|
waa..best la korang dpt keje IT kat gomen..buat masa ni aku belum terbuka hati nak join gomen..tgh syok keje swasta..bnyk lagi nak kena belajar ni...aku target umur 40 lebih aku nak join gomen,,maybe ...
eco_internet Post at 28-9-2009 17:39
kalau IPTA sekarang, kena ada PHD untuk jd lecturer.. hanya IPTA baru je still accept master sebab tak cukup tenaga pengajar..
Untuk makluman juga, syarat untuk mendapat pencen separuh gaji adalah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 tahun. Kurang dari itu, bermakna pencen semakin sedikit. Umur selamat join gov ialah 25 tahun.
Benefit gov juga semakin banyak dikurangkan. Sebagai contoh Pegawai yg dilantik sebelum Sept 2005 layak menerima tambahan 5 hari cuti tahunan selepas 10 tahun berkhidmat. Selepas tarikh itu, tidak layak dan kekal 30 hari sehingga pencen. Sekarang cuti dikurang kepada 25 hari bg mereka yg dilantik mulai awal tahun ini. Begitu juga umur pencen, semakin dilanjutkan dari 55 ke 56 dan sekarang 58. Ini perubahan dalam 5 tahun ini.
Jadi semakin lambat join gov = semakin rugi = better still di swasta. |
|
|
|
|
|
|
|
erm..maybe aku jadi part time lecturer kot..mana2 u/kolej yh tak cukup tenaga pengajar...
sebab aku teringin nak mencurahkan ilmu n pengalaman kat student..sebab time aku belajar kat U dulu, mostly lecturer mengajar ikut buku, bukan paham pun apa yg diajar..jenis2 lecturer yg lepas degree, sambung master terus wat phd, takde pengalaman bekerja dlm industri |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah kepada semua yang pergi melaporkan diri pada hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
1802# eco_internet
Kalau pengajar sambilan takde pencen la.. tapi bayaran dia ok. kalau tak silap RM200 sejam untuk kuliah. Lebih kurang rate pegawai government yang pegi mengajar. Kebanyakan lecturer sekarang memang direct buat PhD and tak masuk industri pun. Ada yang betul-betul bagus tapi ramai gak yang ajarannya agak terpesong dari realiti industri...
Ada tak PTM yang lapor diri hari ni posting ke jabatan aku? Dua kosong.. Kesian F44 takde anak buah.. |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah selesai lapor diri hari ni... rezeki kami suami isteri dapat jabatan perdana menteri, alhamdulillah... yang lain2 semua selamat bertugas.. |
|
|
|
|
|
|
|
saya dapat kementerian pertahanan (MINDEF). tengah pening ni tak tau jalan + tak tau nak budget kuar dari rumah pukul berapa sebab jauh nak pegi wisma pertahanan, jalan padang tembak dari seri kembangan. adui, frust & stress pun ada ni. |
|
|
|
|
|
|
|
1805# amtez
saya pun dapat kt JPM.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah pd PTM yg dah lapor diri tadi....
saya akan lapor diri d mindef esok.... utk makluman... parking mmg x leh masuk ke dlm mindef.... parking d luar pula sgt terhad... so sila dtg awal lah esok.... better by 7 a.m. supaya x berebut parking dan berebut pass masuk dgn tentera bertugas |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah selesai lapor diri hari ni... rezeki kami suami isteri dapat jabatan perdana menteri, alhamdulillah... yang lain2 semua selamat bertugas..
amtez Post at 29-9-2009 18:59
tahniah.... |
|
|
|
|
|
|
|
1808# hanyadiriku
Tahniah... dapat juga dekat dengan suamikan... feti dapat mana? |
|
|
|
|
|
|
|
selamat kena floating kat libraray kementerian masing-masing untuk 1minggu seterusnya |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah kpd PTM2 yg baru melapor diri..slmt menjalankan tugas..jgn lupa jenguk2 board ni ye..kalu bole share la penglmn korg dgn keja br ni |
|
|
|
|
|
|
|
wah..ramainya yg baru start bertugas hari ni..selamat bertugas....hepi working.... |
|
|
|
|
|
|
|
kat sini ada 20 org baru...Setiausaha bahagian IT nak jumpa semua dulu, xtau la nak buat apa..nak bagi taklimat apa kot..ke nak interview sowang2..sebab yg kosong kat sini cuma 1 post jer, balance hantar ke jabatan pulak...
tahniah kepada yg berjaya..sementara tunggu posting, melangut la dulu kat library...huhuhu!! |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by nbw_s1 at 30-9-2009 19:17
sukun,
kalo dari seri kembangan ke mindef...agak jem teruk juga
kene kuar 6.30 pg gamaknye...sbb nbw penah berulang from seri kembangan to utm,jln semarak to keluar kol 6.30pg sampai 7.45pg...jem start dr tol sg besi ke jln tun razak...hehe..kalo nak balik lg horrorla ..kul 5,5.30,6.00,6.30,7.00,7.30ptg masih jemm..harap bersabar yaa |
|
|
|
|
|
|
|
thanks to all... wahh di mindef bukan setakata nak bertugas di situ penuh cabaran.. nak pegi keje ke situ pun melalui cabaran dan menguji kesabaran... kami di jpn dalam 53 org... masih dalam proses 'orientasi' hari jumaat baru dapat tau agensi mana yang ditempatkan bawah JPM. agensi bawah JPM plak ada dalam 51 agensi. dengar kata wakil jpn tu tadi kuarters di putrajaya masih banyak kosong bagi yang bakal bertugas di putrajaya lah..
citer pasal kuarters plak.. petang tadi balik ke rumah cousin di kuarters persint 18.. baru nak masuk car park ada jiran tegur.. bang.. tunggu dulu.. bangunan gegar bang... malam ni tengok beriter baru tau ada gempa bumi sumatera... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
pegawai teknologi maklumat sebenarnya apa responsibility dia? sape yg ade pengalaman tu leh ceritakan..maybe yg baru join ni pun nak tau.. |
|
|
|
|
|
|
|
pegawai teknologi maklumat sebenarnya apa responsibility dia? sape yg ade pengalaman tu leh ceritakan..maybe yg baru join ni pun nak tau..
eco_internet Post at 1-10-2009 00:01
RINGKASAN TUGAS
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta mengkaji semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan jabatan.
SKOP TUGAS
(a) Melaksanakan kajian kesesuaian sistem maklumat organisasi yang sedia ada dan seterusnya menganalisa, mereka bentuk, membangun, melaksana dan menyelenggara sistem-sistem maklumat yang digunakan di organisasi;
(b) Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran ICT dalam melaksanakan fungsi tugas berdasarkan keperluan organisasi;
(c) Menjalankan analisis dan menjadi sumber rujukan dalam bidang tugas;
(d) Mengurus dan menggembeleng beberapa projek ICT atau unit serta mensintesis pengurusan sumber, infrastruktur dan kewangan; dan
(e) Memimpin dalam pelaksanaan projek ICT seiring dengan misi, visi dan objektif organisasi.
TIGA (3) BIDANG PENGKHUSUSAN PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
I - PENGURUSAN ICT
(a) Perancangan Strategik ICT
Bertanggungjawab dalam mengenal pasti persekitaran bisnes semasa, mengenal pasti persekitaran ICT semasa, mengenal pasti hala tuju ICT serta menyediakan pelan tindakan untuk sesebuah organisasi.
(b) Pengurusan Projek
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai projek-projek ICT termasuk projek yang lebih kompleks, besar dan berbilang.
(c) Pengurusan Maklumat
Bertanggungjawab menyelaras sebarang perancangan ICT serta melaksana, mengawal dan menilai dasar pengurusan maklumat
sesebuah organisasi.
II - PEMBANGUNAN SISTEM
(a) Analisis Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras kajian kemungkinan dan analisis keperluan pengguna dan sistem termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
(b) Reka Bentuk Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang reka bentuk sistem mengikut hasil analisis termasuk pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
(c) Pelaksanaan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out yang melibatkan pembangunan sistem yang lebih kompleks untuk sesebuah organisasi.
(d) Penyelenggaraan Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras penyelenggaraan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks di dalam sesebuah organisasi.
(e) Dokumentasi Sistem
Bertanggungjawab dalam menyelaras sebarang bentuk penyediaan dokumentasi di setiap peringkat pembangunan sistem serta pembangunan sistem yang lebih kompleks bagi sesebuah organisasi.
III - KEPAKARAN TEKNIKAL
(a) Keselamatan ICT
i) Menjalankan kerja-kerja pemantauan keselamatan maklumat organisasi iaitu telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi serta kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Menjalankan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
iii) Menjalankan kerja-kerja pengurusan insiden.
iv) Menjalankan kerja-kerja kesinambungan bisnes.
v) Menjalankan kerja-kerja pengurusan audit keselamatan ICT.
vi) Menggubal Dasar Keselamatan ICT organisasi.
(b) Pengurusan Pusat Data
i) Mereka bentuk Pusat Data.
ii) Melaksanakan tugas berkaitan urusan perolehan perkakasan, perisian dan lain-lain keperluan ICT.
iii) Menjalankan kerja-kerja operasi Pusat Data.
iv) Menjalankan kerja-kerja pengurusan kesinambungan bisnes termasuk Pemulihan Bencana (Disaster Recovery).
v) Menguruskan operasi Helpdesk.
(c) Pengurusan Rangkaian
i) Melaksanakan tugas-tugas mereka bentuk rangkaian dan telekomunikasi.
ii) Membangun dan melaksana rangkaian dan telekomunikasi.
iii) Menyelenggara serta mentadbir rangkaian dan telekomunikasi.
iv) Memantau dan menganalisis keberkesanan penggunaan rangkaian dan telekomunikasi.
(d) Pentadbiran Pangkalan Data
i) Mereka bentuk pangkalan data.
ii) Membangun dan melaksana pengurusan pangkalan data.
iii) Mentadbir dan menyelenggara pangkalan data.
iv) Membuat analisis keberkesanan pengurusan pangkalan data.
(e) Keselamatan Data Maklumat dan Pemulihan Bencana
i) Melaksanakan kerja-kerja operasi keselamatan maklumat organisasi yang meliputi telekomunikasi dan rangkaian, pusat data, pangkalan data, aplikasi dan kawalan akses ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi.
ii) Melaksanakan kerja-kerja analisis dan cadangan penyelesaian ke atas maklumat keselamatan ICT organisasi, kerja-kerja pengurusan insiden, pengurusan risiko, kesinambungan bisnes, pengurusan audit
keselamatan ICT, menggubal dan memperaku dasar pengurusan keselamatan maklumat organisasi serta penggunaan teknologi
pengurusan keselamatan maklumat organisasi.
SUMBER: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2006
sumber : http://www.perjasa.org.my/index.php?option=com_content&view=article&id=8&Itemid=9 |
|
|
|
|
|
|
|
amtez and all,
korang ni terus dpt jadi tetap ke kontrak? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|