CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ibnur

Soal Jawab Agama

   Close [Copy link]
Post time 28-3-2012 03:32 PM | Show all posts
salam.terima kasih menjawap persoalan.
sekiranya barang (ada dlm simpanan 'A') dipulangkan kepada si pencuri dan diberitahu apa yg perlu dilakukan, tetapi dia (si pencuri) kemudiannya enggan memulangkan barang tersebut kepada dept store terbabit, adakah 'A' akan dikira bersubahat dgn perbuatan jahatnya? atau 'A' dikira sudah menjalankan tanggungjawapnya dan terlepas dari dosa jadi tak perlu risau lagi?

terima kasih.
itchme Post at 26-3-2012 21:08


Salam...

Pada pendapat saya, 'A' sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menasihati si pencuri itu.

Tambahan, 'A' juga boleh tolong pulangkan barang yang dicuri itu (diketahui), sekiranya dalam 'kuasa'nya untuk berbuat demikian.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-3-2012 05:01 PM | Show all posts
Reply 1821# mnm77


   terima kaseh atas pertolongan.
Reply

Use magic Report

Post time 29-3-2012 03:29 PM | Show all posts
Reply 1820# mnm77


    Amin.. InsyaAllah..

Saya masih ada soalan untuk dikemukakan untuk tuan. Berdasarkan pembacaan saya di Internet, ada yang mengatakan wujudnya solat sunat nikah dan ada yang mengatakan tiada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Yang ada, cuma solat sunat secara berjemaah bersama isteri ketika malam nikah. Apa pendapat tuan tentang perkara ini dan solat apa yang sebenarnya dikerjakan selepas nikah ini?
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2012 12:39 AM | Show all posts
Berdasarkan pembacaan saya di Internet, ada yang mengatakan wujudnya solat sunat nikah dan ada yang mengatakan tiada solat khusus yg dinamakan solat sunat nikah. Yang ada, cuma solat sunat secara berjemaah bersama isteri ketika malam nikah. Apa pendapat tuan tentang perkara ini dan solat apa yang sebenarnya dikerjakan selepas nikah ini?
aLieNzDaToR Post at 29-3-2012 15:29


Salam...

Pada pendapat saya, tiada masalah untuk melakukan Solat Sunat 2 rakaat setelah selasai aqad nikah. Mungkin ia diberi nama solat sunat nikah sebab dilakukan setelah nikah. Sepertimana juga jika ada kekuatan untuk melakukan solat sunat 2 rakaat selepas wudhu', ada juga yang beri nama solat sunat wudhu'.

Mana-mana perkara yang baik seperti wudhu', nikah, masuk ke dalam masjid, syukur atas nikmat Allah, semua itu boleh diikuti dengan solat sunat 2 rakaat

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2012 08:46 AM | Show all posts
Salam...saye keje d kilang air minuman..kilang saye ade buat jualan air murah dengan harga 1 tray = 24 air kotak dengan harga rm5 je...sye beli 2 tray dan jual dengan org lain dengan harga rm 15 1 tray....soalan saye,adekah keuntungan saya sebanyak rm20 tu dikira sebagai riba'??mohon penjelasan...kalau dikira sbg riba',berapa harga yg patut sye jual kpd customer sye tu??
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2012 09:53 AM | Show all posts
salam,
saya nak tye berkenaan solat istikharah...
1) suami telah berkahwin lain tanpa pengetahuan sye. sudah setahun tp sye baru tahu bulan feb yg lepas. byk soalan sye tye padanya termasuklah sye menyuruh dia bua solat istikharah untuk memilih sye atau yg lg satu sbb sye x rela berkongsi kasih & sye tahu suami xmampu dr segi kewangan. dia kata dia dah wat dan dia dpt mimpi kedua2 nye..maknanya kat mimpi dia ada sye & pompuan tu...jd dia amik keputusan yg dia xkan lepaskan sesiapa pun... benarkah mimpi itu?..kalo suami niat nak pilih salah satu mesti la dpt satu je kan...tp kenapa ada dapt dua2 pulak...sye x phm..

2) sye pun ada wat solat istikharah & niat samada nak teruskan perkahwinan ini..maknenye rela bermadu atau perpisahan (penceraian)...sye wat byk kali & sye x dpt apa2 mimpi cuma hati sye lebih terus ke arah penceraian...& cuma sye ada mimpi sekali je iaitu sye bersalam dgn suami selepas dia kata 'abang ceraikan awak'..& ketika itu sye tenang sgt...

tolong la, sye keliru sgt...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2012 02:18 PM | Show all posts
Salam...saye keje d kilang air minuman..kilang saye ade buat jualan air murah dengan harga 1 tray = 24 air kotak dengan harga rm5 je...sye beli 2 tray dan jual dengan org lain dengan harga rm 15 1 tray....soalan saye,adekah keuntungan saya sebanyak rm20 tu dikira sebagai riba'??mohon penjelasan...kalau dikira sbg riba',berapa harga yg patut sye jual kpd customer sye tu??
apis88 Post at 8-4-2012 08:46


Salam...

Sefaham saya, anda melakukan jual beli, bukan riba. Namun keuntungan anda tu agak besar berbanding modal, mungkin kat situ yang boleh dipertikaikan, bukannya dari segi riba.

Kadang-kadang dalam bisnes memang boleh untung besar, jika tahu cara dan selok-belok, cuma adakah ia keuntungan itu dengan cara menekan atau mengambil kesempatan ke atas pembeli?

Jika tiada penipuan dan pembeli berpuas-hati dengan harga dan kualiti minuman tersebut, pada saya itu satu keuntungan dan rezeki anda.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2012 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 10-4-2012 15:46
salam,
saya nak tye berkenaan solat istikharah...
1) suami telah berkahwin lain tanpa pengetahuan sye. sudah setahun tp sye baru tahu bulan feb yg lepas. byk soalan sye tye padanya termasuklah sye menyuruh dia bua solat istikharah untuk memilih sye atau yg lg satu sbb sye x rela berkongsi kasih & sye tahu suami xmampu dr segi kewangan. dia kata dia dah wat dan dia dpt mimpi kedua2 nye..maknanya kat mimpi dia ada sye & pompuan tu...jd dia amik keputusan yg dia xkan lepaskan sesiapa pun... benarkah mimpi itu?..kalo suami niat nak pilih salah satu mesti la dpt satu je kan...tp kenapa ada dapt dua2 pulak...sye x phm..katakbiru Post at 9-4-2012 09:53


Soalan: Benarkah mimpi itu?
Jawapan: WAllahu a'lam

Dari segi syari'at, lelaki yang 'berkemampuan' boleh kahwin sampai 4. Persoalan yang dipertikaikan ialah 'kemampuan', dan tentunya kena ada pihak (yang ADIL) yang menilai 'kemampuan' tersebut. Saya atau sesiapapun tidak boleh menilai dari sumber satu pihak sahaja.

2) sye pun ada wat solat istikharah & niat samada nak teruskan perkahwinan ini..maknenye rela bermadu atau perpisahan (penceraian)...sye wat byk kali & sye x dpt apa2 mimpi cuma hati sye lebih terus ke arah penceraian...& cuma sye ada mimpi sekali je iaitu sye bersalam dgn suami selepas dia kata 'abang ceraikan awak'..& ketika itu sye tenang sgt...

tolong la, sye keliru sgt...


-Istikharah tidak semestinya dapat mimpi. Istikharah dibuat bila ada 2 (atau beberapa) pilihan yang kita tak pasti yang mana lebih utama (semua untuk kebaikan). Jika kita dah ada emosi atau dah cenderung kepada satu pilihan, maka tidaklah perlu istikharah itu kerana kita dah ada pilihan sendiri.
-Melalui istikharah, rasa hati juga satu petanda (contoh dari tidak pasti kemudian berasa cenderung kepada salah satu pilihan). Bagi kes berat yang melibatkan penceraian, eloklah buat musyawwarah dengan ahli keluarga atau dengan orang yang berilmu terlebih dahulu. Jika suami tidak melakukan kezaliman, adalah suatu yang buruk untuk menuntut cerai.
-Dari mimpi tersebut, dan juga penjelasan anda sendiri, nampaknya anda cenderung untuk diceraikan, dan suami cenderung untuk tidak menceraikan.
-'Salam' dalam mimpi boleh diertikan sebagai 'ikatan' atau juga 'keamanan'. Saya khuatir jika anda diceraikan atas desakan anda, namun mungkin menyesal kemudian hari atas sebab-sebab tertentu, maka ketika itu anda mahukan ketenangan kembali menerusi 'ikatan' perkahwinan.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2012 10:23 AM | Show all posts
reply nichiyoubi

wa alaikum salam

1 dan 2 sepahaman saya, ianya tidak jatuh talak kerana dalam ...
habibollah Post at 27-3-2012 16:53



   tenkiu....
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2012 06:49 PM | Show all posts
nak tanya soalan ni apa hukumnya kalau kita dok terbayang hubungan suami isteri yang 'tu' la kan?  dalam hati kita dok mintak doa kat Allah "ya ALLAH jauhkan aku dari ingat hubungan 'tu'..adakah ia normal kalau kita umur 2o keatas dok terbayang benda tu? pastu kita dok kata macam ni "nauzubillah,ya allah tolonglah aku lupakan aku dari dok fikir benda tu..aku tak nak..jauhkanlah aku dari ingat benda tu..
Reply

Use magic Report

Post time 14-5-2012 02:53 PM | Show all posts
Boleh tak kalau kita solat subuh tanpa bacaan doa qunut?
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 03:07 AM | Show all posts
salam, nak tanya

apakah hukum sekat laluan jiran, laluan untuk kereta lalu

ada tak nas2 atau sabda rasulullah
sebab mak ada cakap, orang yang sekat laluan orang, nanti Allah sekat juga laluan die ke syurga
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2012 09:24 PM | Show all posts

Soal Jawab Agama

Ayah sy bru meninggal 2 mggu lepas,maksud nyer my mom masih dlm berkabung,dlm tempoh 4 bulan,10 hari tue mak sy x dibenarkn kuar kemana2 kn?tp kalu mak sy ada niat nk g umrah dlm tempoh berkabung,leh ker,?


(posted by mobile)
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:31 AM | Show all posts
nak tanya soalan ni apa hukumnya kalau kita dok terbayang hubungan suami isteri yang 'tu' la kan?  dalam hati kita dok mintak doa kat Allah "ya ALLAH jauhkan aku dari ingat hubungan 'tu'..adakah ia normal kalau kita umur 2o keatas dok terbayang benda tu? pastu kita dok kata macam ni "nauzubillah,ya allah tolonglah aku lupakan aku dari dok fikir benda tu..aku tak nak..jauhkanlah aku dari ingat benda tu..
adikfatin Post at 11-5-2012 18:49


Salam...

Apa hukumnya? Hmmm...... dah terbayang nak buat camana ya? Kalau sengaja membayangkan samapai tak boleh buat ibadah tu lain cerita...

Perkara tu biasa bagi manusia. Ada nafsu dan godaan Syaitan.... hubungan yang halal tu tak salah...

Cuma boleh ikhtiar untuk lebih khusyuk dalam Solat / Ibadah.... macamana..? Kena tanya yang ahli/ustaz.... nak tulis panjang kot ...
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:32 AM | Show all posts
Boleh tak kalau kita solat subuh tanpa bacaan doa qunut?
Lembaga Post at 14-5-2012 14:53


Doa Qunut ikut Mazhab Syafi'i: Sunat Muakkad

Meninggalkan tidak membatalkan Solat, namun ada Ulama Syafi'iyyah mengharuskan sujud sahwi.

WAllahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2012 09:34 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-5-2012 09:35
salam, nak tanya

apakah hukum sekat laluan jiran, laluan untuk kereta lalu

ada tak nas2 atau sabda rasulullah
sebab mak ada cakap, orang yang sekat laluan orang, nanti Allah sekat juga laluan die ke syurga
akubaik3 Post at 16-5-2012 03:07


Sekat laluan jiran: Berdosa

Saya tak pernah jumpa nas/hadith yang kata sekat laluan orang, nanti Allah sekat laluan ke Syurga. Mungkin juga dosa tu boleh menyebabkan liabiliti untuknya di akhirat

WALlahu a'lam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2012 09:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 17-5-2012 09:36

Reply 1833# aQuA_dIaMoNd

Ada kelonggaran tertentu, terutama dalam kepentingan beragama, bukannya tak boleh keluar langsung.

WAllahu a'lam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 01:51 AM | Show all posts
Reply 1830# adikfatin

menikahlah...!!

nikah..

nikah..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 11:25 AM | Show all posts
Reply 1838# ussopp


   dalam maksud sy ni,sy baru je tau apa hubungan suami isteri tu yg sebenar..tu je..
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 02:09 AM | Show all posts
Reply 1839# adikfatin

so adik fatin nie berkemungkinan muda la.....oh gitu...

kesemua tu fitrah lah....biasa..bohonglah ada org lepas tau tu dia takde respon....

tak kisahlah....apa2 pun....

jika anda sudah jumpa pasangan yg sesuai nanti nikah lah cepat2.....

pastu boleh fokus beribadat bersama suami....Alhamdulillah......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.072855 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list