aah, memang ada keluar kat MHI pun tadi pagi.
Pak Malik Ghozali PK tu calon Sasterawan Negara aka ...
attokz Post at 29-12-2010 10:50
mesti attokzpun tengok pagi tadi gak ek?
oooo...calon Sasterawan Negara akan datang. hs tatau sangat pasal sastera2, puisi2 ni...jd cuma dengar jelah apa yg derang cakap2 tu tadi
wahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...aku tau, aku tau (ala2 eksaited plak bunyinyer kan )
...
hh_hs Post at 29-12-2010 12:17
aku mana layak Kak HHHS oiii...Penyair yang juga pelukis yang dimaksudkan ialah A. Latiff Mohidin.
Seorang yang sangat merendah diri dan sangat senag didekati.
Ini puisi yang paling terkenal karyanya (juga banyak lukisan yang pernah dihasilkan).
Songsang
(buat tok awang)
Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang
Terutama
di perayaan tahun
seperti hari ini
Apabila semua orang
telah sedia duduk
aku bangun berdiri
Apabila orang
bangun bertepuk
aku duduk
Apabila orang
ghairah berbincang
aku tidur
Apabila orang
melepaskan merpati
aku tabur padi
Orang lain
telah merdeka
aku belum
Maafkan aku
kalau aku sering saja
berlaku songsang