sy masak rendang daging & nasi tomato je kaben.. smlm ptg mak hantar rendang ayam, kuah kacang, kerepek & ketupat palas..
pastu saya order sate ayam & daging skit.. cukup lah utk kitorg.. meriah la jugak thn ni ramai jiran2 hantar juadah dari ptg smlm.. smpai la hrni.. ada bg nasi impit, ketupat nasi, ketupat palas, rendang daging masak hitam, rendang ayam, sup tulang,lontong, kek.. penuh meja.. rezeki sungguh. Alhamdulillah...kaben masak apa? sana raya haji lagi meriah dari raya puasa kan
Post time 20-7-2021 07:23 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 20-7-2021 05:19 PM
Adui menggugat iman betul la gambar2 mknn u.. nmpk sedap
mekasih, apa kurang lauk pauk awak... tp terpikir pulak utk mereka yg terkesan... jom kita doakan semua yg terkesan akibat covid ni Allah akan bukakan pintu rezeki mereka. Ameen. Kita sederhana je la kan babe... lupaaa ada pudding!!! later tepek.. ur favourite i think, lengkong.. pudding pulak. lengkong santan!
Post time 20-7-2021 07:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 20 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);
Kes sembuh : 7,567 kes (798,955 kes kumulatif, 85.0%);
Kes baharu : 12,366 kes (939,899 kes kumulatif);
Kes import : 8 kes (2 warganegara, 6 bukan warganegara);
Kes tempatan : 12,358 kes [10,002 warganegara (80.9%); 2,356 bukan warganegara (19.1%)];
Kes aktif : 133,703 kes;
Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 924 kes;
Kes memerlukan bantuan pernafasan : 448 kes;
Kes kematian : 93 kes (7,241 kes kumulatif, 0.77%; 91 warganegara, 2 bukan warganegara);
Jumlah kluster : 3,299 kluster;
Jumlah kluster baharu : 18 kluster;
Jumlah kluster yang telah tamat : 2,379 kluster; dan
Jumlah kluster aktif : 920 kluster.
Daripada 12,366 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 52 kes (0.4 peratus) adalah daripada kategori 5 (kritikal dan memerlukan bantuan pernafasan), 33 kes (0.3 peratus) kategori 4 (radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen), 93 kes (0.8 peratus) kategori 3 (radang paru-paru), 4,861 kes (39.2 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), dan 7,327 kes (59.3 peratus) kategori 1 (tidak bergejala). Keseluruhannya, hanya 1.5 peratus kes yang dilaporkan hari ini berada pada kategori 3, 4, dan 5.
Sebanyak 93 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 31 kes di Selangor, 16 kes di Johor, sembilan (9) kes di Melaka, lapan (8) kes di Kedah, tujuh (7) kes di Pahang, masing-masing lima (5) kes di Pulau Pinang, Negeri Sembilan, dan Perak, masing-masing dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, dan Sarawak, serta satu (1) kes di Terengganu.
Perincian jumlah kes mengikut negeri, kes-kes kematian dan kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3 dan 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.
KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 19 JULAI 2021)
Berdasarkan data terkini pada 19 Julai 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.14. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Terengganu (nilai RT 1.30). Manakala negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah, Kedah (nilai RT 1.24), Sabah (nilai RT 1.23), Wilayah Persekutuan Putrajaya (nilai RT 1.22), Pulau Pinang (nilai RT 1.20), Johor (nilai RT 1.18), Negeri Sembilan (nilai RT 1.17), Pahang (nilai RT 1.16), Selangor (nilai RT 1.15), Melaka (nilai RT 1.14), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (nilai RT 1.10), Perak (nilai RT 1.10), dan Kelantan (nilai RT 1.09).
Nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 5 dalam kenyataan media ini.
NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19
KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;
(elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
(Amalkan Wash, Wear dan Warn).
Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.
Sekian, terima kasih.
TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
20 Julai 2021 @ 6:30 petang.
LAMPIRAN 1
BILANGAN KES COVID-19
MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA
(SEHINGGA 20 JULAI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)
NEGERI BILANGAN KES BAHARU *( ) BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR 5,524 (4) 332,347
WP KUALA LUMPUR 1,580 (4) 100,752
JOHOR 793 80,347
SABAH 657 76,453
SARAWAK 351 71,952
NEGERI SEMBILAN 970 63,339
PULAU PINANG 460 39,756
KELANTAN 179 37,907
KEDAH 701 33,956
PERAK 295 31,868
MELAKA 309 25,835
PAHANG 288 19,236
TERENGGANU 190 12,987
WP LABUAN 17 9,468
WP PUTRAJAYA 50 3,066
PERLIS 2 630
JUMLAH KESELURUHAN 12,366 (8) 939,899
LAMPIRAN 3
Perincian 12,366 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 20 Julai 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut:
NEGERI JUMLAH KES KLUSTER KONTAK RAPAT IMPORT A* LAIN-LAIN
SELANGOR 5,524 122 3,567 4 1,831
WP KUALA LUMPUR 1,580 215 855 4 506
NEGERI SEMBILAN 970 179 555 C 236
JOHOR 793 479 237 C 77
KEDAH 701 45 505 C 151
SABAH 657 317 199 C 141
PULAU PINANG 460 127 218 C 115
SARAWAK 351 61 239 C 51
MELAKA 309 99 161 C 49
PERAK 295 46 117 C 132
PAHANG 288 89 149 50
TERENGGANU 190 103 34 C 53
KELANTAN 179 62 73 C 44
WP PUTRAJAYA 50 1 23 C 26
WP LABUAN 17 3 13 C 1
PERLIS 2 C 1 C 1
JUMLAH KESELURUHAN 12,366 1,948 6,946 8 3,464
* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara
LAMPIRAN 4
KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 20 JULAI 2021
NO NAMA KLUSTER KATEGORI KLUSTER NEGERI DAERAH JUMLAH KES JUMLAH DISARING
1 Industri Jalan Haji Sirat Tempat Kerja Selangor Klang, Kuala Selangor, dan Petaling 140 945
2 Industri Persiaran Subang Tempat Kerja Selangor Petaling, Klang, dan Hulu Langat 107 143
3 Alam Jaya Lima Tempat Kerja Selangor Kuala Selangor 33 107
4 Industri Kenanga Satu Tempat Kerja Selangor Hulu Selangor dan Hulu Langat 20 78
5 Simpang Jeram Tempat Kerja Johor Muar 20 29
6 Jalan Sri Pelangi Tempat Kerja Johor Johor Bahru 17 35
7 Jalan Istimewa Dua Tempat Kerja Johor Johor Bahru dan Kota Tinggi 14 51
8 Tapak Bina Jalan Kia Peng Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 51 297
9 Jalan Berhala Merah Tempat Kerja WP Kuala Lumpur Lembah Pantai 12 20
10 Jalan Stadium Tempat Kerja Kelantan Kota Bharu 8 22
11 Industri Teknologi Cheng 30 Tempat Kerja Melaka Alor Gajah dan Melaka Tengah 68 496
12 Jalan Waterfront Tempat Kerja Negeri Sembilan Port Dickson 42 116
13 Pasar Besar Dungun Tempat Kerja Terengganu Dungun 51 159
14 Kampung Pukak Komuniti Sabah Tuaran 17 56
15 Kampung Sungai Seputeh Komuniti Perak Larut, Matang, dan Selama 10 13
16 Jalan Bukit Chagar Kumpulan Berisiko Tinggi Johor Johor Bahru 61 113
17 Paya Luas Kumpulan Berisiko Tinggi Pahang Temerloh, Bera, Jerantut, Maran, dan Bentong 101 2,037
18 DTI Bidor Pusat Tahanan Perak Batang Padang, Hilir Perak, Kerian, dan Manjung 48 352
LAMPIRAN 5
NILAI RT MENGIKUT NEGERI
BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 19 JULAI 2021
NEGERI NILAI RT
TERENGGANU 1.30
KEDAH 1.24
SABAH 1.23
WP PUTRAJAYA 1.22
PULAU PINANG 1.20
JOHOR 1.18
NEGERI SEMBILAN 1.17
PAHANG 1.16
SELANGOR 1.15
MELAKA 1.14
WP KUALA LUMPUR 1.10
PERAK 1.10
KELANTAN 1.09
SARAWAK 0.92
WP LABUAN 0.77
PERLIS 0
MALAYSIA 1.14
Post time 20-7-2021 07:26 PMFrom the mobile phone|Show all posts
keypochino replied at 20-7-2021 05:18 PM
Ooyeke.. xtau pulak dr rajin masak hari2.. baguslah bz2 pon sempat
maybe panaskan lauk tu hari hari sbb dia masak siap siap utk bawak bekal.. dia pun selalu je share kat mod group tu... so kita taula dia rajin masak.. hari2 tu mybe tidakla..sedap and x je xtau.. but kita anggap sedapla... hehehe