|
Reply #1764 Inspire's post
yang iols tahu drama heols tu tak habis lagi shooting.....ala-ala jenis last minute kena tukar schedule bagai cuz production house kali ni ikut suka hati deols je nak panggil shoot bila-bila (production diva kot )
oh ye ke?
thanks...tu aaaarr tengok tak hapdet pon aktiviti terkini...agaknya banyak last minute changes kot
(((nyah ins....sejak bila mamat kornelis ni ada facebook?
http://www.facebook.com/people/Ebi_Kornelis/1407229295 ))) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1799 crayzee's post
meh ai tepek
HIBURAN
Konsert 'haru-biru' di Sabah Oleh HARYATI KARIM
[email protected]
PEMINAT leka menyerbu artis dan melupakan masalah sistem bunyi.
PERTAMA kali menjejakkan kaki ke daerah Papar, Sabah sememangnya satu perkara yang cukup mengujakan apatah lagi kehadiran Kosmo! bersama beberapa teman wartawan dari Kuala Lumpur adalah untuk menonton Majlis Rumah Terbuka Gemilang Mirza bersama Aznil dan Konsert Aidilfitri Mirza bersama Muzik FM.
Dan seperti biasa, apa saja acara yang membabitkan artis sudah pastiakan diserbu oleh peminat Sabah, begitu juga halnya dengan kedua-duaacara ini.
Sungguhpun pada peringkat awal kedua-dua acara anjuran LFI Even& Entertainment ini yang berlangsung itu sepatutnya dihimpunmenjadi satu, tetapi kerana beberapa masalah ia terpaksa dipecahkanmenjadi dua.
Ia bermula dengan acara Majlis Rumah Terbuka Gemilang Mirza Bersama Aznil yang bermula pada pukul 3 petang dan seperti biasa penghibur ini bijak meraih perhatian di Dewan Masyarakat Baru Papar.
WALAUPUN banyak masalah, artis tetap memberikan sepenuh komitmen bagi menjayakan acara ini.
Peminat yang hadir dilihat begitu teruja melihat pengacara, pelakon,penyampai radio dan penyanyi ini dari dekat. Kalau bab bergambar usahcakaplah, berebut-rebut peminat memanggil nama Aznil.
Aznil yang mendendangkan beberapa lagu antaranya Lagu Jiwa Lagu Cinta, Toyol, Aspalela, Jangan Cepat Marah dan dua lagu raya iaitu Menjelang Hari Raya dan Aidilfitri turut memanggil beberapa orang peminat untuk menyanyi dan menari bersamanya di atas pentas.
Apa yang dilihat, peminat di Papar ini semuanya cukup terbuka, apasaja yang disuruh Aznil pasti mereka lakukan dengan begitu baik sekali.
"Seronoklah, saya lihat orang-orang sini, semuanya best. Sayaharap ini bukan kali terakhir saya ke sini, mungkin dimasa depan sayaakan berkunjung dan menghiburkan anda semua sekali lagi," ucap Aznildiakhir persembahannya.
Kemudian pada sebelah malamnya pula Konsert Aidilfitri Gemilang Mirza bersama Muzik FM pula mengambil tempat. Dewan yang pada sebelah siangnya agak lenggang kini bertukar padat dengan orang ramai.
KALAU dah ada Aznil, jangan risaulah. Penonton mesti ramai yang datang untuk bersama dengan Pak Nil kita ni.
Pantang saja ada ruang yang kosong, pasti ia segera dipenuhi. Dibahagian bawah dewan, saja sudah dipenuhi begitu juga di luar dewan,dilihat penonton yang tidak dapat masuk ke dalam hanya mampu melihatpersembahan artis daripada celahan tingkap dan penghadang besi.
Ada juga kanak-kanak dilihat memanjat sehingga bahagian ataspenghadang besi di pintu masuk semata-mata tidak mahu melepaskanpeluang yang jarang hadir di daerah mereka.
Kosmo! difahamkan seramai 4,000 orang peminat hadir padakonsert malam itu dan jumlah itu belum lagi dicampur dengan jumlahmereka yang tidak dapat masuk ke dewan.
Konsert yang bermula tepat pukul 8 malam itu dimulakan denganpenyanyi Farahwahida dan rakan-rakan artis yang lain seperti RudySantekee, Sheila Abdul, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Ebi Kornelis, Mamat,Zainal Kugat, Nubhan, Aizat, Mas Idayu, Dean (Juara Bintang NusantaraRTM 2007) serta dua orang artis Brunei, Fakhrulrazi dan Fairuzneezan.
Bagaimanapun agak mengecewakan kerana acara yang sepatutnya berjalandengan lancar itu telah terganggu dengan masalah sistem audio yang agakkucar-kacir.
Bunyi yang dikeluarkan oleh pembesar suara yang diletakkan disekitar dewan tersebut tenggelam timbul, sekali gus menyebabkan banyakpenonton yang hadir mengeluh panjang.
Masalah audio bukan saja terjadi pada satu lagu saja, tetapi iaberlarutan sejak daripada mula membawa ke akhir konsert. Rasanya tidakterhitung dengan jari kekerapan masalah audio mengganggu konsert ini.
Bagaimanapun, ia bukannya satu penghalang buat penonton untuk setiamenunggu hingga ke akhir konsert kerana bukan selalu mereka dihiburkansebegini rupa.
Meskipun dapat dilihat riak kecewa di wajah artis yang membuatpersembahan, tetapi mereka berusaha sehabis mungkin untuk memberikanyang terbaik walaupun suara dan muzik kadang-kala tidak berapakedengaran.
Sebenarnya konsert ini berlangsung dengan cukup meriah dan bolehberjalan dengan lancar jika tidak ada gangguan-gangguan kecil seperticara pihak penganjur menguruskan konsert ini.
Masalah bukan saja timbul di konsert saja, tetapi ia telah bermuladari Kuala Lumpur lagi. Mungkin pihak penganjur yang menguruskankonsert ini masih baru dalam menguruskan konsert berskala besar sepertiini dan mereka perlu diberi kemaafan.
Perkara ini turut diakui oleh Pengarah Urusan LFI Event &Management, Johari Buyong, dan berharap dimasa akan datang pihaknyaakan lebih berhati-hati serta lebih peka jika mahu menguruskan acarabesar seperti ini.
"Kami mengambil masa sebulan untuk merancang konsert ini dan inimerupakan acara terbesar kami. Mungkin kerana itu ada sedikit masalahtetapi kami berjanji pada masa akan datang ia tidak akan berulanglagi," ujarnya memohon maaf.
Menurutnya lagi, selepas ini untuk mengukuhkan lagi nama GemilangMirza di Sabah, pihaknya telah merangka pelan rancangan untuk sebuahkonsert jelajah pada Disember depan.
"Gemilang Mirza ini aktif dalam pengeluaran produk kesihatan disekitar Sabah dan kami mempunyai rangkaian yang besar di sini. Olehkerana itu, saya rasa untuk mengukuhkan lagi jenamanya, saya satukannyadengan hiburan dan mengadakan konsert seperti hari ini dengan kerjasamaMuzik FM.
"Melihat pada sambutannya, saya berpuas hati. Dan untuk konsertjelajah nanti mungkin kita akan bawa lebih ramai artis, selainmenghiburkan penonton ia juga akan mempromosikan jenama GemilangMirza," ulasnya lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1800 lailamajnun04's post
kesahnya heols kata bukan heols yang create account tu,tapi orang di sebalik tabir sayang you can dance.tapi heols takleh masuk pun sebab tak tau password
dan orang yang tolong buatkan pun lupa password,so heols takleh la approve weols yang dah berkurun add heols
[ Last edited by Inspire at 28-10-2008 08:27 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
lastly ni ada sikit coretan melepas geram dr penulis skrip yg tulis citer 'dua kali ku mencintaiumu'
http://faznitamdnor.blogspot.com/
Saturday, October 25, 2008
Diari Raya Rafique sucks!
I watched Diari Raya Rafique last raya with horror! The drama was horrendous! Why?? Why?? Why did the people responsible for producing it make a total blunder out of it?
I hated the final product and its spoils my raya! Not to mentioned Ashik's raya too. After watching the drama Ashik straight went to sofa, lie down and take a nap! He said he have a terrible headache watching the show. He had read the script and can't believe that the final product was such a total mess. They changed the story lines, that take out many things, they inserted things that shouldn't be inserted. In short everything was up side down and the story don't make sense! Read the below comments from a TV forum and see what i mean:
Reply #11 Eddlisa_uyuk's post
seperti melepaskan batuk di tangga
SALAM AIDILFITRI
Reply #12 jac_diehard_fan's post
apa la motif dia buat citer nih......
Post at 5-10-2008 03:25 PM Profile Personal Space P.M. Buddy
tak bestlah citer Diari Raya Rafique ni, banyak yang tergantung.
Post at 6-10-2008 11:09 AM Profile Personal Space P.M. Buddy
mmg x bez pon..tah hape |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1805 lailamajnun04's post
kan? sian gak kekadang dah susah-payah tulis skrip,tapi atas faktor lain
drama/filem/telemovie tak digarap dengan baik |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1804 Inspire's post
kesahnya heols kata bukan heols yang create account tu,tapi orang di sebalik tabir sayang you can dance.tapi heols takleh masuk pun sebab tak tau password
dan orang yang tolong buatkan pun lupa password,so heols takleh la approve weols yang dah berkurun add heols
pulok dah....abeh tu kesian kat org2 yg dah masuk sbb tuan rumah pon taktau password |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1807 lailamajnun04's post
nyah, join je lah fan club sycd kat facebook tu....kita ramai-ramaikan lagi umat
kesahnye para creators fanclub tu appreciate banget ahli2 fan club,dan update apa yang patut
pastu deols suka je kalo ada yang tolong update apa2 kat situh |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1809 lailamajnun04's post
selingan je tu hehehe....gurau-gurau
bye uols,nak sambung keje dah |
|
|
|
|
|
|
|
ulangan drama bersiri TAUBAT buat kali keduanya bermula pagi ni jam 10.30..
saper2 yang nda pernah jemu menatap wajah Mohd Han Danial.. harus 6 hari di depan tivi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1815 crayzee's post
agaknya kalo type pon sloowww je |
|
|
|
|
|
|
|
selamat pagi |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1817 Inspire's post
kecik molek je mr.bjarne
habis kena buli ngan budak2 tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|