|
Post Last Edit by fleurzsa at 26-5-2012 08:53
Reply 1840# ussopp
sorry, edited, personal and tidak sesuai di board ini. thanks |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1841# adikfatin
ooo.....
lintasan2 di hati bukanlah kerja kita atau sesuatu yg kita ada kawalan mutlak ke atasnya kerana lintasan di dalam hati/otak dan minda adalah berkelajuan cahaya, yakni gelombang elektromagnetic....di bahagian otak, impulse2...bla, bla, bla....
selagi kita tak layan , insyaAllah lah tak berdosa...
dan jika terlayan sikit2 pun Tuhan Maha pengampun.....bersitighfar, itu Tuhan suka....Tuhan suka org mintak ampun...ini semua boleh dilihat dr ayat Quran dan hadis2 sohih , jelas Tuhan suka org minta ampun...
dah nama pun manusia, mustahil tak pikir pasal benda tu....wallahua'lam... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by amukgemuk at 27-5-2012 21:21
salam
kalau kita berdiri di dalam sungai ka, laut ka, kolam ka, sebegini...
1) masa mau basuh tangan sampai siku tu,
-------boleh ka kita celup tangan dalam air yg banyak itu...
-------atau pun kena ambil air itu lalu basuh di luar air.....?
2)kemudian dengan kaki..........
-------kita kena angkat kaki dulu dari air kah....kemudian bolehkah celup dalam air
--------atau angkat kaki dari air, kemudian ambil air basuh kaki
--------atau tak payah keluarkan kaki, sebab sudah berada dalam air.. cuma perlu keluar dari air, lalu wudhu sudah sempurna?
harap dapat bantu..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1843# amukgemuk
Sefaham saya, celup tu tak jadi masalah. Buat ikut tertib, nak basuh cara celup tu juga dikira sebagai mengalirkan air untuk basuh anggota wudhu'.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1844# mnm77
oh..begitukah rupanya...
terima kasih mnm77....
saya fikir kalau celup takut salah kerana orang ambil wudhu di kolah begitu...
jadinya kalau saya celup tangan sampai siku dalam air kolah sah lah kan? (soalan utk pemahaman, hehe.,.bukan nak buat sebab air kolah dikongsi...tak cantik lah) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1845# amukgemuk
Memang nampak tak cantik bila celup.....sebab tu ada syarat juga, air tu dalam kuantiti yang banyak, yang kita selalu dengar, sekurang-kurangnya 2 kolah.
Kalau air sungai tu memang banyak pun.
Namun, dalam berwudhu', jumlah yang diguna yang minimum tu yang lebih afdhal. Contoh kalau buka paip, buka sikit dah cukup untuk berwudhu', tak perlu air sampai mencurah-curah secara berlebihan kerana itu dah masuk dalam membazir.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1846# mnm77
terima kasih....! Baru tak ragu2 lagi lepas ini....terima kasih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by terataibiru at 5-6-2012 22:13
Salam..sy newbies disini..sy ada persoalan nk minta pndpat@pandangan rakan2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 5-6-2012 00:41
Reply 1848# terataibiru
Bab mimpi sukar dijelaskan secara pasti. Lebih elok bertanya terus kepada orang yang arif, yang mengetahui latar belakang diri anda dan juga diri A
Adakah kemungkinan anda suka A dan direstui bapanya?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya ni.ada 3 soalan.
Soalan 1st... haram ke x mencuri harta milik orang kafir?
Soalan 2nd... salam dalam solat kat sape sebenarnye?
Soalan 3rd... solat fardu tiang agama. apa yg jd tapak agama? sbb tiang berdiri atas tapak?
pohon pencerahan dari kalian.berserta dalil sekali,kalo blh. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 11-6-2012 10:42
nak tanya ni.ada 3 soalan.
sayang_musalmah Post at 9-6-2012 00:11
Salam...
1st time post terus tanya soalan macam ni...? Wow..ni dah orang mahir berforum nih.......
Soalan 1st... haram ke x mencuri harta milik orang kafir?
Umumnya curi harta milik orang tu berdosa lah, tak kira milik orang Islam atau kafir.
Soalan 2nd... salam dalam solat kat sape sebenarnye?
Begitulah pelaksanaan solat secara Sunnah. Tafsir mengenai salam tu ada yang sebut kepada malaikat, kepada Manusia dan Jin yang mukmin.
Soalan 3rd... solat fardu tiang agama. apa yg jd tapak agama? sbb tiang berdiri atas tapak?
pohon pencerahan dari kalian.berserta dalil sekali,kalo blh.
Ini merupakan perumpamaan, pentingnya Solat tu dalam Agama. Tanpa tiang maka binaan tak kukuh. Lihat rumah dan bangunan, yang kukuh semua ada tiang.
Kalau nak bandingkan juga dengan 'tapak', bolehlah bandingkan sebuah khemah yang ada 5 tiang. Tiang yang paling utama ialah yang tengah, yakni Iman dan Syahadah, dan 4 lagi di setiap penjuru diumpamakan dengan 4 tiang, salah satunya solat.
Islam didirikan atas 5 'tiang', ini perumpamaan dari 5 rukun Islam. Kekurangan pada salah satu tiang boleh merobohkan/mencacatkan Islam pada diri seseorang itu. Maka bolehlah dianggap 'tapak' tu sebagai diri/individu tersebut.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 1852# mnm77
tak perlu mahir berforum kot kalo nak tanya soalan .btw, terima kasih atas jawapan. |
|
|
|
|
|
|
|
saya ingin bertanya.. apakah hukumnya jika seorang suami percaya pada bomoh yang mengatakan jika kamu bertemu atau bersama dengan isteri kamu, kamu akan mati. Si suami percaya dan meninggalkan isteri serta tidak mahu memandang isteri kerana takut akan mati. Sedangkan si isteri tidak pernah atau mengamalkan apa2 ilmu hitam? |
|
|
|
|
|
|
|
saya ingin bertanya.. apakah hukumnya jika seorang suami percaya pada bomoh yang mengatakan jika kamu bertemu atau bersama dengan isteri kamu, kamu akan mati. Si suami percaya dan meninggalkan isteri serta tidak mahu memandang isteri kerana takut akan mati. Sedangkan si isteri tidak pernah atau mengamalkan apa2 ilmu hitam?
EchoTin Post at 13-6-2012 09:37
Si suami tu dah tersasar.... percaya pada bomoh... banyak juga bomoh yang guna bantuan Jin & Syaitan.
Kalau ada pihak ketiga dari kalangan orang yang Soleh yang boleh membantu, maka eloklah usahakan untuk membantu dan bimbing si suami
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
saya ingin bertanya.. apakah hukumnya jika seorang suami percaya pada bomoh yang mengatakan jika kamu bertemu atau bersama dengan isteri kamu, kamu akan mati. Si suami percaya dan meninggalkan isteri serta tidak mahu memandang isteri kerana takut akan mati. Sedangkan si isteri tidak pernah atau mengamalkan apa2 ilmu hitam?
EchoTin Post at 13-6-2012 09:37
Terangkan pada mamat tu.... jikapun dia tinggalkan isteri .... dia pun akan mati . |
|
|
|
|
|
|
|
Bomoh tu satu bangang jugak, nak buat jenaka pun tengok lah orang tu kuat iman ke idak.
Ni cakap separuh separuh... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
anak sy kehilangan purse semasa majlis kenduri kahwin. mcm mane kita nak tahu hamba allah yg mengambil purse tu... tlg bagi cadangan... |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah kalau dah kenduri kawen tu, ramai orang yang kita tidk kenali keluar masuk dan di antaranya adalah pencuri.
Banyak kes kecurian terutamanya kecurian wang hantaran . pencuri ni amik peluang .. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by rdzaccess at 25-6-2012 23:52
Cara untuk mengetahuinya sebagai berikut:
Sediakan piring yang disapu sedikit minyak kelapa.
Sediakan lampu pelita yang menyala.
Baca surat al fatihan (3 X) dan
baca salawat (3X) dengan niat memohon pertolongan Allah swt.
Angkat piring di atas lampu pelita dan minta kepada seorang anak yang belum bersunat untuk melihat pada piring tersebut
Pegang bahagian belakang lehernya ( tengkuk )dan baca doa ini (3X):
“Walmalakulladzii bilaa abin wa-ummin. Laa akla laa syurba walaa nawma lahum”
Suruhlah anak tadi memperhatikan permukaan piring, dengan Izin Allah swt akan nampak wajah pencuri barang tersebut.
Bila anak tersebut belum melihat wajah pencuri, ulangi langkah ini dari awal.
Tapi kalau dah nampak dan dia tak kenal...tak lah boleh buat apa apa.
dan lagi janganlah menuduh tanpa bukti kukuh.
Perbuatan di atas adalah di dalam tanggungjawab sendiri,...
jangan babitkan saya dan mereka yang mempunyai kemahiran seperti ini...
~~~~~~~~ |
|
|
|
|
|
|
|
Salam. sy nak tanya apa hukum memakai produk "face lift up belt" mcm dlm link ni
Face Lift Up belt ni berfungsi untuk membentuk bahagian muka yang bulat agar lebih tirus dan membantu menghilangkan lemak dibahagian dagu yang berlapis. So adakah dikatakan mengubah fitrah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|