Shahir Malu Tengok Filem Sendiri?
![](http://www.manggaonline.com.my/images/stories/june2011/shahiratas.jpg)
Pertama kali muncul di dalam filem, juara program realiti Akademi Fantasia musim ke lapan, Shahir mengaku berasa malu apabila melihat dirinya sendiri beraksi di layar lebar.
Melakonkan watak Nik dalam filem arahan Yusry Abdul Halim, Shahir juga bergandingan dengan Shera Aiyob sebagai pasangan kekasih.
Tidak percaya dirinya mampu melakukan adegan romantik bersama Shera dalam filem itu, jelas Shahir dia tidak pernah berkelakuan sebegitu sebelum ini.
![](http://www.manggaonline.com.my/images/stories/june2011/shahir.jpg)
Jangan ketinggalan untuk menyaksikan lakonan Shahir di dalam filem karak
"Filem ini merupakan lakonan saya yang pertama selepas keluar daripada Akademi Fantasia, kalau sebelum ini saya selalu lihat lakonan orang lain, tapi hari ini sayadapat lihat diri sendiri beraksi di panggung. "Tak sanggup rasanya nak lihat diri sendiri membawakan beraksi romantik, sedangkan saya tak pernah terfikir hendak bawakan watak sebegitu. Saya tak pernah bersikap romantik sebegitu, jadi bila lihat diri saya dalam filem itu, saya terasa malu. "Babak romantik merupakan cabaran utama untuk saya selain daripada adegan menangis, saya nak tunggu aksi ibu saya bila menonton saya di pawagam nanti,"jelas Shahir. Melihat lakonannya yang begitu sempurna didalam filem Karak ini, jelas Shahir dia berterima kasih pada KRU kerana banyak membantu kerjayanya sekarang. "Saya bersyukur kerana diberi peluang yang sangat baik, Karak merupakan permulaan langkah saya dalam industri ini dan saya sangat berterima kasih pada pihak KRU kerana memberi saya peluang sebegini. "Walaupun kami berlakon filem berkaitan hantu, tapi syukur sepanjang di lokasi saya tidak menerima sebarang ganguan dan perjalan penggambaran berlangsung dengan baik,"jelasnya lagi. Karak mengisahkan empat pelajar kolej sedang menuju kembali ke Kuantan selepas bermalam di Kuala Lumpur dan mereka terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk sepanjang Karak Highway. Oleh kerana mereka mempunyai kelas pada keesokan awal paginya, mereka membuat keputusan untuk keluar dari lebuhraya dan meneruskan perjalanan mereka menggunakan jalan lama. Mereka tidak mengetahui bahawa keputusan ini akan mengubah hidup mereka selamanya. |