|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: NEVER LET THE THINGS YOU WANT, MAKE YOU FORGET THE THINGS YOU HAVE
[Copy link]
|
|
“The bad news is time flies. The good news is you’re the pilot.” ― Michael Altshuler |
|
|
|
|
|
|
|
Polis siasat laporan alas kaki ada imej Kaabah, masjid
Alas kaki yang dijual di Pasar Lebuh Cecil, Georgetown ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid. - Foto PDRM
GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menerima laporan alas kaki yang dibeli di sebuah bazar di Pasar Lebuh Cecil di sini, ada imej bentuk Kaabah dan masjid. Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata laporan itu dibuat semalam oleh seorang lelaki tempatan. Katanya, pengadu terbabit mendakwa melihat beberapa alas kaki ada corak menyerupai imej Kaabah dan masjid dijual kepada orang ramai. "Lelaki berkenaan membeli alas kaki berkenaan sebelum membuat laporan polis.
"Susulan itu polis menahan dua lelaki tempatan berusia 26 dan 41 tahun yang juga pekerja dan pemilik kedai jualan," katanya dalam kenyataan hari ini. Menurut Mohd Alwi, permohonan reman akan dibuat hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. "Polis menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi yang boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan mengganggu siasatan polis," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1307622/polis-siasat-laporan-alas-kaki-ada-imej-kaabah-masjid
|
Rate
-
1
View Rating Log

Umrah: Sekali atau berulang kali?
Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman,
وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ.
Dan kami telah perintahkan Nabi Ibrahim dan Ismail agar membersihkan rumah-Ku (Ka’bah) untuk orang-orang yang tawaf, i’tikaf, rukuk dan sujud. [al-Baqarah 2:125]
Dalam ayat di atas, Allah menerangkan ibadah yang patut dilakukan ketika di Ka'bah, iaitu tawaf, i'tikaf, rukuk dan sujud (Solat).
Inilah juga yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., para sahabat baginda dan generasi awal umat Islam (Salaf al-Soleh) sesudah mereka melakukan umrah.
Mereka hanya melakukan satu umrah bagi setiap perjalanan (one umrah for every trip).
Masa selebihnya di Kota Mekah dimanfaatkan untuk tawaf sunat, i'tikaf dan solat, baik yang wajib mahupun sunat di Masjidil Haram.
Dalam hayatnya, baginda melakukan umrah sebanyak 4 kali. Iaitu (1) Umrah Hudaibiyah yang kemudiannya terhalang, (2) Umrah qadha pada tahun berikutnya, (3) Umrah dari Ji'ranah dan (4) Umrah bersama haji.
Setiap kali di Kota Mekah untuk melakukan umrah, baginda berada di sana selama beberapa hari dan boleh boleh saja untuk baginda melakukan umrah lebih dari sekali.
Pada tahun penaklukan Kota Mekah misalnya, baginda berada di sana selama 19 hari. Kekuasaan dan keamanan sudah berada di tangan umat Islam.
Namun setiap kali baginda sampai ke Mekah, baginda tidak keluar ke daerah halal untuk melakukan umrah berulang kali.
------
Ada yang kata, mungkin Rasulullah bimbang jika baginda melakukan umrah berulang kali, umat akan anggap ia satu kewajipan.
Dijawab, baginda boleh mempelbagaikan bilangan umrah bagi setiap perjalanan. Ada yang sekali, ada yang dua kali dan ada yang tiga kali. Melalui cara ini, umat akan tahu bahawa ia sesuatu yang terbuka dan bukannya kewajipan mahupun ketetapan. Namun baginda tidak melakukannya.
Bahkan atas hujah yang sama, tindakan Rasulullah yang melakukan satu umrah bagi setiap perjalanan menunjukkan bahawa itulah yang diwajibkan serta ditetapkan.
-----
Para ulama' berbeza pendapat tentang hukum melakukan umrah berulang kali dalam satu perjalanan.
Ada yang membolehkannya atas dasar memperbanyakan amal soleh dan memanfaatkan masa yang ada di Mekah, khasnya bagi jemaah yang datang dari jauh.
Ada yang berkata tidak boleh kerana melakukan umrah berulang kali dalam satu perjalanan tidak ada contohnya daripada Rasulullah s.a.w..
Dibimbangi umrah berulang kali itu tidak menghasilkan apa-apa pahala kerana,
مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ.
"Sesiapa yang beramal dengan amalan yang tidak berada atas urusan kami (yakni agama Islam), maka ia tertolak." [Shahih Muslim 3243/1718]
Malah dibimbangi umrah berulang kali itu masuk dalam kategori bid'ah yang telah diberi peringatan dan amaran oleh Allah dan Rasulullah.
Selain itu peluang beramal soleh dan memanfaatkan masa di Mekah tetap ada, yakni melakukan tawaf sunat, i'tikaf dan melaksanakan solat (wajib serta sunat) di Masjidil Haram.
Bahkan mereka berpendapat inilah yang lebih utama ketika sudah berada di Mekah, berdasarkan ayat 125 surah al-Baqarah.
Saya memilih pandangan kedua ini (satu umrah bagi setiap perjalanan ke Mekah). |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“If you own this story you get to write the ending.” — Brené Brown |
|
|
|
|
|
|
|
Rita tanggung sendiri kos rawatan anak kerana insurans luput
Rita akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk dua anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13, biar apapun terjadi.
KUALA LUMPUR: Pelakon Rita Rudaini mendedahkan terpaksa menanggung sendiri segala kos rawatan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin, 15, di pusat perubatan swasta kerana polisi perlindungan insurans sudah luput.
Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mokhtar, 48, berkata, Rayyan memang mempunyai polisi insurans tetapi tidak pernah digunakan sejak bayi lagi.
"Saya tak memegang polisi perlindungan insurans berkenaan.
"Namun, ternyata polisi perlindungan insurans itu sudah 'tamat' hampir 13 tahun kerana 'pembayar' sudah berhenti buat pembayaran," katanya kepada Harian Metro.
Mengenai polisi insurans berkenaan, kata Rita, dia juga ada mengambil perlindungan insurans lain untuk Rayyan, tetapi juga 'lapsed' ketika fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
"Saya nekad buat polisi insurans baharu untuk Rayyan dengan syarat akaun lama ditutup, tetapi malangnya 'pembayar' tidak mahu beri kerjasama walaupun ejen insurans sudah beri penerangan, tandatangannya hanya percuma sahaja.
"Jadi, saya tidak dapat buat polisi insurans untuk Rayyan yang sama dengan saya serta adiknya, Airit Qaqa Arjuna, 13," katanya.
Berkongsi perkembangan kesihatan Rayyan, kata Rita, dia bersyukur Rayyan sudah selamat menjalani rawatan sepanjang seminggu di pusat perubatan berkenaan.
Katanya, dia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk dua anaknya biar apapun terjadi.
"Alhamdulillah, semuanya sudah selamat. Hampir seminggu saya dan adiknya 'berumah tangga' di hospital.
"Terima kasih kepada adiknya kerana korbankan masa sekolah dan aktiviti untuk menjaga abangnya bersama saya.
"Saya selalu berpesan pada anak-anak, kita senang dan susah sama-sana. Kita kena sentiasa ada untuk masing-masing.
"Terima kasih kepada ahli keluarga yang selalu ada untuk kami, terima kasih juga kepada cikgu, doktor dan jururawat," katanya.
Terdahulu, Rita berkongsi mengenai dirinya terpaksa menanggung segala kos rawatan perubatan anak sulungnya yang bermula dari insiden patah tangan sehingga buka 'plate' (buka besi) kerana polisi insurans anaknya sudah luput, sekali gus mencuri perhatian netizen dalam media sosial.
Untuk rekod, hasil perkahwinan terdahulu, Rita dikurniakan dua cahaya mata, Airit Rayyan Rizqin, 15, dan Airit Qaqa Arjuna, 13.
https://www.bharian.com.my/hibur ... rana-insurans-luput |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ciri manusia yang dibenci Allah
sabda Rasulullah s.a.w.,
إِنَّ اللهَ يُبْغِضُ كُلَّ جَعْظَرِيٍّ جَوَّاظٍ صَخَّابٍ فِي الْأَسْوَاقِ , جِيفَةٍ بِاللَّيْلِ , حِمَارٍ بِالنَّهَارِ , عَالِمٍ بِالدُّنْيَا , جَاهِلٍ بِالْآخِرَةِ
Sesungguhnya Allah benci setiap orang yang biadap, keras lagi sombong, berbuat bising dan bertengkar di pasar, menjadi mayat pada malam hari, menjadi keldai pada siang hari, bijaksana dalam urusan dunia tetapi jahil dalam urusan akhirat.
Dikeluarkan oleh al-Nasa'e dalam al-Sunan al-Kubra, hadis no.: 20804.
al-Albani mengemukakannya dalam Silsilah al-Ahadits al-Shahihah, no.: 195 dan beliau menyandarkannya kepada Mawarid al-Zhaman ila Zawa’id Ibn Hibban, hadis no.: 1957.
---------
Dalam hadis di atas Rasulullah s.a.w. menerangkan beberapa ciri manusia yang dibenci oleh Allah s.w.t.,
[1] Orang yang akhlaknya biadap (rude), keras dan sombong.
[2] Orang yang suka berbuat bising dan bertengkar di pasar. Pada masa kini, boleh juga merujuk kepada suasana lain seperti ketika di tempat kerja.
[3] Menjadi mayat pada malam hari = yakni berterusan tidur tanpa bangun untuk solat malam.
[4] Menjadi keldai pada siang hari = yakni berterusan bekerja tanpa membahagikan masa untuk ibadah dan zikir.
[5] Bijaksana dalam urusan dunia tetapi jahil dalam urusan akhirat.
Ilmu-ilmu dunia terus dicari, baik secara pengajian formal atau non-formal. Akan tetapi ilmu agama dibiarkan sekadar apa yang dibelajar pada zaman sekolah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
“With each passing day, I didn’t lose hope. I fought to have more.” — Amy Tan |

Doa yang paling banyak Rasulullah baca
Shar bin Husyab berkata bahawa dia bertanya kepada Umm Salamah radhiallahu 'anha (isteri Rasulullah),
“Wahai ibu orang-orang beriman, apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam apabila baginda di sisi kamu?”
Maka Umm Salamah menjawab, “Baginda paling banyak membaca doa
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ.
Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
قَالَتْ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَكْثَرَ دُعَاءَكَ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ؟
قَالَ: يَا أُمَّ سَلَمَةَ إِنَّهُ لَيْسَ آدَمِيٌّ إِلَّا وَقَلْبُهُ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ اللَّهِ فَمَنْ شَاءَ أَقَامَ وَمَنْ شَاءَ أَزَاغَ.
Umm Salamah berkata, aku bertanya, “Wahai Rasulullah, kenapa kamu banyak berdoa Wahai (Allah yang) membalik-balikkan hanti, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu?”
Rasulullah menjawab, “Wahai Umm Salamah, sesungguhnya tidaklah seorang pun daripada anak cucu Adam melainkan hatinya di antara dua jari daripada jari-jemari Allah. Maka sesiapa yang Allah kehendaki, Dia tegakkan (atas kebenaran) dan sesiapa yang Allah kehendaki, Dia palingkan (daripada kebenaran).
[Shahih Sunan al-Tirmizi, no.: 3444/3522] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Berhati-hati dengan istidraj!
hidup mewah tidak semestinya bererti kedudukan istimewa yang Allah berikan kepada sesebuah negara atau seseorang individu. Mungkin sahaja ia merupakan petanda kepada bala yang akan menimpa pada bila-bila masa.
Firman Allah s.w.t.,
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maka tatkala mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala), maka mereka pun berputus asa.
(Al-An'aam 6:44)
Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan,
إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنْ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { فَلَمَّا نَسُوا ...}
"Jika kamu melihat Allah memberikan (kemewahan) dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang ia sukai, maka sesungguhnya itu hanyalah merupakan istidraj."
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacakan ayat: "Maka tatkala mereka melupakan..."
(Musnad Ahmad 16673/17311 dan dinilai hasan oleh Syu'aib al-Arnauth) |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|