|
Berumur 43 tahun, mempunyai 2 cahayamata, rakyat Malaysia pertama dilesenkan sebagai Perancang Kewangan/ Penasihat Pelaburan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Lulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari California State University, Fresno, beliau adalah pemegang Post-Graduate Dip. In Public Administration, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Mempunyai lebih 18 tahun pengalaman dalam pelbagai bidang dan industri seperti perbankan, pasaran saham, komoditi, usahawan, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) di Kementerian Luar Negeri, Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri dan Ketua Unit pemasaran/penceramah Perancangan Kewangan di sebuah syarikat pengurus dana terbesar di Malaysia.
Melalui penstrukturan semula dalam produk-produk kewangan dengan mencipta dan mengesyorkan program pengurusan tunai, penyelesaian kepada permasalahan yang dibuat khusus untuk setiap pelanggan bagi menyesuaikan keperluan kewangan mereka menerusi produk-produk yang disediakan oleh pasaran. |
|