CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

[Buku] Saya sedang baca buku... [bah 2]

 Close [Copy link]
Post time 14-5-2018 05:58 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 13-5-2018 12:50 PM
sedang baca : I'm Not Monster - Sara Aisha

ada terbaca kat goodreads.com
review positif
kalau novel macam ni ok
jenis out of the box ...
tengah buru novel sejak tablet belum siap ganti bateri
sabar jer lah ... nak dekat 3 bulan ... order bateri je
haisss sabar jer lah .. haiss

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-5-2018 07:04 AM | Show all posts
Nashan.

Sebuah negara kota jauh ke utara Aurora, yang diperintah oleh Melyn ien Sarra iea Nashrain, puteri kesuma dan Aristokra. Dan kini menjadi pertaruhan, dalam pertempuran seru antara tentera Nashan pimpinan Mori, kesatria utusan Artakus, Lodra Perang Aurora, menentang gerombolan reneger Sursis, panglima adi dan pahlawan yang tidak terkalahkan dari Gunung Utara.

Kebijaksanaan Melyn dan firasat Merkia, magia adi yang menguasai Jalan Telus, menyaksikan kemunculan Spiara Bulwar, senjata legenda yang menakluki naga dan monstra. Demi menumbangkan Sursis, yang tidak mempunyai tandingan di medan perang.

Namun segala-galanya bermula sebelum itu, pada zaman yang sudah berlalu, sewaktu Imru memerintah Aurora dari Toar Tirana dan Orde Karmawizra masih gemilang di Toar Nebula. Dengan seorang perantis bernama Nazril, yang satu hari nanti bakal memegang sutaf Helang Siluman, menjadi wizra gelanggang angin dan bayang. Perjuangannya bakal menggegar Takhta Bayang di Toar Magzul, mencabar penguasaan para morduwizra dan empayar Morrok, sehingga detik kemunculan Artakus.

Dan dia paling terkenal, dengan hanya satu gelaran.

Wizra.


tak sampai sehari habis Semusim Di Neraka ...
apa nak cakap ek .. ermmm tak boleh jadikan panduan buku ni walaupun ada kaitan dengan hal agama
tapi buku ni lebih kepada hidup seharian penulis yang berlaku disekeliling
jangan kata orang tu takde ilmu bagai ... jangan lebihkan hal keduniaan ...
kemudian ada juga nasihat terutama ibubapa yang bawa anak ke surau/masjid ..
...
ada diceritakan tentang nabi palsu ... tentang fahaman syiah ..
macam-macam ler ... ada juga momen humour tapi for me takde la tahap gelak gila-gila
sekadar buat senyum sahaja ..
suppose baca Semusim Di Syurga terlebih dahulu sebab tu buku yang pertama ..
anyway .. Selamat Berpuasa Semua .. nak dekat puasa dah ...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:38 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 14-5-2018 05:58 PM
ada terbaca kat goodreads.com
review positif
kalau novel macam ni ok

siapa yg mmg follow sara aisha mmg suka buku ni sbb kisah ryu & maya dikembangkan & dalam buku I'm Not Monster ni diceritakan bagaimana Tyu boleh rapat dengan watak utama Salju Kyoto, si mata helang Arjuna Kaede & bagaimana pertama kali mereka bertemu. dan pembaca juga boleh tahu kenapa mereka ni boleh rapat. dalam buku ni juga kita boleh tau macam mana kisah Maya & Ryu berakhir. asalnya cerita di dari dalam mini novel sara aisha yg bertajuk Cereka Cinta. ada beberapa cerita dalam tu & salah satunya adalah I'm Not Monster. dalam versi novel ni cerita dia lebih detail lagi/

kucen x minat e-book atau e-novel ni sbb mcm x real
walaupun ada sesekali baca jugak wattpad, kena jugak cari hard copy
sbb baca hard copy lagi real kot?
tp semua tu bergantung pada masing2 la...

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 12:40 PM | Show all posts
abis baca : I'm Not Monster
okay, best & x de kisah cintan cintun bersemut sgt sampai kena potong kaki.

sanggup ni mintak kakak order ngan kakak ipar bos dia sbb nk buku ni

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 02:01 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 15-5-2018 12:38 PM
siapa yg mmg follow sara aisha mmg suka buku ni sbb kisah ryu & maya dikembangkan & dalam buku I'm ...

author sara aisha ni kita KIV dulu
sebab tengah buru buku anna lee
author ni pun juga lah .. cerita part cinta takde lah heavy sangat
kira boleh terima pakai ler ...



memang lah tak semua boleh terima ebook

sesekali bertukar angin .. dan boleh kurangkan cost pembelian buku




Reply

Use magic Report

Post time 15-5-2018 03:01 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 15-5-2018 02:01 PM
author sara aisha ni kita KIV dulu
sebab tengah buru buku anna lee
author ni pun juga lah .. cer ...

hahaha...KIV dulu? ok2
buku anna lee atau boleh cari Zuliana Abuas
byk jugak buku dia x de terutama masa dia guna nama asal dia
x grab masa gi PBAKL ke? sbb buku2 dia yg bawah prolog media mmg ada
boleh beli less puloks tu....
jeles utk org2 yg duk dekat PBAKL tu

mmg sesetgh org suka ebook sbb bawak tab atau phone sajork
tp bg kucen, x real je rasa
sekali gadget tu 'hang' atau 'black out'
sekali ngan kita 'black out'... hahahaha
lgpun sakit mata duk pandang skrin lama2
sayangi mata anda w/pun dh rabun dh..


Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-5-2018 03:23 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 15-5-2018 03:01 PM
hahaha...KIV dulu? ok2
buku anna lee atau boleh cari Zuliana Abuas
byk jugak buku dia x de terut ...

uihh menusuk jiwa bila kata sayangi mata anda walaupun sudah rabun ...
saya tak pernah pergi PBAKL .. tak suka large crowd rasa susah nak nafas
tu belum masuk yang belek-belek buku dengan lamanya ..

saya lebih suka beli online atau pergi kedai buku .. tapi normally prefer online ...

senang ..

tablet dan handphone mungkin boleh rosakkan mata ...

tapi untuk kindle ni .. tak sure le pula sebab ada anti glare
mata tak cepat penat bila baca ...
dok timbang-timbang juga nak sambar Kindle Paperwhite 2018
tapi tak tahu lagi .. see how ..



yang anne lee cuma tahu yang latest buku dia Missing Pages tapi gabungan several author
each chapter ada kaitan ..

ada peluang beli direct dengan Prolog Media .. sambar 6 buah buku terus










Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 12:50 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 15-5-2018 03:23 PM
uihh menusuk jiwa bila kata sayangi mata anda walaupun sudah rabun ...
saya tak pernah pergi PBAK ...

hahaha....mmg dh rabun dh
ari2 ngadap PC, x leh nk elak dh. redho je la bab rabun tu
mim alif las jugak nk pakai specs

ok...part ni kita berbeza
sbb kucen suka hard copy banding soft copy
mungkin cara baca lebih real kot? pilihan masing2...
klu kindle tu ada je dlm phone tp x pernah guna...hehehe

Missing Pages? best sgt2 buku tu
perasaan masa pegang buku Missing pages ni mmg misteri
ada aura dia & masa mula2 nk baca rasa semacam. punya la kuat aura dia tu
kucen order online jugak klu buku2 ni sbb susah nk dpt kt kedai buku
yg kombo terbaru ni mmg dh abis baca semua dh & suka sgt2
klu buku Anna Lee terbitan prolog media rasanya ada 4 buah
- Jika Aku
- Mesej
- Laura Isabel
- Hello it's me
yg lain2 kucen ada - Mencari Mr. Charming & Aku dia dan Pinky Promise
lain2 x de....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2018 12:51 PM | Show all posts
Edited by kucingkarate at 17-5-2018 12:53 PM

tengah baca buku SPLIT <-- utk kali ke-3
sebenarnya tunggu kakak habiskan Wish List
kucen dh abis 2 buah (I'm Not Monster & Dalam Hati Ada Dia), dia x abis2 lagik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2018 02:35 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 17-5-2018 12:50 PM
hahaha....mmg dh rabun dh
ari2 ngadap PC, x leh nk elak dh. redho je la bab rabun tu
mim alif la ...

4 buah buku dari anna lee dah fly kaut

dah habis baca semuanya ...


hujung bulan insya allah nak kaut lagi 6 buah dari prolog media ...
hehehe

minta diskaun dengan prolog media ... diskaun posting





Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2018 07:08 AM | Show all posts
Novel KERIS LONG LEH mengisahkan Aminnuddin telah meminjam sebilah keris daripada bapa saudaranya bagi tujuan kajian dan mengumpul bahan untuk sebuah draf manuskrip novel.

Amin telah mengingkari pesanan pak longnya agar tidak membuka kain kuning yang membalut keris tersebut. Keris tersebut sepatutnya dipulangkan kepada pak longnya sebelum tengah malam Jumaat iaitu malam tersebut tetapi Amin terlupa.

Sejak malam itu pelbagai perkara pelik telah terjadi. Penduduk taman perumahannya mula bercakap yang Amin ada membela saka. Budak-budak yang mengaji dengan isterinya juga takut untuk datang mengaji kerana ternampak ada jembalang yang menyerupai binatang berbulu hitam atas bumbung rumahnya. Anaknya Icad sampai pengsan dalam jamban dan anak sulungnya pula di jumpai tidur di tepi jamban. Kucing belaan keluarganya turut mati, pokok-pokok yang ditanam isterinya semuanya mati. Malah, nasi dan gulai yang baru dimasak isterinya juga basi.

Gangguan datang silih berganti. Hidupnya mulai kacau. Keris pusaka tak bertuan menjadi rebutan. Nyawanya kini terancam!

Beliau sedar waris sebenar perlu dicari bagi merungkai misteri yang menyelubunginya dan semua ini terjadi sejak dia meminjam keris daripada pak longnya itu. Adakah semua yang berlaku ini disebabkan keris tersebut dan apa ada dengan keris Long Leh itu?


gila 2 buah buku hold sebab otak lemau jap
hehehe ... layan genre seram kejap

bulan puasa ok jer hehehe ...
borong 4 buah dengan harga RM 50 tak termasuk posting .. posting RM 10
ok lah tuh ...

ada tu boleh habis in one sitting .. means dalam 1 jam je lah
adoii tak best betul ... buk ni nipis jer

tak sampai 300 pages ... memang cepat habis ...





This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2018 06:57 AM | Show all posts
Novel PAZUZU mengisahkan Jeri, pelajar di Fakulti Undang-undang, Universiti Darul Ridzuan merupakan seorang yang agnostik iaitu seorang yang sering mempertikaikan perkara-perkara ghaib dalam Islam. Perkara ghaib itu lebih menjurus kepada kewujudan jin dan syaitan.

Demi menegakkan dogmanya, dia sanggup menjalankan upacara hitam hanya untuk membuktikan bahawa makhluk-makhluk ghaib itu tidak wujud. Namun, tanpa disedari Jeri, dia sebenarnya telah berjaya menyeru sesuatu yang sangat tua dan sangat dahsyat dari zaman silam. Ia sesuatu yang bersifat kesyaitanan yang disembah dan dipuja sebagai tuhan penyelamat oleh manusia dahulu kala.

Jeri menerima padah daripada perlakuannya itu apabila dia mulai berhadapan dengan gangguan-gangguan yang menjadikan hidupnya tidak keruan. Masa dirasakan Jeri kian suntuk kerana dia tidak pasti apa sebenarnya yang sedang berhadapan dengannya ketika itu. Apabila menyedari yang diserunya itu menuntut dirinya sebagai korban, semuanya telah terlambat. Darahnya harus dibayar dengan nyawanya.


baca malam tadi buku ni .. tak sangka boleh habiskan
sebelum tu keris long leh pun dah habis ...
tak berapa seram masih ok ...
cuma yang pazuzu ni terseram sebab pergi surf cari gambar pazuzu

bodoh juga ler walaupun dalam bentuk patung
lagipun leh pula main Oujia board dengan darah .. bengong
benda tu kejar ler ...

yang best buku .. ada juga ayat quran dan ada satu ayat dibaca dan boleh menghalau syaitan dan jin
kena cari balik apa ayat nya .. lupa sudah



seram macam ni ok lah compare baca Tamar Jalis

seram juga ler ...

buku lelain on hold ... bulan puasa .. lemau






This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2018 05:24 AM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 23-5-2018 05:35 AM

Jon diupah oleh seorang pendendam yang mahu dia melakukan sesuatu terhadap seorang pendosa. Dendam itu bukan dendam biasa dan si pengupah ada hubungan dengan si pendosa. Jon tetap melakukan tugas itu walaupun dia merasakan kehendak si pendendam sangat gila. Dia melakukannya kerana duit tetapi tiba-tiba sahaja Jon menjadi pendosa yang dikejar oleh kifarahnya.


Pazuzu Syaitan Purba habis baca in one sitting
dalam sejam lebih kot ..
ala pasal Jeri ni islam liberal .. tak percaya hantu
dia pergi seru hantu kat pokok ketapang kat universiti
benda tu keluar ler ... kawan dia yang kaki metal pun join ...
masa benda tu keluar, kawan dia hampir kena rasuk ...
nasib si Sallehudin tu sempat sampai ... diubatkan ...
dah tu tak juga serik .. beli Oujia board dengan harga RM 2K
main dengan darah ... last-last ... benda tu lagi power


yang best ada juga author ni ada juga selitkan ayat quran dan hadith

and satu ayat ni kalau dibaca dapat menghalau benda-benda yang tak patut
kira menarik juga lah novel ni ...

seram? tak sangat lah ... tak elok baca seram sangat ... nanti akan haunted diri ...




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 03:42 PM | Show all posts
fly_in_d_sky replied at 17-5-2018 02:35 PM
4 buah buku dari anna lee dah fly kaut

dah habis baca semuanya ...

best 'kan? semer buku dia best2
haaa......'kan dh terjebak ngan Anna Le & prolog media

beli, jgn x beli
kucen kt umah duk berebut ngan buku2 prolog media
adik kakak skali ngan anak sedara
sbb buku dia lain skit & best

klu dpt diskaun sbb promot, mmg la nak...hehehe
tp kucen saje2 promot sbb nk kongsi ilmu dr buku kucen baca
sbb ilmu ni patut dikongsi 'kan?


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 09:11 PM | Show all posts
AMAR diselamatkan sepasukan komando Malaysia di sebuah telaga pada penghujung Perang Bosnia pada tahun 1995. Askar-askar Serbia yang memburunya ditemui mati dibaham kawanan serigala. Amar bersama sebilangan kanak-kanak Bosnia dibawa ke Malaysia dalam program anak angkat. Dia akhirnya diasuh dan dibesarkan oleh keluarga seorang jeneral, iaitu Dato’ Husam dan isterinya, Datin Normazlina. Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan bernama Rania.

Dua puluh tiga tahun berlalu, Amar sering dibayangi seekor serigala salji. Sering bermimpi berada di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina yang hanya dihuni kawanan serigala. Dipercayai lembah banjaran itu kehilangan seorang Armel. Sejak peristiwa itu kehidupan Amar menjadi serabutan. Akhirnya dia pulang semula ke Bosnia-Herzegovina untuk mencari jawapan tentang asal usulnya yang diyakini berasal dari lembah berjiwa kosong.

Rania yang bertugas di sebuah stesen penyiaran antarabangsa membuat penggambaran travelog musim kedua tentang perang Bosnia. Bagaimanapun perancangannya tidak menjadi apabila diculik di Saravejo bersama dua rakan sekerjanya. Amar yang kebetulan berada di Wilayah Balkan nekad untuk menjejaki adiknya. Pada masa yang sama pembunuhan bersiri turut berlaku. Culik dan bunuh, jenayah kejam yang sedang disiasat oleh seorang pegawai polis veteran bernama Hasanovic.

Banja Manggala – apakah maknanya di lembah banjaran Bosnia-Herzegovina? Siapakah Armel yang hilang itu? Apakah hubungan Amar dengan kawanan serigala? RAMLEE AWANG MURSHID menukilkan sebuah fantasi ibarat mengolahnya menjadi sebuah filem. Sarat dipenuhi saspens. Elemen cinta sangat kuat kali ini. Disulami dengan lataran salji dan bayu pergunungan dalam dunia magis yang tersembunyi.


semalam baca Pendosa Dulu Kini Selamanya in one sitting
adoii cerita nya .. takde kaitan dengan hantu paranomal magik
tapi tahap psikologi ...

bila baca sure eh biar betik kejam gila
memang terasa kejam dan sakit bila part kena seksa
rasa dada tu sempit tetiba ...



soalan pertama mesti tanya kenapa orang ni
kenapa nak buat macam apa motif ...
gila betul .. ni betul ke tidak ...


tapi bila part ending heh ... rupanya ....
baca ler sendiri ... hehehe



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 27-5-2018 01:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Done baca..TUTOR TERLAJAK GARANG.. best jgk. Dah lama x ngadap novel cintan cintun..slalu dok baca fixi sajorkkk! b4  novel ni aku baca CINTA MAMAT SANDWICH..pon best jgk..huhu mcm kembali muda bc novel cenggini

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-5-2018 09:12 PM | Show all posts
Novel MAGNA SAYAP HITAM membawakan kisah Zettrion, sebuah dunia tanpa warna dan tiada undang-undang yang terpakai di situ melainkan amalan sihir yang berleluasa. Pertarungan sentiasa berlaku. Manusia yang lebih kuat dan kejam akan dihormati berdasarkan pada pangkat yang tertera pada lengan manusia di Zettrion ini.

Efix, manusia putih yang besar dan kuat tetapi pecinta kedamaian. Dan kerana dia tidak seperti manusia lain dan sikapnya yang berbeza itu, Efix dibenci oleh keluarganya sendiri. Impian Efix adalah untuk berhijrah ke planet Bumi kerana manusia di Zettrion ini berasal dari planet Bumi. Bagi Effix, Bumi punyai keindahan dan keamanan yang didambakannya.

Hasratnya itu semakin bergelora apabila dia termakan dengan hasutan Izze bahawa manusia yang paling kejam dan yang mencapai pangkat paling tinggi akan ditumbuhi Sayap Hitam yang membolehkan mereka terbang ke planet Bumi. Akhirnya Efix mula melakukan kejahatan demi kejahatan...

Berjayakah Efix merealisasikan cita-citanya itu?


Banja Manggala habis dahh semalam
tetiba ada aura nak habiskan sampai 12mid tamat


Amar ni anak Bosnia, parents mati
ayah kena bunuh .. mak pula terhantuk kepala dengan dinding telaga
dah mati ...


apa kaitan Amar dengan serigala? misteri ...

cuma orang islam boleh pegang serigala ke?
macam seronok dapat pegang ... lawa diorang ni
macam Husky ... rasa teddy bear ... geram



tak nak cerita lebih nanti spoiler
kali ni RAM membuatkan watak Amar mempunyai kuasa .. astral projection
ala macam Dr Strange tu ... memang best ...


kalau dah nak masuk climax tu ... ermmm jangan ler ngada berhenti
mesti akan terfikir apa kenapa mengapa bagaimana siapa ..

jadi teruskan sampai habis ..

hehehe










This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2018 09:24 PM | Show all posts
Edited by fly_in_d_sky at 30-5-2018 05:02 AM

3 Novelet.

PULANGKAN
Kisah tentang Haikal, seorang top seller MLM yang kaya raya. Haikal menyertai syarikat Fast Lingkop Corporation dan dia ada segala-galanya yang dikehendaki oleh kebanyakan manusia. Harta yang banyak, rumah besar, kereta mewah, dan menurut definisinya sendiri, dia sudah capai status ‘bebas kewangan’.

Hidupnya berubah pada suatu pagi apabila dia mendapati segala makanan yang terhidang depan mata semuanya berupa sampah, kotoran, najis, ulat dan segala benda yang menjijikkan. Peliknya, orang lain melihat makanan tersebut sebagai makanan biasa yang lazat dan berkhasiat. Pada setiap malam juga dia dihantui oleh mimpi-mimpi yang menakutkan.

Sebelum kejadian pelik itu, Haikal bertemu dengan Nazri. Berbekalkan kebolehannya bercakap dan meyakinkan orang, Haikal berjaya mempengaruhi Nazri untuk menyertai Fast Lingkop Corporation.
Haikal dihantui rasa bersalah bukan hanya kepada Nazri tetapi juga kepada mereka yang berjaya dipujuk untuk menyertai Fast Lingkop Corporation. Mengapa semua ini berlaku?

KEMBAR
Azmira, seorang pegawai konservasi penyu, amat komited menjalankan tugas memelihara hidupan laut dari kepupusan. Namun, ketenangan hidup Azmira mula terganggu apabila kisah keturunan keluarganya yang berkembar dengan buaya tersiar di dalam akhbar tempatan.

Ketidakpercayaan Azmira dengan sejarah keluarganya sendiri telah merangsangnya untuk membuat kajian. Namun, semakin dia memikirkan segala kejadian, semakin kerap peristiwa-peristiwa aneh menimpa dirinya. Sang buaya pula bagaikan mahu menyampaikan sesuatu kepada Azmira. Lantas, bagaimanakah mereka berkomunikasi?

Sedikit demi sedikit hijab kekuasaan Allah terhadap penciptaan makhluk mula tersingkap apabila dia menerima sebuah catatan lama daripada datuknya, Tok Senin. Apakah isi kandungan catatan itu? Mengapakah Azmira yang dipilih menerimanya?

PUAKA
Suatu malam rumah Wak Aji dikunjungi tetamu yang tidak diundang meminta pertolongan. Katanya bayinya sakit dan diganggu oleh sesuatu. Ragu-ragu namun tidak tega untuk membiarkan tetamu itu begitu sahaja, Wak Aji cuba membantu.

Tanpa disangka, niat baik itu memakan diri. Keluarganya pula dihantui puaka durjana yang nekad mahu membalas dendam.

Mujurlah anak bongsunya Zabaan mempunyai ilmu rawatan syifa khusus untuk melawan jembalang dan syaitan.

Mungkinkah makhluk berambut panjang dengan lidah terjelir yang terlihat bertenggek atas kenderaan di Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan ini adalah puaka yang sama menggangu Wak Aji dan keluarganya?


Magna Bersayap Hitam dah habis
fly bayangkan magna ni kira syaitan jahat gila babas
rupanya .... cerita ni berunsur sci-fi - paranormal - dystopian genre
sebab canggih ada siap teknologi tinggi, shield lagi .. cuma

cuma ada 2 jenis penduduk ... penduduk yang tiada warna dan penduduk warna putih
yang tiada warna ni jahat dan amalkan ilmu hitam manakala warna putih ni putih suci baik ...
dah kat tangan penduduk ni ada tanda dari junior hingga la ultimate

kalau warna putih ni level dia sentiasa junior sebab tak buat jahat
yang dah sampai supreme bagai makna memang jahat lah


ada watak Effik, Remi, Delmin, Pakcik Geri, Krige dan Jevic

Jevic - tukang cipta barang
Effik - mampu sembuh dalam masa singkat
Rine - mampu berlari laju
Krige - kira sederhana dan pendamai
Delmin - penembak handal
Pakcik Geri - orang tua yang berilmu



so ceritanya ... mereka nak selamat orang yang berwarna putih dari ditindas
tapi tak senang .. ada cabaran dan ada pengkhianatan

siapa .. baca ler ... hehehehe


apa-apa setiap dosa dan kesilapan akan diampun jika memohon keampunan
pintu taubat sentiasa terbuka .. manusia diberi peluang ...

menarik ... out of the box genre




  


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 02:24 PM | Show all posts
kucingkarate replied at 24-5-2018 03:42 PM
best 'kan? semer buku dia best2
haaa......'kan dh terjebak ngan Anna Le & prolog media

i pun suka prolog.. suka mesej by anna lee dgn rooftop by farrah izlorna..
buku prolog yg baru2 lom baca lagi...


Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2018 03:36 PM | Show all posts
fara7351 replied at 30-5-2018 02:24 PM
i pun suka prolog.. suka mesej by anna lee dgn rooftop by farrah izlorna..
buku prolog yg baru2 l ...

waaa.....sorg lagi peminat prolog. yeay!!
klu rooftop dh baca, infiniti dh baca belom?
best jugak sbb kisah siapa adrian (dlm rooftop dia abang liya)
dan dlm missing pages ada pasal kembar adrian (x baca infiniti, x tau saper dia)
jadi nk tau kisah2 ni, kena baca semer....hihihi



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 08:49 PM GMT+8 , Processed in 0.909769 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list