musim depan dan mungkin perjalanan kami sekadar di peringkat kumpulan,” katanya.
Dalam perlawanan itu, Kedah tewas menerus dua gol daripada pemain antarabangsa Brazil, Leandson da Silva yang menjaringkan gol pada m-29 dan penalti m-39.
Kedah cuba merapatkan jurang dan berhasil menerusi ayam tambatan, Fadly Baharom pada m-69 dan keputusan itu kekal sehingga perlawanan tamat.
Sementara itu, jurulatih Muharraq, Salman Ahmed Rashed Sharrida, berkata pemainnya tidak beraksi habis-habisan apabila mengetahui sudah layak berdasarkan kelebihan lima gol.
“Saya memuji corak permainan Kedah walaupun boleh dikatakan susuk tubuh mereka kecil tapi berusaha membuat serangan.
“Kekecewaan kami pada 2005 dibalas dengan kejayaan ini. Justeru, kami berharap dapat mara ke final seterusnya muncul juara,” katanya.
- Harian Metro - |
|
|
|
|
|
|
|
Piala AFC: Kedah tersingkir dengan agregat 7-1
Oleh SHARIZA ABDULLAH
![](http://img136.imageshack.us/img136/6242/2008utusankedahvsmuharavj2.jpg)
pemain kedah, Baddrol Bakhtiar (kiri) bersaing dengan lawannya dari Muharraq, Mahmood Abdul Rahman dalam pertemuan suku akhir kedua di Alor Star, malam tadi. Kedah tewas 1-2.
ALOR SETAR - Seperti diramal Kedah tersingkir daripada Kejohanan Piala AFC apabila tewas 1-2 kepada kelab Bahrain, Muharraq FC pada perlawanan suku akhir kedua di Stadium Darulaman, semalam.
Keputusan itu menjadikan Muharraq menang secara agregat 7-1 ke atas Kedah selepas menang besar 5-0 dalam perlawanan pertama di Manama, Bahrain minggu lalu.
Tanpa kelibat pemain import yang terpaksa meninggalkan saingan liga tempatan, Kedah jelas pincang di jentera serangan.
Kelebihan selaku tuan rumah gagal dimanfaatkan, sebaliknya pelawat selesa mendahului 2-0 dalam babak pertama menerusi import dari Brazil, Leandson Dias Da Silva pada minit ke-29 dan 40.
Kedah bermula garang pada awal permainan dengan melancarkan percubaan menerusi Mohd. Fadly Baharum pada minit keenam tetapi percubaannya berjaya ditepis oleh penjaga gol Muharraq, Abdullah Mohamed Hazza.
Selepas mengusai perlawanan pada 20 minit awal, Kedah kelihatan longlai dan menerima tamparan hebat apabila Leandson menjaringkan gol pertama Muharraq.
Leanson menerima hantaran cantik dari Mohamed Yusof Salmeen yang mengelecek beberapa pemain pertahanan Kedah sebelum itu.
Pintu gol Kedah bocor buat kali kedua kali ini menerusi sepakan penalti yang berjaya disempurnakan oleh Leandson selepas penjaga gol Kedah, Helmi Eliza Elias menjatuhkan Mohamed Jaafar Alzain.
Akhirnya Kedah berjaya menjaringkan gol sagu hati pada minit ke-69 menerusi tandukan Fadly hasil sepakan penjuru yang diambil oleh Baddrol Bakhtiar.
Selepas jaringan tersebut, Kedah mula menguasai perlawanan tatkala pemain Muharraq keletihan, namun tiada tambahan jaringan dapat dilakukan oleh pasukan Kenari itu.
Turut hadir menyaksikan perlawanan itu ialah Sultan Kedah, Tunku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan kira-kira 5,000 penyokong yang hadir memberi sokongan.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
FAM memang bodo & ego x sedaq diri.....
apa tahhh salah import tu yg hangpa nak kait ngan team mesia lemah??
hangpa yg pilih pemain mesia yg haram.....
kuda2 tua gak yg hangpa amik.....
aku cukup hot ler ngan fam bangang ni
bubar jek laaaa |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA
AMPUN DAN MAAF DIPINTA
ANDAI ADA TERKUTUK TERKEJI TERKASAR BAHASA
DIHARAP 0-0 LAH KITA SEMUA |
|
|
|
|
|
|
|
lepas nih player2 mesia yg hampas tuh mula ler demand gaji tinggi2.......... maklumlah import dah takder dak.... mula ler blagak kunun mcm bekam................. cerdiknyer FAS dlm melahirkan pemain tempatan bertaraf hampeh tp bergaji bintang![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
siapakah mereka........?
Lima muka baru warnai Hijau KuningOleh Bashah Zainol Abidin
LIMA muka baru iaitu bekas pemain Selangor, Perak, Polis dan Kelantan akan menyertai skuad Kedah bagi menghadapi Liga Super musim 2009.
Ketua jurulatih Pasukan Hijau Kuning, Mohd Azraai Khor Abdullah bagaimanapun nggan memberitahu nama pemain berkenaan dan hanya akan diketahui setelah mereka menanda tangani kontrak bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) pada waktu terdekat.
揝aya memerlukan khidmat beberapa pemain berpengalaman memandangkan kita kehilangan tiga pemain import, Cornellius Bernard Hugging, Marlon Alax James (gambar) dan Nelson Sam Martin.
揗ereka adalah tulang belakang kejayaan dua musim lalu dan saya perlu memastikan kekosongan itu diisi sebaik-baiknya.
揝aya bercadang mendapatkan khidmat penyerang, pemain tengah dan juga pertahanan bagi memastikan kemantapan musim lalu dapat dikekalkan walaupun tidak seratus peratus, |
|
|
|
|
|
|
|
揝aya juga akan mengembalikan dua pemain Piala Presiden Kedah untuk beraksi bersama skuad itu setelah mereka gagal meletakkan diri mereka dalam skuad utama negeri, |
|
|
|
|
|
|
|
Kedah tampil tiga muka baruOleh ZAINAL AZHAR MOHAMED
[email protected]
![](http://www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1017/Kosmo/Sukan/su_02.1.jpg)
AZRAAI (berdiri, kanan) meneliti kontrak pemain barunya pada majlis menandatangani kontrak di Alor Star semalam.
KEDAH menampilkan tiga pemain baru apabila mereka menandatangani kontrak selama dua musim bersama juara treble itu semalam.
Pemain terbabit yang disahkan menjadi milik skuad Kenari ialah bekas pemain Pulau Pinang, Mohd. Farizal Rozali, 25 dan Mohd. Azrul Ahmad, 23.
Manakala seorang lagi daripada mereka merupakan bekas pemain tengah Perak, Shahrulnizam Mustapha, 27.
Setiausaha Kehormat KFA, Dr. Hamdan Khalib berkata, Kedah hampir menyelesaikan misi untuk memperkemas posisi yang ditinggalkan awang import selepas tiga pemain berkenaan bersetuju untuk beraksi bersama skuad Hijau Kuning.
"Mohd. Farizal akan ditugaskan di bahagian serangan dan Mohd. Azrul akan bermain di posisi sayap manakala Shahrulnizam akan mengetuai jentera tengah bersama Fauzi Shaari seperti yang dilakukan Nelson Sam Martin sebelum ini.
"Pencarian kami akan berakhir apabila kami berjaya mendapatkan bekas pemain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Mohd. Hafif Amiruddin yang akan menggalas tugas sebagai pertahanan," katanya selepas majlis tandatangan kontrak pemain baru Kedah di Alor Star semalam.
Jelasnya, pemain-pemain baru yang dilamar itu juga tidak dijanjikan gaji yang lumayan dan sebarang kemewahan, sebaliknya mereka akan mendapat penjagaan kebajikan yang terbaik daripada KFA.
Dr. Hamdan turut memberitahu, Kedah terpaksa melupakan hasrat untuk mendapatkan khidmat penyerang kebangsaan, Indra Putra Mahyuddin yang dipercayai sedang mendapat tawaran lumayan dari pasukan lain.
Sementara itu, ketua jurulatih Kedah, Mohd. Azraai Khor Abdullah berkata, Mohd. Farizal yang menjadi buruan skuadnya akan digandingkan dengan Khyril Muhymeen Zambri manakala Mohd. Azrul terpaksa bersaing untuk mengambil kedudukan Mohd. Fadzly Baharom yang juga bintang muda Kedah.
Jelas Azraai, proses untuk memantapkan pasukannya akan berakhir sebelum latihan dimulakan semula pada 23 Oktober ini.
"Ketika ini, Kedah mempunyai 23 pemain (termasuk pemain baru) dan dua kekosongan untuk mencukupi kuota 25 pemain akan mencukupi apabila dua pemain Piala Presiden dinaikkan pangkat selepas ini," ujar Azraai. |
|
|
|
|
|
|
|
way to go Kenari..
misi mempertahankan kejuaraan 2009..
mungkinkah TRIPLE TREBLE?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1796 rambutan's post
aku nmpak pemain2 baru ni ada kualiti..go kedah go..!!!:pompom: :pompom: :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Bolasepak Hijau Kuning
http://greenball.multiply.com/journal/item/19
|
|
|
|
|
|
|
|
Bintang Piala Dunia Brazil lawat Malaysia
KUALA LUMPUR - Bekas bintang terkemuka Piala Dunia Brazil akan melawat Malaysia dari 2 hingga 8 November ini untuk menyertai perlawanan amal Tour of Hope yang bertujuan mengisi tabung bantuan mangsa Taufan Nargis di Myanmar.
sumber :utusan online
TOUR of HOPE TEAM
TEAM MANAGER: Grava (Coach of Sao Bernado do Campo / SP)
COACH: Ximenes (Member of International Sports Coalition ISC)
ASSISTANT COACH: Guilherme
PLAYERS:
1. Silv鉶 (Central Forward) - Fluminense, Bragantino, Logro馿s/ESP, Gr阭io, Inter/RS, S鉶 Caetano and BRAZIL
2. Paulo S閞gio (Forward) - Corinthians, Bayern Leverkusen (Germany), Rome (Italy) and BRAZIL (winner of the 1994 World Cup)
3. C閟ar Sampaio (Midfielder) - Santos, Palmeiras, Yokohama/JAP, Corinthians, S鉶 Paulo and BRAZIL (1998 World Cup)
4. Biro (Left Winger) - Palmeiras, Sport/PE, Atl閠ico/PR, Crici鷐a, Botafogo/SP and S鉶 Jos |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|