CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: adila39

BORAK KOSONG, CHAT, GOSIP, LUAHAN DAN BERSANTAI DI BOD PERUBATAN Vol.6

 Close [Copy link]
Post time 2-8-2020 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 07:03 PM
Hmmm...esok mesti tinggi digit Covid ni...

Huhuhu.. X keluar rumah lagi nampaknya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 07:16 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 06:09 PM
Sy ada masalah bila sakit hati sangat tak boleh lepaskan atau menangis.. Jenis simpan dlm hati..

Bahaya simpan2 ni...mkn dlm...kang kena kanser
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:16 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 06:09 PM
Huhuhu.. X keluar rumah lagi nampaknya

Mujur byk whodunnit ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
keypochino replied at 2-8-2020 12:07 PM
esok kedai2 dah buka kot.. bole la singgah mkn dlu

dah tak sempat, kena balik awal sbb jln jem..
bagus jgk kedai mkn byk tutup, kurang sikit berat bdn tu nak naik..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 07:16 PM
Mujur byk whodunnit ni

Ingat nak keluar2 jalan3 juga tapi dah mcm ni.. Rindunya tesco
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 07:16 PM
Bahaya simpan2 ni...mkn dlm...kang kena kanser

Tak reti nak luahkan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2020 07:42 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 06:38 PM
Ingat nak keluar2 jalan3 juga tapi dah mcm ni.. Rindunya tesco

Pi je ikut SOP...balik terus mandi & basuh pakaian terus...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 07:43 PM | Show all posts

Luah kepadaNya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 07:42 PM
Pi je  ikut SOP...balik terus mandi & basuh pakaian terus...

Buat masa skrg.. Cancel dulu la. Bg reda balik.. Guna runner dulu la beli barang kat tesco.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:03 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 06:52 PM
Buat masa skrg.. Cancel dulu la. Bg reda balik.. Guna runner dulu la beli barang kat tesco.

Ok le tu Bahang tol...tunggu sejuk sikit baru perabihkan durian + moktan...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 08:03 PM
Ok le tu  Bahang tol...tunggu sejuk sikit baru perabihkan durian + moktan...

Kelmarin ada moktan.. Tapi x makan. Risau takut batuk + asthma..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 07:05 PM
Kelmarin ada moktan.. Tapi x makan. Risau takut batuk + asthma..

Tu la.td mkn dah sikit tekak elok je...tunggu suhu turun baru nak melantak lagi ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Klako bc ni

Seorang lelaki murung selepas kehilangan zakarnya akibat jangkitan dalam darah.


Namun dia berasa seolah-olah dilahirkan semula apabila doktor membina 'kemaluan baharu' di tangan kirinya.


The Sun melaporkan, Malcolm MacDonald,45 yang berasal dari Norfolk, England kehilangan kemaluannya pada 2014.


Foto: The Sun


Pakar perubatan, Professor David Ralph kemudiannya  menghasilkan zakar baharu daripada tisu badan Malcolm dua tahun kemudian.


Ia dihasilkan dengan mengambil kulit dan tisu tangan pesakit dan 'digulung' menjadi bentuk zakar.


"ada mulanya ia kelihatan pelik tetapi inilah peluang saya untuk kembali menjalani kehidupan normal."

Foto: The Sun





Dia menamakan alat sulit yang mempunyai salur darah dan sarafnya sendiri itu sebagai 'Jimmy.'


Pembedahan memindahkan kemaluan dari tangan ke tempat sepatutnya oitu dijadualkan dua tahun lepas namun tertangguh.


Foto: The Sun





"Banyak kali pembedahan tertangguh disebabkan masalah jadual. Saya pula pernah jatuh sakit pada hari pembedahan sepatutnya dilakukan. Selain itu, masalah kekurangan staf hospital juga pernah berlaku di samping penularan Covid-19 di Britain.

"Saya berharap pembedahan memindahkan kemaluan saya ke tempat sepatutnya dapat dilakukan paling lewat pada hujung tahun ini," katanya. -
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:24 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 08:13 PM
Tu la.td mkn dah sikit  tekak elok je...tunggu suhu turun baru nak melantak lagi ...

Sakit tekak ni boleh hilang nikmat makanan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 07:24 PM
Sakit tekak ni boleh hilang nikmat makanan.

Saya pernah hilang deria rasa lidah mujur minum jus.kurma merah...elok balik...

Wah ...tengok gazet Warner TV ni- Pennyworth, siri tv Ready Player One, Star Girl...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 08:41 PM
Saya pernah hilang deria rasa lidah  mujur minum jus.kurma merah...elok balik...

Wah ...tengo ...

Ni tengah tengok exotic foof Vietnam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2020 08:51 PM | Show all posts
sarah82 replied at 2-8-2020 07:47 PM
Ni tengah tengok exotic foof Vietnam

Nak habis Fantastic Beasts 2 pehni Geostorm lak...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:55 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 08:51 PM
Nak habis Fantastic Beasts 2  pehni Geostorm lak...

Movie marathon ni hihi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:57 PM | Show all posts
Edited by seribulan at 2-8-2020 08:00 PM
sarah82 replied at 2-8-2020 07:55 PM
Movie marathon ni hihi..

Haah...kat Astro Warner TV...


2 keluarga pelanggan restoran Kluster PUI Sivagangga

Raja Noraina Raja Rahim

PELANGGAN restoran antara yang disahkan positif Covid-19 berkaitan dengan Kluster PUI Sivagangga dan menjangkiti 11 ahli keluarga dan seorang rakan mereka.

Pelanggan restoran pertama iaitu kes ke-8,975 menjangkiti ibu, isteri, dua anaknya, bapa saudara, ibu saudara, adik ipar dan rakan sekerja.

Pelanggan kedua iaitu kes ke-8,976 pula sudah menjangkiti isteri, anak dan dua cucunya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, mereka antara 11 kes positif yang dilaporkan ke Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) berkaitan kluster itu pada hari ini.

"Lapan kes adalah kontak rapat kepada kes positif ke-8,975 iaitu termasuk juga satu kes pelajar sekolah berusia tujuh tahun yang juga kes generasi pertama.

"Tiga kes adalah kontak rapat kepada kes positif ke-8,976 iaitu termasuk satu kes pelajar sekolah berusia 10 tahun juga adalah kes generasi pertama.

"Kesemua kes dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk mencegah penularan Covid-19.

"Aktiviti pembersihan dan nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terbabit dan rumah kes yang dikesan positif," katanya.

Menurutnya, sebanyak 313 orang disaring dengan 20 kes positif Covid-19, 280 negatif dan 13 masih menunggu keputusan ujian sehingga 12 tengah hari ini.

Beliau berkata, daripada 20 kes yang dikesan positif, kesemua kes adalah aktif namun tiada kes dirawat di ICU dan tiada kematian dilaporkan.

"Daripada kes positif yang dilaporkan, sebanyak 15 kes adalah dalam kalangan warganegara Malaysia dan lima kes di kalangan bukan warganegara Malaysia," katanya.

Terdahulu, portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, satu keluarga di Kedah dilaporkan positif Covid-19 dipercayai berkaitan dengan penularan Kluster Sivagangga.

Berdasarkan mesej yang tular di media sosial mendakwa lelaki berkenaan seorang pemandu lori dan tinggal di Padang Sanai, Padang Terap manakala dua anaknya masing-masing bersekolah di Kubang Palas dan Padang Terap dijangkiti Covid-19.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2020 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
seribulan replied at 2-8-2020 08:57 PM
Haah...kat Astro Warner TV...

Tu la.. Ramai yg dah takut skrg.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.542565 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list