Pengguna kecewa gagal daftar akaun aplikasi MyJPJ
KUALA LUMPUR: Ramai pengguna aplikasi MyJPJ kecewa kerana sukar mengisi butiran mereka dalam akaun MyDigital ID. Kekecewaan yang dilahirkan menerusi hantaran di media sosial termasuk di platform X itu semakin memuncak selepas pengguna diwajibkan mempunyai akaun MyDigital ID bagi tujuan log masuk ke dalam aplikasi MyJPJ mulai 10 Oktober ini. Pengguna X, @tangerineem1 berkata, dia sudah mencuba membuat pendaftaran akaun MyDigital ID, namun gagal melakukannya. "Pendaftaran MyDigital ID ini menyakitkan hati betul la. Banyak kali cuba (tapi) tak dapat," katanya dalam hantaran hari ini.
"Sudahlah, saya putus asa dengan aplikasi MyDigital tu," kata @afiqaazizi. "Aku rasa macam nak bagi semua link isu pasal MyDigital ID ni dekat seseorang.. geram ye," kata seorang lagi pengguna @SakiHanajima_ . Kemas kini terbaru aplikasi MyJPJ semalam memaparkan notis kepada pengguna untuk mendaftar akaun MyDigital ID sebelum 10 Oktober. Kenyataan itu menulis 'Log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID akan dikuatkuasakan bermula 10 Oktober 2024. Sila laksanakan pendaftaran di aplikasi MyDigital ID dengan kadar segera untuk mengelakkan sebarang kesulitan log masuk'.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/10/1305753/pengguna-kecewa-gagal-daftar-akaun-aplikasi-myjpj
|