|
Reply #1786 juliazafri's post
|
|
|
|
|
|
|
Salam di pagi JUmaat |
|
|
|
|
|
|
|
Artikel baru di URTV
|
|
|
|
|
|
|
|
Yezz Okt |
|
|
|
|
|
|
|
Hidup Noni sudah berubah (kredit to manggaonline).
Sejak jadi artis nasib Noni sudah berubah. Segala-galanya berubahapabila Noni mula merasa duit hasil titik peluh sendiri. Malah kerjayaseninya sudah merubah nasib Noni yang pernah lalui kehidupan yang sukarsebelum menyertai Akademi Fantasia musim kelima tahun lalu.
Siapa sangka Noni yang sentiasa ceria penampilannya itu pernah laluihidup yang susah sebelum ini setelah ibu dan bapanya bercerai. MalahNoni juga pernah tinggal di rumah saudara di bandar di Kota Kinabalu,Sabah. Ibunya kini brkahin kali kedua sejak enam tahun lalu.
"Tujuan asal Noni jadi artis sebab nak bantu keluarga dan kini Nonisudah boleh melakukannya mengikut kemampuan Noni. Noni tak akansia-siakan sebarang peluang yang datang kepada Noni dalam bidang seni,"kata Noni kepada Mangga Online.
Hasil kerja keras dalam bidang seni Noni sudah mula berasa senang.Malah Noni juga tidak lupa hasrat asalnya yang mahu membantu keluarga.Noni akan pastikan setiap bulan mengirim wang kepada ibu di kampung.
Noni juga tidak lupa membelikan pakain yang cantik kepada adik-adiknya.Dulu dia hanya berangan untuk hidup senang. Kini angannya sudah menjadikenyataan.
**ni addya copy from manggaonline....
**kalau x leh bgtau ek..t addya delete semula
peace muah... |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang AF masih ada pengaruh
credit : utusan malaysia
Oleh NIEZAM ABDULLAH
Foto ARMAN YUSOF (Pelatih Universiti Limkokwing)
Pakaian NOOR ARFA BATEK (Terima Kasih Sharberi Saad - 03-26924700)
Solekan NORA (Rin - 012-3246121), EDLIN & FARHAN (Azli-017-3711137), NONI & AKMA (Iman Ali - 012-3308391)
SABAN tahun apabila munculnya bakat-bakat baru yang dicungkil dari program Akademi Fantasia (AF), maka bekas pelajar rancangan itu sedikit demi sedikit akan dilupakan.
Bayangkanlah sejak AF pertama diterbitkan pada tahun 2003, sehingga ke hari ini, tidak ada pelajar AF yang menonjol melainkan mereka yang bergelar juara.
Nasib pelajar-pelajar yang tidak menjadi juara ini agak malang kerana tidak banyak peluang yang diberikan kepada mereka untuk terlibat di dalam bidang seni.
Nak mengharapkan syarikat rakaman, lupakan saja kerana syarikat tersebut juga terpaksa berhati-hati untuk menerbitkan album pada masa sekarang.
Akhirnya artis-artis yang "dilupakan" itu terpaksa bergerak sendiri menggunakan kemahiran dan pengetahuan yang ada untuk bersaing dengan orang lain dan sesama mereka.
Ada yang berkata, mereka ini semakin hilang pengaruh dalam bidang seni selain pudar populariti masing-masing.
Tidak menolak hakikat itu, tetapi lima bintang AF cantik manis ini ada cara tersendiri untuk mengekalkan populariti mereka.
Edlin, Nora, Noni, Akma dan Farhan tetap menganggap mereka masih ada peminat dan dikenali.
Cuma jarang keluar di akhbar dan majalah menyebabkan ramai yang menganggap bekas pelajar AF yang tidak popular ini semakin dilupakan.
l Edlin terlibat dengan teater
Selepas tamat AF2, Edlin atau nama sebenarnya Edlin Abdul Rahim, 25, masih aktif dalam bidang seni terutamanya apabila dia membuat keputusan untuk bergiat dalam teater.
Edlin mengaku, dia tidak boleh mengharapkan bidang nyanyian kerana industri pasaran album sedang merosot teruk.
Walaupun boleh dianggap semakin hilang popularitinya tetapi Edlin sebenarnya masih aktif dengan program-program terbitan Astro.
"Memang la orang ingat bintang macam Edlin ni dah semakin hilang populariti tetapi Edlin masih diundang untuk rancangan TV di Astro.
"Dalam masa yang sama Edlin mengambil peluang untuk meningkatkan lagi kemahiran dalam bidang seni dengan berlakon teater walaupun bayaran murah, semata-mata untuk mempelajari sesuatu yang baru," katanya.
Mengakui bakatnya lebih kepada bidang nyanyian, Edlin terpaksa berkorban dengan mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk menghasilkan album kerana tidak mahu namanya berkubur.
Pada masa ini Edlin sudah mempersiapkan lapan buah lagu untuk albumnya yang dijangka berada di pasaran tidak lama lagi.
l Akma aktif berlakon
Tidak mahu mengharapkan seratus peratus syarikat rakaman untuk membela nasibnya, Akma menyedari namanya agak tenggelam selepas keluar dari AF3.
Untuk memastikan kehadirannya masih lagi diingati, Akma atau nama sebenarnya Asiahtunakma Abdullah, 23, perlu bekerja keras supaya dia boleh terus memeriahkan dunia seni.
Untuk kearah itu, Akma bekerja kuat dengan mempromosikan sendiri dirinya tanpa mengharapkan orang lain termasuklah mengambil apa juga peluang yang diberikan bagi meningkatkan kerjayanya.
"Saya sekarang banyak berlakon drama dan baru habis penggambaran filem Hooperz yang mengisahkan kehidupan tujuh remaja.
"Dengan cara ini saya boleh memperluaskan bakat saya tidak hanya tertumpu dalam bidang nyanyian sebaliknya lakonan pula," katanya.
Walaupun keutamaan Akma adalah dalam bidang nyanyian tetapi dia tidak boleh terlalu mengharapkan bidang tersebut yang belum pasti arahnya.
Tetapi untuk mengelak namanya terhapus, Akma bertuah kerana Astro tidak melupakannya untuk dipanggil terlibat dalam program yang mereka terbitkan.
Dengan cara itu, peminat dapat menyokong kerjaya seni mereka walaupun tidak seperti ketika baru keluar AF dahulu.
l Farhan tolong diri sendiri
Bintang AF4, Nur Farhan Azizan atau Farhan, 24, hanya mengharapkan bidang nyanyian untuk berjaya kerana dia tidak mempunyai bakat dalam bidang lakonan.
Menganggap bintang AF sepertinya masih ada pengaruh, kata Farhan sesiapa yang mahu berjaya dalam bidang berkenaan hendaklah menolong diri sendiri dengan bekerja keras.
"Selepas keluar AF, saya banyak mengadakan sesi fotografi dan dalam masa yang sama mencari peluang untuk mengadakan pertunjukan pentas.
"Dalam bulan Syawal ni saja, banyak aktiviti yang saya lakukan dan syukurlah saya masih ada peminat dan dikenali," ujarnya.
Tambah Farhan lagi, jika seseorang itu bimbang peminat melupakan diri mereka, setiap artis perlu melakukan sesuatu untuk membantu dirinya bagi memastikan nama mereka itu masih lagi diingati.
l Nora - Perlu kuat semangat
Tidak menafikan semakin ramai artis AF itu lahir, semakin banyak persaingan yang perlu dihadapi oleh bintang-bintang seperti mereka.
Nordawati Daud, 23, atau Nora yang merupakan pelajar AF4, menasihati rakan-rakan artis supaya kuatkan semangat apabila populariti yang diraih semakin berkurangan.
Secara logiknya kata Nora, seseorang artis itu akan dilupakan jika peminat tidak membaca kisah mereka di akhbar atau majalah.
Bagi Nora sendiri, dia perlu kuatkan semangat dan menjaga disiplin diri supaya disenangi oleh orang lain bagi membolehkan dia melibatkan diri dalam bidang seni.
"Selain kuatkan semangat, disiplin kena jaga supaya orang tak takut untuk ambil kita buat persembahan dan juga menyertai apa-apa aktiviti yang dirancangkan," kata Nora.
Walaupun jarang sekali melihat wajahnya di kaca televisyen atau media cetak tetapi Nora mempunyai aktiviti yang padat di Sabah termasuklah memenuhi undangan membuat persembahan pentas.
l Noni hasilkan single
Tidak menganggap dirinya dilupakan terus tetapi Noni mengakui dia juga bimbang jika tidak melakukan sesuatu untuk mempertahankan populariti, namanya akan tenggelam suatu hari nanti.
Sehubungan itu Noni atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 19, cuba untuk menonjolkan dirinya agar lebih dikenali.
Dalam masa yang sama dia tidak memilih apa juga persembahan pentas yang diberi supaya aktivitinya terus berjalan.
"Orang akan kata saya tamak sebab tidak memilih apa juga program yang orang berikan tetapi saya perlu memastikan nama saya orang tidak lupa.
"Ini kerana saya tidak boleh mensia-siakan peluang selepas mendapat tempat di dalam AF," ujarnya.
Selain cara itu, Noni juga akan berusaha menghasilkan single supaya dia dapat mendendangkan lagu baru apabila membuat persembahan.
Dalam masa yang sama jika single tersebut diputarkan di radio, ia secara tidak langsung akan dapat menaikkan namanya semula.
[ Last edited by juliazafri at 19-10-2008 09:42 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
KEMUNCAK AIDILFITRI BERSAMA ARTIS AF
KEMUNCAK AIDILFITRI BERSAMA ARTIS AF
DEWAN BESAR TUN RAHAH, KUALA LUMPUR
PADA HARI RABU, 29 OKTOBER 2008
BERSAMAAN 29 SYAWAL 1429H
Anjuran:
MAESTRO TALENT AND MANAGEMENT SDN BHD
&
AL NAJWA PRODUCTIONS SDN BHD
ARTIS UTAMA :
MAWI
FARAH
DAFI
LAIN-LAIN ARTIS :
ZAHID
FAIZAL
MILA
STACY
(BOLEH DUDUK DENGAN ARTIS DI ATAS, HARGA RM3000/MEJA ATAU RM300/PAX)
AMYLEA
NADIA
NUBHAN
RIZ
(BOLEH DUDUK DENGAN ARTIS DI ATAS, HARGA RM2500/MEJA ATAU RM250/PAX)
MARSHA
SAIDA
DEKNA
SHAWAL
NONI
TOI
ALIFF
ZILA
(BOLEH DUDUK DENGAN ARTIS DI ATAS, HARGA RM2000/MEJA ATAU RM200/PAX)
PENAJA UTAMA: KUMPULAN RESTORAN SERI MELAYU
BOLEH PILIH UNTUK DUDUK BERSAMA ARTIS-ARTIS DALAM TULISAN YANG BERWARNA MERAH. TEMPAT ADALAH TERHAD. HARGA RM2000/MEJA ATAU RM200/PAX |
|
|
|
|
|
|
|
Fans noni di johor jom memeriahkan Gempak Desa 25hb ni Di Bukit Tinggi, Johor |
|
|
|
|
|
|
| |
|