|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: NEVER LET THE THINGS YOU WANT, MAKE YOU FORGET THE THINGS YOU HAVE
[Copy link]
|
|
Berhati-hati dengan istidraj!
hidup mewah tidak semestinya bererti kedudukan istimewa yang Allah berikan kepada sesebuah negara atau seseorang individu. Mungkin sahaja ia merupakan petanda kepada bala yang akan menimpa pada bila-bila masa.
Firman Allah s.w.t.,
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُم بَغْتَةً فَإِذَا هُم مُّبْلِسُونَ
Maka tatkala mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala), maka mereka pun berputus asa.
(Al-An'aam 6:44)
Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan,
إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ يُعْطِي الْعَبْدَ مِنْ الدُّنْيَا عَلَى مَعَاصِيهِ مَا يُحِبُّ فَإِنَّمَا هُوَ اسْتِدْرَاجٌ ثُمَّ تَلَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { فَلَمَّا نَسُوا ...}
"Jika kamu melihat Allah memberikan (kemewahan) dunia kepada seorang hamba pelaku maksiat dengan sesuatu yang ia sukai, maka sesungguhnya itu hanyalah merupakan istidraj."
Kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam membacakan ayat: "Maka tatkala mereka melupakan..."
(Musnad Ahmad 16673/17311 dan dinilai hasan oleh Syu'aib al-Arnauth) |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak cukup panjangkah umurmu?
irman Allah s.w.t.,
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيرُ?
Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berfikir bagi orang yang mau berfikir, dan (apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)?
(Fatir 35:37)
Imam Ibn Katsir ketika menafsirkan ayat di atas mengemukakan pendapat beberapa tokoh generasi Salaf bahawa yang dimaksudkan dengan "....(apakah tidak) datang kepada kamu pemberi peringatan (tentang umurmu)" dalam ayat di atas ialah uban / rambut putih.
Maka bagi sesiapa yang mula didatangi uban atau rambut putih, bergembiralah kerana ia merupakan peringatan tentang umur yang semakin lanjut.
Maka fikirkanlah apa amal-amal soleh yang sudah dipersiapkan bagi menghadapi kematian yang semakin dekat. |
|
|
|
|
|
|
|
Fazura tidak dapat menahan tangisan selepas bercerai talak satu dengan Fattah, pagi ini. - NSTP/Rohanis Shukri
|
|
|
|
|
|
|
|
Perlindungan dari Neraka
Walau sebiji kurma atau perkataan baik....
‘Adi bin Hatim radhiallahu 'anh berkata,
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ ذَكَرَ النَّارَ فَأَشَاحَ بِوَجْهِهِ فَتَعَوَّذَ مِنْهَا ثُمَّ قَالَ: اتَّقُوا النَّارَ وَلَوْ بِشِقِّ تَمْرَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَبِكَلِمَةٍ طَيِّبَةٍ.
Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menyebut tentang neraka, lalu memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan Allah daripadanya.
Kemudian baginda menyebut lagi tentang neraka, lalu memalingkan wajahnya dan memohon perlindungan Allah daripadanya.
Kemudian baginda bersabda, “Lindungilah daripada neraka meskipun hanya dengan (bersedekah) sebiji kurma. Sesiapa yang tidak memilikinya, (bersedekahlah) dengan kata-kata yang baik.”
[Shahih al-Bukhari,no.: 6078/6563]
Sebagai manusia yang pernah melihat azab neraka ketika Isra' dan Mi'raj, ia ternyata amat dahsyat dan menggerunkan. Sehingga apabila bercerita tentangnya, baginda memalingkan wajahnya dan segera meminta perlindungan Allah.
Demikianlah sepatutnya sikap kita orang-orang yang beriman apabila tergerak hati melakukan sesuatu yang salah, baik yang besar atau kecil, terus teringat kepada kedahsyatan neraka dan segera berpaling daripada perkara salah tersebut.
Seterusnya baginda berpesan kepada kita untuk berusaha melindungi diri daripada neraka meski pun dengan amal-amal soleh yang kecil seperti bersedekah sebiji kurma atau mengucapkan perkataan yang baik-baik.
Di sini terdapat juga petunjuk bahawa perkataan-perkataan yang baik seperti pemberi motivasi, pujian yang sederhana, penghargaan, peringatan, nasihat dan penghubung silaturahim.... semuanya memiliki nilai pahala di sisi Allah.
Semuanya mampu menjadi saham yang kelak dapat menjauhkan kita daripada neraka. |
|
|
|
|
|
|
|
Alas kaki ada imej Kaabah dan masjid: Dua lelaki direman tiga hari
GEORGETOWN: Dua lelaki direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret, di sini, hari ini, bagi membantu siasatan berhubung penjualan alas kaki di sebuah bazar di Lebuh Pasar di sini, yang didakwa menyerupai corak Kaabah dan masjid.
Majistret Nadratun Naim Mohd Saidi membenarkan perintah reman berkenaan dikeluarkan terhadap lelaki yang masing-masing berusia 26 dan 41 tahun itu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Sebelum ini media melaporkan, Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata dua lelaki yang juga penjual dan pemilik kedai ditahan susulan laporan berkenaan.
Pengadu mendakwa melihat beberapa alas kaki menyerupai corak Kaabah dan masjid itu dijual kepada orang ramaisebelum membelinya dan membuat laporan polis.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-direman-tiga-hari |
|
|
|
|
|
|
|
Ketika bangun daripada tidur.
Sebaik saja bangun tidur, baca zikir bangun tidur atau terus buka handphone?
Jika terus buka h/phone, inilah zikir bangun tidur yang dibaca oleh Nabi s.a.w.,
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ.
Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami dan kepada-Nya (kami akan) kembali.
Sahih al-Bukhari, no.: 6845/7394. |
|
|
|
|
|
|
|
The most wasted of days is one without laughter. – E.E. Cummings
|
|
|
|
|
|
|
|
Today is a good day to try. – Quasimodo from The Hunchback of Notre Dame
|
|
|
|
|
|
|
|
“We need not wait to see what others do.” — Mahatma Gandhi |
|
|
|
|
|
|
|
pergi bod gossip |
|
|
|
|
|
|
|
“Yesterday is history, tomorrow is a mystery, today is a gift of God, which is why we call it the present.” ― Unknown |
|
|
|
|
|
|
|
Make a determination that you will live your purpose today. – Daniel Budzinski
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|